Selasa, 28 Jun 2011

Mohamad Sabu - Kuasa dan Keamanan

Oleh Mohamad Sabu
http://1.bp.blogspot.com/_vRuhStha5i8/SwKl7gtWO9I/AAAAAAAACUw/wMnr51sEC6I/s400/mat+sabu.jpgMerebut kekuasaan adalah satu perkara lumrah sejak wujudnya manusia di atas muka bumi. Habil dan Qabil pertarungan antara golongan tauhid dan kemanusiaan dengan golongan kebendaan dan kepercayaan.Peperangan sering berlaku di sepanjang zaman, daripada generasi selepas Nabi Adam sehinggalah ke hari ini.

Di antaranya kerana untuk mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melebarkan pengaruh kuasa. Manusia sering berbunuhan semata-mata untuk berkuasa dan mempertahankan kekuasaan dan juga merampas kuasa.
 
Peperangan berlaku semata-mata di atas nama mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melahirkan kuasa keegoan pihak yang berkuasa. Firaun melambangkan kuasanya sehingga menyama tarafkan dirinya sebagai tuhan. "Ana Rabbukumul A'ala" bermaksud Akulah Tuhan yang paling tinggi. Nabi-nabi yang dibekalkan dengan senjata keimanan mencabar kuasa Firaun dengan berbagai cara untuk menundukkan keegoan Firaun, samada Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf dan beberapa Nabi dan Rasul yang lain menghadapi pihak yang berkuasa, samada melalui peperangan, penyeruan dakwah untuk menamatkan Hegamoni kuasa.

Ratusan tahun Rom dan Parsi berperang di antara tujuannya untuk memperlihatkan siapa yang lebih kuat dan siapa yang lebih berkuasa. Cina melalui Maharaja Tse Huang Tee membina tembok besar untuk menunjukkan kehebatan kuasa dan menghalang serangan pihak berkuasa yang lain. Negara-negara barat, negara-negara di Eropah bertarung peperangan demi peperangan untuk melebarkan sempadan kuasa, samada British, Perancis, German atau Rom. Brritish pernah membina angakatan laut yang paling kuat di dalam dunia untuk menyerang dan menguasai negara lain.

Di atas semangat Jihad Fi Sabilillah negara Islam Madinah berhadapan peperangan demi peperangan untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam. Perkembangan di dunia Islam tidak terkecuali, berperang dan diperangi untuk mempertahankan dan melebarkan pengaruh Islam dan negara Islam. Untuk mengambil alih kuasa di dalam negara, "State", kuasa diambil alih melalui pembunuhan ketua negara, pemberontakan dari pasukan bersenjata dan menghasut rakyat supaya menolak penguasa melalui pemberontakan umum dan digantikan dengan pemerintahan baru. Ianya sering berlaku di Afrika, Eropah, Asia Barat dan boleh dikatakan di seluruh negara dunia.

Jelmaan proses pilihanraya dan demokrasi adalah dilihat cara yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa. Barangkali cara demokrasi ini tidaklah sempurna tetapi ianya masih menjadi jalan yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa di dalam sesebuah negara. Peralihan kuasa boleh berlaku dengan tidak ada tumpah darah dan kehilangan harta benda. Demokrasi diterima secara meluas oleh manusia di atas muka bumi ini terutama selepas perang dunia ke-2.

Suara majoriti rakyat menjadi kuasa penentu untuk memilih ketua negara dan pihak yang berkuasa. Dengan sistem demokrasi yang adil, pertumpahan darah untuk merebut kuasa dapat dielakkan. Kita dapat melihat selepas perang dunia ke-2 di negara-negara Eropah, kalau ada peperangan berlaku di luar negara mereka, tetapi peralihan kuasa di dalam negara mereka melalui suara rakyat terbanyak. Huru-hara dan peperangan sering berlaku di Afrika, Asia Barat, Asia Tenggara, Latin Amerika di antaranya demokrasi dan pilihanraya yang adil tidak berjalan di negara-negara rantau Afrika, Asia dan Latin Amerika.

Oleh itu, mana-mana pemerintah yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil untuk mengelak peperangan, kacau bilau, pemberontakan dan pergaduhan.

Sebab itulah rakyat Malaysia yang prihatin mahu pilihanraya yang adil dan bersih dijelmakan di negara ini demi untuk menjaga keamanan dan penerusan pembangunan dan kemanusiaan.

Bangang memang tercipta untuk bangsa Umno

Orang kampung yang mana kenai ngan Ustaz Rahim Thamby Chik mesti gelak guling guling bila dengaq dia bersilat pasai maksiat... kahkahkah...

Alim ulamak dalam Umno tentu kecut perut, tabik hormat tak kira dah kat Eskay Abdullah walaupun terhegeh hegeh mengucap dua kalimah pun dah berani bersumpah dalam masjid... kahkahkah...

Ahli ahli Umno yang pendek akai tentu kering darah tengok betapa ahli bangsa Umno berdarah Perkasa si Shuaib Lazim begitu berani menyebut jihad dan berkorban diri sendiri untuk berdakwah demi rakyat Malaysia... kahkahkah...

Tolong la Umno oiii.... lantik la orang lain jadi hero baru hangpa... tolonglaa... kahkahkah... Ustaz Rahim Thamby Chik yang hangpa ambik jadi pendakwah untuk berjihad bagi pihak Umno... Si Eskay tu ka yang hangpa sanjung tinggi dilantik sebagai pembimbing umat bangsa Umno bagi mengelakkan rakyat menumbangkan Umno pada PRU ke 13 nanti...

Yakin dan berani sungguh 'Ustaz' Rahim, Eskay dan si Shuaib ni mendakwa orang tanpa bukti dan membawa 4 orang saksi adil seperti yang disyaratkan oleh hukum Islam. Nama saja Islam, tapi akai tak pakai... Nama saja Islam tapi ayat Quran diletak bawah kaki.

Kalau dah hampa benar-benar yakin susuk pelaku tu adalah Anwar, dok tunggu apa lagi. Heret saja si Anwar tu dan dakwa dia di Mahkamah Syariah mengikut hukum Syariah. Panggil saksi saksi terbaik hampa tu yang melihat perlakuan zina tu dan kita humbankan Anwar jauh jauh kedasar laut. Aku pun tak kelapaq berketuakan seorang yang kaki maksiat, macam kes tangkap basah kat PD tu jugak laa... kahkahkah...

Rakyat marhaen nak tengok jugak adakah orang yang maksum bagai wali wali bagi bangsa Umno ni iaitu si Eskay Abdullah dan Rahim Thamby Chik ni layak menjadi saksi. Nampak baik ja Umno angkat dan junjung depa bagai hero terakhir Melayu Umno abad ini... semua yang depa kelentong tu seolah-olah betoi belaka.

Awat yang sampai la ni Anwar masih belum didakwa lagi walaupun sudah berbulan-bulan isu ini menjadi bahan fitnah dan tohmah pencacai Umno/BN atas arahan tuannya yang tidak takut kepada Allah. Jangan menghukum bagai anak pompuan la dah Najib pun dok jerit jerit suruh lawan ala anak jantan...

Alahaiii... habuan dunia ja dah kelabu mata...
http://shalehudin.blogspot.com/

Jantan Tak Jantan, Laksanakan Dahulu Tuntutan BERSIH!

Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan" - Dr. Nasir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.
" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil.

" Kalau ini dapat kita laksanakan, lepas itu kita boleh berlawan (secara adil). Sekarang ini kalau pilihan raya memang berat sebelah. Cuba kita lihat tuntutan Bersih itu, boleh mereka kata tidak mahu.. Kalau mereka tak mahu, maknanya mereka tak mahu pilihan raya yang bersih," kata Dr Nasir merujuk kepada pendirian Najib dan rakan-rakannya dalam Umno-Barisan Nasional(BN).

Semalam Najib mencabar Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalanan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dakwa Najib, himpunan Bersih 2.0 bukan bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bertujuan mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” Najib dipetik sebagai berkata ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di Kuala Lumpur, semalam.

Najib juga turut memberi amaran bahawa beliau akan mempertanggungjawabkan segala insiden pada hari berkenaan kepada Pakatan Rakyat dan mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan akan menerima "akibat" dari perbuatan itu.

Melihat kepada pendirian Najib dan tindakan polis mutakhir ini menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning terutamanya yang mempunyai logo Bersih jelas mencerminkan ketakutan yang begitu memuncak dalam jiwa pemimpin negara itu.

" Najib sekarang ini memang paranoid, takut pada bayang-bayang sendiri. Nampak orang baju kuning pun tak boleh.

" Oleh kerana 2008, rakyat sudah berubah. Ramai orang yang mengundi kita... tetapi oleh kerana penyelewengan, kemenangan kita itu nampak kecil kita menang (majoriti undi)," katanya.

Oleh itu katanya, segala bentuk perundangan hatta nama Yang di-Pertuan Agong akan digunakan bagi mengekang kemaraan rakyat kerana mereka tahu tuntutan yang dibawakan oleh Bersih 2.0 akan meranapkan impian mereka mempertahankan Putrajaya.

" Sekarang ini kalau kita berentap, memang berat sebelah kepada dia (Umno-BN). Sebab itu mereka tak mahu ikut Bersih, mereka akan bermasalah, mungkin mereka akan jatuh.

" (Trend pengundian) ini yang mereka takutkan sebab kalau tidak ada penyelewengan, mereka tidak akan lepas (menang pilihan raya). Sebab itu tuntutan Bersih yang sememangnya adil, tidak ada satu pun yang boleh dipertikaikan kepada sesiapa yang mahukan pilihan raya adil, inilah yang harus diikuti.. tetapi mereka tak mahu itu. Jadi kalau kata nak bertanding secara saksama, tapi tak mahu ikut cara yang betul macam mana?," kata Dr Nasir.
-tvsnews

BERSIH 2.0, Anwar Ibrahim pula diarah ke Balai Polis esok!



Maklumat yang baru sahaja diterima, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia telah dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkaitan ucapan beliau di Brickfields. Ucapan tersebut dikatakan ada menyentuh persoalan Perhimpunan Bersih. Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke IPD Dang Wangi esok, 28hb Jun 2011, Hari Selasa Jam 5.00 petang.

Panggil lah berapa ramai orang yang Polis nak panggil, siasatlah berapa ramai Polis nak siasat. Tangkaplah berapa ramai pun Polis nak tangkap. Kami tahu Polis sekadar menjalankan tugas yang diarahkan oleh ketua mereka yang menjadi alat gerombolan penyebar video lucah, United Malays No Otak.

Polis sila buat kerja anda, kalau tak buat kerja kena buang kerja pulak. Apa pun ugutan, kami rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi akan tetap turun pada Perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai ini. Ini negara rakyat, suara rakyat suara keramat! Pemimpin gila kuasa boleh jalan...

Rakan-rakan yang berkesempatan esok, jom turun ke balai Polis Dang Wangi! Jangan lupa pakai baju BERSIH 2.0 kah kah kah...

ReJaM© "Polis sebok tangkap orang, Bik Mama tengah sebok belek katalog beg tangan kah kah kah... kesian Polis..."

Telah ku katakan Polis memang bacul.. !!!

DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.
Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.
Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.

Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.

Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.
Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama

Benarkan perhimpunan Bersih - Suhakam



KUALA LUMPUR, 27 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk oleh kerajaan sendiri menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang 9 Julai ini.

Bagi Suhakam, orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya di tengah-tengah usaha yang dibuat oleh Umno dan alat-alatnya untuk membatalkan perhimpunan itu.

Antaranya adalah dengan berusaha agar perhimpunan itu menjadi kecoh dengan cara menganjurkan perhimpunan serentak serta membuat provokosi melalui badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan silat dan bela diri.

Usaha pihak-pihak yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tentangan hebat dari polis sehingga mereka yang memakai baju T Bersih juga ditangkap dan disifatkan sebagai satu kesalahan.

Penganjuran majlis pra perhimpunan Bersih juga disekat oleh polis dengan ramai antara mereka ditangkap dan dikaitkan dengan kesalahan yang bukan-bukan termasuk cuba menghidupkan ideologi komunis yang sudah lama berkubur.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Hasmy Agam.


"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

"Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. " -Hrkh