Ahad, 8 Januari 2012

CERAMAH FINAL TOLAK FITNAH

RAPAT RAKYAT

PAS pecat Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Akhirnya Sakmongkol, Aspan sertai DAP…

SHAH ALAM, 8 Jan – Dua blogger terkenal yang juga pemimpin UMNO, Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias, telah menyertai DAP secara rasmi hari ini.
Sakmongkol AK47 adalah nama samaran untuk bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri yang pernah menyandang tugas Ketua Penerangan UMNO Pekan di bawah kerusi Parlimen Perdana Menteri DAtuk Seri Najib Razak.
Blogger Aspan aktif dengan UMNO sejak tahun 1970-an dan 1980-an memulakan blognya sejak beberapa tahun lalu apabila menyedari parti yang disertainya semakin menyeleweng daripada perjuangan asal untuk membela rakyat miskin.

Kemasukan dua veteran UMNO ke dalam DAP ketika berlangsungnya persidangan DAP di sini hari ini memberi isyarat jelas bahawa UMNO semakin tidak relevan.

Setiausaha Agung DAP  Lim Guan Eng yang mengalu-alukan penyertaan kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu berkata, ia adalah satu lagi bukti bahawa perjuangan DAP tidak pernah diasaskan atas dasar kaum.

Katanya, penyertaan ahli-ahli baru DAP yang mencecah 150,000 orang, termasuk daripada kalangan orang Melayu, menunjukkan penerimaan positif masyarakat Melayu kepada DAP yang sentiasa difitnah sebagai sebuah parti cauvinis Cina.

Bercakap kepada pemberita, Aspan menyebut bahawa beliau menyertai DAP disebabkan UMNO adalah sebuah parti yang korup dan mengamalkan politik perkauman sempit. Bagi beliau, DAP memiliki disiplin politik yang jauh lebih baik.

"Setelah saya menyertai DAP, ramai kawan-kawan UMNO yang datang menemui saya. Saya memberitahu mereka bahawa menyertai DAP bukanlah satu kesalahan. Korupsi dalam UMNO lah yang menjadi kesalahan besar," tambah beliau.

Sakmongkol (Ariff) pula mengingatkan bahawa orang Melayu tidak harus takut pada DAP kerana ia mengamalkan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus.

Katanya, model pembangunan ekonomi DAP tidak bergantung kepada skim piramid UMNO yang hanya menguntungkan kroni UMNO sahaja, sebaliknya DAP bersama Pakatan menawarkan alternatif yang lebih baik. roketkini.com

Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan dan pesan anwar..continue to support the reform agenda

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap  Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)."

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.

Semua akan diadili semula di akhirat

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khusus bagi yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.

Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke Sg Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.

Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.

Andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.

Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu.

2012 : Kalau tak ubah, gelap masa depan kita di bawah BN

Oleh Nujum Pak Atan
Mengikut kalendar kaum Maya di Amerika Selatan, mereka percaya bahawa tahun 2012 merupakan tahun dunia yang kita ketahui bakal kiamat. Apakah ‘dunia’ pemerintahan kerajaan paling lama di dunia juga akan mengalami nasib yang sama?
Semakin lama di bawah UMNO-Barisan Nasional, semakin parah dan teruk negara yang kita cintai ini. Amanah rakyat dianggap sebagai hak mereka, penindasan dan kezaliman terus berleluasa, dan rakyat diporakperandakan dengan perkauman melampau agar mereka terus dapat mencengkam kuku mereka menggenggam kuasa.
Apakah yang menanti rakyat untuk tahun 2012 di bawah UMNO-BN? Ini adalah antara ramalan Nujum Pak Atan. Walau pun Pak Atan tak sekolah tinggi, Pak Atan belajar sendiri tentang ekonomi dan isu semasa dari internet. Maklumlah semua maklumat yang ada dalam surat khabar hanya omong kosong BN saja.
1. Ketirisan Wang Perbendaharaan Negara terus didedahkan Laporan Ketua Audit Negara dan peningkatan hutang negara.
Tahun demi tahun, bajet belanjawan negara sentiasa berada dalam defisit sehinggakan ia dianggap normal. Mana tidaknya, apabila jabatan kerajaan membeli teropong lebih mahal daripada kereta Myvi dan banyak lagi contoh lain telah didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 dan ia bukanlah suatu pekara yang baru. Ketirisan dan kebocoran seperti inilah yang menyebabkan kerugian wang rakyat. Belum lagi dikira berapa banyak wang negara telah hilang akibat rasuah.
Malah negara telah mencapai kedudukan nombor 4 dunia tahun ini dalam carta pengaliran wang haram ke luar negara untuk tahun 2011. Malahan, jika dikira jumlah pengaliran wang haram ke luar negara dalam dekad ini sahaja ia sudah melebihi RM1 trilion (iaitu RM1,000,000,000,000.00).
Kesan langsung daripada ketirisan, kebocoran, rasuah, dan penyelewengan oleh sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab ialah peningkatan kadar hutang negara.
Tahun demi tahun kadar hutang negara terus meningkat. Pada tahun 2006, hutang negara ialah RM242 bilion, dan ia kian melonjak setiap tahun. Kini pada tahun 2011, jumlah hutang kerajaan pusat ialah RM456 bilion. Tahun demi tahun ia meningkat dan ini tidak akan berubah untuk 2012. Sejarah telah membuktikan ramalan ini.
Pasal apa hutang ini penting untuk kita tahu? Sebab hutang kerajaan itu duit rakyat. Jadi kita sebagai rakyat yang kena tanggung dan kena bayar. Tengoklah nanti, macam-macam jenis cukai, bayaran perkhidmatan dan entah apa lagi kita dipaksa bayar.
Ramalan Pak Atan: Laporan Ketua Audit Negara 20112 akan menjumpai perbelanjaan yang tidak masuk akal oleh jabatan awam, orang yang berkaitan perbelanjaan itu hanya akan diberi ‘surat amaran’. Defisit bajet sudah pasti, dan hutang awam negara turut meningkat.
2. Pemotongan subsidi, peningkatan harga barangan, pengenalan cukai-cukai baru
Apabila sebuah kerajaan bersikap boros dan tidak bertanggungjawab, maka hanya terpaksa menanggung ialah rakyat. Untuk menambah hasil, maka subsidi harus dikurangkan dan cukai akan ditambah atau cukai baru terpaksa diperkenalkan.
Ini sudah terlihat dengan pelbagai pengenalan cukai baru yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti cukai 6% untuk perkhidmatan telefon bimbit pra-bayar dan goods and services tax (GST).
GST ini dianggap satu sistem pencukaian yang amat tidak adil dan akan menyusahkan rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah. Jika ingin tahu tentang GST ini, sila lihat kembali berita dan rencana tentangnya di roketkini.com mahu pun di internet.
Sama ada kita rakyat biasa atau pakar ekonomi Harvard, terdapat dua jaminan yang tidak boleh disangkal dengan wujudnya GST ini.
Yang pertama, lagi miskin seseorang itu, maka lagi banyak cukai dia terpaksa bayar atas prinsip ekonomi yang mudah.
Yang kedua, pelaksanaan GST menjanjikan inflasi sekurang-kurangnya sekali, dan kesannya amat buruk. Manakan tidak, setiap benda pun akan dicukaikan. Jika sebab harga petrol meningkat maka harga makanan meningkat.
Cuba bayangkan apa akan jadi jika semua benda meningkat harganya kerana GST? Sudah pasti pihak pengeluar tidak akan menyerap, malah memindahkan beban tersebut kepada pengguna.
