Isnin, 28 Mac 2011

Azmin: Menteri Dalam Negeri celaru dan sasau

KUALA LUMPUR: “Menteri Dalam Negeri dah celaru dan sasau,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Demikian respon beliau dalam twitternya pagi ini berhubung kesalahan tarikh yang tertera dalam notis arahan supaya beliau memberikan keterangan kepada polis.

“Saya terima Notis Seksyen 111 (Kanun Prosedur Jenayah) dari ASP Annas Sulaiman yang mengarahkan saya hadir di IPD (Ibu Pejabat Daerah) Ampang jam 10 pagi ini. (Namun) Tiada alasan diberikan.

“(Bagaimanapun) Notis Seksyen 111 yang diserahkan kepada saya tengah malam tadi bertarikh 26 November 2011,” lapor Azmin.

Kira-kira jam 11.30 malam tadi, sepasukan polis ‘menyerbu’ rumah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak di Taman Tunku Abdul Razak (TAR), Ampang. Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.
Polis dikatakan memberi tempoh sehingga Khamis ini.

Kehadiran polis itu dipercayai ada kaitan dengan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, kelmarin.

Pagi ini, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menghadiri majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Perbahasan bermula. Saya mengambil tempat pertama menjunjung kasih di atas Titah Tuanku Sultan. Bersedia bahas isu rakyat Selangor,” lapor Azmin lagi dalam twitternya pagi tadi

UMMI HAFILDA simpan video seks...[tak salah ka nie?]

Siasat 18 video seks lain

SACHITHANATHAN (tiga dari kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam membuat laporan polis berhubung kes rakaman video seks.

KEPALA BATAS - Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang meminta polis menyiasat kenyataan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali (gambar kecil) mengenai pengakuan beliau bahawa terdapat 18 rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
 
Setiausaha Keris, Azman Hasan menegaskan, kenyataan Ummi Hafilda baru-baru ini perlu dipandang serius dan ahli perniagaan itu harus mendedahkan video yang dimaksudkan itu.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi yang meresahkan pemikiran rakyat yang mahukan kebenaran di sebalik dakwaan beliau membabitkan pemimpin itu.

"Ummi Hafilda perlu tampil bagi mendedahkan kesemua video berkenaan demi kebenaran.

"Kita harap pendedahan itu bukan sekadar cakap-cakap kosong. Ummi Hafilda kena buktikan bahawa video itu benar-benar wujud," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Isu radioaktif Jepun - pekerja dah kena pindah dah..!!

Pekerja nuklear diarah berpindah



GAMBAR menunjukkan loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun pada 23 Mac lalu.
TOKYO - Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan pekerja-pekerja dari loji jana kuasa reaktor nuklear Fuskuhima Daiichi yang rosak selepas mengesan peningkatan bahan radiasi.

Pihak pengurusan syarikat Tokyo Electric Power Co (TEPCO) yang mengendalikan loji jana kuasa itu menyatakan, tahap radiasi dalam air di reaktor nombor dua loji tersebut melebihi 1,000 milisievert sejam jika dibandingkan dengan standard keselamatan kebangsaan iaitu hanya 250 milisievert setahun.

Agensi Perlindungan Keselamatan Amerika Syarikat menyatakan kesan radiasi sebanyak 1,000 millisievert sudah cukup untuk menyebabkan perdarahan dalam tubuh manusia.

Pegawai-pegawai TEPCO berkata, pekerja-pekerja tersebut telah dikeluarkan daripada bangunan turbin di reaktor nombor dua untuk mengelakkan mereka terkena pancaran radiasi yang berbahaya.

Pekerja-pekerja tersebut telah berusaha sebelum ini untuk mengepam keluar air di reaktor tersebut yang mengandungi radioaktif.

Para jurutera TEPCO berhempas-pulas sepanjang dua minggu lalu bagi mengelakkan malapetaka yang disebabkan oleh sejumlah batang bahan bakar di Fukushima Daiichi cair selepas rosak akibat gegaran gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac lalu.

