Khamis, 3 Mac 2011

Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir

TEMERLOH, 3 Mac: Kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa Pahang berhutang sejumlah 2.17 billion dengan kerajaan pusat adalah biasa dan sama seperti negeri-negeri lain ibarat alasan 'Pak Pandir', kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Watak dongeng Melayu itu sinonim dengan kenyataan 'bukan anak kita sahaja mati, anak orang lain pun mati juga' kata Tuan Ibrahim, hanya untuk melepaskan diri dari dia dilihat lemah atau bersalah.

Katanya, menteri besar Pahang itu sepatutnya melihat peningkatan hutang tahunan negeri kepada kerajaan pusat telah sampai ke tahap membimbangkan.

"Apa yang mendukacitakan, bilamana anggaran hasil negeri hanya RM532 juta sedangkan belanja mengurus sahaja RM600 juta, pembangunan RM270 juta menjadikan jumlah bajet keseluruhan RM871 juta.

"Ini bermakna lebih dari RM300 juta bergantung kepada hasil pinjaman dari kerajaan Pusat," katanya pada sidang media harian PAS di pusat media PRK Kerdau di sini.

Semalam, Adnan terpaksa menafikan dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri hampir bankrap ekoran defisit bajet 13 tahun berturut-turut dan hutang dengan kerajaan pusat makin meningkat.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya defisit dua kali.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah pilihan raya PAS bagi PRK Kedau berkata, kegagalan kerajaan negeri pimpinan Adnan meningkatkan hasil adalah kerana pengurusannya yang lemah dan tidak terkawal.

"Sebagai contoh, kerajaan negeri sanggup menghabiskan wang negeri bagi membeli nombor plat kereta CCC9 dengan nilai RM48 ribu," katanya.

Lebih pelik ujarnya, inden kenderaan yang sudah dilupuskan masih lagi dibayar dengan jumlah RM11,838 seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Selain itu, tuntutan melampau bagi projek Rumah Rehat Bentong turut dipersoalkan.

"Papan tanda 'Surau' yang harga pasaran RM60 dibayar kepada kontraktor RM542, lampu hiasan ruang tamu yang harganya hanya RM1,500 dibayar kepada kontraktor dengan harga RM38,700," tambahnya.

Sehubungan itu katanya, rakyat harus membuka mata disaat mereka berdepan masalah ekonomi, kerajaan negeri pula melakukan pembaziran.

Katanya, sekarang adalah masa terbaik untuk membuat perubahan memilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Pemilihan calon BN pada pilihan raya ini hanya akan meneruskan keadaan selepas 12 kali pilihan raya umum, inilah hasilnya.

"Rakyat perlu memilih wakil rakyat yang akan mengangkat isu-isu ini kepada kerajaan negeri," katanya.

Petugas BN menyamar ahli PAS

Menyentuh suasana kempen yang masuk hari kelima, beliau mendakwa mendapat maklumat seramai 200 petugas BN menyamar sebagai ahli PAS.

Mereka ini katanya, bergerak bertemu pengundi dan cuba menimbulkan provokasi.

Beberapa kain rentang bersifat provokasi juga telah ditemui dipasang di merata tempat, dan beliau memaklumkan laporan polis akan dibuat hari ini.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang banner dan bendera kempen yang dipasang petugas PAS.

Insiden itu katanya berlaku sejak awal kempen dan terbaru awal pagi tadi.

"Sehingga kini sebanyak 16 kain rentang dan berpuluh bendera hilanh dan enam kain rentang lagi baru hilang pagi ini.

"Saya menyeru kepada kanak-kanak nakal ini untuk menghentikan tindakan ini," nasihatnya.

Insiden itu didakwa berlaku di beberapa tempat termasuk Desa Murni, Kampung Ketam dan Kuala Tekal. -Hrkh

Sapa tak percaya yang menentang UMNO adalah amalan mulia..!!

Menentang UMNO adalah amalan mulia!


Ramai Melayu Umno menganggap, kalau anda menentang UMNO maka anda adalah pengkhianat bangsa Melayu. Benarkah dakwaan tersebut?

Tunku Abdul Rahman, Bapa Merdeka, telah menolak untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1988, seperti yang dilakukan Tun Hussein Onn. Jangan lupa, bahawa pengasas UMNO sendiri, Onn Jaafar juga keluar UMNO!

Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di luar UMNO. Mereka tidak mahu ada kaitan dengan UMNO.

Mereka pergi ke kubur mereka dengan membenci UMNO , dengan keyakinan bahawa UMNO tidak lagi seperti mana UMNO yang mula ditubuhkan dahulu.

Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein adalah negarawan ulung negara. Dan mereka ini diakhir hayat mereka berpaling dan keluar dari UMNO.

Apakah orang-orang UMNO berani mengatakan bahawa ketiga-tiga negarawan ulung tersebut pengkhianat bangsa Melayu?

Terbukti bahawa menentang UMNO bukan satu kerja khianat.PAS menentang UMNO kerana mahu menyelamatkan bangsa, ugama dan Negara dari cengkaman kezaliman UMNO yang sejak sekian tahun memerintah Negara.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2011/03/menentang-umno-adalah-amalan-mulia.html

Sudah lebih 50 tahun umno menipu Melayu. Cukuplah...

IPOH. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno merasakan hak istimewa orang Melayu tergugat tidak lain tidak bukan kerana bimbang kedudukan dan kuasa mereka tergugat disebabkan orang Melayu mula meninggalkan perjuangan Umno di samping kaum lain sudah tentu menjauhi perjuangan Barisan Nasional.

Menurut beliau, pemimpin tertinggi Umno mahu memecah-belahkan orang Melayu dengan alasan kaum Melayu semakin lemah dan hak istimewa orang Melayu akan tergugat jika Umno-BN kalah dalam pilihan raya akan datang.
Dengan kata lain, Umno cuba mengugut orang Melayu agar tidak menolak Umno-BN dalam pilihan raya jika tidak mahu hak mereka hilang kepada kaum lain.

Beliau menyatakan , seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Umno tidak terlepas daripada isu perkauman. Kononnya umno sebagai penyelamat kaum Melayu, akan tetapi realiti sebenar pemimpin umno yang telah menggadaikan keistimewaan bangsa Melayu di Malaysia selama ini.

Memetik ucapan beliau “Yang merosakkan Melayu sejak Merdeka dahulu adalah Umno. Sudah 53 tahun Merdeka, Melayu makin lama makin terpinggir, nasib orang Melayu semakin tidak terbela, bukankah selama ini umno yang uruskan pentadbiran Negara?
Jadi siapa yang rosakkan Melayu sejak dari dahulu kalau bukan Umno yang mengkhianati kaum sendiri?” umno salah guna kuasa selama ini, habis tanah rizab orang Melayu digadaikan, hak keistimewaan orang Melayu dihakis, bahasa Melayu diketepikan”

“Pemimpin umno juga mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan kepada kroni-kroni umno yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun”.

Selain itu beliau juga menyatakan, Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua.

Justeru beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit menghalang kezaliman yang selama ini dilakukan oleh umno kepada rakyat Malaysia, matlamat terdekat kita untuk memenangi PRU 13 ini dan banyak bukti umno telah gadaikan bangsa Melayu demi kepentingan peribadi pemimpin mereka dan PAS bersama Pakatan Rakyat akan dedahkan sebanyak mungkin bukti-butki kezaliman yang dilakukan oleh umno selama ini kepada rakyat.

ustazabubakar.worpress.com

MERLIMAU : PENARI SEKSI MAI DAH..!!!!

MERLIMAU : PENARI SEKSI SUDAH MARI!

Seolah-olah sudah menjadi tradisi dalam Umno/BN setiap kali kempen pilihanraya kecil untuk menghiburkan pengundi dengan penari seksi. Cuma kali ini mereka berlindung di bawah NGO 1Malaysia yang pentas utama berlatar belakang poster Perdana Menteri.
 
Di PRK Merlimau situasi sama berlaku apabila pengundi di Merlimau dihiburkan oleh persembahan menjolok mata. Apa yang dilakukan oleh BN di Merlimau sesuatu yang amat dikesali kerana menyuburkan budaya tidak sihat khususnya di kalangan remaja dan belia.

Boleh jadi Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam menghadapi kekurangan pelajar di sekolah kebanggaan Umno di Melaka , Sekolah Murid Mengandung ( Sekolah Harapan). Jadi menganjurkan hiburan dengan penari seksi merupakan langkah bijak Ali Rustam dalam usaha untuk menambah pelajar di sekolah berkenaan.[http://angkasanuri.blogspot.com]

50 tahun perintah negara.. Tapi UMNO/BN masih 'tak matang'

Umno-BN "Tidak Matang" Kendali Politik Dan Urustadbir Negara, Kata Khalid

SHAH ALAM 3 MAC : Walaupun tiga tahun sudah berlalu selepas tsunami politik 2008, Kerajaan Persekutuan masih belum "matang" untuk mengasingkan politik kepartian dan urustadbir negara yang merangkumi kerajaan-kerajaan negeri daripada pembangkang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Akibatnya, Putrajaya terus menggunakan budaya menekan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk meraih kembali sokongan rakyat di situ namun taktik itu nyata akan gagal seperti yang terbukti dalam kes Kelantan, kata beliau dalam wawancara khas dengan TVSelangor.

