Ahad, 11 September 2011

Buku sejarah umpama koleksi solekan seorang gadis

Kalau sejarah itu bagai gadis disolek sesuka hati, maka buku teks sejarah umpama koleksi solekan untuk mencantikkan wajah gadis tersebut. Lantas, murid sekolah yang diibaratkan sehelai kain putih akan terikut-ikut dengan kecantikan wajah yang disajikan kepada mereka sekian lama sehingga tidak berpeluang membuat perbandingan dan membezakan antara yang asli dengan yang tiruan.

Seminggu lagi kita akan meraikan Hari Malaysia, namun pemahaman sejarah kita sama ada yang berkaitan dengan lembaran-lembaran yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air sebelum era-UMNO sehingga terbentuknya Malaysia, mahupun yang berkaitan dengan perjuangan anti penjajahan oleh rakyat berjiwa pahlawan seperti Mat Indera masih dilihat dari satu sudut satu interpretasi.

Secara amnya, rakyat Malaysia mengenali sejarah tanah air melalui "koleksi solekan" di sekolah atau dalam akhbar dari semasa ke semasa. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara pada tahun 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun.

Membaca dua buku dikira banyak kerana purata sebelum ini sekadar dua halaman buku setahun, terendah antara negara di Asia. Sebagai perbandingan dan secara purata, rakyat India membaca 35 buku setahun, rakyat Thailand membaca 25 buku setahun sementara rakyat Indonesia membaca 18 buku setahun.

Tak usah risau sangat dengan bacaan buku yang begitu sedikit. Sekurang-kurangnya UMNO tidak risau. Tidak terperanjant juga. Kerana rakyat Malaysia suka baca akhbar, tak suka baca buku. Keasyikan sebahagian besar rakyat terhadap akhbar khususnya "lidah UMNO" menyeronokkan UMNO.

Dengan adanya kawalan ketat, lesen mesin cetak, permit penerbitan, konglomerat UMNO serta UMNOputra dan lidah rasmi UMNO bergelar Utusan, akhbar itu bagai "koleksi solekan" UMNO, maka interpretasi sejarah adalah mengikut acuan dan teknik solekan UMNO. Menjaga kepentingan UMNO dikira peranan besar sekian "koleksi solekan". Maka sudut berita dan perspektif penulisan haruslah sejajar dengan interpretasi UMNO. Itu namanya sejarah.

Yang memeranjatkan UMNO ialah keberanian insan bergelar Mat Sabu (gambar kiri) memberikan bahan solekan baru kepada gadis yang sekian lama menggunakan bahan solekan UMNO dan jentera UMNO.

Sebab itu, pengasas Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM) Dr. Abu Hassan Hasbullah (gambar kanan) mengucapkan tahniah buat Mat Sabu "kerana mengadiluhung tokoh MAT INDERA yang akhirnya telah menderu-deru keminatan, keinginan, dan kepedulian anak-anak tanahair terhadap SEJARAH peradaban bangsanya. Semoga dengan perdebatan demi perdebatan ini akan mengembalikan sebegitu ramai lagi tokoh-tokoh agung yang tersingkir dari helaian korupsi sejarah ke helaian hakiki sejarah Tanah Melayu, tanahair tercinta," dalam halaman Facebooknya bernama "Hassan Hayastani (حسن حايستاني)".

Biarpun menggunakan bahan solekan yang sama, terdapat pelbagai cara dalam penggunaannya. Contohnya, apabila manusia yang sukakan buku seperti saya membaca "Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965" yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada tahun 2008, dalam bab "Perisytiharan Panglima Tentera Jepun, 1942", sebahagian kandungan perisytiharan yang ditandatangani Panglima Tentera Jepun Tomoyuki Yamashita berbunyi seperti berikut:

"Pada asalnya, orang Inggeris telah menyanjung prinsip mereka yang terlampau egoistik dan dogmatik dan mereka bukan sahaja membenci orang lain, tetapi juga sudah biasa menjalankan intimidasi secara licik, tipu helah serta penuh muslihat dan mereka sanggup melakukan ketakadilan dan ketakjujuran demi mempertahankan kepentingan mereka sahaja, dan dengan demikian mereka sebenarnya telah merosakkan seluruh dunia."

Seterusnya, "kami berharap kami telah menyapu bersih segala kesombongan dan ketakjujuran anasir British dan menanggung penderitaan serta menikmati kemanisan bersama-sama seluruh rakyat… maka angkatan tentera Jepun… berhasrat merealisasikan pembangunan dan dasar abadi Malaya selepas merawat luka yang diakibatkan oleh penindasan berdarah British pada masa yang lalu dan memulihkan kerosakan perang yang diakibatkan oleh perang ini."

Tidakkah deklarasi di atas mencuit hati rakyat jika konteks penjajahan tidak diambil kira? Retorik penjajah terkini mengenai penjajah sebelum itu bertujuan melakar naratif, imej dan persepsi kononnya penjajahan baharu adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan penduduk tanah jajahan maka wajar diterima penjajah baharu yang menyingkirkan penjajah lama.

Bukankah penjajahan masih berterusan dengan wajah penjajah yang berbeza pada ketika itu? Bukankah orang yang berkomplot dengan penjajah itu dilihat sebagai pengkhianat dalam konteks penjajahan? Bukankah darurat diisytiharkan oleh pihak penjajah atas agenda dan kepentingan tertentu?

Bacalah "Pemasyhuran Ordinan Peraturan Darurat, 1948". Dokumen pemasyhuran tersebut ditandatangani dengan perkataan berikut:

"Dengan Perintah,
P.O. WICKENS,
Setiausaha Majlis."

Siapa P.O. Wickens? Bukankah beliau mewakili pihak penjajah? Majlis di atas merujuk kepada Majlis yang mentadbir Persekutuan Tanah Melayu. Pentadbiran pada ketika itu diketuai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu Sir Edward Gent. Apakah dengan memakai nama Persekutuan Tanah Melayu, maka Sir Edward Gent dikira berdarah tanah air? Seterusnya wajah penjajah menjadi jernih dan wajah rakyat tempatan yang anti penjajah dihitamkan?

