Ahad, 8 Mei 2011

Siapa sangka Sultan dan Menteri Besar boleh makan macam nih

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEip1DO45QRXqD21f9We8hzuUgc-VkvPW-Vy4lyUwjQlUyMXyjgUwiIyQbQxX4R04p47OWGTs3MRkCIzgRg9zMpBGkbDJnuAYgO6mqgk2Vr092y7fVq3N96nhcNYxvFqWoxaME7SxHD75Ns/s400/205599_10150165779622592_358919387591_7302289_4320279_n.jpg
Ada orang umno yang geleng kepala bila sultan makan cara zuhud ini , Sultan dan MB pakai garpu asli

Lagi Pendedahan SPR Pindah Pengundi

PETALING JAYA 6 MEI : Selepas ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad mendedahkan tindakan licik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan sejumlah 500 pengundi di Selangor dipercayai untuk kepentingan UMNO BN, kali ini giliran, ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San pula berbuat demikian.

Lau mendedahkan sebanyak 190 pengundi pos di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya, tanpa sebarang sebab munasabah ditempatkan di DUN Kampung Tunku, walhal, balai polis berkenaan terletak dikawansan DUN Damansara Utama, SS2, Petaling Jaya.

Justeru, Lau meminta agar SPR memberikan penjelasan berhubung perpindahan pengundi pos berkenaan.

“Kawasan SS2 terletak di dalam kawasan DUN N36 iaitu Dun Damansara Utama, saya membuat laporan kepada SPR terhadap penambahan pengundi pos ini,” kata Lau.

Sebelum ini SPR dikesan memindahkan hampir 500 pengundi dari DUN Teratai ke DUN Cempaka, menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan, dipercayai penyokong UMNO BN.

Hasil kajian PAS Selangor sebelum ini menunjukkan jumlah pengundi di Selangor bagi suku tahun pertama tahun ini meningkat sehingga kira- kira 80,000 orang berbanding 35,000 pada pilihan raya umum lalu.

Tindakan SPR yang dilihat cenderung kepada UMNO BN ini tampak selari dengan seruan Perdana Menteri Najib Razak semalam bahawa UMNO Selangor harus menggunakan segala 'senjata' yang ada bagi merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, Lau turut membidas sikap hipokrit parti kompenan Barisan Nasional, MCA yang sebelum ini berkata akan memboikot akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.

MCA mendakwa Utusan adalah suara Melayu dan seringkali menghentam serta mengkritik parti itu.

Akan tetapi boikot itu umpama 'hangat- hangat tahi ayam' apabila parti itu menjemput 'Utusan Kota' iaitu akhbar sisipan Utusan Malaysia untuk membuat liputan sidang medianya.

“Ini menunjukkan bahawa pihak MCA adalah sebuah persatuan yang tidak berprinsip dan mungkin ada udang disebalik batu,” ujar Lau.
TVS

Tengok nii..Berita Yang "Menakutkan" Rakyat Malaysia..

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin.

“Air yang bertakung di dalam tangki simpanan air rumah mudah untuk dicemari bakteria ini kerana kitaran tidak kerap berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak banyak oleh pengguna,” katanya pada Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air di Universiti Tenaga Nasional.

Beliau berkata, sebagai pengguna kita tidak setiap hari menggunakan air, jadi apabila air yang dicemari itu digunakan ditambah pula kandungan karat dari tangki yang masuk ke dalam air, ia memberi kesan buruk kepada pengguna seperti gatal badan.

Bagi kategori rumah teres, air dari meter utama disalurkan kepada dua bahagian iaitu terus ke singki dapur dan dipam naik ke tangki simpanan air yang terdapat di setiap rumah manakala, bagi kategori rumah bertingkat pula, penduduk dari tingkat bawah sehingga tingkat empat menerima bekalan air terus dan penduduk tingkat seterusnya dibekalkan air dari tangki simpanan.

“Penggunaan penapis air adalah hak individu dan kami tidak menghalang jika orang ramai mahu memasang alat penapis air ini di rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting, Syabas yakin dengan kualiti air yang dibekalkan kepada 7.3 juta pengguna yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah program Kawalan Mutu Air Minimum Kebangsaan.“Pengetahuan mengenai kualiti air ini akan diteruskan dalam Kempen Kesedaran Pengguna yang dianjurkan Syabas setiap bulan ditujukan kepada semua pengguna termasuk domestik dan komersial di samping bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan air yang diminum sentiasa bersih,” katanya

Penjelasan Undang-undang Islam

Hukum Islam lebih kepada mendidik

SHAH ALAM : Undang-undang Islam sebenar yang dilaksanakan bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada memberi didikan kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan.


