KOTA BHARU, 6 Mei: Umno masih menyebarkan ‘ajaran
salah’ pada rakyat di negara ini apabila mendakwa hanya parti mereka yang boleh
memberi pembangunan, kemajuan dan berbagai lagi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, memberitahu kerana ‘tamak’ kuasa Umno sanggup mencanangkan fahaman itu, seolah-olah mereka pemberi rezeki pada rakyat.
Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa Ke-40, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, di sini tengah hari tadi.
“Umno masih menipu rakyat dan terus mendabik dada seolah merekalah pemberi rezeki pada semua rakyat dengan mengatakan…”hanya Umnolah yang boleh membantu rakyat..hanya Umno sajalah yang boleh memberikan pembangunan pada rakyat” dan lain-lain lagi,” ujar Tuan Guru.
Turut hadir pada mesyuarat agung itu, Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar serta rombongan PAS Kuala Kangsar Perak.
Kata Tuan Guru lagi, kerajaan Malaysia yang dikuasai Umno semakin hilang sokongan kerana rakyat sedar dan inginkan perubahan.
Sambungnya, andainya dahulu golongan professional, golongan anak muda dan bukan Melayu telah berubah, namun penyokong Umno sendiri kini protes dalam senyap dan ingin membuat perubahan dalam PRU ini bersama Pakatan Rakyat.
“Dengan izin Allah, tidak mustahil rakyat akan bangkit menyokong gerakan Islam dan menolak pemimpin yang zalim, rasuah, boros dan berbagai lagi.
“Rakyat telah melihat bagaimana kebangkitan rakyat untuk perubahan di Tunisia, Mesir, Turki dan beberapa buah Negara lagi,” ujarnya.
Katanya, sama ada pilihanraya umum diadakan tahun ini atau awal tahun hadapan, persiapan menghadapi pihak lawan seharusnya telah lama dipersiapkan.
“Anggaplah pilihanraya akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang,” ujarnya. -Hrkh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan