Isnin, 4 Julai 2011

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Ditahan - Wajib baca dan dengar!!


Pertubuhan Bukan Kerajaan 'Lawyers For Liberty'(LFL) mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat umum mengenai bagaimana berdepan dengan provokasi polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung, 9 Julai depan.

Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia
- Harakahdaily


RED BOOK (BAHASA MALAYSIA)
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS



1.1 Tidak Berpakaian Seragam,

Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna:

• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.

• Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.
2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN



2.1 Pengenalan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu:

• menjawab "ya";

• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).
3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).

• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.

• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.

• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.

• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.

• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau

2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;

• masa, tempat dan alasan ditangkap;

• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di Balai Polis, atau

• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN



5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau

• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;

• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;

• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;

• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;

• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;

• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.

• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.

• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:

1. Bantah;

2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan

3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.

• Anda ditangkap.

• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda

• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.

• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP



9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0
Sesi Penerangan itu dibuat berikutan keengganan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama kepada penganjur serta penyokong Bersih 2.0 seraya mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang serta mengisytiharkan darurat pada hari tersebut.
Bercakap pada forum anjuranya yang bertajuk "Hak Untuk Berhimpun" di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah dan Selangor malam tadi, peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri bersama barisan peguam lain memberi penjelasan terperinci tentang hak-hak kemanusiaan yang boleh digunapakai sekiranya polis bertindak melangkaui batasan undang-undang negara.
Katanya, berdasarkan pengalaman beliau menyertai perhimpunan umum sebelum ini, rata-rata masyarakat kurang jelas akan hak-hak individu yang ditahan hingga menyebabkan polis menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.
Sehubungan itu, Fadiah menasihatkan rakyat yang ingin berhimpun pada 9 Julai ini supaya mengetahui alasan penahanan mereka di samping merekodkan nama dan nombor anggota polis terbabit.
"Saya sangat pasti pada hari itu nanti, mereka (polis) tidak ada alasan untuk menahan anda. Oleh yang demikian penahanan tersebut tidak sah.
"Kalau mereka tanya lebih, tanya mereka adakah saya ditahan?" ujar beliau.
Bagaimanapun beliau berkata, anggota polis di negara ini sering kali bertindak diluar bidang kuasa mereka selain menafikan hak individu yang ditahan.
Katanya, ini kerana rata-rata pegawai polis yang bertugas pada waktu demonstrasi tidak akan menyatakan apakah alasan seseorang itu ditahan, sebaliknya menggunakan kekerasan dengan mengheret peserta demonstrasi ke balai mahupun trak polis.

Malah, peserta demonstrasi itu juga tidak akan dibenarkan untuk membuat panggilan telefon mahupun kebenaran diwakili oleh peguam.

"Sekiranya peserta demo ditangkap, polis hanya berhak menahan anda dalam tempoh 24 jam sahaja. Jika lebih daripada itu mereka perlu memohon daripada mahkamah. Katakan mereka menahan anda lebih daripada tempoh tersebut tanpa sebarang dokumen mahkamah, maka anda boleh saman mereka (polis) dengan asalan penahanan tanpa sebab," ujar beliau.

Justeru Fadiah berkata maklumat yang disampaikan sekurang-kurangnya dapat membantu penyokong-penyokong mengelakkan mereka daripada ditahan tanpa sebab ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta demonstrasi yang ditangkap :

(1) Pastikan nama dan nombor tang tertera pada kad kuasa polis dicatat.
(2) Minta pihak berkuasa jelaskan alasan penahanan.
(3) Elak sebarang keganasan fizikal
(4) Tidak membenarkan polis merampas barang peribadi seperti dompet, kamera, telefon bimbit dan lain-lain.
(5) Memastikan balai polis mana anda ditahan. -tvsnews

CERAMAH PERDANA

BERSIH 2 - Keluhan dan Rintihan hati dari Dato Tuan Ibrahim.

Salam Sejahtera,


Wahai Umno-BN

Tuan Ibrahim Tuan Man

Kamu boleh paksa rakyat,
Kamu boleh paksa semua polis,
Tangkap, lokap, siasat ataupun sengaja menyusahkan...

Kamu paksa mereka rampas baju kerana kuningnya,
Kamu paksa mereka tahan penjual kerana kekuningan baju yang dijualnya,
Kamu paksa mereka seret kami ke balai...

Paksalah mereka ikatlah tangan-tangan kami dengan garimu,
Paksalah mereka tembaklah rakyatmu dengan gas yang ada ditanganmu,
Paksalah mereka semburlah orang-orang kuning dengan air asid itu...

Maka puaslah kamu,
Diperdaya oleh ego kuasa buta kamu...