Sementara itu, ujian menunjukkan air di loji nuklear tersebut mengandungi tahap radioaktif 10 juta kali ganda daripada normal didapati satu kesilapan.

Beberapa pegawai menyatakan tahap radiokatif itu mungkin lebih rendah daripada keputusan ujian tersebut.

Gempa bumi kuat pada skala 9.0 Richter pada 11 Mac lalu itu menyebabkan 27,500 orang terbunuh dan hilang.

Kerja-kerja tersebut sudah beberapa kali terhenti kerana kerap berlaku letupan dan kenaikan tahap radiasi di dalam reaktor.

Tragedi di Jepun itu merupakan krisis nuklear paling teruk sejak letupan loji di Chernobyl, Ukraine pada suku abad lalu.

Pada Khamis lalu, tiga orang pekerja TEPCO yang bekerja di reaktor nombor tiga telah dimasukkan ke dalam hospital selepas terkena air yang mempunyai tahap radiasi sebanyak 10,000 kali ganda tinggi daripada tahap radiasi di dalam reaktor.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano berkata, langkah berhati-hati bagi menghadapi masalah nuklear akan berlanjutan selama beberapa minggu dan mungkin berlarutan selama berbulan-bulan.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, jika seseorang itu mengalami pendedahan radiasi yang banyak di antara 50 hingga 100 millisievert, mangsa akan mengalami perubahan bahan kimia dalam darah.

Jika seseorang terkena radiasi di antara 100 ke 500 millisievert, dia akan berasa mual atau loya.

Seseorang itu akan muntah-muntah jika terkena pancaran melebihi 500 sehingga 700 millisievert.

Rambut akan gugur dalam tempoh hanya dua hingga tiga minggu jika terkena radiasi di antara 700 ke 750 millisievert.

Apabila terdedah di antara 750 hingga 900 millisievert, pesakit akan mengalami cirit-birit.

Pendarahan akan berlaku apabila seseorang itu terkena pendedahan bahan radiasi 900 hingga ke 1,000 millisievert.

Kematian boleh berlaku dalam tempoh dua bulan jika seseorang itu terdedah pada radiasi sebanyak 1,000 hingga 4,000 millisievert jika tidak mendapatkan rawatan.

Dinding usus akan rosak, pendarahan dalaman bakal berlaku dan seseorang itu boleh mati dalam tempoh di antara satu hingga dua minggu jika terdedah pada pancaran radiasi di antara 4,000 hingga 10,000 millisievert.

Pendedahan radiasi yang tinggi antara 10,000 hingga 20,000 millisievert pula akan menyebabkan kerosakan sistem saraf tunjang dan boleh membawa maut hanya dalam tempoh masa beberapa jam. - Agensi

Perkongsian kuasa Azizan faktor ‘Kedah Sejahtera’


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg83YKALRkKOfBn3WN7_Q08MMz5SsjcEcA2NBLdvRwd5tfonWz4fTtif8nki-79iky9ZgDQj4lGW7efsaUdR6RAo1yTo0h_FVFC3Pqy_DuoGdpJrWHtjtQucJtAJX_82elJOaoczls2so72/s1600/kedah%2520sejahtera%25202.png
ALOR SETAR - Pendekatan perkongsian kuasa yang diamalkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam mentadbir Kerajaan Negeri dikenal pasti antara faktor utama Kedah dianggap sebagai lebih sejahtera dan aman.

Ahli Exco, S Manikumar berkata, pendekatan yang lebih dikenali ‘approach power sharing’ itu pada mulanya ditentang kebanyakan orang termasuk segelintir pemimpin dalam PR sendiri kerana ‘tersalah faham’ tetapi mereka mula menyedari hasil positif setelah tiga tahun diamalkan.

Menurutnya, pendekatan perkongsian kuasa merujuk kepada tiga entiti yang menerajui dan mentadbir Kedah iaitu institusi diraja, pembuat dasar iaitu Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai kerajaan dan pelaksana dasar iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai Kerajaan Negeri (KSC).

