Selasa, 25 Januari 2011

UNDILAH PAS - DEMI KESEJAHTERAAN DUNIA DAN AKHIRAT...INSYAALLAH

UNDILAH PAS

UMNO/BN YANG SESAT LAGI MENYESATKAN

Oleh: pria_malaya08

"









"

PRK DUN Tenang - Bersabarlah Normala, Pertahankan Maruah Kamu dan Islam

Oleh: wfauzdin_ns

"PRK DUN Tenang - Bersabarlah Normala, Pertahankan Maruah Kamu dan Islam Biarpun Kamu Tewas.

ADAKAH Normala Sudirman calon PAS di PRK Dun Tenang akan menjual maruah diri dan agamanya hanya kerana mahukan undi dari pilihanraya ini nanti?

Beliau kini digasak begitu hebat oleh puak-puak sekutu Apco yang mengaku Islam dan juga puak-puak sekutu Apco yang Non Muslim di dalam kempen di Tenang sekarang.

Ok Tak ?
Ini Ok ke?
Calon PAS, Normala....Tak ok kot !!
Tuduhan `zina' ke atas Normala bebas diperkatakan melalui blog pro sekutu Apco Yahudi Laknatullah ini. Memang itu ajaran Apco jika inginkan sesuatu kejayaan hendaklah berani melakukan fitnah dan mencipta pembohongan. Jika mahukan undi, kamu mesti tentang mereka habis-habisan walaupun terpaksa menghina ugama kamu sendiri. Inilah yang berlaku di Tenang sekarang. PAS terpaksa hadapi ini semua dengan dibantu oleh sekutunya dari PKR dan DAP.

Puak sekutu Apco itu amat tidak senang sekali apabila melihat calon PAS Normala mempertahankan hukum Islam dengan tidak bersalam dengan lelaki yang bukan Muhrimnya. Mereka lebih senang bersekongkol atau bersetuju dengan pemimpin yang pernah melakukan aksi lucah dan berzina di hadapan kamera, dan pemimpin yang digelar `Bintang Porno' ini lah yang memperlekehkan hukum Islam. Itulah yang diajar oleh Apco Yahudi Laknatullah.

Saya tidak tahu sejauh mana keimanan penganut-penganut ugama Islam di kawasan Dun Tenang. Mereka kini berhadapan dengan dugaan yang amat berat iaitu memilih di antara menyelamatkan agama Islam atau memungut umpan dan habuan duniawi yang ditaburkan oleh sekutu Apco. Saya pun tidak pasti sampai bila orang-orang Melayu yang berada di Dun Tenang masih sanggup dibuli dan dicucuk hidung mereka seolah-olah Allah tidak menganugerahkan mereka untuk berfikir.

Memang benar, sekarang mereka boleh bermewah dengan apa yang mereka perolehi terutamanya para Peneroka Felda. Tidakkah mereka bimbang nikmat yang mereka perolehi ini nanti akan hilang dan akan digantikan dengan kesengsaraan akibat tindakan mereka bersekutu dengan penghina Islam ini? Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat. Mengejar habuan dunia jangan sampai menentang perjuangan Islam. /
wfauzdin.blogspot.com"

Kantoii..Siapa Cina Ini Yang "Memalukan" Umno Di Tenang..

Politik & Isu SemasaHu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) meminta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan jangan memutarbelitkan isu Islam demi kepentingan politik.
Menurut beliau, sekiranya MCA dan Gerakan faham berkenaan Islam, sudah pasti mereka tidak akan menakutkan pengundi-pengundi Cina di Dun Tenang dengan kenyataan yang negatif terhadap Islam.

"Jangan tunjuk kepandaian dengan agak mereka itu seperti seorang imam," ujarnya mengulas isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bukan Presiden MCA itu sahaja, malah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang turut memainkan isu ini lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

Jelas Hu, ada tradisi negara luar yang tidak bejabat tangan seperti wanita di Thailand. Mereka tidak berjabat tangan dengan lelaki.

"DHPP menyokong perjuangan PAS, mencabar MCA untuk berdebat secara terbuka jika isu ini jika mereka masih tidak faham," tambahnya ketika menjawab temubual wartawan Sinar.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam.

"PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam," jelasnya.

Juragan : Gua Bangga..Orang Cina DAP dan PKR, boleh bersuara mempertahankan Islam..Harapkan Umno Dayusss.../KEjau

Rayuan Sumbangan Jihad Untuk Tabung PRK Tenang.