Kerana semuanya ini,
Bakal mempercepatkan tumbangmu,
Tersungkur di balik kezalimanmu.

Bagi polis yang dipaksa,
Terimalah simpati kami,
Diharap saudara semua boleh kembali bertugas biasa,
Apabila pilihanraya menjadi Bersih dan adil nanti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
2 Julai 2011

BERSIH 2.0, APA YANG TAKUT SANGAT ???

Keadaan sudah macam kelam kabut dan hingar bangar. Suasana tidak semena-mena sudah menjadi tegang. Sana sini orang bercakap pasal Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9hb Julai nanti. Belum apa-apa lagi pihak polis sudah memulakan siri tangkapan. Ramai aktivis dan ahli-ahli politik khususnya pembangkang telah ditahan. Dipihak kerajaan pula, ramai ahli-ahli politik yang sudah bersiap untuk bersilat dan bergusti. Semuanya bertujuan hendak menggagalkan perhimpunan itu. Apa yang ditakuti sangat sebenarnya tentang perhimpunan itu? Penganjur BERSIH 2.0 telah berulang kali menyatakan perhimpunan ini akan diadakan secara aman. Mereka akan berarak secara aman. Tujuannya hanya untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong berkaitan ketidakpuashatian rakyat terhadap perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR kini. Itu saja. Tidak lebih dari itu.

Tapi, kenapa Kerajaan, khususnya UMNO/BN takut sangat? Sampai mengelabah dan meroyan tak tentu pasal. Ibarat 'kucing mati anak' kata pepatah Melayu, 'berlari kesana tak kena, berlari kesini juga tak menjadi.' Apakah BERSIH 2.0 itu laksana 'lembaga hodoh' atau 'hantu' yang paling digeruni? Sampai segala macam cara telah mula dibuat untuk menghalangnya? Tidak cukup dengan asakan dari media arus-perdana agar rakyat menjauhi perhimpunan ini, berbagai kempen 'memomokkan' perhimpunan ini juga telah dilancar. Pihak polis pula terus beraksi menangkap dan menahan aktivis-aktivis perhimpunan yang rata-rata hanya memperjuangkan kebersihan dan reformasi pada sistem pilihanraya yang ada. Itu saja. Paling terakhir kini, mereka yang pakai baju kuning pula menjadi sasaran. Seolah-olah kerajaan 'fobia' dengan warna kuning yang menjadi lambang gerakan BERSIH!.

Bagi saya, perhimpunan ini hanyalah sekaadar suatu manifestasi suara rakyat yang ingin berarak menunujukkan rasa tidak puashati terhadap Kerajaan, teutamanya SPR tentang sistem perjalanan pilihanraya dinegara ini. Ianya tidak lebih dari itu. Ianya dianjurkan oleh sebuah NGO yang non-partisan, dan tidak memihak kepada mana-mana parti politi. BN juga telah dijemput untuk turut serta, tetapi telah menolak jemputan tersebut dan kini nampak seolah-olah hanya disertai oleh parti-parti politik pembangkang sahaja. Kerana matlamatnya baik kepada semua pihak, ianya sudah tentu mendapat sokongan hebat dari parti-parti i pembangkang. Matlamatnya tidak lain dari menyatakan rasa tidak puashati rakyat agar dilakukan reformasi segera keatas perjalanan sistem piliharaya dinegara ini yang harus lebih bebas, adil dan telus. Sebanyak 8 perkara dasar di perjuangkan, antaranya reformasi undi pos; penggunaan dakwat jari kekal bagi pengundi,, agihan peluang akses kepada media yang lebih bebas dan telus, dan beberapa tuntutan lagi.

Semua tuntutan ini adalah bersifat universal. Ianya bukan sesuatu yang luar-biasa atau bermotifkan politik seperti didakwa oleh Keajaan. Jadi apa yang kita takutkan. Kita patut sokong, asal saja semua tuntutan ini memang sesuatu yang fitrah dan patut sangat diadakan dari dulu lagi. Kenapa kita mesti berhempas pulas menentangnya? Kenapa kita mesti desak agar perhimpunan ini dibatalkan kalau ianya adalah demi kebaikan bersama?

Tak perlulah PERKASA melalak tak tentu pasal menentang perhimpunan ini. Begitu juga Pemuda UMNO tak perlu bersilat sakan untuk menyatakan penentangan terhadap gagasan ini. Maha Guru Omar Din juga tidak perlu mengeluarkan ugutan dan ancaman yang berbaur hasutan, kononnya akan ada 'darah mengalir' jika perhimpunan ini diteruskan.

Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran matang, berpendirian dan berpengetahuan luas, saya rasa kita patut menyokong gerakan yang dibuat oleh BESIH. Memang menjadi matlamat kita selama ini pun ingin agar piliharaya diMalaysia diadakan dalam keadaan yang telus, bersih dan adil. Bila pilihanraya diadakan dalam keadaan bersih dan telus, pemilihan kepimpinan yang dibuat menerusi pilihanraya itu akan lebih 'legitimate' dan berintegeriti. Tidak ada lagi apa yang kita lihat hari ini ada pemimpin yang hanya menang'melalui saluran undi pos' yang entah dari mana datangnya. Tidak ada lagi apa yang kita lihat hari ini setiap kali piliharaya diadakan, penyalahgunaa kuasa oleh pihak parti pemerintah mengekspolitkan jabatan-jabatan Kerajaan melobi undi dari rakyat. Hampir semua akses kepada media perdana dibolot oleh parti kerajaan sedangkan parti pembangkan g tidak langsung diberi peluang bercakap dan menyampaikan matlamat perjuangan mereka kepada rakyat walau dengan sebaris ayat pun menerusi media perdana yang dibiayai wang cukai dari rakyat.. Ugutan, rasuah dan sogokan mejadi teras dimana-mana pilihanraya. Parti politik pemerintah dengan sewenang-wenangnya menawarkan habuan dan janji manis bagi mendapatkan sokongan dan undi rakyat. Ini belum termasuk bab memperbaikki jalanraya, membersih longkong, membaikpulih bangunan dan mendiriaan surau dan masjid pun dibuat waktu nak pilihanraya.....

Rakyat sedang memerhatikan ini semua. Rakyat bukan lagi bodoh macam rakyat ditahun-tahuan 50an dan 60an dulu. Rakyat kini terdedah kepada maklumat, berilmu dan sudah boleh menilai apa yang betul dan apa yang salah.

Ketakutan yang melanda kerajaan berkaitan isu perhimpunan ini sebenarnya menampakkan yang banyak sangat 'kotoran' yang sedang berlaku setiapkali pilihanraya diadakan. Kalau boleh 'kekotoran; ini mahu dikekalkan demi kesimbungan kuasa politik mereka. Tapi sampai bila ?

Seperti kata pepatah: "Berani kerana benar, takut kerana bersalah". Jelaslah yang pihak keajaan BN sekarang merasa atkut kerana "bersalah". Fikir-fikirkan lah............
sallehhashim-klang

BERSIH 2.0: Tok Guru & Pimpinan Tertinggi PAS Hadir


 
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak tuduhan dan andaian bahawa beliau sengaja melarikan diri dengan mengerjakan umrah untuk mengelak dari menyertai Himpunan BERSIH 2.0 pada 9hb. Julai, 2011 ini.

Katanya tidak timbul soal beliau melarikan diri kerana beliau sudah menegaskan Himpunan BERSIH 2.0 itu halal dan perlu disertai oleh orang ramai bagi menunjukkan sokongan dalam menuntut Pilihan Raya yang Bersih dan Adil di Negara ini.

"Himpunan itu atau demostrasi itu sama dengan kita berjemaah dalam melakukan ibadat," katanya.

Baginya himpunan untuk menuntut supaya diadakan Pilihan Raya yang Adil sangat perlu kerana keadilan itu tidak pernah dirasai sendiri oleh beliau. "Setiap kali saya serta pilihan raya, saya tidak merasakan ia adil, selalu berat sebelah," katanya.

Dengan penjelasan itu tidak timbul soal Menteri Besar Kelantan itu sengaja melarikan diri bagi mengelakkan daripada menghadiri himpunan terbesar tahun ini.

Beliau sekali lagi menyeru orang ramai yang berupaya untuk menghadiri Himpunan BERSIH 2.0 tanpa merasa takut dan gerun kepada polis.

"Yang menangkap (polis) itu manusia dan yang kena tangkap pun manusia. Semuanya akan mengadap Allah", tegasnya. Apa yang hendak disampaikan bahawa tindakan polis itu bukan sesuatu yang perlu ditakut dan menjadi halangan kerana semua pihak ada tanggungjawab dan tugas masing-masing dan akan berhadapan dengan Allah s.w.t.

Sama ada apakah polis benar atau orang ramai salah kerana menghadiri himpunan itu Allah yang akan menentukan.

PAS Akan Mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong - Nyatakan Hasrat Rakyat Berhubung Tuntutan BERSIH



KUALA TERENGGANU - PAS mengambil keputusan untuk mengadap Seri Paduka Yang DiPertuan Agung bagi mempersembahkan hasrat rakyat berhubung tuntutan BERSIH bagi membaik pulih demokrasi dan sistem pilihanraya negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dihadapan puluhan ribu hadirin dalam ceramah umum 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang diadakan di Ladang dekat sini, semalam 3 Julai.


