Rabu, 6 Julai 2011

Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

"Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya.

"Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap beberapa siri tangkapan dan juga penemuan terbaru polis yang mengaitkan Bersih 2.0 sebagai himpunan ganas.

Ianya termasuk rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam antaranya 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH.

Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

Tidak cukup dengan itu, beberapa siri tangkapan termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang menyebarkan risalah Bersih dan maklumat kepincangan negara dibawah BN kepada rakyat Johor, juga cuba dikatkan dengan Komunis.

Antaranya ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM lain yang ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Mengulas siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong Bersih itu, presiden PAS itu mendakwa ia bukti kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu.

"Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa di tahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini," katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 ujarnya adalah untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, bukan himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi.

Tambahnya, sememangnya sudah sekian lama Pakatan Rakyat berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, dan ia bukan lagi suatu yang rahsia.

Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka.

"Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya.

"Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi.

"Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru.

Sehubungan itu beliau turut mengingatkan Umno BN agar sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan dan membebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng.

"PAS menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan," tegasnya
 

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada Yang di-Pertuan Agong

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.


Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Woi BN, ni bukan tahun 60an hangpa nak tipu orang hidup-hidup

BODOH sungguh kira-kira puak Bersih ni, dah la depa siapkan bahan letupan dan parang nak bunuh orang kat himpunan Bersih, depa pi letak pulak baju kuning Bersih kat situ. Ihh Ihh bodoh dan jahat sungguh puak-puak Bersih ni. Rakyat percaya tak cerita ni?

"Pecaya, pecaya, pecaya.. kami bodoh kami pecaya kami bodoh kami pecaya.. polis habag, tv surat khabag habag semua kami pecaya aih pecaya pecaya pecaya.. kami bodoh pasai apa kami tak pecaya. Orang bodoh macam kami mesti telan bulat-bulat apa depa habag...pecaya pecaya pecaya."


Ni nak habag bagi kat puak-puak yang rancang cerita bodoh tu, ni bukan tahun 60an orang telan bulat-bulat cerita kartun hangpa. Orang yang pikiag pakai pungkok saja yang akan pecaya... kah kah kah kih kih kih..gelak gulin gulin..

Mai pakat baca cerita rajalawak ni... -- KL

PETALING JAYA: Polis semalam berjaya membongkar sejumlah senjata yang disembunyikan, termasuk parang dan bom petrol, yang dipercayai akan digunakan pada perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai oleh Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa.

Sumber berkata persembunyian rahsia ini ditemui di kawasan hutan di belakang sebuah kuil di Batu 12 Jalan Gombak Lama, Gombak, oleh seorang lelaki asli sebelum memaklumkan kepada polis.

"Kami menemui lima buah beg dan dua beg sampah. Terdapat 44 kemeja-T dengan logo 'Bersih' di dalam dua beg, 20 bilah parang, 36 Molotov koktel, 16 pemetik api, dan beratus-ratus bebola logam yang dipercayai digunakan sebagai peluru lastik," kata sumber polis berkata.

"Kami percaya pihak-pihak tertentu telah merancang untuk menggunakannya untuk mewujudkan kekacauan pada hari Sabtu ini," kata sumber itu.

Bersih 2.0 : Polis halang taklimat himpunan Bersih

PETALING JAYA : Walaupun Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pihak Bersih menghadap di Istana Negara petang tadi, namun pihak polis masih lagi tidak membenarkan program Bersih diadakan.

Majlis taklimat himpunan aman Bersih kepada para penyokong Pakatan Rakyat Subang yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Komuniti Seksyen 7, Kota Damansara masih dihalang oleh pihak polis.
Pihak polis telah mengepung pekarangan dewan sebelum waktu Maghrib bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan itu walaupun majlis dijadualkan bermula jam 9.00 malam.

Dengan sekitar 100 anggota termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik yang mengadakan kawalan di situ menyebabkan orang ramai terhalang daripada memasuki kawasan dewan.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang tiba kira-kira jam 9.00 malam dan Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim 45 minit kemudian juga dihalang daripada memasuki dewan.

Mereka cuba masuk ke dalam dewan tetapi dihalang oleh polis yang memaklumkan bahawa menerima arahan daripada pihak atasan supaya majlis itu tidak diadakan.
Setelah berunding, pihak polis membenarkan mereka berucap di luar dewan tanpa pembesar suara.

Atas arahan polis, orang ramai bersurai kira-kira jam 10.00 malam tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebahagian besar anggota polis yang bertugas di situ meninggalkan kawasan dewan sekitar jam 10.40 malam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Subang dan Ketua Muslimat, Ir Masni Mohd Dahlan dan Siti Rohaya Ahad.

Sementara itu, pegawai khas Sivarasa, Peter Chong memberitahu majlis itu diadakan bagi memberi penerangan kepada para penyokong Pakatan Rakyat mengenai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyertai himpunan aman Bersih pada 9 Julai ini.

