Sabtu, 25 Jun 2011

Lagu Hak & Kesedaran Warganegara Malaysia


Memberikan keyakinan dan kesedaran tentang keperluan pengetahuan dan hak sebenar sebagai warga negara Malaysia.

Ingatlah bahawa ;
  1. Tiada nyawa yang akan kekal selamanya, pasti akan menemui ajalnya.
  2. Tiada kuasa yang dapat bertahan selamanya, pasti akan tumbang atas kezalimannya.
  3. Tiada banyak harta yang dapat kaya seluruhnya, pasti akan hilang ditelan usianya.
  4. Tiada pengaruh yang kekal selamanya, pastikan terhina dimamah tipu daya manusia sekelilingnya

RTM Lakukan Kesilapan Secara Langsung Kepada Penonton


Malam tadi telah diadakan rancangan Bicara Rakyat di Rakyat Tunggu Mati (RTM) di saluran 1 yang bertajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat'. Lokasi tempat berlangsungnya secara langsung itu dari Universiti Teknologi Malaysia kampus Semerak.

Tajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat' agak sedikit tersasar kerana sikap moderator, Syed Munawar seakan-akan mahu menjadi ahli ketiga bagi pihak BN. Sepatutnya beliau tidak "bias" dalam bertanyakan soalan tetapi menjadi "backup" kepada kerajaan.


Tetapi nasib baik hujah yang dilontarkan oleh moderator dan ahli panel BN dijawab dengan sempurna dan menyebabkan pemidato BN, Lokman Noor Adam terpaksa mengalih isu kepada berkaitan Anwar Ibrahim dan Negara Kebajikan.


Ahli panel dari Universiti Pertahanan Nasioanl Malaysia (UPNM), Dr Ridhuan Tee Abdullah pula terperangkap dengan isu berkaitan demonstrasi dalam stadium. Beliau mencadangkan agar demonstrasi diadakan dalam stadium dan pada masa yang sama beliau berkata dalam stadium juga tidak selamat. Beliau terperangkap dengan isu yang cuba dilontarkannya sendiri.

Pemidato dari Barisan Nasional pula berkata bahawa demonstrasi sepatutnya tidak diadakan kerana akan menggangu peniaga yang mencari makan. Namun hujahnya juga memerangkapnya sendiri kerana beliau tidak sedar bahawa Pemuda BN juga akan berdemonstrasi. Apabila hujah tersebut cuba dipatahkan oleh Dr Dzulkifli, beliau mengalihkan isu kepada skandal Anwar Ibrahim dan isu Negara Berkebajikan PAS.

Moderator pula berkata untuk mengelakkan kemaslahatan besar, perlu mencari kemaslahatan yang kecil. Cadangan moderator ialah mengadakan demostrasi dalam stadium kerana ia merupakan kemaslahatan kecil tetapi Dr Dzulkifli membalas dengan isu yang diperkatakan oleh Dr Ridhuan Tee adalah tidak selamat.

Dr Dzulkifli cuma menjawab dengan tenang bahawa kemaslahatan kecil dapat dielakkan dengan hanya Perkasa dan Pemuda BN harus tidak terlibat dalam demonstrasi bersama Bersih kerana jika Perkasa dan Pemuda BN berkumpul, maka itu adalah kemaslahatan yang besar. Jadi, untuk menjadikan itu kemaslahatan kecil maka Perkasa dengan Pemuda BN cari satu tarikh yang lain jika mahu berdemonstrasi.

Malam tadi juga menunjukkan cara-cara berhujah dari pihak BN dan PR. Namun hujah BN agak tidak realistik dan banyak mengalih isu dari tajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat' ke isu skandal seks Anwar Ibrahim. Itulah hujah UMNO yang tidak bersedia

Majlis Peguam Pertikai Mahkamah Benarkan Tayangan Semula Video Seks

Kes Datuk T: Majlis Peguam terkejut tayang video seks di mahkamah

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks, yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana trio Datuk T telah pun mengaku bersalah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Lim berkata tindakan mahkamah membenarkan tayangan rakaman video seks itu dalam perbicaraan pagi semalam adalah sesuatu “amat luar biasa.
Ini kerana jelas beliau, sepatutnya sekiranya tertuduh mengaku bersalah mana-mana bahan bukti tidak perlu didedahkan.

“Tidak perlu buat macam itu sebab mereka sudah mengaku bersalah, saya hairan kenapa rakaman video seks itu disiarkan dalam mahkamah.

