Rabu, 14 Mac 2012

Pilihan raya berasingan selepas bincang dengan MB


(Sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.

Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.

"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.

Rakyat asing mengundi


Sementara itu, Anwar turut melahirkan kebimbangan apabila rakyat asing diberi hak warganegara dimasukkan dalam senarai pengundi baru kemudian diberikan hak mengundi.

Tambahnya, berdasarkan maklumat terkini selepas Mimos membuat kajian akhirnya menunjukkan kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih.

Hasil daripada itu, tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.

"Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,"katanya.

Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud. -Hrkh

(Abdul Hadi berkata sesuatu kepada Anwar dalam sidang media mereka)

Orang Paling Bodoh Dalam Umno Bercakap Lagi..

"Wan Azizah juga patut letak jawatan.." - Ahmad Maslan

Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kepada pemberita bahawa keluarga Shahrizat belum lagi didapati bersalah terhadap sebarang salah laku tapi beliau sudah memutuskan untuk meletak jawatan daripada Kabinet berkuatkuasa 8 April depan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator, namun beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno.

“Apabila Anwar dipenjarakan, Wan Azizah meneruskan jawatan sebagai Presiden. Mereka (keluarganya) hanyalah dituduh, belum lagi didapati bersalah. Jadi mengapa meletak jawatan?” kata Timbalan Menteri berkenaan merujuk kepada pertuduhan penyalah gunaan kuasa oleh Anwar pada 1998 selepas di singkirkan daripada jawatan timbalan Perdana Menteri.

Shahrizat pada November lalu turut mendesak Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Presiden PKR atas kesalahan jenayah yang dilakukan suaminya sekiranya beliau dipaksa meletak jawatan sebagai menteri terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta.

Ahmad turut menambah hari ini bahawa Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat disebabkan kontroversi terhadap kerajaan, bukannya parti.

“Beliau membuat keputusan tersebut kerana beranggapan perkara itu akan memberikan kesan kepada kerajaan persekutuan,” katanya.

TG Nik Aziz Hadiri Majlis Perkahwinan Malek Nor & Dr Wan Asma

Mursyidul Am PAS, Tuan guru Nik Abdul Aziz berkesempatan memenuhi jemputan majlis kesyukuran perkahwinan Dr Wan Asma Wan Ismail bersama pasangannya Malek Nor di Hotel Renaissance, Kota Bharu semalam.

TG Nik Aziz berharap semoga kedua-dua pasangan ini dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT, demikian kenyataannya di dalam facebook.
Bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor, 56, dengan sekali lafaz selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr. Wan Asma bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Malek melahirkan rasa syukur di atas ikatan yang terbina dan berharap ia adalah perkahwinan pertama dan terakhir baginya.

“Ketika menunaikan umrah 12 Mac tahu lalu saya memohon kepada Allah agar mempertemukan jodoh dengan wanita yang solehah, dan alhamdulillah dimakbulkan.

“Hari ini dipilih bersempena dengan tarikh tersebut,” katanya selepas majlis akad nikah berkenaan yang diadakan kira-kira jam 11 pagi.

Pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya menghadiahkan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Tiada wang hantaran kerana Dr.Wan Asma kata, beliau tidak memerlukannya kerana dia sudah ada segalanya.

Alhamdulillah. Semoga perkahwinan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat.





Sumber foto: Pelbagai (google images) - terima kasih kepada pemiliknya.

Presiden PAS lawat mangsa banjir Lembah Jaya


AMPANG, 13 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini meluangkan masa melawat mangsa yang dilanda banjir di Lembah Jaya di sini.

(Abdul Hadi memberikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir)

Beliau yang bergerak dari parlimen, tiba di Surau Insaniah yang dijadikan bilik gerakan utama di Kampung Lembah Jaya Utara kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Kehadiran beliau disambut Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz, Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dan pimpinan diperingkat kawasan.

Beliau kemudian diberi taklimat oleh Khasim kira-kira 15 minit berhubung operasi menyelamat dan keadaan terkini mangsa banjir.
Selepas itu Abdul Hadi turut dibawa melawat ke kediaman penduduk yang teruk terjejas disamping menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada mereka.

Pada sidang media selepas itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat atas tindakan segera serta perihatin terhadap mangsa-mangsa banjir.

"Saya ucapkan terima kasih kerana keperihatinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

"Dan jelas kita dari Pakatan Rakyat turun lebih awal serta bersikap proakif dan mengambil langkah yang lebih wajar," jelasnya.

(Adun Lembah Jaya, Khasim memberikan taklimat kepada Abdul Hadi dan Dr Rani)

Tambahnya lagi, tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat amat berbeza jika dibandingkan dengan kerajaan yang mana mereka perlu mendapat arahan serta kelulusan terlebih dahulu.

"Jentera kita akan terus turun walaupun tanpa arahan, ini satu sikap yang positif untuk tunai tanggungjawab tanpa mengira fahaman politik.
"Mereka adalah rakyat kira dan kita bertanggungjawab terhadap sesiapa yang menjadi mangsa banjir," katanya.


Sementara itu, Unit Amal PAS adalah antara pihak yang paling awal membantu mangsa banjir di kawasan ini.

Selain membantu mangsa, mereka juga bersama-sama membersihkan kawasan yang kotor selepas banjir berlalu.