Turut menjadi pengulas terhadap kertas kerja itu adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam ucapannya juga, Ustaz Hadi berkata, namun di sana terdapat kes-kes yang pelaku kesalahan yang beriman itu datang menyerah diri dan mengaku serta meminta hukuman itu dilaksanakan.

"Selain itu, mereka juga boleh bertaubat yang mana Allah SWT akan menerima permohonan taubat yang dilakukan bersungguh-sungguh itu dan mereka terlepas daripada azab api neraka di Akhirat kelak," jelasnya.

Beliau juga menyebutkan tentang Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia yang mana boleh ditafsirkan dengan cara lebih positif di mana boleh diubah jadual tertentu bagi mencapai usaha pelaksanaan hukumnya.

Katanya, menurut Tokoh Undang-undang Islam, Prof Ahmad Ibrahim dan Tun Salleh Abbas yang mengatakan, untuk membolehkan pelaksanaan hukum Islam yang perlu diubah hanyalah Jadual 9.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan perundangan Islam itu hanya tertentu kepada orang-orang Islam sahaja, adapun bukan Islam, mereka boleh memilih sama ada hendak dijatuhkan hukuman menurut Islam atau konvensional.

Sebelum itu, Ustaz Hadi menyatakan takrifan agama atau relegion tidak sama dengan Ad-Din yang sebenar kerana selain Islam, mereka mengganggap agama ini hanyalah menyangkuti hal-hal berkaitan rohani dan akhlak semata-mata.

Kerana itu, tambahnya, Islam melarang umatnya memaksa orang lain mengucap untuk masuk Islam kerana hal aqidah ini bersangkutan keyakinan dalam hati dan mesti beramal dengannya.

"Sehinggakan di dalam peperangan pun, Nabi Muhammad SAW. pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya, jika musuh ingin berdamai, hendaklah berhadapan dengan mereka secara damai kerana sikap itu lebih diutamakan," jelasnya lagi.

Sementara itu ketika membentangkan kertas itu, Ustaz Hadi berkata, takrif Maqasid Syariah adalah mencapai tujuan yang sebenar daripada hukum syariah dan mendapat hikmahnya dengan pelaksanaannya yang tepat.

Tegasnya, Syariah adalah petunjuk Allah tentang cara manusia mencapai maslahah menjadi tujuan hukum Allah Maha Adil Rahmat-Nya yang melimpah terhadap makhluknya, sama ada membawa kebaikan atau menolak mudharat dan menghilangkan masyaqqah (kepayahan) bagi mencapai tiga matlamat mereka diciptakan iaitu Ibadah, Khilafah dan Amanah.

Bagi mencapai matlamat, tambahnya, enam Feqh perlu difahami secara mendalam iaitu Auroq (kesesuaian lokasi), Haraki (memahami perkara berlaku), Waqie' (situasi yang berlaku), Nawazil (peristiwa berlaku), Muwazanat (pertimbangan terperinci perkara yang berlaku tahap pelaksanaan hukum) dan Aulawiyyat (memahami perkara keutamaan, terpenting, besar dan kecil bagi nyatakan hukum dan pelaksanaannya).

"Hanya Kerajaan Islam mampu dan wajib laksanakan hukum Islam secara menyeluruh.

"Kerajaan wajib menguatkuasakan syariat yang dinaskan dan ijtihad bagi pelihara Maqasid Syariyyah yang tepat, istiqamah dan adil, bagi memelihara agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta," ujarnya. IBH

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara inilah yang menjadi perbezaan ketara antara hukum tersebut dengan undang-undang ciptaan manusia.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, di dalam hukum Islam, hakim seboleh mungkin berusaha untuk membebaskan pesalah daripada menghukumnya.

Inilah, ujarnya, keindahan hukum Islam yang mula-mula dilaksanakandi zaman Nabi Muhammad di masa manusia di seluruh dunia ketika itu tercari-cari model perundangan.

Ustaz Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab persoalan dari peserta Seminar Maqasid Syariah anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat, di sini hari ini.

Sebelum itu di awal majlis, beliau membentangkan kertas kerja berkaitan di hadapan hampir seribu peserta dalam kalangan pimpinan PAS berbagai peringkat dari seluruh negara.

Ceramah DSAI/Azmin di Klang diganggu polis


Blogger UMNO Tegur Najib: Lebih Baik Tumpukan Negeri Yang BN Masih Kuasai Drp Rebut Selangor

Satu pendapat: 'If you want to damage the country give it to UMNO to rule, if you want to make it worst give it to UMNO to repair' Oleh Aspan Alias (gambar)

Dato Seri Najib berkata yang UMNO akan melakukan segala-galanya dan apa jua caranya untuk menawan kembali negeri Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya maksud ‘at all costs’ yang disebut oleh PM Najib itu.
Adakah PM Najib memberi isyarat yang cara yang dikatakannya itu tidak dibatasi oleh undang-undang dan etika demokrasi? Saya menjawab, “manalah saya tahu. Takkan orang pencen yang duduk di rumah sahaja boleh mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Najib bagi UMNO kembali ke Selangor untuk memerintah”.

Kalau dikira dari sudut matematiknya UMNO amat sukar untuk mendapatkan kembali negeri terkaya itu. Kita perlu mengkaji sebab yang menyebabkan UMNO Selangor itu rebah semasa pilihanraya yang lalu. Selangor memang sebelum ini merupakan kubu kuat BN khususnya UMNO dan tidak siapa pun terfikir yang UMNO akan mengalami kekalahan dalam mana-mana pilihanraya.

Dalam keadaan itu sekali pun kita telah menyaksikan UMNO tumpas dalam pilihanraya 2008 yang lalu dan hilang kuasa mentadbir negeri itu di tangan Pakatan Rakyat. Selalunya jika sesebuah parti memerintah kerajaan negeri, parti pemerintah itu susah untuk digulingkan kerana ‘networking’ yang terbina itu akan menjadi mantap dari masa kesemasa.

Kerajaan negeri selalunya akan menguasai pengaruh pemikiran rakyat di setiap kampong melalui JKKK yang merupakan struktor pentadbiran yang terendah di dalam sistem kerajaan kita. Tentunya rakyat yang kesemuanya ditadbir oleh JKKK ini akan menerima segala bentuk bantuan pembangunan kerajaan negeri kerana JKKK inilah saluran bantuan kepada rakyat akan disampaikan oleh kerajaan negeri.

Mahu tidak mahu kerajaan negeri Selangor telah menunjukan prestasi yang agak lebih baik dari apa yang diusahakan oleh kerajaan yang terdahulu. Jika kita lupakan isu politik partisan, maksud saya lupakan bab UMNO atau PR, Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar yang lebih berdedikasi dari MB-MB yang terdahulu. Jika kita dengar isu keburukan Khalid ia selalunya dinyanyikan oleh kumpulan politik yang bertentangan semata-mata untuk mendapatkan perhatian rakyat.

Satu perkara lagi yang menjadi perhitungan rakyat ramai ialah tentang momokan terhadap PR yang dimainkan oleh media perdana sejak berdekad-dekad dahulu yang tidak ada parti selain dari UMNO mampu memerintah sudah jelas tidak diterima rakyat lagi kerana momokan itu sudah terbukti meleset dari pandangan rakyat. Parti-parti pembangkang sekarang semua ada pengalaman memerintah sejak pilihanraya 2008 yang lalu dan nyata momokan terhadap PR sebelum ini tidak boleh lagi dijadikan isu oleh UMNO dan BN sekarang ini.

Kalau ada pun isu yang dimainkan oleh UMNO terhadap kerajaan PR Selangor ia hanyalah isu-isu yang dicari dan dibelek untuk diisukan seperti orang mencari kutu dalam rambut. Segala isu-isu remeh akan ditimbulkan untuk diskredit kerajaan negeri itu khusunya terhadap MBnya sebagai cara mendapatkan kembali pentadbiran kerajaan negeri itu selepas pilihanraya yang akan datang.

Yang menjadi perhatian sekarang siapa yang akan menerajui Selangor jika BN mengambil alih? Khir Toyo atau Noh Omar atau pun Mohd Zain Mohammed? Ramai berpendapat yang jika salah seorang dari nama ini dijadikan ketua untuk membawa perubahan di negeri Selangor, BN tidak akan mendapat sokongan kerana mereka bukanlah ‘material’ untuk membawa perubahan.

Mereka merupakan pemimpin-pemimpin yang telah membawa masalah kepada negeri itu yang menyebabkan BN tersembam di dalam pilihanraya yang lalu. Bagaimana pula mereka pula yang hendak membawa perubahan? Jika ini lah orang-orangnya yang akan dinamakan sebagai pengganti kepada kerajaan sekarang maka adalah tidak salah jika kita anggapkan yang ia akan terhempas sebelum terbang.