“Ini satu prosedur yang amat luar biasa, saya terkejut kenapa ia berlaku... kalau sudah mengaku bersalah sepatutnya tidak perlu (dedahkan bahan bukti),”
kata beliau lagi.

Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sementara, Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mengulas lanjut, jelas Lim, tindakan mahkamah itu juga tidak selari dengan prosedur biasa yang dilakukan dalam kes sedemikian.
“Dan, ini tidak selari dengan prosedur biasa, lagipun biasanya kalau mahu dedahkan bahan bukti ia dibuat ketika perbicaraan ketika pesalah tidak mengaku bersalah, sedangkan hari ini (semalam) mereka mengaku bersalah.

“Kalau kita ikut prosedur biasa, pesalah akan didakwa, kemudian hakim akan tanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak dan jika mengaku bersalah hukuman akan terus dijatuhkan.

“Hukuman pula berdasarkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, jadi tidak perlu untuk mahkamah bawa bahan bukti,”
katanya.

Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Datuk T, Lim berkata, keputusan tersebut relevan dengan kesalahan yang dilakukan.

“Dalam kes ini, saya merasakan hukuman yang dikenakan kepada mereka bertiga relevan, tiada masalah dengan itu.

“Cuma tindakan yang menayangkan video seks itu yang jadi persoalan,” katanya.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Anwar.

Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.

Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl. -TMI

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

NONEPakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu. -M'kini

JOM PAKAI BAJU KUNING HARI NIE..!! Depa dah start tangkap dah..!!


Tangkapan lucu pertama untuk menghalang BERSIH 2.0

APA yang ReJaM© nak kongsi hari ini adalah beberapa keping gambar yang dikirim oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Satu tangkapan lucu telah dibuat malam tadi. Seorang pemuda bernama Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. Berikut gambar saat beliau ditahan di Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam.
Apa yang menariknya, pemuda ini dilihat begitu ceria malah bangga ditangkap oleh Polis (siap angkat tangan sambil tersenyum). Menurut maklumat yang dikirim, pemuda ini tahu bahawa dia akan dilepaskan kerana tiada mana-mana peruntukkan undang-undang yang membolehkan Polis menangkap seseorang hanya kerana memakai baju kuning yang mempunyai tulisan BERSIH 2.0.


Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini.

Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Di bawah ini gambar Khairul Anuar Zainuddin, selepas dibebaskan kerana tiada sebab untuk pihak Polis menahannya di dalam lokap malam tadi.


source: http://milosuam.blogspot.com

Rakyat Palestin kagum komitmen Kelantan

KOTA BHARU, 25 Jun: Rakyat Palestin, Dr Naji Abu Zuhair Al-Sirhi melahirkan rasa kagum dengan kepimpinan ulama Kelantan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya kepada komitmen kepimpinan negeri terhadap isu Palestin.
Beliau melihat Menteri Besar dan rakyatnya ada kelainan dalam ‘menghayati’ isu tersebut dengan menunjukkan simpati yang tinggi.
“Isu Palestin adalah isu sejagat, isu akidah dan isu ummah seluruhnya, bukan isu Palestin semata-mata.
“Semoga apa yang dibuat ini berterusan dan Allah swt mengembalikan kemuliaan ummah dan kemuliaan Islam, seterusnya akan membebaskan Masjidil Aqsa, hasil perjuangan seluruh umat Islam,” tegasnya.
Beliau bercakap kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Misi Bantuan Ke Gazza oleh Menteri Besar di Medan Ilmu, semalam.
Beliau kini menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di negara ini. Hadir sama rakannya Arafat Abdullah. Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Nik Wan Yusoff.
Program misi penghantaran bantuan untuk rakyat Palestin menjelang Ramadhan, Aidul Fitri dan Qurban Aidul Adha itu anjuran Sekretariat Misi Cakna Palestin (Cakna Palestin) dengan kerjasama Badan Kebajikan Ar-Rahmah, Daerah Khan Younis Palestin (BKA) yang diasaskan sejak 1993 di Palestin di samping kerjasama Al-Quds Travel Sdn Bhd.
Menurut Dr Naji, komitmen itu satu terjemahan kepada komitmen Tok Guru dan rakyat Kelantan seluruhnya terhadap isu Palestin.
“Dan saya lihat di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan ada ‘kelainan’ terhadap rakyat Palestin dari sudut kesihan belas dan kesayangan mereka kepada rakyat Palestin dan perjuangannya di Palestin.
“Saya tidak mampu untuk mentakbir (menggambarkan) dengan kata-kata terhadap komitmen Tok Guru dan Kerajaan Negeri, namun sambutan program ini menjelaskan keadaan sebenarnya,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Cakna Palestin Nazri Deraman menjelaskan perancangan Cakna Palestin ialah menghantar bantuan kepada rakyat Palestin sebelum penghujung Sya’aban atau awal Ramadhan, 1432 Hijriah.
“Justeru bantuan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin, akan disampaikan khususnya bagi menghadapi Ramadhan di Palestin.
“Program hari ini dilancarkan untuk rakyat Kelantan di mana mulai hari ini mereka bolehlah memberi sumbangan melalui Cakna Palestin untuk dihantar bantuan tersebut ke Gazza, melalui wakil kita sebelum Ramadhan nanti,” katanya.
Pada majlis pelancaran itu, Menteri Besar melepaskan belon bersama bendera Palestin sebelum melepaskan sembilan ekor burung, yang melambangkan bahawa suatu hari nanti Palestin akan bebas, selaras dengan motto perjuangan rakyat Palestin: “Kita yakin Al-Quds adalah milik kita dan kita akan kembali”. -Hrkh

Demo Aman Bantah Kebiadaban Utusan Seluruh Negara

Peserta demonstrasi aman bakar Utusan

KUALA LUMPUR : Lebih 200 menyertai himpunan aman di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru bagi membantah kebiadaban akhbar milik Umno, Utusan Malaysia berhubung penerbitan karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina Islam.

Ianya antara siri bantahan Dewan Pemuda PAS pusat yang berlangsung di seluruh negara sejurus selesai solat Jumaat hari ini.
Turut menyertai himpunan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ahmad Sabki Yusof, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah, Suhaimi Abdul Aziz serta wakil pelajar.

Ketika berucap, mereka masing-masing mengecam tindakan Utusan itu yang disifatkan melampau.

Mereka juga menyeru rakyat agar memboikot akhbar itu.

Bantahan itu dibuat ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, akhbar tersebut biarpun didesak pelbagai pihak.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

Sebagai tanda kecaman, mereka turut membakar akhbar itu di hadapan hadirin yang hadir.

Di KUALA TERENGGANU, lebih 500 berhimpun bersama Mohd Nor Hamzah Adun Bukit Payung yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu di hadapan Masjid Pengadang Baru bagi menyatakan bantahan kepada Utusan yang memperlekehkan dan menghina Islam.

Utusan, akhbar Umno tanpa rasa bersalah dan takut menghina Islam melalui satu lakaran kartunnya sehingga kini masih belum berganjak dan mempertahankan kartun itu dan enggan memohon maaf.

Turut berucap Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu yang mendesak seluruh rakyat memboikot Utusan yang sentiasa membuat angkara tanpa rasa takut dan penuh bongkak.

Kemuncak perhimpunan aman hari ini, Yahaya bersama orang ramai membakar akbar Utusan sebagai simbolik membantah tindakan Utusan yang tidak mahu memohon maaf kepada umat Islam.

Di PULAU PINANG, Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang bersama Persatuan Ulamak Cawangan Pulau Pinang berkerjasama menjayakan piket aman membantah penyiaran kartoon di akhbar Utusan Malaysia yang nyata menghina Islam di tiga lokasi masjid iaitu Permatang Janggus, Permatang Pauh, Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam dan Masjid Hashim Yahya, Jelutong.

Semua demontrasi aman di tiga lokasi berkenaan berlangsung dengan baik dan tiada provokasi pihak polis.

Semasa berucap Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali mengajak Umat Islam bangkit segera daripada lena kerana Utusan Malaysia bersikap begitu melampau terhadap Islam.

Utusan Malaysia tambahnya, tidak ubah seperti orientalis Barat, Salman Rushdi yang cukup berani mencerca hukum Islam.

"Apa bezanya Utusan Malaysia dengan Salman Rushdi yang menghentam kesyumulan Islam. Mereka harus dikenakan tindakan yang sewajarnya," tegas beliau.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan pula mengajak Umat Islam supaya lebih peka terhadap sebarang isu angkara agen Yahudi.

“Ke mana perginya Ulamak dalam Umno kenapa mereka membisu seribu bahasa walhal Islam adalah agama suci yang tidak harus diperkecilkan begitu sahaja.

"Kita kena peka dengan isu yang membabitkan Islam supaya mereka tidak berani mencabar kesucian tamadhun Islam," jelasnya.

Sementara itu, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah pula menegaskan Utusan Malaysia yang menjadi tangan dan kaki Umno Barisan Nasional (BN) sanggup menentang kebenaran untuk menegakkan kebatilan.