Pengarah PAS bagi PRK N05 Tenang merayu kepada seluruh ahli jemaah Islam yang ingin melihat kejayaan di Tenang supaya dapat menghulurkan sumbangan derma jihad bagi menampung kos pilihan raya yang sudah meningkat sekali ganda. 

PAS memerlukan bantuan tuan-tuan dari aspek wang ringgit, tenaga dan doa. Marilah kita mulakan dengan menyalurkan bantuan kepada Akaun Perhubungan PAS Negeri Johor (BIMB : 01032010007572) atau (Maybank : 551463005214). Terima kasih dan tolong sebar luaskan kepada semua sahabat seperjuangan. 

Ikhlas,
YB Salahuddin Ayub

LIPUTAN KHAS N5 DUN TENANGAnda boleh mengikuti analisis, artikel, berita terkini berkenaan dengan Pilihan Raya Kecil N5 Dun Tenang, Johor melalui laman Selatan Online.net (SO)
Sila ke Selatan Online
http://www.selatanonline.net/

Tugas Muslim : Fahamkan Islam, Bukan Takutkan Islam

Oleh  Al-Bakistani
semenjak PAS bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, kita dalam lihat bagaimana penerimaan mereka terhadap Islam semakin hari semakin teserlah. Mereka mula membaca Al-Quran, mula masuk masjid dan surau untuk mendengar kuliah agama, mula bersedia berbuka puasa dengan orang islam dan banyak lagi.

Kagumnya, apabila karpal Sikh yang dulu mengatakan langkah mayatnya jika mahu laksanakan negara islam, tetapi mula toleransi dan bersedia berbincang tentang cita-cita PAS itu


keadaan ini berbeda dengan UMNO, yang sejak dahulu, kini dan selama-lamanya berusaha mencandukan agama Islam demi mendapat sokongan orang islam, dan menajiskan agama untuk mendapat undi dari non Muslim.

mereka tidak puas-puas untuk menajiskan agama demi kepentingan parti mereka, hatta terpaksa menjadikan islam sebagai bahan propaganda. Ia tidak lain, tindakan memberi gambaran buruk terhadap Islam, seterusnya menjauhkan lagi non Muslim yang semakin mahu mengenali Islam.

kemana ulama-ulama UMNO? tindakan pimpinan UMNO ini adalah zalim, maka wajib ditegur terhadap tindakan mereka. Kalau Ulama Muda UMNO boleh menulis artikle mengutuk tindakan PAS, mana artikle ulama Muda UMNO yang mengkritik tindakan pimpinan UMNO ini?

Mungkin Ulama Muda UMNO akan menjawab, bahawa mereka menegur dengan adab. Mereka menegur menggunakan saluran parti, iaitu berbisik-bisik. Walau pemimpin mereka kekal dengan kezaliman itu, mereka tetap menjaga adab menegur. Kekal menggunakan saluran parti. Jika inilah keadaan UMNO, tidak hairan parti itu semakin lama semakin hancur sehingga kejahatan mereka diumpamakan oleh bekas perdana menteri sebagai busuk sampai ke ususnya.

sekian

Wallahu 'Alam

ISU SALAM : 1ST TIME PERKASA SOKONG TOK GURU

...Alhamdulillah... akhirnya PERKASA sokong cara Tok Guru... tapi ini statement Ketua wiranya... bukan Presiden yang melompat tue... apakah dia tau statement ini...

Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (bawah) berkata, isu melibatkan calon PAS Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu...


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang.

Arman berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.

"Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya.

"(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."

Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam.

Beliau juga sering dilapor menyimpulkan apa yang berlaku akibat pemimpin berkenaan tidak memahami Islam dan perlu dimaklumkan tentang ajaran agama yang sebenar.

Di Tenang, kenyataan Chua kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri.

Senada dengan peguam Muslim

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman Azha berkata menjadi tanggungjawab parti-parti komponen lain dalam BN menjelaskan "apa yang salah, apa yang tidak" kepada Chua secara matang.

"Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.

Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam.

Justeru, menurutnya, ahli politik veteran itu patut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

"Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam.
... gambar ketua wira perkasa masa dulu-dulu... mungkin kini beliau dah insaf... xnak dah camni...

Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat

Tuesday, January 25, 2011


Wahai Rakyat Selangor.. Nilailah Sendiri Siapa Penderhaka Kepada Sultan Anda - Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat


Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Chua tak heran kat Muhyiddin... kahkahkah...


Dalam laporan Malaysiakini bertajuk, Tenang: MCA terus bangkit isu negara Islam PAS, presiden MCA yang juga pelakon porno popular Chua Soi Lek berkata beliau akan terus menimbulkan agenda negara Islam PAS sebagai satu isu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang kononnya kerana ia merupakan tugasnya sebagai presiden parti.