Namun sebagai petugas parti Islam, mereka tidak pernah melupakan kewajipan mereka walaupun di mana sahaja.

Ini adalah antara bukti mereka sentiasa dekat dengan Pencipta mereka yakni Allah dengan menunaikan sembahyang walaupun di mana sahaja mereka berada. -Hrkh
Unit Amal

(Anggota Unit Amal yang bertugas membersihkan kawasan banjir bersolat di atas salah satu jalan yang mereka bersihkan akibat banjir)

Kejam!! Mazlan Aliman Di Biarkan Lapar Dan Dahaga Dalam Tahanan

Tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul. Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?

Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!

Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.

Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.

Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.

Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.

Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.

Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.

Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.

Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.

Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!

Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.

Himpunan 123

Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman.

Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?

Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan Bn!

Apa salahnya di bawa masuk wakil2 Ngo dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?

Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?

Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?

Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'

Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan!

PRU-13: MP BN diberi peruntukan pancing undi

vote barisan nasional bnMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mahu ahli parlimen BN supaya segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta - di kawasan masing-masing sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan tidak lama lagi.

briefing for BN mps by Agriculture Minister Noh Omar on National Feedlot Corporation (NFC) scandal"Ini titik sentuh yang kita nak buat cepat. Duit belum turun, tapi saya minta KSU (ketua setiausaha) untuk guna duit kementerian dulu," katanya pada taklimat bagi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur malam tadi.

Skim perumahan untuk nelayan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan bajet tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk golongan nelayan.

Menurut Noh, peruntukkan tersebut akan disalurkan berdasarkan kepada tiga peringkat iaitu pertama membaiki rumah nelayan, kedua permohonan membina rumah baru dan ketiga mewujudkan perkampungan nelayan dengan dana disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

fisherman boats 151204"Untuk mengadakan perkampungan ini, tanahnya mesti disediakan oleh kerajaan negeri... Kita akan berikan duit tunai terus kepada kerajaan negeri.

"Saya nak desak semua menteri-menteri besar, saya ingat semua Yang Berhormat mendapat surat pekeliling, untuk maklumkan bagaimana kita nak melaksanakan duit RM300 juta ini," katanya.

Menurutnya bagi peringkat pertama yang perlu dilakukan dengan serta-merta adalah pihak kementerian telah mengeluarkan 15,498 borang permohonan dan borang berkenaan perlu diserahkan oleh persatuan nelayan tempatan dan dibawa kepada MPPP.
Turunkan kuasa

Setakat ini, kata Noh mereka hanya menerima kembali lebih 8,600 borang termasuk lebih 2,000 yang mendapat sokongan MPPP.

MPPP diwujudkan pada tahun 2009 untuk menyelaras aktiviti-aktiviti pertanian di kawasan parlimen dan dipengerusikan oleh ahli parlimen BN manakala kawasan di mana kerusi parlimennya dimenangi oleh pembangkang pula diserahkan ketua-ketua BN tempatan.

fisherman jetty at Kampung Pengkalan Samak, merlimauJusteru, kata Noh, ahli parlimen BN mesti segera mengadakan mesyuarat MPPP.

"Jangan mengadu kepada saya bahawa persatuan nelayan yang memilih ramai ahli PAS manakala permohonan ahli BN tidak diluluskan.

"Saya bergantung kepada sokongan MPPP, jadi saya berharap MPPP yang belum mengadakan mesyuarat, sila berbuat demikian segera," katanya.
Pada taklimat itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengagihkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada BNBBC bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen mereka.

Menurut Noh, dengan agihan itu, beliau telah ‘menurunkan kuasanya’ dengan melantik semua wakil rakyat BN untuk memastikan MPPP berjalan "seperti mana yang dirancangkan".

NONENoh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang berkata berdasarkan bajet 2012 yang dibentangkan, kementeriannya hanya mendapat RM10 juta berbanding RM22 juta yang sepatutnya diperolehi.

"Oleh kerana kita mendapat RM10 juta, lebih kurang separuh, jadi sebab itu saya malam ini saya kena bagi separuh jugalah, RM50 ribu saya beri dulu.
Memantau lebih dekat

"Dengan adanya MPPP ini, ahli-ahli yang berhormat dapat memantau dengan lebih dekat masalah-masalah yang berkaitan sektor pertanian, terutama melalui kementerian saya yang mempunyai tiga jabatan dan sembilan agensi," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan akan membuat rayuan pada mesyuarat kabinet supaya peruntukan itu ditambah berdasarkan kepada hasil dan pencapaian yang dicapai kementerian berkenaan.

Sejak 2009 hingga 2011, Noh berkata kementeriannya telah memperuntukkan sebanyak 66.6 juta kepada 222 MPPP seluruh negara.

NONEMenurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM48.1 juta telah dibelanjakan, manakala baki peruntukan  - RM18.5 juta  - masih belum dibelanjakan.

"Jadi yang tidak belanja ini, ini susah sikit nak jawab... ada sebab-sebab tertentu," katanya.

"Pihak kementerian sentiasa memantau semua minit-minit mesyuarat MPPP yang dihantar ke kementrian dan di kementerian kita mempunyai urusetia untuk menyemak minit mesyuarat ini". -M'kini