Bukan itu sahaja, malah infrastruktur dan tenaga kerja untuk mengutip cukai GST yang dikenakan kepada setiap benda hidup atau mati pun pasti akan mengambil kos yang tinggi. Bersiap sedialah rakyat Malaysia untuk mengalami satu inflasi terbesar negara dengan pelaksaan GST.
Ramalan Pak Atan: GST dilaksanakan dalam setahun jika BN mengekalkan kuasa Putrajaya. Satu inflasi besar akan berlaku dan pemimpin BN akan menyuruh rakyat untuk mengubah gaya hidup.
3. Negara semakin bergolak dengan sentimen perkauman.
Sejak azali kita mengetahui BN tiada modal untuk mengekalkan kerelevanannya melainkan memisahkan setiap rakyat Malaysia berdasarkan kaum. Ini terutamanya diamalkan oleh parti UMNO. Agama dan penganut Kristian, kaum-kaum Cina dan India, Majlis Peguam, lembu, katak dan sebagainya dijadikan musuh dalam imaginasi liar mereka untuk mengajak manusia ke jalan kebencian dan bukannya kasih saying.
Sejak 2008, ada saja fitnah untuk mencipta imej bahawa semua orang di Malaysia adalah musuh orang Melayu. DAP dikatakan ejen Kristian, DAP dituduh nak menubuhkan republik, semua orang yang bersimpati, menyokong dan menjadi ahli DAP ditohmah sebagai ‘bangsat’.
Malah skandal barangan tidak selamat dimakan di Kedai Rakyat 1Malaysia pun dijadikan isu perkauman. Sehingga skandal wang rakyat untuk ternak lembu yang digunakan oleh keluarga seorang menteri untuk membeli kondo mewah dikatakan usaha menghancurkan Melayu.
Tanpa penciptaan benci ini, maka UMNO-BN dilihat sebagai tidak relevan lagi. Selain perkauman, apa yang mereka boleh sumbangkan kepada rakyat di negara kita? Ekonomi teruk, rasuah teruk, kesemuanya teruk belaka.
Inilah apa yang rakyat perlu fikirkan. Siapakah yang mencipta pergolakan kaum? Siapa yang akan memperoleh keberuntungan dengan pergolakan kaum? Tanpa kebencian, tanpa perkauman, UMNO-BN tidak mungkin relevan.
Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu harus mengorak langkah ke hadapan dan jangan terperangkap ke kancah perkauman dan kebencian yang diciptakan oleh UMNO-BN untuk melemahkan orang Melayu supaya kononnya orang Melayu boleh berlindung di bawah payung UMNO-BN.
Ramalan Pak Atan: Penganut agama Hindu dan Kristian sudah menjadi mangsa para pemimpin UMNO, selepas ini penganut-penganut agama lain yang berani menuntut hak akan menjadi sasaran pula. Pertubuhan-pertubuhan perkauman yang seangkatan dengan UMNO akan semakin menjadi-jadi dalam mengeluarkan kenyataan perkauman.
4. Undang-Undang baru lebih bebas dan adil? Tunggulah kucing bertanduk…
Dengar ceritanya, pada tahun 2012 ini kerajaan UMNO-BN nak ‘menukar ‘undang-undang yang dianggap sebagai zalim atau menghapuskannya terus! Baik sungguh UMNO-BN. Terima kasih UMNO-BN…selepas ini ramailah pemimpin pembangkang, pelajar dan aktivis menjadi mangsa undang-undang baru.
Jika dilihat dengan janji-janji yang terdahulu, Datuk Seri Najib Razak belum pernah menunaikan janji yang tidak menyokong kepentingan beliau. Daripada janji nak beri Stadium Merdeka untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 kepada pembelasahan peserta Bersih 2.0, dan kini kepada serangan ganas polis terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), inilah wajah sebenar Perdana Menteri.
Jika PM telah menjanjikan undang-undang yang lebih bebas untuk orang ramai berhimpun, kita ucapkan tahniah kerana ia adalah perubahan yang baik ke arah kematangan demokrasi. Namun jika undang-undang tersebut lebih teruk daripada undang-undang perhimpunan di Myanmar yang dipimpin oleh rejim tentera, kita pun amat marah bagaikan panglima perang ludah UMNO Petaling Jaya kerana rakyat cuba diperbodohkan dan diperlekehkan.
Ramalan Pak Atan: Undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) akan lebih teruk dari rejim-rejim diktator di dunia. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan terus kekal, atau sedikit dipinda, kerana kerajaan UMNO-BN amat takut jika pelajar dan mahasiswa bangkit menuntut perubahan.
Jelas, semakin lama di bawah UMNO-BN, lebih parah keadaannya di negara yang kita cintai ini. Kalau kita cinta orang yang disayangi, kasih kepada anak-anak dan cucu-cucu kita, dan tidak mahu ibu bapa serta generasi akan datang menjadi bangsa yang hina di bumi sendiri, maka kita perlu ubah sekarang untuk selamatkan Malaysia. – Roketkini.com