Seribu persoalan menanti penemuan baharu dari segi penggalian bahan dan sudut sejarah yang pelbagai, bukan solekan "berbau monopolistik" yang disajikan oleh UMNO sekian lama. Izinkan saya memetik kata-kata berikut untuk renungan semua sempena Hari Raya Aidifiltri:

"Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan carilah wasilah - yang dapat mendekatkan diri kamu - kepada-Nya serta berjuanglah di jalan-Nya." (Al-Ma'idah 5:35)

Dalam buku Yusuf Al-Qaradawi berjudul "The Lawful and The Prohibited in Islam", Imam 'Ali berkata: Truth is not to be learned on the basis of authorities. Learn the truth and then you will know who the truthful ones are.'

Dalam Kajian Malaysia, Vol. 27, No. 1 & 2, 2009, ahli penyelidik C.C. Chin membekalkan fakta berikut untuk renungan kita:

"The British deployed a total of 450,000 men consisting of 40,000 soldiers, 67,000 police, 45,000 special constables and 300,000 home guards. In addition 25,000 air strikes were made, more than 100,000 rockets fired and 33,000 tons of bombs dropped against a force of only 7,000-plus guerrillas at the time."

Konteks sejarah berubah mengikut peredaran masa. British hari ini tidak lagi mampu berwajah penjajah. Jangan kita melihat warga British yang berada di Malaysia dengan kaca mata era penjajahan. Jangan juga kita melihat anggota polis yang bekerja semasa era penjajahan dengan sentimen era penjajahan. Namun, jangan juga kita lupakan sejarah penjajahan yang dialami rakyat Malaysia termasuk mereka yang berjiwa pahlawan, anti penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan sebelum UMNO menikmati hasil kemerdekaan melalui rundingan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Utusan UMNO...

Oleh Tan Lee Ooi
Baru-baru ini Berita Harian cuba mengapi-apikan isu agama yang kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang disekat dan dinafikan hak untuk menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Berita tersebut disertakan juga wawancara dengan Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. Mengikut Ahmad Zahid, "Perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam"
Tambahnya, "Larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri". Dengan perkiraan politik ala-UMNO, tambahnya sekali lagi, "Larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat".
Selepas berita tersebut disiarkan, seperti biasalah, isu ini berjaya dipolitikkan dan mengajak pihak-pihak berkepentingan untuk mengulas dan mengkritik dilema Islam di bawah pemerintahan DAP. Malangnya, rupa-rupanya "larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih". Lebih-lebih lagi, larangan tersebut sudah wujud di negeri Perlis yang di bawah pemerintahan UMNO.

Maka dengan jelas sekali, kegagalan Ahmad Zahid (gambar kiri) dalam memahami isu sebenar. Tanpa menyiasat dengan lebih mendalam dia melaungkan bahawa, "
sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati" Kenyataan ini akhirnya bukan sahaja tidak releven bahkan mendedahkan hipokritnya kepada semua rakyat.
Cara yang sama digunakan MCA, Gerakan...

Beberapa hari selepas isu tersebut, timbul pula satu isu yang berkaitan dengan perayaan hari bulan ketujuh iaitu Bulan Hantu Lapar. Akhbar berbahasa Cina memaparkan kesukaran ahli jawatankuasa perayaan di beberapa kawasan di Pulau Pinang mendapat permit polis. Ini diikuti pula dengan orang-orang politik dari parti MCA, Gerakan dan DAP memulakan permainan politik. Cara dan modelnya adalah serupa.

Sebenarnya pencemaran bunyi yang berkaitan dengan adat dan agama amat ketara di Malaysia. Saya berpendapat bahawa semua pencemaran-pencemaran bunyi yang dapat dielakkan patut dikawal. Ini termasuk bunyi persembahan semasa perayaan Bulan Hantu Lapar, bunyi bacaan sutra yang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman jiran semasa upacara pengebumian kaum Cina, musik tarian singa dan naga semasa perayaan Tahun Baru Cina, permainan mercun api dan sebagainya.

Kita semua ingin hidup dengan aman dan damai. Bunyi yang terlalu kuat yang disebarkan terlalu awal atau larut malam akan mendera telinga kita. Disebabkan itu, perasaan kita mungkin terusik dan jikalau tidak dapat tidur atau kualiti tidur kita tidak baik, prestasi pelajaran atau kerja mungkin terjejas. Bayi-bayi yang kecil lebih terdedah lagi dengan ancaman bunyi kuat yang akan menakut-nakutkan mereka.

Berita Harian bukannya media yang selalu sengaja membangkit-bangkitkan isu sensitif yang berkaitan dengan agama dan kaum. Utusan Malaysia sebenarnya lebih "pandai" dalam hal ini. Harap selepas isu tersebut Berita Harian tidak terikut-ikut dengan kewartawanan Utusan Malaysia.
Dari Utusan Melayu ke Utusan Malaysia
Saya memulakan tabiat membaca bahan bacaan Bahasa Melayu/ Malaysia semasa masih belajar di sekolah menengah. Saya melanggan Dewan Siswa semasa tingkatan dua dan mengikuti semua isu Dewan Masyarakat di perpustakaan semasa tingkatan empat untuk menyediakan diri dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia di SPM. Sebagai generasi Malaysia yang mengikuti pendidikan di bawah dasar kebangsaan, saya dan kebanyakan kawan saya dapat membaca surat khabar Bahasa Malaysia dengan tiada sebarang kesukaran.

Semasa melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, saya sering membaca Utusan Malaysia. Secara kabur dalam ingatan pada masa itu masih menggunakan nama "Utusan Melayu". Utusan Malaysia pada suatu ketika adalah media yang masih dihormati ramai. Kualiti Utusan Melayu atau Utusan Malaysia mulai menyusut pada akhir tahun 1990-an. Utusan Melayu yang pada suatu waktu mempunyai pendirian tersendiri yang menyuarakan ketidakpuasan masyarakat Melayu sudah menjadi media UMNO.

Bermula dari saat gerakan reformasi, ianya hanya menjadi saluran penyampaian maklumat untuk parti pemerintah. Dan ianya dijalankan dengan berat sebelah tanpa mempertimbangkan rasional pembaca. Pada zaman teknologi ini, pembaca tidak menerima maklumat yang disalurkan oleh media arus perdana dengan membuta tuli. Pembaca-pembaca yang berpendidikan mampu menilai mesej yang ingin disampaikan dengan rujukan kepada media baru di Internet.

Entah bila nama Utusan Melayu sudah bertukar kepada Utusan Malaysia. Walaupun demikian, Utusan Malaysia ini bukan sahaja kurang Malaysia malah lebih Melayu daripada Utusan Melayu yang wujud pada suatu ketika dahulu. Penukaran nama tidak diikuti dengan perubahan pemikiran yang lebih Malaysia.

Kualiti Utusan Malaysia merosot dengan lebih serius lagi selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah di beberapa buah negeri selepas pilihan raya pada tahun 2008. Pada hari ini, Utusan Malaysia sepatutnya ditukar nama menjadi Utusan UMNO. Segala berita yang disiarkan pada masa kini amat memihak kepada UMNO tanpa pertimbangan kerasionalannya.

Berita sensasi yang disukai oleh Utusan Malaysia ialah isu-isu perkauman dan agama yang dianggap kegagalan yang disebabkan oleh persaingan UMNO dengan Pakatan Rakyat. Di sebaliknya, kegagalan yang disebabkan oleh UMNO dibiarkan atau hanya sengaja menutup sebelah mata. Kegagalan Utusan Malaysia dapat dibuktikan dengan kekecewaan yang ditunjukkan oleh (bekas) wartawannya sendiri Hata Wahari (gambar kanan, kanan).
Mimpi hari kemerdekaan saya...

Struktur media Malaysia yang dibelah bahagi mengikut pembaca kaum tertentu menjadi masalah. Akhbar Cina menyuarakan permintaan masyarakat Cina, Tamil Nesan untuk masyarakat India, manakala Berita Harian menyuarakan keperluan masyarakat Melayu (Utusan Malaysia sudah merosot menjadi wadah untuk UMNO). Selama ini, kita sering menggunakan nama agama dan kaum untuk menyekat sesama sendiri.

Memang tinggalan sejarah yang menyebabkan struktur media sedemikian wujud. Tetapi banyak perubahan telah berubah sejak merdeka dan selepas Mei 13. Sesuatu isu bukan hanya dapat difahami daripada perspektif satu-satu kaum sahaja. Misalannya isu berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya bukan hanya memanfaatkan elit-elit UMNO tetapi juga taukeh-taukeh Cina dan peniaga India yang rapat dengan UMNO. Isu DEB lebih kompleks daripada yang pernah kita fikirkan. Ia bukan hanya melibatkan kepentingan satu kaum.

Ramai daripada kita sudah bosan dan muak dengan Malaysia yang selalu diputarbelitkan oleh isu perkauman dalam media arus perdana. Kita memerlukan media yang menyuarakan kepentingan semua dan bukannya hanya memihak kepada satu kaum.

Harap pada suatu hari nanti media yang menampung suara semua rakyat dapat wujud. Perspektif berita adalah berdasarkan pertimbangan keadilan dan kesaksaman hak seseorang individu dan komuniti yang dinilai tanpa mengira kaum. Bagi isu nasional, kepentingan negara lebih diambil kira daripada hanya mementingkan hak sesuatu kaum.

Ini mimpi saya buat Hari Kemerdekaan.

*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview. Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.

Hebatnya Malaysia bila Kalah pilihan raya tiket jadi menteri

Oleh ANAS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-nn5MGtffmuEzwX8kklqPVZDW2tYBwv5JIJLdICJBIMaWAFNaQPKMBhrgCb2I6JgsadhjjJAP0ylQe-M0RRN4zioHiVGFwasCVyFGYZQKfNfWG4a5rIgzU2zmCmeOeM6bfTeIcc_Ql8I/s400/tiket.jpgSIAPA hendak menjadi menteri di zaman pemerintahan PM Najib Razak mestilah kalah pilihan raya sebab Najib merasakan orang yang kalah pilihan raya ialah orang yang kuat pengaruh dan hebat.
Sebab itulah Najib melantik orang-orang yang kalah pada PRU menjadi menteri. Paling baru beliau melantik Presiden MIC, G. Palanivel yang kalah di Parlimen Hulu Selangor pada PRU-12 dulu menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Manakala Koh Tsu Kon dan Shahrizat yang kalah juga pada PRU 2008 juga diberikan jawatan menteri.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menang pilihan raya tidak pula Kalah pilihan raya tiket jadi menteri dilantik.
Selepas ini entah siapa pula akan dilantik menjadi menteri.
Mungkin Presiden Perkasa Ibrahim Ali dan Mahaguru Silat Omar Din pula akan dilantik sebagai menteri atau mungkin juga Jamaluddin Jarjis dilantik semula sebagai menteri.
Sehingga kini Malaysia sudah ada 30 orang menteri; suatu bilangan yang tidak masuk akal.
Malaysia hebat sehingga kadangkadang kita kita pun keliru menteri yang ramai-ramai apa yang mereka buat, tanggungjawab kementerian masing-masing kita keliru kerana banyak sangat

Warga Asing Sudah Jadi Anak Emas di Bumi Malaysia...