"Saya rasa kematangan (Umno-BN) ini hanya akan mula terserlah apabila mereka mendapati cara merajuk dan menggertak (kerajaan negeri), tidak lagi memberikan apa-apa makna.," kata Khalid.

Khalid melahirkan rasa kesal kerana kerajaan pusat masih tidak mengamalkan dasar permuafakatan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat demi membawa pembangunan untuk rakyat.

Sebaik sahaja Khalid dan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Umno-BN dikatakan bertindak balas dengan memulau agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan menubuhkan agensi lain yang dikawal secara langsung dari Putrajaya.

Radio Televisyen Malaysia juga diarah berpindah keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam dan tidak lagi menerbitkan program-program yang membolehkan mesej kerajaan negeri disampaikan kepada rakyat Selangor, sebagaimana di negeri-negeri pimpinan BN.

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng terpaksa berdepan dengan kerajaan pusat yang kerap meminggirkan Pulau Pinang dalam rancangan rancangan pembangunan jangka panjang negara, Rancangan Malaysia ke 10 dan prgram Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Selain itu tunjuk perasaan anjuran Umno atau pertubuhan bukan kerajaan yang pro-parti itu kerap diadakan di Selangor dan Pulau Pinang untuk mencerminkan pelbagai lapisan rakyat tidak berpuas hati di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Pada pandangan saya, apabila kita bandingkan keadaan ini dengan apa yang berlaku di England dan Australia, kita kurang matang dari segi menerima hakikat bahawa politik itu hanya sebahagian daripada proses dan bukan satu pengakhiran. Apa yang penting akhirnya, adalah pembangunan masyarakat dan negara," tegas Khalid.

Menurut Khalid, tindakan pemimpin-pemimpin BN membelakangi Perlembagaan Persekutuan tentang pengasingan kuasa dan hak kerajaan pusat dan negeri adalah kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi menguasai beberapa negeri.

Justeru pelbagai helah digunakan menafikan hak kerajaan negeri sungguhpun ia bertentangan dengan perlembagaan yang sedia ada.

Kontroversi pelantikan Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor secara terus oleh Putrajaya dan usaha kerajaan negeri menguruskan industri air yang masih tertunda hanya dua contoh yang mencerminkan kekangan kerajaan Selangor dalam berurus dengan Putrajaya.

" Saya fikir kita masih belum ada kematangan dalam politik dan pentadbiran negara untuk menyedari politik boleh berubah-ubah tetapi misi kita dalam memberikan pentadbiran yang terbaik untuk rakyat harus menjadi konsep bersama (antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan)," jelas Khalid.

Namun apa yang berlaku ialah kerajaan persekutuan Umno-BN tidak selesa berurusan secara telus dan terbuka dengan kerajaan negeri pimpinan pembangkang, kata Khalid.

"Walaupun Perlembagaan Persekutuan itu jelas tentang tatacara dan susila mengenai peranan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, tetapi kerajaaan persekutuan berasa janggal untuk berbincang secara professional dengan kerajaan negeri yang di pimpin oleh parti lain,” kata Khalid.

“Ini (tidak patut kerana) perbincangan adalah untuk pembangunan dan bukan dari segi visi (politik),” kata Khalid yang sekali lagi melahirkan harapan kerajaan Persekutuan dan jentera pentadbirannya lebih terbuka dan ikhlas dalam berurus dengan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat

BOB LOKMAN & RADZI MELISSA @ MANJUNG 04.03.2011

Perancangan Aturcara J/Kuasa penganjur program di Manjung 4hb Mac ini (Pemuda PAS Lumut) :-

1. IN PERSON: SDR BOB LOKMAN & USTAZ RADZI MELISSA (Program Muslimat ) bertempat di Kedai kak Ros Pasir Panjang jam 5.30 ptg.

2.(A). MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6 BERSAMA BOB LOKMAN & SOLAT MAGHRIB di Kg. Baru jangkamasa sebelah petang / maghrib.

2.(B). KULIYAH MAGHRIB OLEH USTAZ RADZI MELISSA di Masjid Kg. Serdang atau Surau Taman Mawar. (Lokasi akan di'update')

3. CERAMAH MALAM KESENIAN ISLAM BERSAMA DS NIZAR, USTAZ RADZI MELISSA & SDR BOB LOKMAN di Dataran Madah Fasa 1A, Seri Manjung jam 9.00 mlm.
-Ucapan Aluan DS Nizar.
-Penyerahan Borang Ahli dari Pemuda Lumut oleh DS Nizar.
-Pelancaran Kelab Motor Alternative Racing Club (ARC).
-Ceramah Ustaz Radzi Melissa.
-Ceramah Sdr Bob Lokman.

Semua Dijemput Hadir & Datanglah beramai-ramai ke Tapak Perniagaan Malam Kesenian yg turut disertai Bob Lokman, dan kpd yg berminat utk dptkan tapak niaga boleh hubungi Sdr Suhaimi: 0125315712 atau Sdr Tarmizi: 0194957133.

*Jadual Perancangan: Segala Perubahan Tertakluk kepada Penganjur. Sebarang perubahan akan dikemaskinikan. Mohon Sebarkan

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

RM24.5 bilion lagi wang Petronas dirompak untuk kroni?

Malaysia semakin parah dengan amalan rasuah serta ‘rompak khazanah negara’ apabila pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menyerahkan RM24.5 bilion wang Petronas kepada tiga syarikat kroninya, tegas Datuk Seri Anawar Ibrahim.

Peruntukan tersebut kata Ketua Pembangkang itu sepatutnya dibelanjakan untuk tujuan cari gali minyak di luar negara.

Justeru itu katanya lagi, tidaklah menghairankan sekiranya Nazim Razak selaku adik Perdana Menteri dan anak Tun Mahathir Mohamad bernama Mokhzani merupakan antara peribadi terkaya di tanah air hasil menerima habuan daripada Petronas.

“Petronas ada kontrak RM23 Bilion, yang selalu dibelanja untuk mencari gali minyak di Sudan, Iran, Afrika, Iraq, dan lain-lain. Sejak Tan Sri Hasan Merican, diberhentikan, dan diganti dengan orang yang dipilih oleh Najib, dia bawa balik RM 24.5 bilion ini.

“Ia tidak dilabur di luar negara tetapi di dalam. Di luar, kalau kita ada syarikat cari gali, Shell atau BP, . dia dapat minyak, kita kongsi. Tetapi RM 24.5 bilion yang baru diputuskan di dibawah Datuk Seri Najib adalah untuk … 3 syarikat utama,” dedah Anwar.

TV Selangor melaporkan, Anwar berkata antara syarikat yang menerima habuan itu adalah KENCANA, milik Datuk Mokhzani Tun Mahathir ketika menyampaikan ceramah di Padang Serai Merlimau sempena pilihanraya kecil dewan undangan negeri pada hujung minggu lepas.

"Ramai lagi tak ada kerja, anak muda gaji RM1,000 saja sebulan. Dia sanggup rompak RM23 bilion lagi lalu beri pada adik dan anak 'bos' dia"
 
Pendedahan terbabu baginya suatu pengkhianatan kepada rakyat kerajan Najib selaku Perdana Menteri masih meneruskan amalan rasuah sebagaimana dua perdana menteri sebelumnya – Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mahathir – di tengah-tengah rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga minyak dan barang asasi serta perlaksanaan saman ekor.
“Ramai tak ada kerja, anak muda gaji RM1,000 saja sebulan. Fikirlah anak-anak ini, nak makan juga, nak hantar anak sekolah, dan ada barang nak beli.

Tetapi kamu nak fikir anak kamu (Mahathir) saja sebab apa? Saya marah sebab ini. (Jadi) saya akan lawan tetap lawan,” katanya.

Baginya, Menteri Umno di dalam kerajaan semuanya tidak ada maruah, bahkan sanggup menjadi penjenayah kolar puteh dengan merompak wang rakyat.

“Saya Menteri Kewangan 8 tahun, kalau saya nak punggah kekayaan, berbilion boleh dapat. Tengok menteri sebelum saya, Tun Daim (Zainuddin) berapa banyak kekayaan dia. Tengok menteri-menteri sekarang… rumah, KL, London, Florida,” kata Anwar disambut tepukan dan sorakan hadirin.

Pada majlis tersebut, Anwar merayu pengundi supaya tidak termakan dengah dakyat pemimpin Umno BN dan media seperti Utusan Malaysia.

Sebaliknya beliau menasihatkan rakyat khususnya pengundi supaya menilai rekod pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sebagai perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh BN.

“Banding Melaka dengan Selangor. Di Selangor 50 tahun bawah Umno, banding apa yang diperolehi orang Melayu, Cina, India di Selangor sekarang. Tak ada bandingan. Kerajaan sekarang beri RM500 sebagai wang khairat, anak masuk universiti dapat RM1,000, lahir saja RM100 diberi,” tambah beliau.

PRU13: Satu undi pada Umno BN adalah SATU PENGKHIANATAN terhadap nasib rakyat!

Tolak pemimpin cuai dan mudah ‘tertipu’

KUALA LUMPUR: Pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus ditolak berikutan tiada jaminan mereka tidak akan cuai dan terus ‘tertipu’ hingga membawa kerugian berbilion ringgit wang rakyat.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, berkata, semua pihak bertanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

“Rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Pada 28 Februari lalu, Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Wan Azizah berkata, kelemahan pentadbiran Umno BN tergambar dengan jelas dalam pendakwaan bekas Menteri Pengangkutan itu  atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

“Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Malah, isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir.