Isu ini jelas, agen Yahudi telah berjaya menyerap masuk dalam pemerintahan negara serta media arus perdana sehingga begitu berani dan agresif mempersendakan Islam yang sejati.

Lebih kurang 200 orang berdiri di luar perkarangan masjid mengatakan tentangan penyiaran kartun yang sehingga kini tidak menyiarkan permohonan maaf.

Banyak sepanduk dipegang peserta, antaranya berbunyi Utusan Malaysia kunco Umno, Utusan Malaysia perosak syariat Islam, wajib boikot Utusan Malaysia, Utusan Meloya hati dan jiwa rakyat dan sebagainya.

Di akhir demo berkenaan kesemua yang terlibat membakar akhbar tersebut sebagai tanda bantahan kerana bersikap ego ketika mempersendakan kemuliaan hukum Islam.

Di IPOH, bertempat di Masjid Sultan Idris Shah 11, Masjid Negeri Ipoh telah diadakan satu himpunan membantah akhbar Utusan Malaysia yang telah menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam pada minggu lepas.

Oleh kerana Utusan Malaysia masih gagal memohon maaf berikutan penyiaran tersebut, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersama beberapa badan bukan kerajaan telah menganjurkan himpunan bagi membantah Utusan Malaysia selepas solat Jumaat tadi.

Hampir 200 orang telah bersama membantah kebiadapan Utusan Malaysia dan kegagalan Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap Utusan Malaysia sehingga sekarang.

Himpunan yang berjalan hampir 30 minit dengan pelbagai sepanduk mendesak agar Utusan Malaysia segera memohon maaf.

Beberapa pimpinan PAS turut berucap dan telah diakhiri dengan bacaan doa setelah pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam. -Hrkh

Karikatur Hina Islam, PAS Demo Seluruh Negara
Ditulis oleh Afix Redzuan
24/06/2011
Share


KUALA LUMPUR 24 JUN : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menuntut permohonan maaf secara terbuka dari akhbar Utusan Malaysia berhubung tindakan penyiaran karikatur ‘Kekeliruan Kes Rogol’ yang disifatkan sebagai menghina agama Islam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Sabki Yusof menyatakan tindakan penyiaran karikatur itu menghina sensitiviti umat Islam di negara ini dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat serta mengambil tindakan segera terhadap Utusan.

“Utusan telah menghina hukum agama Allah. Perhimpunan kita menyatakan bahawa mereka telah melakukan satu kesilapan besar terhadap umat Islam dalam negara.

“Kepada pihak JAWI dan KDN supaya mereka menyiasat dan mengambil tindakan keras terhadap Utusan. Sekiranya tiada tindakan yang diambil, kita akan meneruskan bantahan kita dengan skala yang lebih besar,” katanya.

Sabki berkata demikian sebelum mengadakan demonstrasi membantah karikatur terbitan Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu.

Lebih 50 orang menyertai demonstrasi berkenaan yang diadakan di perkarangan Majid Jamek Kampung Baru, di ibu negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda, DPPP Wilayah Persekutuan, Suhaimi Abd Aziz pula mendesak agar pihak KDN mengkaji balik permit Utusan Malaysia ekoran paparan akhbar itu yang sering menyimpang dari landasan sebenar.

“Tindakan awal kita menghantar memorundum kepada Utusan Malaysia agar mereka menarik balik karikatur terbabit dan memohon maaf kepada umat Islam. Kita juga minta KDN mengkaji balik permit Utusan Malaysia yang kita rasakan isu ini serius. Kalau mereka hina kita, kita boleh maafkan. Ini mereka menghina Islam seperti bantahan yang kita lakukan berhubung penyiaran karikatur di Sweeden dan Denmark,” katanya.

DPPP hari ini menggerakkan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan karikatur mengelirukan tentang hukum Islam dalam mengadili sesuatu kes jenayah.

Selain di Kuala Lumpur, demonstrasi turut diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu ekoran keengganan Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan karikatur itu.

Dalam demonstrasi aman yang disertai kira-kira 50 orang turut melaungkan slogan “Utusan Hina Islam”, “Hancur Utusan Malaysia”, Boikot Utusan Malaysa”, “Hidup Umat Islam”, “Jangan Hina Ajaran Islam” dan “Batalkan Permit Utusan Malaysia.”

Peserta demonstrasi itu juga membakar Utusan Malaysia sebagai simbolik membantah tindakan akhbar milik Umno.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada seseorang yang mirip seperti pegawai jabatan agama, namun ditolak kerana menurut watak itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Pada Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia dan memberikan tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengambil tindakan terhadap kartunis yang berkenaan.
-tvsnews