Mudahnya warga asing dapat permit niaga

PROGRAM 6P iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran merupakan langkah pengampunan berskala besar yang digerakkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengurangkan pendatang tanpa izin di negara ini yang dianggarkan kira-kira 2.3 juta orang.
Angka ini mungkin hanya melibatkan anggaran 30 peratus daripada jumlah sebenar pendatang asing di negara ini. Dahulu mereka datang sebagai pekerja ladang dan buruh kasar. Tetapi sekarang, warga asing ini datang ke Malaysia untuk meraih kekayaan berganda dengan membuka perniagaan. Malaysia menjadi lubuk kekayaan bagi warga asing ini.
Kebanyakan premis perniagaan di Kuala Lumpur seperti di Jalan Masjid India, Chow Kit, Bukit Bintang dan Nilai 3 di Negeri Sembilan dimonopoli peniaga warga asing, sama ada peniaga atau pekerja kedai.
Rata-rata kedai di tempat tersebut dimonopoli warga asing dari Indonesia, Pakistan, India dan China. Mereka berniaga karpet, tudung, kain, keperluan am dan sebagainya.
Begitu juga lot-lot di pasar tani, pasar borong dan pasar malam. Mereka menguasai perniagaan borong dan runcit negara dan hidup senang-lenang dengan kekayaan yang ada. Dari sekecil-kecil perniagaan dan sebesarnya seperti pemborong dikuasai oleh warga asing.
Saya hairan bagaimana mereka dengan mudah mendapat lesen perniagaan dan meraih keuntungan berlipat kali ganda di negara kita tanpa sekatan? Di samping itu, premis terutama di Jalan Masjid India, Chow Kit, Petaling Street dan Nilai dimiliki oleh warga asing ini. Mereka kemudian menyewakan lot-lot kedai kepada orang Malaysia dengan sewa yang amat tinggi.
Saya selalu membeli-belah di Jalan Masjid India. Rata-rata pekerja dan pemilik kedai di sana juga adalah warga asing. Sekarang, pencambahan perniagaan warga asing bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di segenap penjuru negara seperti di Kuching, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Pulau Pinang serta semua bandar besar dan luar bandar di Malaysia.
Implikasi daripada situasi ini berbagai-bagai. Antaranya:
n Wang yang diperolehi oleh warga asing ini dihantar pulang ke luar negara dan menyebabkan pengaliran wang ke luar negara yang besar. Ini akan menjejaskan ekonomi negara.
n Menutup peluang peniaga tempatan disebabkan peniaga asing bijak memainkan harga. Contohnya, peniaga asing sanggup menyeludup barangan jualan dan boleh menjual barang dengan harga yang lebih murah.
n Tempat-tempat perniagaan strategik dimonopoli oleh warga asing dengan mewujudkan koloni perhubungan di mana premis kosong dengan mudah direbut warga asing berdasarkan jaringan koloni ini.
n Peningkatan kadar jenayah dan sosial disebabkan kebanjiran warga ini yang kerap terlepas tindakan polis akibatnya kurangnya pemantauan.
Saya ingin penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Imigresen, Kastam dan pihak berkuasa lain, bagaimana warga asing ini dengan mudah berniaga dan mendapat lesen berniaga di negara kita?
Bagaimana mereka dengan mudah membentuk syarikat 'Sendirian Berhad' dan berniaga tanpa sebarang sekatan juga pemantauan?
Mengenai permit kerja dan visa untuk tinggal di Malaysia, mengapa mereka dengan mudah tinggal di Malaysia sehingga ada yang tinggal melebihi 10 tahun di sini tanpa sebarang masalah? Kenapa tiada serbuan dilakukan oleh pihak Imigresen dan berwajib?
Penguasaan warga asing dalam perniagaan telah menjadi isu hangat yang masih tiada kesudahannya. Terlalu ramai telah bersuara tetapi tiada tindakan konkrit diambil. [utusan]

SPR Jangan Tahu Nak Makan Gaji Saja Kemudian Jadi Alat BN - TG Hj.Hadi

Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya

GOMBAK — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.

Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan “penipuan cukup besar” yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.

“Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.

“Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.

“Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN,” katanya. -TMI
Isu Mat Indera: PAS Yakin Sokongan Orang Melayu Tidak Terjejas - Hadi

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan isu pejuang kemerdekaan, Mohamad Indera (Mat Indera) yang menjadi isu kontroversi sejak dua minggu yang lalu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan isu tersebut bagi menutup kelemahan mereka sendiri.

"Saya rasa mereka sengaja buat isu ini untuk tutup isu penipuan pilihan raya. Mereka buat isu untuk tutup isu sebenar bagi memulihkan demokrasi.

"Namun kita yakin orang Melayu hari ini bijak dan tidak mudah ditipu dengan permainan seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Sabtu.

Isu pejuang kemerdekaan Bukit Kepong mula panas apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dilaporkan berkata seorang lelaki Melayu, yang dikenali sebagai Mat Indera telah bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mohamad mendakwa, Mat Indera yang telah membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Ekoran kenyataan kontroversi itu, lebih 500 laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Presiden PAS itu sebagai mengecam tindakannya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu pejuang kemerdekaan yang cuba di bawa oleh BN itu sebagai ketinggalan zaman.

"Mereka gunakan isu yang ketinggalan zaman, kita bawa isu sekarang. Orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar, Abdul Hadi berkata: “Ya.”

Sementara itu, Tuan Ibrahim pula menyifatkan Umno sebagai ‘hero Hindustan’ yang datang selepas orang lain habis berjuang ketika era kemerdekaan.

"Bila semua dah habis baru dia sampai..sebab nak ambil gambar dan isytihar dialah yang lawan penjajah," katanya. -mstar

Kalau Dato' Seri Najib busy, harap Datin Seri Rosmah tolong baca

"Kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyalahkan syarikat telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6% tidaklah mengejutkan. (rujuk di sini) Kebelakangan ini, tindakan beliau yang suka menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak disukai rakyat sudah menjadi tabiat.

Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6% ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan. Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia.

Walaupun saya berpendapat keputusan syarikat telekomunikasi untuk menaikkan kos kad prabayar untuk menampung kenaikan cukai perkhidmatan adalah tidak berpatutan kerana keuntungan mereka yang begitu tinggi, kita juga perlu adil dengan memahami bagaimana kos bagi segmen prabayar meningkat apabila cukai perkhidmatan dinaikkan.

Namun, tabiat Perdana Menteri yang suka menuding jari dan tidak mahu mengambil tanggungjawab perlu ditegur dengan keras oleh ahli-ahli politik dan pimpinan golongan niagawan. Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya. Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6% sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan.

Tabiat sebegini akan menghuru-harakan keadaan. Ia akan menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza sudah hilang maknanya; apabila Perdana Menteri sendiri yang keliru di antara tujuan dan fungsi di antara cukai langsung (ke atas keuntungan dan pendapatan) berbanding cukai tidak langsung (ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan). Maka tidak hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya.

Tabiat Dato’ Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6%, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua. Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.

Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan. Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan.

Hakikatnya, rakyat harus sedar bahawa tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011 memainkan peranan dalam kenaikan kos; termasuk kos prabayar.

Jika beliau mahu menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengumumkan pengecualian daripada cukai perkhidmatan semua perkhidmatan harian yang ditanggung sebahagian besar rakyat; termasuklah perkhidmatan siaran TV berbayar (Astro), telekomunikasi dan restoran.

Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya dibangkang rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
10 SEPTEMBER 2011"

Aziz Bari: Seperti Ops Lalang, polis jadi ‘kambing hitam’ Bersih 2.0

KUALA LUMPUR – Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berkata kerajaan tidak harus mempersalahkan pasukan polis berhubung kesan akibat cara menangani isu Bersih 2.0 – yang didakwa menjadi antara punca kemerosotan kepimpinan Najib dan kerajaan pusat.

“Kerajaan tidak boleh mempersalahkan polis dalam isu Bersih,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Justeru, Aziz (gambar) berkata pasukan polis sebenarnya sebahagian daripada perkhidmatan awam dan ia terletak di bawah penyeliaan kuasa eksekutif iaitu kerajaan pusat semasa.

“Sebagaimana di bawah demokrasi Westminster yang lain, kerajaan bertanggungjawab atas (tindakan) kakitangan awam termasuk pasukan polis.

“Oleh kerana mereka tidak dipilih, maka Kabinet yang dipilih yang seharusnya dipertanggungjawabkan,” kata beliau lagi.
Malah tegas beliau, ia adalah tanggungjawab penting kerajaan sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam urusan berkaitan Bersih, polis telah bertindak di bawah arahan kerajaan. Sedihnya, ini dilakukan sehingga membelakangkan peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan kebebasan bersuara di bawah Artikel 10(1),” kata ahli akademik ini.

Aziz mengulas kenyataan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.
Koh berkata cara polis mengendalikan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah punca kemerosotan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Gerakan melahirkan pandangan itu ketika bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang muncul semalam.
Koh berkata tindakan-tindakan diambil oleh polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 memberi gambaran bahawa kerajaan terlalu tegas dan ia adalah tidak benar sama sekali.

Media memetik Dr Mahathir berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Najib merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0.

Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.
Dr Mahathir berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

“Ini disalahkan ke atas Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.
“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu – kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.
Sehubungan itu tambah Aziz, kerajaan tidak boleh menuding jari ke atas kakitangan awam semata-mata.
“Tetapi, sekali lagi ia dilakukan oleh Mahathir. Ingat, beliau mempersalahkan polis atas tindakan berkaitan dengan Operasi Lalang?” kata beliau merujuk kepada penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987.

“Layan polis dengan baik. Mereka sekali menjadi tikus belanda,” katanya seolah-olah menggambarkan Polis Diraja Malaysia menjadi bahan uji kaji.
“Tetapi kemungkinan, seperti juga bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar sebelum ini, mereka dengan gembira menerima kesalahan kali ini,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Haniff sejurus selepas pendirian Dr Mahathir muncul awal tahun ini.

Aziz menambah, di bawah perlembagaan, tanggungjawab bermakna seseorang yang didapati cuai atau bersalah, boleh dipecat ataupun harus dihadapkan di Parlimen.

“Ia menjadi asas kepada tindakan susulan, misalnya prosiding disiplin yang boleh membawa kepada pemecatan seseorang. Jika ia melibatkan pelanggaran undang-undang, ia bermakna liabiliti.
“Polis kini terdedah kepada liabiliti jenayah atau tindakan sivil,” kata beliau lagi

Tukar hari kemerdekaan kepada 'hari tidak dilindungi'

“Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu ‘tidak pernah terjajah’, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

“Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?” sindir beliau lagi.

[Gambar - Lakaran wajah Datuk Maharaja Lela yang membunuh penjajah Inggeris J.W.W.Birch. Apa pula status pembunuhan tersebut sekiranya Zainal Kling kata Malaysia tidak pernah di jajah]

Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis ‘adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?’

“Rakyat semakin ‘fening’ di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan,” kata beliau.

Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal.

“Prof Zainal Kling kata bahawa 'kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar'..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar..” tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.

“Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada..” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.

“Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.

“Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? “Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?

“Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif?

Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain?

“Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis?” soal beliau lagi.

Jika benar apa yang dihujahkan Dr Zainal, Sayuti bertanya bagaimana pula dengan hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun?

“Kenapa tidak disebut atau Prof Kling maaf Zainal Kling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu?” soal beliau dengan sinis.
***tulisan Ariffin Deraman, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu

UMNO Bukan Pejuang Kemerdekaan - Abdul Hadi


Selepas diserang tanpa henti sejak 15 hari lalu, kepimpinan tertinggi PAS hari ini melancarkan serangan balik dengan menyifatkan Umno yang diasaskan Datuk Onn Jaafar bukan pejuang kemerdekaan sebenar seperti didakwa pemimpin parti Melayu itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan, Umno yang kini diketuai Datuk Seri Najib Razak bukanlah pejuang kemerdekaan.

“Ya, senang sebut,” katanya apabila menjawab adakah Umno merupakan pejuang kemerdekaan, pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno seperti “wira Hindustan.”

“Dia (Umno) macam hero Hindustan, hero datang lambat... kumpulan itu dah lembik baru Umno sampai, ambil gambar kemudian iktiraf dia berjaya mengalahkan penjajah,” katanya.

PAS terutamanya timbalan presiden Mohamad Sabu telah diserang pemimpin-pemimpin Umno yang didakwa mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Menurut Hadi, Umno telah menggunakan isu ketinggalan zaman untuk menyerang PAS semata-mata mahu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

“Umno guna isu ketinggalan zaman, guna isu hampir 60 tahun . . . kita mahu isu sekarang dan orang Melayu jangan tertipu dengan isu ini (Bukit Kepong).

“Malah macam isu yang beratus tahun dulu, masa Portugis datang macam tiada orang lawan . . . seolah-olah orang yang mula-mula lawan Portugis adalah Umno, saya mengaji (belajar) sejarah juga, masa itu tiada Umno, tiada PAS . . . orang kita dah lawan penjajah,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, fakta sejarah Malaysia sudah bercelaru kerana ada ahli sejarah menyifatkan negara tidak pernah dijajah.

“Celaru punya fakta sehingga ahli sejarah kata Malaysia tak pernah dijajah, jadi tak perlu sambut merdeka. Kalau tidak pernah dijajah apa erti kita sambut merdeka.
“Kalau kerajaan iktiraf Malaysia tidak pernah dijajah, sambutan 16 September ini batal,” katanya

Laporan Polis Terhadap Najib Salah Guna Dana Awam Bercuti Ke Australia

Najib cuti di Australia, salah guna dana awam?