Katanya, para peguam sepatutnya memberikan taklimat tersebut tetapi tidak dapat diadakan kerana dihalang pihak polis. - Rakyat Marhaen

Inilah Zulfikar Zainon anak muda yang direman kerana baju bersih

Ustaz Nordin Jaafar,Zainuddin Hamzah bersama Zulfikar Zainon yang direman 2 hari kerana memiliki Baju BERSIH.Bergambar di hadapan Balai Polis Kuala Kangsar.Zulfikar disambut pemuda Pas Bukit Gantang di pintu masuk balai polis selepas dibebaskan daripada direman.
Zulfikar lulus satu ujian masuk lokap.

Bukti Agong juga iktiraf tuntutan Bersih – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Persetujuan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di dalam stadium, 9 Julai menunjukkan baginda mengiktiraf tuntutan NGO itu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail di laman Twitter beliau tengahari tadi mengulas perkenan baginda supaya Bersih berhimpun di stadium sebagai ganti kepada perarakan secara aman di ibukota.

“Tahniah Bersih 2.0, berminggu diserang Umno BN, dicop haram dan segala macam, akhirnya kebijaksanaan YDPA mengiktiraf tuntutan lapan perkara dan mobilisasi 9 Julai,” kata Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang.

Lapan tuntutan itu adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Ahad lalu, Istana Negara mengeluarkan satu titah agar pendekatan perbincangan digunakan kerajaan Umno BN dalam menghadapi tuntutan Bersih yang menuntut agar reformasi pilihan raya dilakukan.

Lanjutan dari itu, Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, hari ini mengadap Yang Di Pertuan Agong bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Ismail dan Presiden Jamaah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin untuk mendapatkan nasihat baginda secara khusus.

Ia adalah ironi apabila Tuanku perkenan bertemu dengan NGO itu, yang sebelum ini dakwa dan dilabel oleh kerajaan sebagai pertubuhan haram.

Selesai mengadap, Ambiga mengumumkan Bersih akan berhimpun di stadium pada 9 Julai ini namun stadium yang khusus belum lagi ditetapkan untuk perhimpunan itu.

Sehingga kini lebih seratus aktivis Bersih, penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat ditangkap kerajaan, termasuk aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan idealogi komunis kerana mempromosikan himpunan Bersih.

Pejabat Bersih turut digeledah manakala mereka yang memakai baju T Bersih dan kuning turut ditahan polis.

Justeru pimpinan Pakatan Rakyat hari ini turut menggesa kesemua mereka yang ditahan dibebaskan serta merta. -(Oleh: Ahmad Fadli)

Humbankan Ketua Polis Negara ke penjara. Polis Penderhaka!


Andainya kempen Bersih 2.0 itu mempunyai unsur subersif atau membawa fahaman komunis atau bolih mendatangkan kemudaratan dan kacau-bilau kepada rakyat dan negara, mana mungkin DYMM Yang diPertuan Agong sanggup untuk meluangkan masa selama 90 minit untuk berunding dengan wakil Bersih 2.0?

Sejak berminggu lalu, polis yang terkenal dengan gelaran anjing belaan Umno/BN telah melakukan tanggapan rambang, bertindak zalim dan biadap terhadap orang awam semata-mata kerna mereka memakai, menjual atau berhujah tentang program Bersih 2.0.

Petang tadi DYMM Tuanku Mizan sendiri telah berbincang secara langsung topik berkaitan Bersih 2.0. Lebih simbolik lagi, perbincangan Bersih 2.0 tersebut berlangung di Istana Negara!

Sekarang di manakah kredibiliti Ketua Polis Negara yang selama ini pihak polis telah menuduh dengan pelbagai tuduhan liar terhadap kempen Bersih 2.0?

Polis, Umno, Pekasa dan pelbagai pertubuhan yang sebau dengan Umno seharusnya rasa malu terhadap tohmahan dan tindakan liar mereka selama ini.

Tindakan
DYMM Tuanku Mizan untuk turut membincangkan masalah yang dibawa olih Bersih 2.0 juga dapat dilihat sebagai pengiktirafan Baginda Tuanku terhadap permasalahan rakyat terutamanya penipuan yang dilakukan oleh Umno/BN, Suruhanjaya Pilihanraya dan PDRM dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Semata-mata kerna terbiasa menjadi 'Pak Turut' @ 'Barua' @ '
Anjing Belaan' @ 'Lembu dicucuk hidung' kepada Umno/BN, polis dengan angkuh, sombong, bongkak dan biadap membuat tuduhan liar kononnya kempen Bersih 2.0 terkait dengan perangcangan melawan DYMM Agong!

Di mana logiknya satu kempen yang turut mendapat perhatian dan dibincangkan bersama dengan DYMM Tuanku Mizan dituduh sebagai ingin melawan DYMM Agong?