“Secara profesional, Azizan dapat meletakkan ketiga-tiga entiti ini secara berasingan dan menjadi peneraju ke arah hala tuju yang positif.

“Banyak orang pada mulanya menyalahkan Azizan dan mendakwa beliau terlalu berlembut dengan KCS sekiranya sesuatu isu timbul, sedangkan tindakannya adalah betul dan di bawah undang-undang negeri,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, Kerajaan Negeri ditunjangi Pakatan Rakyat (PR) perlu mewujudkan revolusi minda dalam kalangan rakyat Kedah bagi membolehkan mereka lebih profesional dalam menilai sesuatu tindakan atau isu yang timbul.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat sebahagian rakyat negeri ini yang terus menuding jari ke arah Menteri Besar dan Exco Negeri sekiranya terdapat masalah melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri.

“Saya ambil contoh penguatkuasaan sampah yang sebenarnya merupakan tugasan harian PBT melalui Akta Kerajaan Tempatan 171 dan 172.

“Bagaimanapun, sekiranya masalah melibatkan penguatkuasaan sampah, Menteri Besar perlu merujuk tindakan di bawah akta terbabit terlebih dahulu dan bukannya boleh ‘ketuk’ kepala PBT secara semberono. Inilah antara perkara penting yang ramai orang tidak tahu,” katanya.

Manikumar berkata, sehingga kini hubungan Kerajaan Negeri dengan KCS juga semakin baik dan pelbagai perancangan sudah dapat dilaksanakan hasil daripada sistem politik terbuka diamalkan Azizan.

“KCS kini sudah menyedari fungsi sebenar mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan Negeri dan saya yakin hubungan semakin intim ini mampu memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri hanya boleh bergerak apabila disokong tiga tulang belakang utama (institusi diraja, Kerajaan Negeri dan KCS) yang bergerak seiring. Kekalkan hubungan sedia ada, slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua bakal menjadi realiti suatu hari nanti,” katanya.

Jepun sering berbohong dalam mempromosi faedah loji nuklear

NAGOYA (Jepun): Beratus-ratus orang menyertai tunjuk- tunjuk perasaan antinuklear di Jepun semalam berikutan kemalangan nuklear paling buruk negara itu apabila sebuah lojinya di Fukushima dilanda tsunami 11 Mac lalu.

Para pekerja pula bertungkus lumus cuba mengeluarkan air tercemar daripada loji itu berikutan laporan ada kenaikan mendadak paras radiasi. Namun, paras itu akhirnya didapati satu kesilapan.

Para pegawai Jepun meminta maaf atas satu kesilapan yang menyebabkan beberapa kakitangan melarikan diri dari reaktor loji itu apabila satu ukuran menunjukkan radiasi mencapai paras 10 juta kali lebih tinggi daripada normal dalam sistem penyejukan reaktor itu.

Di ibu kota Jepun pula, sekitar 300 orang, ada yang memakai topeng gas, berbaris di luar ibu pejabat Tokyo Electric Power (Tepco), pengendali loji itu, sambil melaungkan 'Kami tidak perlu loji-loji nuklear!'

Demonstrasi serupa diadakan di bandar utama Nagoya dengan penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat syarikat tenaga serantau, Chubu Electric Power, sambil melaungkan: 'Kami tidak mahu satu lagi Fukushima'.

'Saya ingin memilih cara hidup saya dan tidak mahu tinggalkan bahaya bagi generasi masa depan,' kata seorang penduduk Nagoya, Encik Shigeko Furumichi, 63 tahun.

Para pencinta alam sekitar telah lama memberi amaran tentang risiko yang ditimbulkan loji nuklear Hamaoka milik Chubu Electric Power, 120 kilometer dari Nagoya.

Loji nuklear itu terletak di atas satu zon benam dekat sempadan dua plat tektonik, di kawasan yang dikhuatiri hanya menanti masa berlakunya satu gempa besar.

Jepun, yang menghadapi sekitar 20 peratus daripada gempa besar seluruh dunia, menjana 30 peratus tenaganya daripada sumber nuklear.

Loji Fukushima Daiichi, 250 kilometer di utara Tokyo, teruk terjejas apabila gempa berukuran 9.0 pada skala Richter dan tsunami besar merosakkan sistem penyejuknya.

Kemudahan usang itu digegar beberapa letupan dan kebocoran radiasi, yang mencemari hasil pertanian dan air paip di kawasan itu.

'Jepun sering berbohong dalam mempromosi faedah loji nuklear,' kata seorang penujuk perasaan, Encik Atsuchi Fujuki.

Sebelum itu, pekerja di Fukushima telah lari dari sebuah reaktor rosak semalam selepas terdapat laporan kenaikan mendadak keradioaktifan, yang mencapai paras 10 juta lebih tinggi daripada biasa.

Angka itu terlalu tinggi hinggakan pekerja yang mengukur paras radiasi itu melarikan diri sebelum mengambil ukuran kedua, kata pegawai. Namun ia didapati satu kesilapan.

'Angka itu tidak boleh dipercayai,' kata jurucakap Tepco, Encik Takashi Kurita.

'Kami meminta maaf.'

Angka kematian disahkan ekoran bencana berganda itu semalam 10,668 orang, dengan lebih 16,574 orang hilang, kata polis. -- AFP, AP.

Fitnah Ke Atas Wartawan Harakah Pula

Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah

Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.
Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.

"Fitnah" boleh mengena sesiapa saja. Wan Nordin atau sesiapa juga yang beragama Islam tidak sepatutnya berada di sana, tetapi malang bagi wartawan Harakah itu, terperangkap, dan "ter"tonton (jika boleh digunakan istilah sedemikian) video lucah tersebut.

Adalah lebih selamat jika wartawan berkenaan sekalipun sudah masuk ke bilik berkenaan, tidak lansung menghiraukan tayangan berkenaan seperti memandang e arah lain dan tidak mengulas apa-apa pun mengenainya. Jika ada pertanyaan juga, maka kita berlepas tangan dengan menyatakan dengan tegas, saya tidak menontonnya kerana ia haram untuk kita.

Ia menjadi pengajaran untuk golongan mukmin - supaya tidak terjebak dalam apa yang diistilahkan "syubhat" dan agar tidak ditimpa fitnah berkenaan.

Memang kita ini lemah, maka dengan sebab itu Allah menganjurkan sekalipun terhadap orang beriman, supaya bermohon ampun kepada Allah, kerana syaitan itu sentiasa ada sepanjang perjalanan kita untuk menggelincirkan kita supaya terheret bersama dengan mereka.

Semuga Allah swt menyelamatkan kita dari fitnah-fitnah yang kini nampaknya semakin bermaharajalela dan menghukum si pemfitnah itu dengan hukumanNya di dunia dan di akhirat sepertimana yang dijanjikanNya di dalam Al-Qur'an

Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)

*Nota: Bagi yang terkena fitnah, ayat di atas dibaca berulang-ulang kali supaya terselamat dari fitnah berpanjangan dan supaya si pemfitnah dihukum Allah serta-merta. InsyaAllah. -GB

RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab

BUKIT KATIL, 28 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab dan digesa meletakkan jawatan kerana gagal menjaga kepentingan orang Melayu.

"Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham Bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan Bumiputera malah yang ada pun lesap,” kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab.

Katanya, seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepentingan Bumiputera itu.

Baru-baru ini, Najib mengakui saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap, yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera.

Yusof yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukitt Katil hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham Bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan kroni.

"Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini.

"Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini?" soalnya.

Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalannya dalam isu itu.

"Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan Bumiputera.

"Dahlah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana," kata Yusof dengan kesal. -Hrkh

Menurutnya, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu.