“Kebanyakan dari mereka yang ‘tertipu’ masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

“Tidak mungkin rakyat membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera,” katanya sambil menyatakan, senario itu menimbulkan persoalan mendalam.

Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, rakyat berpeluang memiliki kerajaan yang adil dan mengamal tatakelola yang baik dengan memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“PRU 13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir,” katanya.

Ceramah Bob Lokman di Kerdau

 

OPERASI RAGUT DUIT RAKYAT BERMULA !!

Salam saman,

1 Mac 2011, saya dalam perjalanan pulang dari MBSA setelah selesai membuat menghantar borang pembaharuan ruangan tapak perniagaan di Shah Alam. Mujurlah MBSA tidak menyenaraihitam peniaga yang pernah mempunyai saman dengan MBSA 2-3 tahun yang lalu. Jika ia berlaku, pastinya saya tidak berpeluang untuk memperbaharui lesen perniagaan.

Syukurlah kerana negeri Selangor masih diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka saya masih boleh berniaga walaupun beberapa tahun lalu pernah disaman kerana berniaga secara 'rambo' malah perkakasan perniagaan juga pernah dirampas oleh MBSA ketika BN memerintah Selangor. Walaupun ada saman, tetapi mereka di MBSA tetap berhati perut membenarkan saya terus berniaga.

Bagusnya kerajaan Pakatan Rakyat apabila bertindak mengarahkan MBSA agar melunakkan cara melayani rakyat walaupun rakyat itu ialah peniaga yang tidak berlesen. Menyedari rakyat semakin susah untuk bertahan sebulan dengan hanya makan gaji semata-mata, perniagaan sampingan merupakan satu alternatif bagi membantu meringankan beban. Oleh itu, adalah menjadi satu lumrah perniagaan apabila ia dimulakan dengan sijil lesen yang serba kosong.

Namun seperti yang kita semua maklum, kerajaan yang diperintah oleh BN hari ini telah membuktikan mereka tidak punya hati perut apabila menafikan hak memperbaharui cukai jalan yang membolehkan kenderaan kita tersadai selagi nama tidak dibersihkan dari disenaraihitam.

Kerajaan tidak pernah memikirkan masalah yang dihadapi rakyat apabila dengan sembrono mengambil kesempatan ke atas rakyat yang terdesak dengan saman yang dikenakan. Tidak membayar saman samada tidak berduit atau punya masalah kewangan yang kritikal, menyebabkan kenderaan rakyat itu tersadai. Lantas ia bukan hanya tidak menyelesaikan masalah rakyat susah, tetapi menambahkan lagi kekusutan rakyat apabila terpaksa mengambil risiko membawa kenderaan yang tidak punya 'roadtax' seumpama membawa 'keranda' sendiri.

Apa-apa yang berlaku kepada si pembawa kenderaan tidak berlesen atau tidak bercukai jalan akan menyebabkan hukuman maksimum sekiranya ditahan pihak berkuasa dan jika mengalami kemalangan, tidak akan ada syarikat insuran yang akan menanggung sebarang kos kemalangan tersebut. Apalah dosa rakyat sehingga dihukum sedemikian rupa hanya kerana tidak mampu membayar saman?

Saman itu pula berbentuk saman ekor, yang hadir secara tiba-tiba tanpa tandatangan si pesalah. Tidak dijatuh hukum salah di mahkamah lagi, tetapi telah disenaraihitam dari memperbaharui lesen dan cukai jalan? Undang-undang sedemikian rupa menyamai akta ISA yang seharusnya kita humban jauh-jauh dari bumi bertuah ini! Oleh demikian, adalah menjadi kewajaran untuk kita lawan kebejatan musibah saman ekor!

Berbalik kepada cerita asal tadi, saya baru pulang dari MBSA dan melalui highway NPE kerana ingin terus ke Bangsar. Sampai di area depan Taman Medan, jalan dengan tak semena-mena sesak teruk. Banyak kereta, motor dan lori yang ditahan. Rupa-rupanya JPJ sedang beraksi menambah pendapatan negara.

Saya terus snap satu gambar sebagai bukti bahawa kerajaan hari ini begitu seronok kerana dah masuk terma baru dalam era saman-menyaman. 

Dalam gambar di atas, anda boleh lihat berapa banyak kereta yang kenderaan yang ditahan di atas pelbagai sebab yang boleh diada-adakan sekelip mata. Dengan doa tolak bala yang dibaca, Alhamdulillah saya melepasi roadblock JPJ dengan selamat. Saya di antara yang terselamat daripada ramai yang tidak berjaya melepasi tanpa ditahan. Di sebelah kiri dan kanan saya masih banyak kenderaan ditahan.