Jelas sekarang yang menipu, yang berbohong, yang mengkhianat, yang berdusta, yang dalam kecelaruan, yang dalam kebinggungan, yang berpangkat tetapi bodoh dan bahalol dan
yang sebenarnya menderhaka kepada DYMM Agong adalah Polis, Umno dan pastinya dalam senarai penderhaka adalah Ibrahim Ali, manusia yang terkenal berperangai katak! -Kerajaan Rakyat

KERAJAAN NAJIB PATUT BERASA MALU.BELUM PERNAH ISU DEMONTRASI MELIBATKAN CAMPURTANGAN LANGSUNG AGONG

Kerajan pimpinan Najib seharusnya merasa malu apabila gagal menyelesaikan masalah demontrasi BERSIH yang mana ianya dilihat sebagai kegagalan pentadbiran dan penyelesaian masaalah berhubung suara rakyat. Ini adalah kes pertama apabila YDPA Tunku Mizan sendiri menyelesikan masalah ini dengan memberi kata dua kepada kerajaan pimpinan Najib yang dilihat sebagai satu kegagalan mengurus isu kecil dan keselamatan negara.

Pada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka hendaklah memastikan tuntutan itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Seri Paduka juga menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Namun BN harus ingat sebarang percubaan untuk memperdaya rakyat secara keterlaluan adalah perlawanan langsung dengan akal budi rakyat. Selama ini terlalu banyak fitnah dan penganiayaan yang dibuat BN ke atas PR serta para penyokongnya. Tetapi rakyat kekal mengharapkan pilihanraya ke -13 mereka akan mengajar BN di peti undi. Sebaliknya, jika BN telah melakukan sesuatu yang terlalu kotor untuk memenangi pilihanraya itu tanpa pesaing maka harapan tidak lagi wujud.

Harapan yang tidak wujud biasanya menghasilkan gelora yang tidak dapat dibendung. Itulah yang berlaku di negara-negara Arab. Apabila rakyat tidak lagi mempercayai mereka akan diberi keadilan maka mereka akan menuntutnya secara kasar. Dalam hal ini cukuplah BN menekan rakyat. Cubalah memberi peluang kepada mereka membuat pilihan secara matang.

Tindakan mengistiharkan bahawa memakai baju berwarna kuning hanya dengan perkataan BERSIH dilihat sebagai betapa pimpinan Najib dan KDN dibawah pentadbiran sepupunya sebagai tidak menepati hasrat sebuah negara demokratik.Tidak pernah lagi kedengaran sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mengharamkan rakyatnya memakai baju dengan hanya sebuah perkataan.

Penangkapan lebih 100 rakyat yang menyokong BERSIH dilihat sebagai jalan bagi mematikan semangat demokrasi dan sebaliknya menimbulkan rasa cemas dikalangan rakyat.manakala di pihak BERSIH pula penangkapan itu adalah tidak demokratik kerana tidak langsung mahu berunding dengan rakyat sebaliknya pimpinan Najib dilihat sebagai bersikap kuku besi dengan rakus merampas ,menahan danmengeledah semberono hanya kerana mendakwa BERSIH mahu merampas kuasa kerajaan.Tindakan seperti ini hanya sebaiknya membangitkan kemarahan rakyat kepada pimpinan Najib sendiri.


Najib akhirnya dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri dan terpaksa menerima idea gila ala Dr Mahathir, iaitu menyerang musuh yang lemah dengan senjata paling besar. Penangkapan seluruh negara tidak lain adalah pameran kekuatan Najib. Tanpa beliau sedar pameran keangkuhan itu menyebabkan dirinya tidak popular dan dicap sama kejam dengan regim Dr Mahathir yang menyebabkan kebangkitan arus Reformasi sedekad lalu.

Kepada Najib, masih ada 3 hari sebelum demo Bersih berlaku. Tidak salah berunding dan benarkan berdemo di negeri-negeri PR misalnya, demo pada skala kecil dan memorandum diserah oleh beberapa pemimpin ke Istana Negara. Itu tindakan yang bertamadun dan kedua-dua pihak akan berpuas hati. PR dapat berdemo dan BN tidak dilihat zalim.

Titah Yang Dipertuan Agong sama sekali tidak boleh digunakan untuk memperdaya rakyat. Kedudukan Pelembagaan Persekutuan lebih tinggi daripada Yang Dipertuan Agong. Itu maknanya raja berperlembagaan. Oleh itu Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan perhimpunan aman sama sekali tidak boleh dikesampingkan melalui apa jua cara. Raja berpelembagaan mengambil kedudukan simbol penyatuan negara, bukan pentadbir kecuali di dalam keadaan kecemasan.

Iaitu darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Ketika itu perlembagaan juga turut digantung. Sebuah majlis pentadbir lantikan Agong akan mentadbir negara. Namun untuk melaksanakan darurat juga harus dalam keadaan yang benar-benar cemas, bukan dalam keadaan berlakunya tunjuk perasaan aman . Sebarang perisytiharan pada waktu aman tidak akan diterima rakyat, malah akan berbalik menjadi kekacauan.

Kesilapan besar najib apabila membenarkan campurtangan Agong dan ini dilihat sebagai satu kelemahan dalam pentadbiran negara yang akan meluahkannya dalam pilihanraya ke 13.BN dengan sokongan PERKASA hanya lebih memburukkan keadaan dimata rakyat.Terima kasih PERKASA kerana ianya bukan sahaja menjatuhkan maruah pentadbiran Najib ,malah melihat Ibrahim Ali adalah juara melompat yang banyak memusnahkan umno sendiri dan kreadibiliti pentadbiran Najib.