Rabu, 13 Julai 2011

Lawak Ketua Polis Malaysia Pasal Senjati Api & Bom Petrol

Masih ingatkah anda? Ketua Polis Malaysia dan Ketua Polis Selangor beriya-iya dalam TV mengatakan penemuan senjata yang dipercayai didalagi oleh pihak BERSIH untuk merusuh di ibukota pada 9 Julai 2011 nanti.
Wartawan menjadi lembu untuk opera ini. Akhbar pula menjadi lidah syaitan untuk pembohongan ini.
Seramai 1667 orang di tahan polis atas arahan Najib, hanya jumpa beberapa bahan bahaya iaitu Air mineral dengan botalnya sekali. Garam dan tuala. Rasanya IGP perlu buat pemeriksaan mata untuk bezakan antara garam dengan bom petrol dan antara botol air mineral dengan parang!! Stupid punya IGP!
Seorang peserta himpunan BERSIH yang patah kaki akibat dipijak oleh polis tidak dapat membuka ikatan tangannya kerana tak ada sebilah pisau walaupun pisau asah pensil!
Takkan ini pun blogger UMNO tak ada akal nak fikir. Bengong betul!!
Haji Shurhadi ini pun masa sakit tak ada dikalangan peserta boleh potong dengan mana-mana parang. Stupid betul dia orang ingat nak gotong royong bersih kubur ke??

Nasib baik ada wartawan tolong keratkan ikatan ini.

KENAPA BLOGGER UMNO BODOH SANGAT??
-sumber
-muslimeen-united.blogspot.com-

Hebat Amoi nii..Siap "Marah" Polis lagi..


Inilah kezaliman Rejim BN...Menambahkan "Kemeluatan" Rakyat kepada mereka..

KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.

Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.
Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.

Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.
Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami.
Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak
satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!


Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit.
Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.
Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.


Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota:
Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.
-MerdekaReview

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011

BERSIH 2.0 – Tamparan buat UMNO

Malaysian police fire tear gas at protesters during a mass rally calling for electoral reform in Kuala Lumpur on July 9, 2011. Malaysian police arrested more than 400 people and used tear gas as a massive lockdown was imposed on the capital to thwart an opposition-backed rally demanding reform to the electoral system. The demonstrators want reform to prevent some people being allowed to vote several times during elections.
Memang seawal hebahan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dibuat oleh Jawatankuasa BERSIH 2.0, UMNO/BN dan kerajaan Malaysia kelihatan tersedu – tersedak lantas melatah mengatakan ini adalah sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat kepada negara – menghancurkan negara, usaha komunis dan sosialis – sehingga ugutan jangan keluar rumah – akan bertempur dengan PERKASA dan PATRIOT – pertentangan hebat serta macam-macam usaha menghalang perhimpunan dilakukan.

Tanpa disedari ini memberi suatu promosi yang meluas kepada BERSIH – dari hanya satu perhimpunan yang belum tentu disertai SECARA MENYELURUH oleh rakyat marhaen mahupun ahli-ahli parti pembangkang kepada sesuatu yang perlu disertai – bagi membuktikan perjuangan mereka. Pembangkang menggunakan sentimen mudah – ini satu perjuangan rakyat dan kepimpinan pembangkang berjaya mencairkan elemen politik yang ada dalam BERSIH 2.0 kepada satu usaha mendaulatkan perjuangan rakyat dan hak demokrasi. Ini semua berjaya dilakukan dengan pertolongan media pro UMNO dan tindakan-tindakan serta amaran melampau oleh POLIS. Hentakan bertubi-tubi, serangan media yang tidak terkawal, keletihan dan kelesuan tim-tim pemikir kerajaan dan UMNO menjadikan BERSIH 2.0 berubah – dari hanya satu perhimpunan politik kepada satu perhimpunan perjuangan rakyat.

Bagi pembangkang dan penyokong mereka 9hb Julai 2011 adalah hari membuktikan bahawa mereka kuat – mereka perlu hadir – ini satu perjuangan yang penting kerana cabaran yang dilemparkan kepada mereka oleh PERKASA dan PATRIOT yang akhirnya membuka pekong kekurangan bila dibandingkan dengan kehadiran mereka yang menyertai BERSIH 2.0

Satu kesilapan yang benar-benar jelas – bila PERKASA dan Pemuda UMNO mengambil inisiatif untuk mula berdemo tanpa arah dan tujuan yang tepat. Berdemo untuk menghalang demo – dalam keadaan amaran – amaran yang keras oleh kerajaan – hanya menjadikan partisipasi pemuda UMNO meleset tetapi tidak pada penyokong pembangkang. Akhirnya apa yang nampak adalah perhimpunan PATRIOT seakan terlampau kecil berbanding dengan BERSIH lantas memberi ruangan untuk persepsi timbul bahawa sokongan terhadap PATRIOT tidak menyeluruh serta kesatuan yang lemah.

Satu petunjuk jelas adalah apabila perhimpunan PATRIOT sendiri tidak dapat mengumpul ratusan ribu ahli UMNO khususnya PEMUDA UMNO sendiri. Sekiranya AJK Pemuda Bahagian semuanya turut – PATRIOT akan lebih nampak gah – dari apa yang kelihatan pada 9hb Julai 2011.