Nampak sangat pelakon lucah ni tak heran arahan boss dia, TPM Umno Muhyiddin Yassin. Bukan saja Chua engkar malah menyanggah Muhyiddin dengan berkata TPM Umno tu sepatutnya memberitahu demikian kepadanya melalui saluran dalaman parti. Kesian kan, kalau dah anak buah tak dengaq kata... wakaka... mungkin MCA ingat Muhyiddin tu hanya TPM bagi Umno, bukan bagi MCA... wakaka...

Inilah hasil dari tarbiah Umno pada rakan rakan non-muslimnya... pelakon porno mana tahu yang mencemuh tindakan Normala yang enggan berjabat tangan dengan bukan muhrim secara tak langsungny mencemuh Islam.

MACAM NAK RABA JE...

Kalau Bertemu Ular dan UMNO… Tolonglah bunuh UMNO dahulu…

Tuesday, January 25, 2011


Mana dia Tok Mufti, ustaz, ulama muda, tok-tok Imam dan golongan agamawan yang menyokong Umno dan ketuanan melayu. Kemana mereka semua ini menikus. Takkan mereka tak sedar, ucapan pemimpin mereka apabila berhadapan dengan pengundi cina. Betapa ucapan mereka mengugut kalangan non muslim dengan Negara Islam. Cakap mereka lebih munafik dari para munafik dan lebih kafir dari golongan kafir.
Yang mengherankan kita pula apabila mereka bercakap dihadapan orang Islam dan para agamawan, dihadapan guru-guru sekolah agama atau para imam dan bilal masjid.. lebih Islam pada Islam pulak. Bercakap untuk memperjuangkan agama mengalahkan pejuang Palestine dan para sahabat nabi. Terlopong dan ternganga para imam… betapa tulus ikhlasnya para pemimpim UMNO ni nak menegakkan Islam.

Di Tenang ini zahirlah wajah sebenar UMNO-BN. Inilah sikap talam dua muka. Lidah bercabang pimpinan UMNO-BN. Sebab itu kalau bertemu ular dengan pemimpin UMNO diharap bunuhlah UMNO dahulu. Sebab betapa berbelitnya pimpinan UMNO demi pangkat dan kuasa mereka meskipun terpaksa mereka jual apa sahaja.

UMNO sendiri terpaksa menurut kehendak MCA apabila calon daripada pimpinan UMNO Labis ditolak oleh MCA kerana menjadi ahli PERKASA. Sebab itulah dicalonkan Azahar Ibrahim sebagai calon UMNO yang tidak popular dan bukan dari pimpinan UMNO Labis. Kita tengoklah pulak macamana dengan novel Interlock yang kontreversi itu. MIC sudah mendesak agar digugurkan novel tersebut. Kita tengoklah nanti, UMNO ada batu ke tidak???

Ketika berkata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..
“ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS. Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS”

Inilah dikatakan kelemahan pimpinan UMNO. Bukan sahaja terpaksa mengikut desakan MCA bahkan gagal mengawal rakan kongsi dalam BN supaya tidak menghina ajaran Islam bahkan menakutkan rakyat dengan Islam. Betapa sekian lama UMNO gagal member penjelasan yang sebenarnya tentang Islam.

Ini adalah kerana pimpinan UMNO itu sendiri jahil tentang Islam. Bahkan jenis keras kepala yang tak ingin mendengar nasihat atau tunjuk ajar ulama. Ini yang menyebabkan mereka menyokong pula penghinaan oleh Chua Soi Lek. Dengan tidak berasa bersalah walau sikit pun ketika mengulas kenyataan Chua Soi Lek, TPM Tan Sri Muhyidin Yasin berkata: “ PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan (membentuk Negara Islam) mereka, ianya masih ada… jadi baik juga MCA mengingatkan kepada masyarakat cina”.
MB JOHOR, Ghani Othman: “Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? Pas kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA. Mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri”.



Inilah sikap sebenar UMNO. Mereka bak sesumpah. Boleh menukar wajah bersesuaian dengan tempat persembunyian mereka. Apa peduli halal dan haram. Yang penting mereka meraih undi untuk menenangan di dun Tenang. Dalam masa yang sama mereka melempar batu menyembunyi tangan. Media bersama mereka akhirnya Pas akan dikambing-hitamkan. UMNO dibedak putih melepak. Tetapi sampai bila agenda penipuan dan kebatilan ini??? Mereka cuba mengalih isu sebenar yang menimpa rakyat. Mereka menyerang menggunakan isu sensitif umat Islam. Jangan terjebak ke perangkap provokasi UMNO-BN. Apapun yang pasti akan tiba lahirnya kebenaran dan kebatilan UMNO akan tumpas dan tenggelam.
ehsan : http://ustsaifulbah

Bukan Utusan Namanya Jika Tidak Membelit & Memfitnah


Labis, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.
Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.

Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.

Hasilnya, Ustaz Che' Zuha, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.

Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.

Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.

Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.

SIAPA FITNAH SIAPA
"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.

"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"

"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.

Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.

"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal. -harakahdaily

Dakwat kekal mengancam keselamatan negara


Dakwat kekal diharamkan kerana boleh mengancam keselamatan negara. UMNO, kroni dan para-para pencacai tidak akan selamat dan diancam oleh undang2 jika mereka kalah pilihanraya sekali gus mengancam keselamatan mereka. SPR enggan guna dakwat, kekal undi pos
PUTRAJAYA, 24 Jan: Pakatan Rakyat melahirkan rasa kesal ekoran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian tidak mempertimbang cadangan mereka bagi penggunaan dakwat kekal.
SPR juga turut menolak desakan menghapuskan undi pos yang didakwa tidak telus.
Bagaimanapun jelas Ahli MPP (Ex-Officio) PKR, Sivarasa Rasiah, SPR mempertimbang untuk menambah baik sistem tersebut.
"Bagi pendaftaran automatik, SPR juga memberitahu tidak akan dilaksanakan kerana perlu kepada pindaan perlembagaan," katanya lagi.
Selain pendaftaran automatik, turut menuntut pindaan perlembagaan adalah cadangan supaya umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun.
Sehubungan itu, perkara tersebut perlu dibawa ke Dewan Rakyat jika mahu dilaksanakan.
Pakatan Rakyat turut yakin bahawa tiada persempadan semula akan dibuat jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan tahun ini.
Keyakinan itu dilontarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selepas pertemuan antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan SPR di sini, hari ini.
Menurut penjelasan SPR katanya, kajian persempadanan semula hanya akan bermula 21 Mac tahun ini dan mengambil masa dua tahun sebelum dilaksanakan.
"Jadi kita boleh buat kesimpulan, kalau pilihan raya dibuat 2011, maka tiada persempadanan semula," katanya pada sidang media di lobi pejabat suruhanjaya itu.
Turut serta pada pertemuan dengan anggota tertinggi SPR itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abd Halim Abd Rahman, Setiausaha Biro Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong, Ketua DAPSY, Antony Loke dan dua wakil dari sekretariat Pakatan Rakyat.
Pertemuan kira-kira satu jam setengah itu antara lain turut membincangkan isu proxy voting, undi pos kepada askar wataniah, penggunaan dakwat kekal, pendaftaran automatik serta umur mengundi 18 tahun.
"Pengerusi SPR memberi jaminan bahawa proxy voting tidak akan dilaksana," tambahnya lagi.
Berhubung dakwaan askar wataniah akan mengundi secara pos pula beliau berkata, SPR turut memberi jaminan perkara itu tidak berlaku.
"SPR juga memberi jaminan askar wataniah tidak termasuk dalam undi pos," katanya.
Sebelum ini jelasnya, terdapat kebimbangan berhubung status undi askar wataniah sama ada mengundi sebagai pengundi pos atau biasa.
Seperkara lagi yang turut dibincangkan adalah cadangan tempoh kempen selama 21 hari.
Menurut Liew, jumlah tersebut adalah separuh daripada amalan pada pilihan raya umum pertama tahun 1959 yang menetapkan tempoh kempen sebanyak 42 hari