Kenali individu di sebalik 'Datuk T'

Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu.
Walaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah mereka di sebalik video itu.
Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu.
Shazryl Eskay Abdullah

NONEEskay, 51, dari Naka, Kedah, adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd.

Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi.

NONESepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil.

Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu.

Rahim Tamby Chik


rahim thamby chik at bukit aman 240311 01Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.

Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh.

Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politik berikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya.

ghafar baba and umnoAnwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim.
Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba.

Shuib Lazim

NONESebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari.

Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.
- Malaysia Kini

Permatang Pauh : Biar Hujan.. Lawan tetap Lawan !!

Oleh secjdm3p044

"Hujan yang menyirami Pulau Pinang bermula dari pagi hingga ketengah malam semalam dan hanya berhenti seketika sebelum ceramah bermula dan hujan renyai-renyai kembali setelah setengah jam ceramah bermula seolah-olah menyejukkan hati para penyokong DS Anwar Ibrahim dibumi Permatang Pauh ini yang mula panas setelah DS Anwar Ibrahim difitnah lagi ..

Biarpun hujan mencurah dan padang yang kering bertukar lecah.. namun ceramah terpaksa dijalankan juga bak kata seorang sahabat dari anggota beruniform tetapi tidak memakai uniform ketika bertugas.. “Bro!! Biar hujan .. Lawan tetap lawan!!”
Semalam, sebagaimana yang telah dirancangkan dan diwar-warkan Satu Solat Hajat dan Ceramah Perdana Fitnah III telah berlangsung dikawasan Parlimen Permatang Pauh,.
Solat hajat telah diadakan di Masjid Bandar Perda dengan Ustaz Mutallib dari An- Nahdoh menjadi imam, Manakala ceramah Perdana pula telah berlangsung di Padang Awam Taman Pauh Indah, Bukit Mertajam.

Menurut sms yang diterima pada sekitar jam 8.00 malam mengatakan empat jalan utama dua lorong yang menghala ke tapak ceramah telah ditutup satu lorong menjadikannya satu lorong oleh pihak Polis menyebabkan aliran trafik menjadi sangat perlahan..

Aliran yang telah perlahan itu diperlahankan lagi dengan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan oleh Anggota Polis yang terpaksa menurut arahan Pegawai mereka..

Laporan juga mengatakan sebanyak lapan truck FRU dan dua Water Cannon telah digerakkan ke padang tempat ceramah diadakan, laporang yang menyebabkan seluruh petugas keselamatan dari UKP diletakkan dalam keadaan bersedia dengan segala kemungkinan.

Sedikit sebanyak laporan yang mengatakan lapan truck FRU bersama dua water cannon itu memang menyakitkan hati dan ramai yang bertanya adakah Polis Pulau Pinang juga mahu menurut jejak langkah Polis di Selangor yang telah menggangu dan menghentikan ucapan Anwar di Selangor kelmarin?

Tetapi semalam terbukti Pihak Polis terutamanya Ketua Polis Pulau Pinang jauh lebih professional jika dibandingkan dengan pihak Polis dan Ketua Polis Selangor.

Sekatan jalanraya dilakukan bagi memastikan keselamatan para pemimpin iaitu DS Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, YB Johari Abdul, Khalid Jaafar dan Chegubard terjamin..

Semua mereka memberikan ulasan tentang isu Video Lucah.. YB Johari Abdul dengan pendedahannya mengenai konspirasi UMNO melalui lelaki yang pernah dikaitkan dengan kejadian merogol kanak-kanak bawah umur.

Khalid Jaafar menceritakan siapa itu Rahim Tambi Chick..


Guan Eng sambil memuji pihak Polis Pulau Pinang yang telah Berjaya menurunkan indeks jenayah di Pulau Pinang sebanyak 22.7% mempertikaikan siapa Rahim Thambi Chik, seorang yang kononnya mempunyai moral sesuci embun pagi dengan menjadi dalang Video Lucah tetapi pernah dikaitkan dengan isu rogol kanak-kanak bawah umur.. itulah contoh ayam jantan yang berkokok berdegar-degar tapi ekor penuh najis!

DS Anwar Ibrahim pidatonya hampir sama dengan pidatonya yang boleh dilihat di
SINI cuma loghat bahasa berbeza, memendekkan ucapan untuk memberikan laluan kepada Chegubard.
Sedang menurunkan autogeraf diatas buku tulisannya "Disebalik Misteri Pembunuhan Altantuya"

Chegubard yang dijemput memberikan ucapan oleh DSAI sendiri menceritakan kisah bagaimana semuanya kisah mengenai Video lucah itu bermula, dengan sikit tambahan yang aku kira menyakitkan hati sekelompok pemimpin yang berlindung dibawah ketiak Anwar.

Yang tak pernah dengar pendedahan itu, bacalah di
SINI.

Katanya beliau sedar beliau bukanlah seorang yang baik untuk menjadi ahli politik, kerana beliau kurang satu lagi criteria yang diperlukan iaitu BODEK atau mengampu pemimpin untuk naik… Aku setuju 110%..

FRU yang dihantar juga bagi mengelakkan sebarang rusuhan atau kekacauan tercetus, mereka digerakkan tetapi tidak terus ketapak ceramah sekadar berkhemah di perhentian bas yang setengah kilometer letaknya dari tapak ceramah..

Tiada sebarang provokasi dicetuskan mereka cuma satu sms yang diterima meminta kalau boleh berhentilah tepat jam 12.00 malam jangan ulang seperti di Cheruk Tok Kun hari itu yang berakhir jam 12.30 malam..

Bagi menghormati permintaan wakil mereka itu ceramah yang dihadiri oleh hampir 3000 orang ini telah dihentikan tepat jam 11:58 malam, dua minit lebih awal..
Biar hujan.. mereka masih setia berdiri mendengar

Bukan wartawan menjadi sasaran.. lelaki ini muncul lagi..

Siapa lelaki yang menutup kepalanya dengan surat khabar itu??
jawapannya ada di SINI

Masih setia.. ketika hujan renyai-renyai..
lagi gambar sila lihat di sini..

Demo Terbesar Di London Bantah Bajet Kerajaan Potong Perbelanjaan Awam


Ratusan ribu orang menyertai perarakan tunjuk perasaan di London menentang pemotongan besar perbelanjaan awam yang dilakukan kerajaan Britain.

Ini merupakan aksi protes terbesar di Britain sejak tunjuk perasaan antiperang lapan tahun lalu sebelum penyerbuan ke Irak.

Perarakan utama berlangsung damai tetapi sekelompok penunjuk perasaan, yang sebahagian membawa bendera hitam anarkis, menyertainya untuk kemudian menyerang bank-bank dan kedai-kedai di pusat membeli-belah utama di kota London.

Di sini, para penunjuk perasaan terlibat bertempur dengan pihak polis.

Tunjuk perasaan ini diselenggarakan oleh sejumlah syarikat buruh. Pemimpin Parti Buruh, Ed Miliband, menyampaikan pidato di depan penunjuk perasaan.

Masih ada alternatif

Menurut perhitungan, jumlah perasaan mencecah 250,000 orang. Panitia penyelenggara menyatakan, jumlah ini jauh lebih besar dari yang mereka duga.

Para menteri kerajaan mengatakan pemotongan perlu dilakukan untuk memulihkan kewangan awam.

Tetapi, Miliband mengatakan, "Partai Konservatif meminta agar saya tidak datang dan berbicara hari ini. Tetapi saya bangga bersama anda. Ada alternatif yang boleh dilakukan."

Setelah lebih tiga jam berlalu, warga terus melimpahi kawasan perarakan membentuk barisan dan memenuhi lapangan Hyde Park di pusat London dan juga melewati bangunan parlimen.

Dalam rusuhan di pusat membeli-belah, polis menyatakan seorang ditahan. -bbc