 |
Salah satu
pemandangan bunga kristal di I City. |
"Ilir"
(boleh disama ertikan advance dalam tindakan atau idea mendahului orang
lain) Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) apabila mengadakan majlis makan malam di
I-City di Sham Alam Selangor malam tadi.
I-City merupakan taman mandian
cahaya dan germelapan dengan neon kristal yang menakjubakan mata memandang, ia
menjadi tempat orang ramai melepas kepenatan selepas lelah mengejar rezeki.
 |
Sebahagian
pimpinan pemuda Pas Kelantan yagg hadir.
|
Komuniti pinggir bandar akan membawa anak
atau keluarga masing-masing untuk menyeduk udara malam di situ. I-City satu-satu
Madinah... yang unit dinoslagiakan sebagai salah satu taman dalam syurga.
Anak-anak muda remaja pula akan menjadikan I-City kawasan bersiar untuk
menggemukkan berahi. Mereka akan melepak dan berputar-putar di situ sambil
merakam gambar atau video berlatar belakangkan kerlipan atau cerah alam laksana
dalam syurga. Menjelang Maghrib mereka akan membawa jiwa hamba itu situ dan akan
bersurau selepas menjelang tengah malam. Malamnya mereka saling bertukar gambar
di wall Fb.
 |
Meja VVIP,
Azizah, Tok Guru, Latif dan Abdullah. |
Untuk masuk
ke taman itu dikenakan bayaran mengikut kadar berapa lama kereta di parking.
Demikian latar belakang tempat yang dijadikan venue Pemuda Pas untuk
makan malam bagi memenuhi tabung pilihan raya mereka.
Atas kejayaan itu
diucapkan syabas kepada DPPK. Dari sisi kejayaan atau kemampuan Pemuda Pas
Kelantan mengadakan majlis di situ memberi tafsiran sebagai memulakan langkah
untuk menawan Putrajaya. Sebelum ini Pas Kelantan telah menciptakan slogan,
Langkah Ke Putrajaya Bermula di Kota, dan tampaknya Pemuda telah menayahutnya
dengan 'menawan' dulu I-City!
 |
Tok Guru
dikerumuni sebaik tiba. |
Selama ini apa-apa majlis
Pas tidak dapat mengelak dari atau mesra dengan perkarangan masjid atau pun
dewan sekolah Arab. Apabila Pas 'bermakan malam' di tengah-tengah keriuhan dan
gemerlapan bebintang dan lokasi riadah umum itu menunjukkan Pemuda sudah moden
dan memecahkan tradisi kumpulan itu selama ini.
 |
Jujutan
hadirin menghulurkan derma disambut Tok
Guru. |
Mungkin apa yang dihasratkan Pemuda Pas
Kelantan dengan mengadakan majlis makan malam di situ berjaya dicapai. Kehadiran
MB Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz, Presiden PKR Dr Wan Azizah dan Tang Seng
Geok juga meriahkan lagi majlis itu. Banyak juga meja yang dibeli walaupun
hampir separuh daripada mejanya tidak bertuan. Tetapi tidak mengapa, wang sudah
pun dipunggut menerusi penjualan meja lagipun tujuan majlis itu adalah untuk
mengumpul wang.
Sumbangan untuk tabung Dewan Pemuda juga turut bertambah
apabila para hadiri seorang demi menghulurkan derma ikhlas untuk tabung itu yang
diterima Tok Guru. Ia ditambah lagi dengan pelelongan beberapa barang milik
peribadi Tok Guru seperti, kasut, vest, kain pelikat dan baju gumbang serta jam
tangan. Di mana hasil pelelolongan itu hampir RM10,000 berjaya dikutip.
 |
Penjualaan
gambar potret Tok Guru. |
Lebih ilir lagi majlis
malam tadi disusupi dengan acara dikir barat di mana acara yang tidak pernah
ketinggalan dalam apa-apa majlis yang melibatkan anak-anak atau orang Kelantan.
Kemunculan atau keperluan dikir barat ini seolah-olah kepentingan budu dalam
hidangan.
Ramai juga pengunjung taman itu turut
memerhati dan mengikuti dikit barat. Mungkin juga yang hadir itu orang Kelantan.
Orang Kelantan sangat peka kepada budaya dan aroma makanan mereka. Cuma sayang
pengajur majlis itu tidak peka untuk memberi apa-apa goodits kepada
penononton tidak diundang itu. Mungkin pengarah tidak terfikir ia akan menjadi
perhatian orang ramai kerana lokasinya terbuka. Kalau disediakan goodits
setidak-tidak matlamat diadakan di situ untuk menarik perhatian orang ramai
kepada Pas tercapai.
Beberapa bekas pimpinan Pemuda Pas Kelantan juga
hadir malam tadi. Antara Abdullah Yaacob yang kini merupakan Adun Air Lanas dan
Pengerusi BBC Kelantan, Anggota Exco Abdul Fatah Mahmod. Ada juga ahli Parlimen
Shah Alam, Khalid Samad, YDP Pas Jeli, Apandi Mohamad dan lain-lain. Bagi saya
sesuatu yang dirasa majlis malam tadi cacat kerana bekas timbalan Ketua Pemuda
Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz tidak kelihatan. Tapi tidak mengapa mungkin
beliau keuzuran atau pun tercicir dari dijemput. Mungkin DPPK beranggapan dengan
kehadiran Nik Aziz sudah mencukupi.-MSO