Mungkin semua ini ada hikmah untuk kepimpinan YAB Najib Tun Abdul Razak serta kepimpinan UMNO/BN. Mereka perlu tahu apa yang sedang bergolak dan cara aturan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Mereka patut sedar bahawa apa yang cuba mereka mainkan – hanya membawa BN/UMNO bermain pada padang permainan yang amat biasa oleh pembangkang. UMNO secara khususnya perlu membuka minda dan ruangan kepada pemikir-pemikir baru, kepada cara baru yang lebih tersusun dan tidak bertindak atas cadangan ortodoks mereka yang duduk melihat tetapi tidak pernah merasai dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin YAB Najib Tun Abdul Razak sendiri perlu memecahkan benteng yang ada di sekelilingnya – melihat secara lebih realistik lagi dari mendengar cadangan yang usang, lemah dan tidak ada hala tuju yang tepat dalam menangani isu pembangkang – khususnya apabila berdepan dengan perhimpunan dan gerakan reformasi.

Sebenarnya BERSIH memberi tamparan kepada kerajaan serta UMNO/BN adalah kerana kealpaan sendiri. Mereka yang mencatur perang saraf untuk perkara ini perlu ditolak. Mereka yang bertanggungjawab dalam urusan ini harus sedar bahawa idea dan teknik lama mereka sudah tidak boleh diterima pakai hari ini. Utusan Malaysia harus disedarkan bahawa apa yang berlaku juga adalah kesan dari kebodohan editorial dan perang saraf mereka. Mereka perlu sedar bahawa ini bukan zaman UMNO dengan logo kapal layar lagi. UMNO sendiri perlu sedar bahawa tamparan yang diterima ini mencederakan persepsi terhadap UMNO dan ini akan terus membengkak. Selagi UMNO masih menerima input-input palsu, menerima cadangan dan idea usang maka UMNO akan terus tersekat dalam paradigma lama yang akan menyakitkan perjuangan UMNO itu sendiri.
sumber

KENYATAAN USTAZ ZAMRI TERHADAP ISU GAMBARNYA DI HIMPUNAN BERSIH


Berikut adalah kenyataan ustaz zamri TV9 tentang isu yang sedang panas sekarang di mana gambar2nya semasa bersama perhimpunan Bersih tersebar di internet.

Tahniah Ustaz. Tubuhmu kecil tapi jiwamu besar. Tak payah dok bising2 dalam masjid saja tapi tak berani berdepan dengan kezaliman.

9 julai adalah saksi kepada kebangkitan rakyat di bumi Malaysia. pengorbanan ustaz Zamri tidak sebesar pengorbanan Allahyarham Baharudin yang di bunuh pada hari itu.

Kebangkitan rakyat telah melenyapkan angan2 manusia yang bercakap besar macam Perkasa. Hanya garang di mulut tetapi lari lintang pukang bila bertembung dengan rakyat yang tak bersenjata.

Sedangkan polis yang bersenjata pun rakyat tak pernah gentar inikan pula Perkasa.
Tahniah ustaz Zamri

Tahniah Baharudin

Tahniah kepada yang masuk lokap

Tahniah kepada di pukul polis

Tahniah kepada yang di simbah asid

Tahniah kepada yang diasapi gas beracun

Tahniah kepada semua

Takziah kepada Umno

takziah kepada Perkasa

Gambar: Majlis Penyerahan ipad2 Kepada Semua Wakil Rakyat Negeri Kelantan

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/283076_242389425789614_100000556758924_906050_1791241_n.jpgantara adun yang hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/270536_242389409122949_100000556758924_906049_3803038_n.jpg

gembira dengan peralatan yang dapat

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/262375_242389445789612_100000556758924_906051_7546971_n.jpg

dua 0rang adun umno juga hadir

BERSIH 2.0 - Laman Liow Tiong Lai dibanjiri cemuhan [video]


Laman Liow Tiong Lai dibanjiri cemuhan

Semalam, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang menafikan "gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital Tung Shin", kini merasai "malapetaka" yang disebabkan kenyataan beliau. Malah, warga internet membanjiri laman diri-nya dengan cemuhan, kritikan, maki hamun, mendesak beliau menjawab setelah ditampalkan gambar, klip video yang jelas menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital.

Liow Tiong Lai mempertahankan tindakan polis, bahawa tiada gas pemedih mata yang ditembak ke dalam hospital, menyebut kemungkinan ia ditiup angin ke dalam kawasan itu, dalam satu sidang media semalam. Malah, apabila diminta untuk mengulas tindakan anggota polis menyerbu ke dalam hospital untuk menangkap orang, beliau berkata polis membawa peserta demonstrasi yang tercedera untuk dirawat di hospital.

Kenyataan ini mengundang kemarahan dari warga internet, yang berada di tempat kejadian semasa FRU menyuraikan peserta demonstrasi. Malah, Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengeluarkan kenyataan semalam, dengan tajuk "Berbohong bukan budaya kita", menuntut Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka, kerana gambar dan klip video yang dirakam jelas menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital.

Sebelum ini, lebih 10,000 warga internet menyokong satu page memboikot China Press, kerana membubuh tajuk pada muka surat depan di akhbar tersebut, yang ditafsirkan sebagai "mempersalahkan peserta perhimpunan kerana kekecohan yang berlaku". Ramai warga internet kaum Cina yang turun ke jalan raya kali ini, menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana kekerasan digunakan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 2.0.
Merdeka Review