Rabu, 30 Mac 2011

Komik lucah mirip Anwar : Nurul Izzah buat laporan Polis




Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tampil membuat laporan polis berhubung pengedaran komik kartun lucah, 16 muka surat, yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komik berjudul 'Kisah Juara Raja Lawak' itu, memaparkan aksi lucah pelbagai posisi, dikatakan diedarkan dikawasan Lembah Pantai semalam melalui saluran pos.

Izzah berkata pengedaran komik yang tidak bermoral itu membayangkan UMNO BN seolah- olah menghalalkan politik lucah dalam meraih sokongan rakyat.

“Saya dimaklumkan oleh pengundi Lembah Pantai khususnya pengundi baru yang mendapat salinan berserta dengan pendaftaran pengundi mereka satu majalah komik berjudul “Kisah Juara Raja Lawak” 16 muka surat dengan gambaran seakan-akan menyerupai Ketua Pembangkang dalam bentuk yang begitu lucah.

Izzah berkata beliau akan menghantar laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasiya (SPRM) dan mendesak agar dijalankan siasatan terhadap konspirasi mahu menjatuhkan reputasi dan kreadibiliti bapanya, Anwar dan beliau sendiri sebagai anak sulung tokoh politik tersohor itu.

"Saya akan hantar laporan kepada pihak polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat perkara ini kalau benar Kerajaan Barisan Nasional memang tidak menyokong dan menolak politik lucah durjana maka saya fikir tindakan tegas wajib diambil,” katanya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.

Izzah senada dengan pemimpin Pakatan rakyat yang lain, menolak politik kotor yang kini dimainkan pemimpin UMNO BN.

Penyebaran komik lucah ini dikesan selepas pendedahan video lucah oleh 'Datuk T' yang cuba mengaitkan Anwar.

'Datuk T' dibarisi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Rahim dan Eskay menafikan mereka ditahan polis sebaliknya hanya ke balai polis untuk memberi keterangan dan bahan bukti berupa video seks tersebut dan sebuah jam tangan Omega.

Pimpinan Pakatan Rakyat mempetikai tindakan polis yang tidak menahan mereka berikutan memiliki dan menayangkan video lucah kepada awam menyalahi undang- undang.

'Datuk T' sebelum ini menayangkan rakaman video lucah tersebut kepada sekumpulan wartawan disebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

Video ihsan TV Selangor