PM bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap salah guna dana awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bercuti di Perth, Australia serentak ketika negara merayakan Hari Kebangsaan dan Aidilfitri 31 Ogos lalu.
“Laporan polis telah dibuat serentak oleh Penyelaras SAMM negeri masing-masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan,” kata Presidennya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis berdasarkan maklumat yang dimuat oleh portal berita Malaysiakini.com pada 2 September lalu yang melaporkan Najib bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurutnya, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Ujar beliau, “saya merasakan bahawa amat tidak wajar dan tidak melambangkan semangat patriotik apabila Najib pergi bercuti ke luar negara pada Hari Kebangsaan.

“Namun apa yang lebih penting dari itu ialah adakah di sana terdapat unsur penyalahgunaan harta negara dan dana awam apabila Najib bercuti dengan menggunakan kemudahan awam untuk tujuan peribadi,” katanya.

Tegas beliau, “pesawat tersebut bukan merupakan pesawat peribadi Najib di mana segala perbelanjaan dan kos pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan vis-à-vis rakyat.

“Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya adakah ianya merupakan suatu unsur penyalahgunaan kuasa oleh Najib untuk kepentingan peribadi,” kata beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau. -FMT


Lawatan Australia PM - peribadi atau rasmi?

Datuk Seri Najib Razak pulang selepas memendekkan lawatan ke Australia, tetapi persoalan berhubung status dan pembiayaan terhadap lawatan itu masih kekal.

ADUN Komtar Ng Wei Aik berkata, memang perdana menteri menemui mahasiswa Malaysia di Perth tetapi beliau juga berjalan untuk urusan peribadi yang mesti ditanggungnya sendiri.

"(Lawatan Najib) lebih daripada bertemu mahasiswa di sana. Beliau patut pergi dengan jet peribadi dan gunakan wang sendiri.

"Apabila kamu menggunakan pesawat kerajaan, kerajaan harus membayar perbelanjaan kamu...," katanya.

Ng membandingkan tindakan itu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggunakan penerbangan ekonomi walaupun untuk urusan rasmi.-M'kini

TG Nik Aziz lawat keluarga Allahyarham Noramfaizul

SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman keluarga Allahyarhan di Taman Serdang Raya kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Turut serta dalam kunjungan itu delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Siti Zailah Yusuf.

Kunjungan tersebut sebagai tanda simpati terhadap kelurga atas pemergian Allahyarham Noramfaizul.

Kehadiran mereka disambut ibu bapa serta isteri dan dua anak Allahyarham.

Pada kunjungan itu juga, Tuan Guru Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham.

Beliau juga menasihatkan ahli keluarga Allahyarham bersabar atas ketentuan Ilahi ke atas Noramfaizul.

Dalam kejadian pada Jumaat 2 September lalu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Beliau yang terkena tembakan itu di dada bagaimanapun meninggal dunia ditempat kejadian.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan. -Hrkh

Isu Caj 6% Kad Prabayar: CAP & FOMCA Turut Bantah

Pendapatan syarikat telekomunikasi merosot tidak benar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menangguhkan terlebih dahulu langkah oleh syarikat telekomunikasi yang akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna telefon prabayar.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, syarikat telekomunikasi mendakwa mereka telah menyerap cukai itu sejak ia dikenakan pada 1998 dan disebabkan oleh kemerosotan hasil pendapatan, mereka kini mahu melepaskannya kepada pengguna.
"Untuk mengatakan bahawa pendapatan mereka telah merosot adalah jauh daripada benar," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, pengguna telefon prabayar telah menghadapi pelbagai syarat dan terma yang tidak adil yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi terutama sekali apabila syarikat menelan/merampas baki dalam akaun mereka apabila mereka tidak menambah nilai akaun mereka dalam tempoh yang sah.

Untuk mengekalkan nombor prabayar, ujarnya pelanggan perlu menambah nilai dengan jumlah minimum RM5.00.

Bagaimanapun, kata beliau menambah nilai dengan jumlah RM30 akan memberikan tempoh sah selama 30 hari.

Menurutnya, selepas tamat tempoh 30 hari, pelanggan akan disekat daripada membuat panggilan tetapi panggilan masuk sah untuk 90 hari.

Pelanggan, ujarnya boleh mengaktifkan talian dengan menambah nilai bila-bila masa dalam tempoh 90 hari.

Beliau berkata, jika talian tidak ditambah nilai dalam tempoh 90 hari talian akan dibatalkan dan baki kredit yang masih ada akan dirampas dan tiada bayaran semula diberikan.

Contohnya,
kata beliau jika pengguna prabayar mempunyai talian yang bakinya RM100 tetapi tempoh sahnya telah tamat, syarikat telekomunikasi akan merampas baki yang ada.

“Adakah ini sah di sisi undang-undang?

“Jika ianya sah, di bawah undang-undang dan peraturan apakah syarikat ini dibenarkan untuk merampas baki yang ada,
” ujarnya.

Menurutnya, negara seperti England telah menghentikan pengendali telekomunikasi daripada menggunakan amalan ini.

Seharusnya, tambah beliau terdapat sistem di mana nombor perlu mempunyai kesahan sepanjang masa dan bila-bila masa pelanggan yang mahu mengaktifkan talian (malah selepas tempoh tamat) hanya perlu menambah nilai talian dan perlu diaktifkan.

Contohnya, ujar beliau ahli perniagaan asing yang datang ke Malaysia, katakan tiga atau empat kali setahun dan memerlukan nombor telefon tempatan tetapi tidak mahukan talian pascabayar yang dikenakan caj bulanan kira-kira RM30 perlu untuk mendapatkan talian prabayar yang mempunyai kesahan sepanjang masa tetapi dengan tempoh tamat selaras dengan jumlah tambah nilai pelanggan.

Ujarnya, apabila mereka kembali semula ke Malaysia dan kesahannya telah tamat, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menambah nilai talian dan perkhidmatannya boleh disambung semula daripada talian menjadi tidak sah dan terpaksa mendapatkan talian baru serta memulakannya semula.
Pengguna, katanya mungkin tidak menyedari bahawa pengguna prabayar dan pascabayar dikenakan bayaran bagi panggilan yang tidak dijawab atau bagi panggilan yang dialihkan ke kotak mel suara.

Caj yang dikenakan pada masa ini ialah 10 sen.

Pengguna sebenarnya, kata beliau boleh mendapatkan semula bayaran daripada pengendali telekomunikasi bagi caj yang dikenakan sekiranya mereka boleh menyerahkan penyata sebagai bukti.


Bagaimanapun dalam kes pengguna prabayar, penyata tidak disediakan melainkan pengguna meminta untuk mendapatkan penyata itu.

“Memandangkan kepada hakikat bahawa terdapat beberapa juta pengguna dan beberapa juta panggilan yang dibuat, pengendali telekomunikasi boleh mengaut sejumlah besar setiap bulan daripada caj yang dikenakan ini.

“Ini jelas satu pencatutan dan tindakan perlu diambil terhadap syarikat ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya CAP menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menangguhkan terlebih dahulu setiap usaha yang dibuat oleh pengendali telekomunikasi daripada pengenakan cukai perkhidmatan ini dan sebagai ganti menangani semua kekurangan dan terma yang tidak adil yang dikenakan terhadap pengguna telefon bimbit. -Hrkh
Teliti Semula Caj Perkhidmatan 'Call Block' Bukan Naikan Caj Kad Prabayar

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa semua syarikat telekomunikasi (Telco) di Malaysia untuk mengemaskini caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna agar lebih relevan sebelum mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.


Justeru, Setiausaha Agungnya, Muhammad Sha'ani Abdullah menyifatkan cukai perkhidmatan itu tidak wajar ketika syarikat-syarikat komunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun.

Sebaliknya, beliau mahu Telco meneliti semula caj perkhidmatan 'call block' yang dikenakan selama ini kerana ia didakwa membebankan pengguna prabayar.

"Sebelum cukai (enam peratus) ini dikenakan kepada pengguna kad prabayar bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM, Telco seharusnya menukar kadar caj perkhidmatan yang dikenakan kepada perkhidmatan 'call block' iaitu tempoh caj penggunaan yang dikenakan kepada pengguna walaupun hanya beberapa saat ia digunakan," katanya memberitahu Tv Selangor.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Shani berkata ia adalah situasi dimana pengguna berdepan dengan caj membebankan menerusi 'call block' apabila terpaksa membayar caj perhidmatan untuk 60 saat walaupun pengguna membuat panggilan kurang daripada tempoh itu.

"Ini bermakna sekirannya kadar caj 30 sen untuk seminit, 15 sen akan dikenakan untuk 30 saat. Jadi dalam situasi ini pengguna terpaksa membayar 15 sen untuk setiap perkhidmatan syarikat itu walaupun dalam tempoh kurang daripada 30 saat," jelasnya.

"Jadi caj ini perlu dikaji semula, dengan menggurangkannya kepada 1 hingga 2 saat pengguna tidak akan terbeban dan sekirannya cukai enam peratus itu dikenakan ia tidak akan dirasai oleh pengguna," katanya lagi.

Semalam, Syarikat telekomunikasi yang mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun, mengumumkan akan mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Ia bermaksud, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

Pada masa yang sama, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011.

Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari semalam mengenai cukai perkhidmatan itu, berdasar kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi Malaysia.

Syarikat telekomunikasi itu juga dilapor berkata, cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. -tvsnews

Mohamad Sabu saman Utusan Isnin ini

BUKIT MERTAJAM, 10 Sept: "Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.

Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut.

Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.

“Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin.
Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat. -Hrkh

Dari Mana Dato’ Noh Omar Rompak Wang RM 770,000.00?


Akhbar Sinarharian bertarikh 30 ogos 2011 selasa menyiarkan berita bergambar bahawa YB Dato’ Noh Omar, Ahli Parlimen Tg Karang telah memberikan sumbangan hari raya berupa daging, ayam, beras, gula, minyak dan tepong kepada 11,000 pengundi Parlimen Tg Karang.

2. Kupon Berlambang UMNO/BN “Program Penyampaian Sumbangan Hari raya Daging Lembu, Ayam dan Beras” telah diedarkan disurau-surau dan masjid dalam Parlimen Tg Karang beberapa hari sebelum program tersebut.

3. Sumbangan telah disampaikan oleh pada 28 Ogos 2011 di beberapa tempat seperti:

Dewan Dato’Hormat Tg Karang
No 2 Jalan Bukit Belimbing K.Selangor.
Surau Nurul Hidayah Sg Kajang,Tg Karang.
Galeri Tg Karang
Kg Gulang2
Sg Terap
Sg Sireh
Surau Sg Kajang Baru.

3. Setiap tempat pengagihan sumbangan hari raya itu telah mendapat antara 4 hingga 10 ekor lembu. Dianggarkan tidak kurang dari 50 ekor lembu diseluruh parlimen Tg Karang telah di sembelih. Upah sembelih adalah RM 50.00 seekor.

4. Disamping itu FAMA Bt 2, Kuala Selangor telah menghantar 4000 ekor ayam ke Tg Karang Pada 28 Ogos 2011.

5. Tiap orang menerima antara RM 60.00 hingga RM 70.00 berupa daging lembu, ayam 2 ekor, beras 10 kg, gula, tepong dan minyak.

6.Menurut Sinarharian 30 Ogos 2011 seramai 11,000 telah menerima sumbangan. Jadi jumlah sumbangan Hari raya oleh Noh Omar adalah dianggarkan berjumlah antara RM 660,000 hingga RM 770,000.00.

7. Sumbangan daripada Menteri Pertanian ini hanya tertumpu kepada pengundi Parlimen Tg Karang sahaja, tidak termasuk pengundi UMNO Sg Besar (Bahagian Dr Khir Toyo ---- musuh bubuyutan Dato’Noh) dan UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Justeru itu sebagai pengundi dan rakyat Selangor merasa heran :

Bagaimana Dato’ Noh Omar mendapat wang sebanyak itu?

Selaku Menteri Pertanian,ia telah mengamalkan salahguna kuasa dengan meminta FAMA Kuala Selangor menghantar 4000 ekor ayam untuk program tersebut.

Juga selaku Menteri Pertanian mengapa pengundi Parlimen Tg Karang sahaja mendapat sumbangan hari raya.

Kupon sumbangan hari raya adalah program UMNO/BN telah diedar disurau/masjid dalam Parliman Tg Karang.

8. Harap mereka yang bertanggung jawab dapat menyiasat program tersebut.

Daripada

http://penorehgetah.blogspot.com

Kenyataan bodoh SPR 'si anjing Umno'


Sebagai menjawab dakwaan Dewan Pemuda PAS bahawa bukan warganegara diberi hak mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar dewan itu menunjukkan individu terbabit, sebelum membuat sebarang kenyataan media.

"Tampilkan individu berkenaan kalau PAS mempunyai bukti yang kukuh, selain menghantar senarai nama dan dokumen berkaitan isu yang dibangkitkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) kepada akhbar Sinar Harian hari ini.

Menurut laporan akhbar tersebut, Wan Ahmad memberi contoh 'kes Mismah' yang membuktikan bahawa dakwaan PAS adalah tidak berasas. - Mkini.

Memang satu cabaran yang sangat-sangat bodoh.

Perlu diingat, apa yang Pemuda PAS Malaysia dedahkan selama ni bukannya sahih pengundi hantu, cuma sebagai nama-nama yang disyaki sebagai pengundi hantu. Pasainya PAS memang takdak upaya untuk tentukan status sebenar nama-nama tu.

Apa yang Pemuda PAS buat selama ni cuma gunakan maklumat yang SPR bagi dalam daftar pemilih dan bandingkan dengan data yang JPN bagi secara online. Usaha Pemuda PAS tu cuma nak buktikan yang Daftar Pemilih yang SPR buat tu memang meragukan. Nama yang ada dalam daftar pemilih tapi dalam database JPN samada status PR, KAS atau langsung takdak dalam database JPN.

Macamana Pemuda PAS nak sahut cabaran bodoh Timbalan Pengerusi SPR tu untuk cari individu-individu tu kalau SPR tak bagi alamat terkini lengkap individu-individu tu dan takdak pegawai JPN yang berani bagi alamat lengkap individu-individu tu kalau Pemuda PAS mintak pun tu pasai tindakan tu salah dari segi peraturan.

Kalau pun Pemuda PAS bernasib baik, gunakan maklumat terhad yang SPR bagi dalam daftar pemilih dan boleh terjumpa penama yang disyaki pengundi hantu tu, takkan orang tu sanggup nak tampil secara sukarela mengaku yang dia memang 'pengundi hantu'.

Nama-nama yang Pemuda PAS dedahkan tu aku yakin semuanya bukan warganegara yang dalam proses memohon taraf warganegara. Takkan depa berani nak tampil pasai depa yakin kalau depa tampil tentu punya permohonan depa untuk dapat status warganegara akan ditolak. Silap-silap haribulan depa pulak yang akan dikenakan tindakan. Undang-undang Malaysia ni bukan boleh dikira sangat.

Lagi pun bukan kerja Pemuda PAS nak buat semua tu. Pemuda PAS dah dedahkan nama-nama tu dan jadi tanggungjawab SPR untuk siasat dan buat pembersihan kalau pendedahan tu benar. Pasainya adalah tanggungjawab SPR untuk ujudkan daftar pemilih yang bukan saja bersih tapi mesti dilihat bersih.

Setakat yang Pemuda PAS dedahkan tu pun, cuma kes Mismah saja yang SPR betul-betul jawab. Tu pun disalahkan JPN konon database JPN yang online tak dikemaskini. Yang mushkilnya dah berapa lama kes Mismah tu didedahkan, takdak dengar pun ada tindakkan JPN kemaskini database online tu.

Payah sangat ka nak kemaskinikan database online JPN tu. Kalau kementerian pelancongan boleh keluarkan belanja 1.8juta cuma untuk buat facebook takkan JPN tak boleh dapat peruntukan untuk kemaskini database yang jauh lebih penting dari ujudkan facebook tu.

Cuma kali ni web JPN ditulis "Semua sistem semakan melalui portal / sms akan mengalami gangguan mulai hari ini kerana kerja-kerja penyelenggaraan." Tak pulak dibagitau berapa lama penyelenggaraan tu dibuat.

Harap-harap penyelenggaraan tu termasuk proses kemaskini database online JPN. Dan yang lebih penting lagi, proses kemaskini tu dibuat bukan dengan membandingkan database online JPN tu dengan database SPR.

Kut-kut ada yang lupa, aku nak ingatkan yang SPR sebelum ni pernah mengaku ujud 'pengundi klon' hasil pendedahan Pemuda PAS dan jugak bloggers.
Cenangau Daunkari

Isu Keluar Parti: Antara Pembohongan & Realiti

Kenyataan Rasmi : Isu 50 Ahli PAS Keluar Parti - pt_kedah

Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu, kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat, sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS.

Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.
1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat.

Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk: “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka.

Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK, PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut.

Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa.

Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.

2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.

3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.

4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.

5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.


Gambar : Ribuan Banjiri Ceramah Mat Sabu Di Taiping Perak

Sambutan terhadap ceramah Tim. Presiden PAS, Mohd Sabu akhir-akhir nie semakin hebat, dimana-mana sahaja ceramah beliau puluhan ribu hadir untuk mendengar sendiri penjelasan beliau. Rakyat khususnya golongan Facebook (pinjam kata2 bang mad dlm ceramah beliau) berpusu2 dan khusyuk mendengar satu persatu.

semalam bertempat di Balai Islam Bukit Jana, Kamunting, Taiping. lebih 10 ribu yang hadir, hasil tinjauan mendapati pendengar yang hadir sanggup datang dari jauh. ada yang datang dari kuala Kangsar, Ipoh Parit buntar bahkan ada juga yang datang dari Lumut dan juga Tapah.


Ini menunjukkan rakyat semakin hilang keyakinan dengan media2 dari kerajaan, ini membuktikan kata2 Prof Dr Shamsul Amri baru2 ini bahawa "Rakyat telah berubah namun cara kempen kerajaan masih tidak berubah".

Oleh yang demikian kita berharap agar cara kempen kerajaan UMNO ini kekal dan tidak berubah supaya rakyat akan mengubah kerajaan yang sedia ada dala PRU 13. -tintahijau