Seterusnya saya menyusuri lebuhraya NPE untuk masuk laluan ke Bangsar dengan persediaan bayaran tol sebanyak RM1.60. Ketika melepasi Taman Dato Harun iaitu sebelum naik ke flyway di highway NPE, di seberang jalan iaitu berhampiran dengan kedai aksesori kereta Brothers, satu lagi sekatan jalan raya besar-besaran berlaku.

Sebentar tadi saya menempuhi sekatan besar-besaran oleh JPJ menghala ke Bangsar/K.Lumpur, manakala kali ini di seberang sana bertentangan jalan menghala ke Sunway/Shah Alam pula satu lagi sekatan besar-besaran dari cawangan polis trafik. Ramai anggota trafik terlibat dari segala pangkat yang ada. Saya tidak sempat untuk snap gambar kerana ketika itu sedang memecut di atas kelewatan dari kesesakkan sekatan JPJ sebentar tadi.

Benak fikiran ini kembali melayang-layang apabila memikirkan, adakah kerajaan begitu rakus apabila masuk 1hb Mac? Saman-menyaman dilakukan secara besar-besaran kerana terma dan syarat baru yang memberi keuntungan kepada pihak berkuasa yang menadah wang rakyat hasil dari saman yang dilontar. Hanya saman sahajakah yang benar-benar boleh membantu kerajaan mengurangkan kemalangan? Atau hanya membantu kerajaan dalam menghadapi kos pilihanraya sahaja? hehehe...

Saya ada buah fikiran untuk difikir oleh kerajaan. Mengapa tidak kita hadiahkan wang ringgit berbentuk diskaun tol kepada mereka yang bebas dari sebarang saman?

Setiap pengguna jalanraya yang tidak ada saman langsung, berhak memperolehi diskaun 50% dari mana-mana tol yang ditempuhi, 50% untuk bayaran semua jenis cukai dan sebarang pembayaran kepada kerajaan atau PBT. Jadi dengan cara sebegini, pasti ramai rakyat Malaysia yang pastikan semua saman dibayar untuk menikmati pelbagai keuntungan apabila menjadi pengguna jalanraya yang tidak punya walau satu saman.

Adakah idea saya begitu idealistik yang tidak boleh dipraktikkan? Pasti ada caranya dengan teknologi sedia ada yang membenarkan idea saya menjadi kenyataan. Tolong jangan lupa kredit idea ini kerana idea saya juga bukan percuma atau saya akan senaraihitamkan kerajaan daripada menerima sebarang idea rakyat marhein selepas hari ini.

Kerajaan tidak harus bergantung kepada saman semata-mata. Atau tidak salah saya menuduh Kerajaan Malaysia hanya menyediakan pelbagai saman demi untuk meragut duit rakyat? Sesungguhnya Kerajaan Malaysialah peragut bersiri paling kejam dan harus dipukul beramai-ramai oleh rakyat Malaysia !!

EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
(Tolong Sebar Artikel Ini)

Artikel Asal:
http://edyesdotcom.blogspot.com

Kenapa perlu dilanjutkan hingga 10 Mac dan Kenapa perlu ada 50% diskaun.. ??

Diskaun 50 peratus bayar saman trafik dilanjutkan hingga 10 Mac - Hishamuddin

PUTRAJAYA -- Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula semalam sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Hishammuddin berkata keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam. Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa. -- BERNAMA

PRK Kerdau: Mata SPR Buta Sebelah


Petaling Jaya: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya nampak dan bertindak ke atas kesalahan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang tetapi membisu terhadap Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Mohd Nizam Hamid berkata, SPR mendiamkan diri mengenai penyalahgunaan kuasa oleh BN yang berlaku di merata tempat di Kerdau.
Sebaliknya, kata beliau, Suruhanjaya berkenaan sangat prihatin dengan kesalahan kecil yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

“Bendera dan kain rentang yang ada tulisan Pakatan Rakyat dibuang oleh petugas SPR tetapi pengguna jentera kerajaan oleh BN dibiarkan.

“Tetapi mereka guna pejabat penghulu untuk berkempen, guna bangunan kerajaan SPR diam sahaja. Dalam hal ini, SPR berat sebelah.

Mereka ambil tindakan ke atas pembangkang sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau Ahad ini, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS, Hasanuddin Salim. PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, Januari lalu akibat sakit jantung.

Mohd Nizam juga mendakwa, Majlis Belia Negara dan parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) turut membuka bilik gerakan masing-masing sedangkan mereka bukan parti politik.

Sementara itu, beliau berkata, jentera pilihan raya pembangkang telah berjaya memasuki semua kampung yang sebelum ini tidak boleh berbuat demikian. Ia termasuk di Felda Jengka 15 yang barangkali kubu paling kuat Umno di sini.

”Di kawasan Felda pula dalam tinjauan yang dibuat, nampaknya mereka tidak terpengaruh dengan peruntukan RM10 juta yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka Ahad lalu.

“Jika ini benar-benar berlaku, saya optimis PAS berpeluang besar untuk memenangi kerusi Kerdau, Ahad ini,” katanya. -FMT

Biasalah.

Mata SPR dan para pegawainya memang buta sebelah. Hanya melihat dan mencari kesalahan Pakatan Rakyat walaupun sebesar hama.

Kesalahan BN sebesar gajah tak mengapa. -GB

Menarik! Pak Jambit Hantu Kak Limah sokong PAS

Bagi peminat-peminat Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, tentu anda sangat mengenali watak Pak Jambit yang suka bergaduh dengan Awie yang memegang watak Hussin merangkap bekas tunang anak Pak Jabit.

Seorang pembaca MiLo SuaM telah menghantarkan email meminta ReJaM© menyiarkan gambar Pak Jabit yang dipercayai salah seorang penyokong Parti Islam se-Malaysia, PAS. Pak Jabit dilihat memakai lencana PAS dengan gambar calon PAS.

ReJaM© "Pak Jabit pun join PAS, anda bila lagi?"

Muhyiddin Dikecam Kerana Cuba Campurtangan Isu Fatwa

PAS menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “tidak layak” untuk membuat keputusan bahawa fatwa dikeluarkan parti Islam itu, yang seringkali menjadi tumpuan ketika pilihan raya, adalah songsang.

Sambil mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pihak yang layak untuk membuat keputusan adalah Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya Muhyiddin yang hanya Timbalan Perdana Menteri.
Isu fatwa juga mendapat perhatian ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang Januari lalu.

“Kita perlu membuat penyelarasan tetap dalam perkara-perkara penting terutamanya yang melibatkan agama, Nik Aziz adalah seorang yang berautoriti untuk mengeluarkan pandangan dan memberikan respons berkaitan agama Islam.

“Mungkin kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz selama ini tidak selari dengan Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, sekiranya Muhyiddin merasakan pandangan yang dikeluarkan pemimpin tertinggi PAS itu tidak betul, beliau perlu membawa perkara tersebut ke Majlis Fatwa Kebangsaan bukan membuat keputusan sendiri.

“Kalau Muhyiddin rasa tak betul, beliau boleh buat penyelarasan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, sebenarnya ia harus dijawab secara intelektual termasuk ulama dan juga mereka yang pakar (dalam hal agama).

“Jadi percanggahan pendapat yang wujud ini harus dijawab secara lebih baik dan intelektual oleh ulama dan mungkin juga Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menuduh PAS seringkali mengeluarkan fatwa-fatwa songsang untuk mengelirukan akidah orang Islam selain mahu mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

Kelmarin Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno mendakwa, orang Islam tidak memerlukan sebarang fatwa baru apatah lagi fatwa songsang dikeluarkan PAS terutamanya Nik Aziz.

Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan didakwa mengeluarkan fatwa bahawa undi Umno akan jadi jahiliah.

Malah sebelum ini PAS turut didakwa mengeluarkan pelbagai fatwa termasuk undi PAS boleh masuk syurga; diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang Umno; sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam; menuduh kerajaan BN kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah s.w.t dan membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

Terlebih dahulu dalam sidang media yang diadakan, Salahuddin meminta agar jentera pilihan raya Umno-BN tidak melakukan keganasan termasuk membuat provokasi ketika parti Islam itu mengadakan program.

Semenjak kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau bermula Sabtu lalu, PAS-Pakatan Rakyat mendakwa diganggu oleh jentera pilihan raya Umno-BN yang menyaksikan beberapa insiden berlaku termasuk pentas DAP terbakar, cermin kereta pecah dan tayar kereka dipancitkan ketika ceramah.

“Kita nak kempen secara sihat, tiada keganasan berlaku... ini jaminan kita.

“Tapi kenapa ceramah yang kita adakan sentiasa ada gangguan? Ini provokasi yang sengaja dirancang, jadi saya minta ia dihentikan,” kata Salahuddin.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. -TMI

Calon PAS Tegaskan Betapa Pentingnya Pengundi Pilih Parti Pembangkang Kiranya Mahu Kerajaan Beri Perhatian Sewajarnya Kepada Nasib Mereka !

KERDAU, 2 Feb - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Hasanuddin Salim (foto) menegaskan betapa pentingnya pengundi DUN Kerdau memilih pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya kecil ini. "Berilah undi kepada pembangkang, berilah undi kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Insya Allah kerajaan ini akan memberi perhatian kepada kita bersama. Kenapa saya berkata demikian, tuan-tuan tengok di tempat yang adanya pembangkang "balance" maknanya ada imbangan.