Rakyat sentiasa bertanya jika mereka yang telah merosakan sistem politik negeri itu bagaimana pula mereka yang kehadapan kononnya untuk memperbaiki keadaan yang dituduh sebagai tidak baik. Ada seorang rakan saya berkata, “If you want to damage the state give it to UMNO to rule, if you want to make it worse give it to UMNO to repair”.

UMNO, kepada rakyat khususnya rakyat Selangor telah melihat bukti yang semasa memerintah negeri itu banyak ketidak telusan pimpinan di lihat oleh rakyat maka itulah sebab yang besar kenapa rakyat memilih pembangkang dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang puak ini jugalah yang sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Selangor.

Kita akui, didalam politik segala kemungkinan boleh berlaku tetapi kemungkinan itu tentulah beralaskan kepada situasi yang boleh diambil kira dengan tepat. Bagi Selangor kemungkinannya ada tetapi ia amat tipis selagi tidak ditentukan siapa yang akan menerajui kerajaan jika diberi mandat oleh rakyat.

Selain dari itu isu nasional juga memainkan peranan yang penting dalam penentuan samada Selangor mampu ditawan oleh BN. Isu video seks jelas menjadi ‘counter productive’ bagi BN. Rakyat menjadi mual dengan isu itu diperbesarkan dengan keterlaluan. Ini yang BN gagal untuk memahaminya.

Buat masa ini saya secara peribadi lebih cenderung untuk melihat UMNO memusatkan tumpuannya kepada negeri-negeri lain yang masih dikuasainya agar negeri-negeri itu tidak hilang dari genggaman parti lawan.

Ramai pendapat umum bahawa N Sembilan, Pahang dan Trengganu adalah negeri-negeri yang keberangkalian akan kalah adalah besar. Isu yang terbesar bagi ketiga-tiga buah negeri ini adalah sama; iaitu isu kepimpinan Menteri Besar mereka.

Ramai bertanya kenapalah ketiga MB ini masih berada di Pejabat Menteri Besar sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba. Tetapi kalau rakyat menolak nanti, rakyat dan parti pembangang juga dipersalahkan.

UMNO tidak pernah bersalah. Yang lain semuanya bersalah termasuk mereka yang mengkritik untuk memperbaiki parti itu. -aspan alias
Di dalam UMNO, blogger-blogger sebegini biasanya akan tersisih. Dan kemudian akan di belasah secukup-cukupnya oleh blogger UMNO yang sifatnya kuat mencarut dan memfitnah. -GB

Kritik Ahmad Said, kakitangan digelar 'pengkhianat?

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/bannerbt6.jpgMenteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad said pernah berkata, slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan – rakyat perlu didahulukan, bukan sekadar janji manis.

Namun, hakikatnya, beliau sendiri yang sering 'bermulut manis' berjanji projek itu dan ini, serta mengurus tadbir kerajaan Terengganu umpama mentadbir syarikatnya 'sendirian berhad'.

Beliau telah berjanji, kerajaan BN Pusat akan membayar royalti petroleum sepenuhnya kepada rakyat dan negeri Terengganu.pada bulan Mac 2011 lalu

Janji itu dibuat Ahmad pada 13 Disember, 2010, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Namun, ketika Perdana Najib datang pada 30 April baru-baru ini, Najib sikit pun tidak berkata, kerajaan pusat akan membayar royalti tersebut.

Selepas 3 hari Najib pulang, pada 3 Mei, Ahmad berbuat janji pula ketika melawat Hospital Setiu.

Katanya Kuala Trengganu akan mempunyai sebuah lagi Hospital Pakar Swasta yang akan dibina oleh Kuala Terengganu Specialist Centre, dibawah anak syarikat kerajaan negeri.

Pada hal, ketika dia melawat hospital Setiu itu pun, masalah dewan bedah yang tidak selesai sejak tahun lalu, belum diperbaiki.

Dalam pada itu, hospital jantung yang dijanjikan oleh Ahmad akan di bina di Kijal juga tidak dengar 'khabar berita'

Manis mulutnya bagai lidah tidak bertulang dan berkata pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi serta Anak Terengganu di Kuala Lumpur, di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur.

“yang miskin dan kurang bernasib baik khususnya yang menghidap penyakit jantung, kanser dan strok lebih terjamin apabila Institut Jantung Terengganu bakal beroperasi pertengahan tahun depan,”kata Ahmad sebagaimana dipetik UKOM.

Cadangan dan perancangan Ahmad juga memalukan kakitangan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu.

Banyak projek-projek beliau, bukan sahaja dikritik oleh PAS sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), malah oleh ADUN Umno sendiri.

Antaranya adalah projek ubi gadung yang bernilai RM2 juta. -BO