"Hadirin sekelian, sekarang kita dengar hasutan itu, hasutan ini, keadaan kita tengok sini kena tangkap, sana kena tangkap,

"maka kami (PAS Pusat) memutuskan telah hantar berita awal, iaitu (Dato' Seri) Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saya, Dr. Syed Azman (dan) mungkin dicadang beberapa orang (pemimpin) akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung (SPBYDPA),"ujarnya disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin.

Menurutnya, rombongan dari PAS itu akan mengadap dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata, pandangan SPBYDPA, sebagaimana titah baginda yang dikeluarkan pada hari ini adalah amat baik.

"(Baginda) minta jaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan rakyat, dan jangan menimbulkan sebarang kerosakkan harta benda dan keamanan,

"inilah Raja Berperlembagaan, yang betul-betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini,"jelasnya.

Katanya, permohonan awal dari PAS telah pun dihantar kepada pihak SPBYDPA dan maklum balas akan diketahui samada esok atau lusa.

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah baginda setelah berlaku penangkapan beramai-ramai rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional berkait dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan.

Berikut adalah teks titah penuh baginda yang dikeluarkan semalam 3 Julai.

TEKS PENUH TITAH YANG DIPERTUAN AGUNG

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Sebelum itu, Haji Mohamad Sabu telah menghuraikan satu persatu tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 sebagaimana dibawah;

Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam ceramah mega diatas adalah YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu serta Azan Ismail, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu.

Semua Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu juga turut bersama

Himpunan Bersih Medan Pulih Demokrasi Negara

Lagi Banyak Tangkapan Polis, Lagi Cepat UMNO BN Runtuh!

Setiap tangkapan satu paku untuk keranda BN

KUALA LUMPUR : Setiap tangkapan polis terhadap aktivis Bersih menambahkan kebencian rakyat dan tangkapan itu adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan dikuburkan bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai mengulas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liew, telah ditahan polis malam semalam selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau diberitahu oleh seorang lagi rakan Exconya, Teresa Kok, Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dalam ceramah itu.

"Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah.

"Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa," kata Iskandar dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, ada rakan-rakan yang marah kepada pihak polis, tetapi pada beliau, tidak perlu marah kepada pihak polis kerana mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN sahaja.

"Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Namun pada saya pula, pihak berkuasa elok meneruskan tangkapan.
"Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning.

"Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama,"
katanya.

Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN.

"Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya," katanya. -Hrkh


Polis tidak pernah belajar dari kesilapan.

Setiap satu tangkapan akan menyaksikan peralihan undi BN kepada PR sekurang-kurangnya 100 orang.

Ini kerana seorang yang ditangkap terdapat sekurang-kurangnya 100 ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang bersimpati. Kirakan jika 1000 orang yang dtangkap, bererti 100,000 BN akan kehilangan undinya.

Bererti setiap tangkapan yang dilakukan oleh polis akan menyebabkan UMNO BN akan kehilangan lebih banyak undi.

GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan:
GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti.

Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang?

Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%.

Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim.

Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

Apa yang berlaku pada PRU 2008?

Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing!

Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah?


Justeru itu, jika polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 ini, kamu boleh terus ugut dan tangkap rakyat yang telah menyuarakan hati nurani mereka bahawa BERSIH TETAP DITERUSKAN.

Tindakan polis akan hanya meruntuhkan UMNO BN. Terima kasih PDRM! -GB

Umno Pengecut, Nafi Sertai Demo Ganas



Tambah beliau, Zainal bersikap berani dan memohon maaf kepada orang ramai di atas penglibatan Umno dalam demonstrasi ganas tersebut.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan kekesalannya di atas tindak tanduk Ezam yang menghasut orang ramai untuk menggulingkan dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Di manakah hormat yang perlu ditunjukkan oleh Umno terhadap demokrasi dan mandat saya selaku Ketua Menteri yang sah?” kata Guan Eng.

Malah ujarnya, layanan media arus perdana terhadap insiden-insiden yang melibatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional juga kekal berat sebelah apabila tidak ada satu pun media itu melaporkan tentang penahanan Ezam.

