Selasa, 25 Januari 2011

Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat

Tuesday, January 25, 2011


Wahai Rakyat Selangor.. Nilailah Sendiri Siapa Penderhaka Kepada Sultan Anda - Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat


Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan