Selasa, 9 Ogos 2011

Biarkan Mat Sabu Heret Polis Ke Mahkamah, SUHAKAM Panggil Saksi Yang Lain

Bersih 2.0: Suhakam tidak boleh siasat aduan jika Mat Sabu fail saman

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan agensi itu tidak boleh memanggil Mohamad Sabu dalam perbicaraan inkuiri awam agensi itu sekiranya Timbalan Presiden PAS itu telah memfailkan saman ke atas polis.

Selain itu jelas Pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha’ani Abdullah, mana-mana kes termasuk dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang telah dibawa ke mahkamah secara automatik pihaknya tidak boleh memanggil untuk memberikan keterangan.
Kata beliau, pihaknya sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan tindakan keras polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dengan prosiding inkuiri awam dijangka diadakan awal Oktober.

Mohamad sebelum ini memutuskan untuk menyaman polis atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa dalam perjalanan menuju ke ibu negara dengan membonceng motosikal.

Beliau juga telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada polis kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan yang mengakibatkannya terpaksa menjalani pembedahan.

“Mengikut undang-undang (Akta) Suhakam, mana-mana kes yang telah dibawa ke mahkamah kes itu tidak boleh disemak oleh Suhakam.

“Macam kes Mat Sabu (Mohamad) kalau beliau bawa ke mahkamah atau polis dakwa di mahkamah, Suhakam tidak boleh terlibat dalam kes itu,” kata Mohamad Sha’ani kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menasihatkan Mohamad supaya menangguhkan hasrat untuk menyaman polis sehingga keputusan prosiding inkuiri awam Suhakam keluar.

“Kita memang tidak boleh siasat kalau dah bawa ke mahkamah, kalau nak kami siasat beliau (Mohamad) tangguhkan dulu.

“Selepas siap inkuiri awam, beliau boleh saman... kalau beliau saman sekarang kita tidak boleh panggil beliau memberikan keterangan,” katanya.

Bagaimanapun tambah Mohamad Sha’ani, pihaknya tidak menghalang sekiranya Mohamad mahu berbuat demikian.

“Ia terpulang kepada beliau, kita tiada masalah,” katanya.

Sementara itu Mohamed Hanipa pula berkata pihaknya akan menunggu sehingga keputusan inkuiri awam Suhakam keluar.

“Kita akan tunggu, lagi pun kita bukan nak cepat.

“Mat Sabu juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya.

Sebelum ini polis telah mengeluarkan klip video berkata Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan hampir 1,700 orang ditahan termasuk pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata rakaman CCTV menunjukkan tiada kontak langsung dengan Mohamad, sebaliknya didakwa jatuh sendiri.

Salleh mendakwa siasatan mereka menunjukkan motosikal dibonceng Mohamad terjatuh selepas melanggar pembahagi jalan di hadapan kereta polis.

Beliau juga mendakwa kecederaan Mohamad bukan sesuatu yang serius kerana tiada keretakan. -TMI

Ulasan GB

Tidak mengapa.

Biar Mat Sabu bawa kesnya ke mahkamah. Biar beliau ajar polis yang menipu itu cukup-cukup.

GB rasa ada berpuluh lagi saksi lain yang boleh dipanggil mengkisahkan keganasan dan kezaliman polis pada perhimpunan BERSIH 2.0.

Dan jangan lupa panggil sekali Ketua Polis Negara dan Timbalannya serta Menteri KDN yang acapkali keluarkan kenyataan yang menyatakan perhimpunan Bersih 2.0 itu sebagai perhimpunan haram sedangkan perhimpunan itu adalah SAH di sisi Perlembagaan

Najib boleh Berbuka Puasa macam ni tak?

Semalam di Pasar Ramadhan Bayan Lepas..

 
Antara perkara yang menjadi amalan Guan Eng sejak dari beliau mula memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbuka puasa bersama penduduk Pulau Pinang yang berugama Islam, tak kira walau dimana, semua tempat diredahnya.
Begitu juga dengan tahun ini.. dan semalam beliau ditemani oleh Tuan Haji Mat Sabu dalam majlis perasmian Pasar Ramadhan Bayan Lepas.

Bagi aku ini adalah satu amalan yang baik kerana amalan ini merapatkan hubungan Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan penduduk Pulau Pinang selain dari membina imej beliau.

Cuma.. sedikit terkilan..Dimana pemimpin Melayu yang berada di kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang?









Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Umno Gabraa...Parlimen PR Untuk Menjadi Kerajaan Pusat..

Berikut disenaraikan kerusi-kerusi parlimen yang berpotensi untuk dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Kedah - Alor Setar, Langkawi,
Pulau Pinang - Tasek Gelugor
Perak - Larut, Parit, Kampar, Lumut
Selangor - Pandan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Tiada
Negeri Sembilan - Rembau, Jempol
Melaka - Bukit Katil
Johor - Ayer Hitam, Kluang, Tebrau, Johor Bharu
Pahang - Paya Besar, Rompin
Terengganu - Kuala Nerus, Dungun
Kelantan - Ketereh, Pasir Mas
Sabah - Sepanggar, Putatan, Penampang, Kimanis, Tuaran
Sarawak - Mambong, Kota Samarahan, Sarikei, Miri, Limbang

Dan bandingkan dengan senarai sedia ada yang sudah dimenangi Pakatan Rakyat (termasuk pilihanraya kecil)


Kedah

P7 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS)
P8 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS)
P10 - Kuala Kedah - Ahmad Kassim (PKR)
P11 - Pendang - Mohd Hayati Othman (PAS)
P12 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS)
P13 - Sik - Che Uda Che Nik (PAS)
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)
P17 - Padang Serai - N Gobalakrishnan (PKR)

Kelantan


P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P21 - Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS)
P23 - Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
P24 - Kubang Kerian - Salahuddin Ayub (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P28 - Pasir Puteh - Muhammad Husin (PAS)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
P31 - Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli (PAS)

Terengganu


P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Pulau Pinang


P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)
P53 - Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusuff (PKR)

Perak


P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P65 - Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson (DAP)
P66 - Batu Gajah - Fong Po Kuan (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)
P76 - Teluk Intan - M. Manogaran (DAP)

Pahang


P82 - Indera Mahkota - Azan Ismail (PKR)
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)
Selangor

P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P98 - Gombak - Mohamed Azmin Ali (PKR)
P99 - Ampang - Zuraida Kamarudin (PKR)
P101 - Hulu Langat - Che Rosli Che Mat (PAS)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P104 - Kelana Jaya - Loh Gwo Burne (PKR)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P108 - Shah Alam - Khalid Abdul Samad (PAS)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP)
P111 - Kota Raja - Siti Mariah Mahmud (PAS)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
Wilayah Persekutuan

P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P115 - Batu - Chua Tian Chang (PKR)
P116 - Wangsa Maju - Wee Choo Keong (PKR) quits PKR
P117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP)
P119 - Titiwangsa - Lo' Lo' Mohd Ghazali (PAS)
P120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)
Melaka


P138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP)
Johor
P145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP)
Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)
Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)

Akta Jenayah Akidah bukti Umno tidak ikhlas

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Akidah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno mempertahankan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Cadangan itu bukan sahaja ketinggalan zaman, malah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkaitan kepentingan Islam atau dalam usaha-usaha mempertahankan Islam.

"Nampak benar bila Umno nak tonjolkan diri sebagai jaguh, akta mengenai murtad pun dicadangkan.

"Tetapi bila hal berkaitan Islam tidak menguntungkannya dari segi politik, Umno bukan sahaja tidak mahu menyokong malah menentang dan memfitnahkan habis-habisan seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993," kata beliau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

"Cadangan itu ketinggalan zaman. Di mana Umno ketika (Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) berusaha mencadangkan rang undang-undang berkaitan di dalam Parlimen?

"Bukan sekali, malah dua kali Umno dilihat berkonspirasi mengetepikan perbincangan dan cadangan rang undang-undang mengenai murtad.

"Inilah contoh sikap lidah bercabang Umno dan bermuka-muka seolah-olah mahu membela Islam sedangkan terbukti sebelum ini mereka bukan sahaja tidak mahu melakukannya malah menentang serta memfitnahkan usaha memartabat dan melaksanakan hukum Islam," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu membangkitkan, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mahfuz lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Bagi beliau, apa yang berlaku sudah lebih dari mencukupi untuk membuktikan Umno mahu menerima usaha-usaha lebih konkrit untuk membela kepentingan Islam kecuali apabila bertepatan kepentingan politiknya untuk mempengaruhi undi orang-orang Melayu.

Ditanya mengenai usaha PAS untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama berikutan serbuan Jais ke atas gereja tersebut baru-baru ini, Mahfuz berkata usaha tersebut adalah selaras dan sebahagian dari usaha berdialog dengan pelbagai pihak yang sentiasa ditekankan serta diamalkan oleh PAS sejak lama dahulu.

"Dengan dialog sedemikian, saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang dan muhibbah termasuk keselarasan tindakan dengan Perlembagaan Malaysia di mana Perkara 11 (4) perlembagaan tersebut melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam,” katanya

SPR tak layak kendali pilihan raya..depa dah jadi balaci pemerintah...

Pemuda PAS: SPR tak layak kendali pilihan raya, perlu rombakan

August 09, 2011
 
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah hilang kredibiliti dan tidak layak untuk mengendalikan sistem pilihan raya negara ekoran terlalu banyak kepincangan.
Tegas ketuanya Nasrudin Hassan, kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pilihan raya telah menjejaskan nilai ketelusan dalam sesebuah negara demokrasi termasuk Malaysia.

“Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti-parti politik yang menyertai pilihan raya tidak mampu disangkal lagi, malah ia telah melurut jatuh seluruh uniform pengerusi dan timbalan pengerusi SPR di hadapan umum.

“Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru tegas beliau, pilihan raya tidak boleh diadakan dengan “berhakimkan” pengurusan SPR sedia ada.

Tegas Nasrudin (gambar), pendedahan Pakatan Rakyat berhubung status pemastautin tetap yang bertukar ke warganegara dalam tempoh yang singkat selain turut diberikan hak mengundi satu lagi bukti kepincangan yang berlaku.
“Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah dari MyPR (pemastautin tetap) di waktu pagi kepada MyKad (warganegara) di sebelah petang pada hari yang sama.
“Selain itu senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi ada dalam daftar pemilih SPR, senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan terbaru sebuah kampung bernama Kampung Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi,” katanya.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR.

Semalam Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memanggil sidang tergempar Parlimen dalam tempoh tujuh hari bagi membahaskan isu itu.

Tambah Nasrudin, berikutan kegagalan SPR menyelesaikan dan membersihkan segala kepincangan yang berlaku tegas beliau Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu merombak badan pengurusan pilihan raya itu.

“Selain itu pengerusi dan timbalan pengerusi perlu meletekkan jawatan segera, merombak keseluruhan struktur SPR ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti-parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat antarabangsa