Kerajaan dia tengok masyarakat di sini bijak, dia cerdik, dia pilih pemimpin berdasarkan kepada keperluan dia. Maka kerajaan yang memerintah dia akan pergi kepada rakyat, dia akan bantu rakyat sejajar dengan perkembangan pada masa itu. Ini yang kita nak, hari ini tuan-tuan tengok itu contoh jalanraya.

Contoh yang lain kita tengok di masjid-masjid, saya berterima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diarahkan ke seluruh masjid dalam DUN Kerdau bersempena pilihan raya kecil",
katanya.
"Dia kena kuliah antara Maghrib dengan Isyak. Tak tau lah mungkin dia takut orang PAS kuliah dan sebagainya itu kita tak kisah. Itu satu perkara yang lain, tetapi saya berterima kasih kepada pegawai JAIP ini yang sepanjang berkempen mereka beri kuliah. Itu satu perkara yang baik".

Ceria, Hasanuddin Salim dan Ustaz Fadhil Nor (Exco Pemuda PAS Pahang)
ketika singgah untuk bersarapan di Felcra Rumpun Makmur pagi tadi
"Tetapi saya minta kebaikan ini dikekalkan. Kerajaan Negeri sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak sahaja menyusun kuliah ini pada masa pilihan raya kecil. Kenapa tidak setahun, daripada awal tahun hingga ke akhir tahun supaya rakyat di dedahkan dengan ilmu.

Tok-tok guru , alim ulamak dan pegawai JAIP diletakkan di masjid-masjid untuk mengadakan kuliah. Alangkah indah dan baik, saya tak marah dengan rakan-rakan saya pegawai-pegawai JAIP, mereka ini kerja dan mereka bukan pembuat polisi. Pembuat polisi adalah orang yang dipilih dalam pilihan raya seperti Menteri Besar, Timbalan dan Exco, ini semua orang yang membuat polisi. Dia dipilih melalui pilihan raya, tetapi pegawai JAIP itu tidak",
katanya di Felda Jengka 25 malam tadi.
[Sememangnya amat wajar sekali rakyat dan pengundi di DUN Kerdau memilih calon PAS (pembangkang) menang dalam pilihan raya kecil ini. Ia kerana, limpahan projek pembangunan sudah pasti akan datang mencurah-curah ke kawasan Kerdau apabila senario ini berlaku. Lihat saja apa yang terjadi sekarang.

Banyak projek-projek yang tidak dijangka kini dipunggahkan ke kawasan DUN Kerdau. Semuanya kerena mahu membuktikan konon "rakyat didahulukan". Padahal sudah sekian lama BN berkuasa di kawasan itu, Kerdau dilihat begitu "daif" jika dibandaingkan dengan kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Sedangkan Kerdau letakkan berhampiran dengan Temerloh dan mempunyai stesyen keretapinya sendiri. Tapi sungguh "teruja" sekali apabila melihat Pekan Kerdau umpama "pekan koboi" yang terasing dari arus pembangunan itu sendiri. Soalnya, apakah yang dilakukan oleh wakil rakyat terdahulu agaknya. Sekadar berjanji dan terus berjanji tetapi tidak ditunaikan. Mujurlah ada pilihan raya kecil, jika tidak sudah pasti penduduk di kawasan DUN Kerdau akan terus ketinggalan]. -PahangDaily

BN Main "Politik Samseng" di Merlimau...

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari mengingatkan BN agar menghentikan “politik samseng” semasa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang sudah masuk hari keempat hari ini.
 
“Kita minta BN hentikan politik samseng, sebelum ini pentas DAP dibakar, malam tadi kereta pula kena.

“Politik (samseng) ini digunakan BN untuk menakutkan-nakutkan pengundi-pengundi, kita minta BN hentikan sebelum PAS ambil tindakan sendiri,” katanya.
Kata beliau, polis harus tegas dalam perkara ini dan jangan mengamalkan sikap berat sebelah dalam perkara ini.

“Saya minta pihak polis tegas, BN juga perlu hentikan provokasi ini.

“Provokasi ini tak untungkan sesiapa pun, kalau buat samseng atau ugut apa faedahnya kepada rakyat?” kata Adly sambil menambah, PAS tidak akan membalas terhadap provokasi yang dicipta BN.

“Kita masih boleh bersabar tapi sampai bila? Jadi kita minta supaya ia dihentikan,” tambah Adly.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin

Gambar menarik bakal YB Merlimau sebelum Menang Prk


KETEPI FAHAMAN POLITIK ... Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (dua kiri) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (tiga kanan) mengetepikan fahaman politik hanya untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi, Jasin, Rabu. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung

P/S- jangan waktu nak mengundi je macam ni tau...moga2 lepas PRK pun macam ni jugak tau..