“Tiada langsung berita oleh News strait Times tentang dua wartawan yang diserang Umno mahu pun peserta demo yang menghalang laluan trafik di tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh 10 kilometer. Pemimpin Umno Negeri dan Pemuda Umno turut hadir pada perhimpunan haram yang ganas itu,” kata Guan Eng.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang bersama Perkasa Pulau Pinang berarak dari Masjid Kapitan Keling sehingga ke bangunan Komtar kononnya menuntut Guan Eng meletak jawatan kerana menyokong himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini.
Dalam demonstrasi ganas itu, beberapa cermin kereta dipecahkan dan dua wartawan dari akhbar Cina juga dicederakan
PULAU PINANG 3 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas kenyataan terbuka Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang menafikan penglibatan Umno negeri itu dengan sebuah demonstrasi ganas Jumaat lalu.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan pembohongan terbuka Zainal Abidin Osman yang mendakwa Umno tidak terlibat dengan demonstrasi ganas yang mengganggu aliran trafik sejauh 10 kilometer dan menyerang dua wartawan pada 1 Julai lalu di Komtar dan Jambatan Pulalu Pinang,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Guan Eng, penafian yang dibuat oleh Zainal sekaligus menunjukkan sikap pengecut Umno Pulau Pinang walhal pada hari tersebut Senator dari Umno, Ezam Mohd Noor sendiri ditangkap polis kerana terlibat dalam demonstrasi itu.

“Rakam video menunjukkan Senator Umno, Ezam Mohd Noor ditangkap polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram menunjukkan Umno adalah pengecut kerana menafikan penglibatan mereka. Ini adalah contoh terbaik peribahasa Melayu, “baling batu sembunyi tangan”,” kata Guan Eng.

Agung titah kerajaan adil dan bijaksana

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Bersih 2.0 yang didokong oleh berpuluh-puluh NGO dan parti politik merancang untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung memohon baginda membantu mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil untuk rakyat negara ini.

Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu.


Berikut adalah kenyataan penuh baguida.

TEKS PENUH KENYATAAN YANG DIPERTUAN AGUNG

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. -Hrkh

Stadium: PAS Belum Tumbang, Stadium Sudah Tumbang

Dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjanjikan sebuah Jambatan 2 Lorong di Manek Urai yang kosnya pada ketika itu dikatakan mencecah antara 10 hingga 15 juta Ringgit Malaysia.

Jambatan Manek Urai sebelum Pilihanraya Kecil dan Selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai masih kelihatan begini...

Sewaktu Pilihanraya Kecil Galas pula, Pimpinan UMNO/BN telah menjanjikan Pembinaan Rumah Mesra Rakyat di 1 lokasi yang telah ditetapkan oleh KERAjaan Pusat.

Sampai ke hari ni, lokasi yang telah ditetapkan itu masih begini...

Semalam dalam Lawatan Kerja sehari Perdana Menteri Malaysia ke Kelantan, Najib telah mengumumkan seperti berikut:
PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbang

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.
Beberapa bulan sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tok Guru Menteri Besar telah mengumumkan seperti berikut:
Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru

Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

“Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

“Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh,” kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.
Jangan lupa sejarah pembinaan Stadium di bawah KERAjaan Pusat...

Semalam juga Najib telah mengelentong para Pemandu dan Rakyat Pasir putih seperti yang dilaporkan disini.

Jadi kita ada soalan kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang berkaitan dengan janji.
  1. Janji untuk bina Jambatan di Manek Urai bagaimana..?
  2. Janji untuk bina perumahan Mesra Rakyat di Galas bagaimana..?
  3. Janji nak bina Stadium kalau PAS tumbang, atau janji nak bina Stadium yang senang "tumbang"..?
  4. Janji Kerajaan Kelantan atau janji KERAjaan Pusat yang kita nak percaya & harapkan..?
Rasanya 2 soalan pun dah terkulat-kulat untuk Najib jawab, jadi Najib akan serahkan pada PenChaChai untuk jawab dalam ruangan komen dibawah dan rasanya PenChaChai tak kan jawab, PenChaChai akan spin pada isu lain macam biasa... apa-apa lahhh...

PAS belum tahu lagi akan tumbang atau tidak di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang pastinya Stadium Gong Badak yang nilainya beratus-ratus juta Ringgit Malaysia dah lama tumbang sebelum sempat digunakan.

Yang ni PenChaChai UMphorNO kena jawab dengan Mat Said sebab dia sedang "Kesal".
Ahmad Said kesal siasatan Stadium Gong Badak masih lagi tertangguh

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.

Kerja-kerja pembersihan runtuhan stadium dilaporkan sudah selesai
Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap.

Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.

"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.

"Tetapi, bila mesyuarat rasmi, saya dimaklumkan oleh JKR sendiri jadi September pula," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort (TER) di sini yang akan digunakan untuk program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (SERIKANDI) selama lima hari mulai 5 Julai ini. -Perisik Rakyat