Gambar Gambar Menarik Sekitar Kempen Pakatan Rakyat Di Dun Tenang

Kelihatan calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman bersama skuad kempen Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Tenang memulakan langkah meraih sokongan pengundi semasa sesi walk-about sebelah petang setelah proses penamaan calon selesai sebelah paginya
"Silalah ambil buah limau Mandarin ini..." Mungkin itu kata-kata mesra calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman kepada seorang pengundi DUN Tenang semasa sesi walk-about sekitar pekan Labis petang 22 Januari
Calon Pakatan Rakyat, Cikgu Normala Sudirman menyapa mesra seorang penduduk keturunan Tionghua sambil menyerahkan sekeping kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina sejurus selesai proses penamaan calon 22 Januari
Sebahagian daripada petugas kempen Pakatan Rakyat bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Tian Chua dan beberapa pemimpin lain pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang 22 Januari lalu.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bergambar bersama di luar pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis pagi 22 Januari bagi memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.
Tian Chua yang penuh santai sedang menyampaikan pidato pada ceramah pertama selepas penamaan calon sebelah pagi 22 Januari. Tian menyeru pengundi Cina supaya mengundi Pakatan Rakyat dan tidak lagi mempercayai Barisan Najis yang mengabaikan kebajikan rakyat!
Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang bersemangat menyampaikan ceramah kepada para pengundi DUN Tenang di Tenang Station, malam 22 Januari lalu
Normala Sudirman sedang bergerak menuju ke kawasan jualan basah di dalam pasar awam Labis semasa sesi pagi walk-about pagi 22 Januari lalu
Calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman tidak putus-putus menyampaikan ucapan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada penduduk sekitar Labis semasa walk-about sesi pagi di pasar awam pekan itu. Tahun Baru Cina akan disambut empat hari selepas hari pengundian pada 30 Januari ini
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bermesra dengan pengunjung sebuah kedai kopi Cina yang termasyhur di Labis sambil merayu undi sesi pagi sekitar pekan Labis 22 Januari
Pasukan kempen PKR dengan megahnya bergerak meronda sekitar pekan Labis yang sememangnya menjadi tumpuan setiap kali penduduk menjalankan urusan seharian. Payah untuk melihat jentera kempen Umno-APCO bergerak sebegini tanpa "wang pelincir"!
Lihatlah betapa mesranya penduduk dan penyokong dengan pemimpin Pakatan Rakyat berkempen untuk Cikgu Normala Sudirman! Kelihatan Chua Jui Meng  dan Dr Mujahid Yusof bergerak dalam satu unit tersusun.Syabas

Salahudin nafi PAS tafsir semula ayat al-Quran



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Pengarah pilihan raya PAS untuk PRK Tenang, Salahudin Ayub menafikan beliau pernah berkata, PAS mentafsirkan semula ayat-ayat al-Quran untuk membolehkan wanita bertanding dalam pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau menggesa akhbar Berita Harian menarik balik laporan mengenainya sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar berkenaan di muka depannya hari ini.

"Saya tidak pernah kata mentafsirkan semula...apa yang saya kata adalah, PAS mengkaji semula pendekatannya berdasar waqi (suasana) semasa berdasarkan siasah syariah," kata Salehudin kepada Harakahdaily.

Berita Harian menyiarkan di muka depannya hari ini berita bertajuk "Pilih calon wanita: PAS tafsir semula ayat al-Quran".

Menurut Salahudin, PAS sememangnya sejak dari dahulu lagi meletakkan calon wanita dalam pilihan raya sebagaimana yang dilakukan di Parlimen Dungun apabila PAS meletakkan Khadijah Sidik bertanding di situ pada tahun 1960an dahulu.

Namun, PAS mengubahkan pendekatannya selepas itu dengan berhenti dari meletakkan calon wanita berdasarkan suasana semasa selepas itu yang tidak mengizinkan calon wanita diletakkan sebagai calon.

"Antaranya budaya samseng dalam pilihan raya dengan lahirnya Pemuda tahan Lasak Umno dan sebagainya.

"Namun selepas suasana sudah berubah, kita membenarkan wanita bertanding dalam pilihan raya semula. Tidak berbangkit soal PAS mentadfsirkan semula ayat al Quran," kata Salahudin.

Sarung Tangan Apa Ada Hal,Bukannya Kondom


KUALA LUMPUR - Seorang peguam Cina, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan di sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan baru-baru ini.-KOSMO


YANG NI PULAK SIKIT HARI LAGI AKAN BERGAMBAQ BERSALAM DENGAN KETUA UMNGONG,KETUA PERKOSA,KETUA PEKUDA MINTAK MAAF SECARA TERBUKA KERANA MEMPERSENDA SALAM BERSARUNG TANGAN.SAH-SAH KAT BELAKANG TU DEPA AKAN GANTUNG BENDERA UMNGONG SEBAGAI BACKGROUND.

GUA DAH DAPAT BACA LA PERMAINAN POLITIK DEPA NI...SKRIP DIA SAMA SAJA...
KAH! KAH! KAH!

ORANG BERSALAM PAKAI SARUNG TANGAN PUN NAK KECOH
BUKANNYA PAKAI KONDOM MACAM PORNSTAR...
KAH!KAH!KAH!
-biaqpila.blogspot.com-