Kedangkalan Umno terhadap Anwar berulang 9 Januari ini?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
PELBAGAI peristiwa ‘pelik’ berlaku dalam perjalanan perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak ia mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Di awal perbicaraan, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur hingga menyebabkan beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

Namun paling menarik perhatian, dalam perbicaraan pada 17 Februari 2011, saksi pendakwaan yang juga Ketua Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur, Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel ‘DNA Y’ lelaki misteri pada satu bahagian di seluar dalam Saiful.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan, hasil calitan di kawasan dubur Mohd Saiful mempunyai campuran DNA milik Saiful dan lelaki ‘Y’ serta seorang lelaki misteri.

Ketika menjelaskan sama ada wujud pihak ketiga sebagai penyumbang DNA ‘misteri’ itu, Dr Lay Hong berkata, jika berdasarkan andaian berkemungkinan akibat tercemar seperti penggunaan mangkuk tandas sama atau barang mandian lain.

Menurutnya, andaian itu diberikan kerana beliau bukan pakar untuk memperjelaskan mengenai keadaan itu.

Dr Lay Hong memberi keterangan berdasarkan laporan hasil ujian DNA beliau ke atas sampel Mohd Saiful ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin.

Entah bagaimana tiba-tiba ada pula ‘kesan air mani’ yang entah datang dari mana agaknya terdapat di dubur dan melekat di seluar dalam Saiful.

Dalam keterangannya sebagai saksi pada 17 Februari, Dr Cheah berkata, sampel DNA sama itu telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma. Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani – iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya: Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada 2 Julai 2008.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

Seah berkata calitan kapas yang ditandakan sebagai B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik ‘Lelaki Y’. Sampel B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

“Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu ‘Lelaki Y’, ujar Dr Seah dan menambah sampel B5 bukan ekstrak sperma. “Oleh kerana ia adalah calitan pada perianal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.

Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri anal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

“Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Dr Seah pada mulanya mendedahkan, tompokan pertama air mani daripada seluar milik Saiful dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful.

Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA, satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai ‘lelaki Y’.

Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

Lebih memeranjatkan, dalam perbicaraan yang sama, beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Dalam satu keterangannya, Dr Seah memberi makluman dalam borang tersebut Saiful hanya terlibat dalam ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’.

Sedangkan, Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pasukan yang mewakili Anwar, yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah dalam perbicaraan 17 Februari ialah wakil daripada Kedutaan Australia dan dua orang pakar daripada negara itu iaitu ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Dalam perbicaraan tersebut, pihak pendakwa juga gagal membekalkan carta DNA kepada pihak pembelaan kerana tidak mencukupi.

Terdahulu, pada bicara sebelah pagi hari yang sama, tiga bukti baru dikemukakan di hadapan Hakim, Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah, sehelai permaidani pelbagai warna, sehelai selimut tebal dan bulu kemaluan.

Manakala empat bahan bukti sebelum ini turut dibuka melibatkan sehelai seluar panjang hitam, kemeja Ralph Lauren, sehelai kemeja hijau G2000, dua seluar dalam warna biru gelap dan kelabu jenama Levis.

Menerusi perbicaraan itu, Anwar diwakili Peguam Sankara Nair dan Ram Karpal Singh. Hadir sama, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.

Persoalannya di sini siapa sebenarnya individu terbabit (yang memiliki DNA Y) yang ‘mungkin bersama’ dengan Saiful dalam masa yang sama meninggalkan kesan mungkin ‘selepas bersama’.

Siapakah sebenarnya Saiful dalam kes ini dan apakah kewujudan individu lain dalam kes ini akan nanti membawa interpretasi dan kesan lain dalam perbicaraan.

Namun Dr Cheah sendiri tidak menolak pandangan campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

Hingga kini, persoalan kewujudan DNA lelaki Y masih membayangi kes perbicaraan, malah permintaan Anwar untuk memaksa Najib serta Rosmah berdepan di mahkamah menjadi saksi tidak juga dibenarkan.

Kini dalam perbicaraan terakhir, pihak tertentu cuba memesongkan pemikiran rakyat bahawa benar Anwar meliwat Saiful tetapi bukan dengan keadaan seperti yang disebutkan Saiful iaitu secara ganas dan rakus.

Walhal, keterangan Saiful mengesahkan beliau dipaksa, diperlakukan dengan rakus kononnya ketika bersama dengan Anwar. Awal Januari ini bakal menentukan nasib Anwar, sama ada akan didapati bersalah atau sebaliknya. Keadilan yang dikenakan ke atas Anwar seolah-olah ‘tersangat berpihak’.

Sementara, permintaan Anwar untuk mengukuhkan hujah pembelaan tidak kesampaian kerana seperti kata Saifuddin Nasution, kes ini telah diskripkan sejak daripada awal lagi.

Segala kedangkalan ini menyelaputi pertuduhan terancang yang dilakukan Umno- BN untuk membunuh karier politik Anwar.

Kita tidak pasti apakah keputusan Mahkamah Tinggi 9 Januari ini, tetapi berdasarkan suasana politik hari ini, tidak mustahil Anwar disumbat ke dalam penjara sekali lagi, untuk menyelamatkan masa depan politik Umno.

Banyak songeh betul lah SPR nie.. Pusat kata lain Negeri kata lain...Celup ajalah jari tuu...!!!!!

Selangor, KL tidak guna dakwat kekal?
Wartawan Sinar Harian
January 1, 2012
Selangor, KL tidak guna dakwat kekal?
PETALING JAYA – Pakatan Rakyat membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan kerana mengetepikan keputusan dibuat Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC), ber hubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan dibuat Ketua Pengarah SPR, Shafie Taib adalah bertentangan dengan PSC yang mahu penggunaan dakwat kekal, undi pos dan peranan Mimos untuk mengesahkan senarai pengundi induk di teruskan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Saya dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua terkejut apabila Shafie memaklumkan perkara ini, seolah-olah tidak memahami kehendak PSC yang mendapat keputusan sebulat suara di Parlimen baru-baru ini. Adakah SPR lebih berkuasa daripada Parlimen?

“Kami mahu penjelasan daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kenapa SPR negeri membuat keputusan tidak sama dengan SPR Persekutuan. Apa akan berlaku sekiranya setiap negeri berlainan ketika membuat keputusan. Mungkin di Kedah, kata boleh guna dakwat kekal manakala di Selangor sebalik nya,” katanya.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tindakan ini mengelirukan pengundi keraguan pada SPR mengendalikan urusan pilihan raya.

Malah katanya, penjelasan SPR dengan melarang dakwat kekal untuk pengundi awal dan pengundi pos sesuatu yang pelik.

Nurul Izzah berkata, apa motif SPR negeri mahu tidak mahu mencalit dakwat itu kepada pengundi pos, sedangkan 28 Disember tahun lalu pengerusinya telah memberi lampu hijau.

Beliau turut mempersoalkan SPR negeri kerana tidak mahu menggunakan khidmat syarikat Mimos Sdn Bhd yang berperanan melakukan audit dan mengesahkan integriti pangkalan data senarai pengundi induk.

Kerjasama Selangor dengan Pusat; Najib berbohong!

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR berasa cukup kesal dan kecewa terhadap tuduhan dan pembohongan YAB Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang dikatakan tidak memberikan kerjasama dan kelulusan terhadap projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor beranggapan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas serta berniat jahat untuk memburukan kerajaan negeri.

Najib semasa lawatan ke Hulu Selangor baru-baru ini telah membohongi rakyat di Felda Gedangsa apabila menyatakan kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor lalu untuk membina rumah peneroka Felda generasi ke dua adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama pihak kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan kenyataan balas dengan menyatakan tiada sebarang permohonan yang telah dibuat samada oleh pihak kerajaan pusat ataupun Felda untuk sebarang projek perumahan di kawasan Felda terbabit sehingga kini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pembohongan demi pembohongan yang sengaja dicipta adalah antara ‘grand design’ kotor Umno untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat. Umno berasa cukup gusar kerana rakyat Selangor telah melihat kebaikan dan ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup prihatin terhadap rakyat. Agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan hasil yang baik dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik mereka.  

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan supaya Najib dan Umno Selangor supaya menghentikan segala pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana ianya akan menjadi cacian dan makian rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional semula akhirnya.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Pengawal peribadi Wan Azizan pengsan didakwa diracun


Pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikejarkan ke hospital petang semalam selepas dipercayai diserang yang didakwa membabitkan objek tajam yang beracun.

Menurut seorang pembantu kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Fayyadh Afiq Albakqry yang mengiringi Wan Azizah diserang selepas selepas tamatnya ceramah ketua pembangkang itu di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.

Serangan didakwa berlaku ketika Fayyadh Afiq mengiringi Wan Azizah meninggalkan tempat kejadian pada jam 10 malam semalam.

Mengikut jadual, Fayyadh Afiq sepatutnya mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi semasa dalam perjalanan dia mula berasa tidak sihat dan pengsan.

Wan Azizah kemudian mengarahkan pemandunya untuk berpatah balik utara untuk membawa Fayyadh Afiq ke ke hospital di Seberang Jaya.

"Pada mulanya, Fayyadh Afiq berdarah selepas cedera pada tangan akibat ditikam objek yang tajam. Kami merawat lukanya dan memutuskan untuk terus ke Parit Buntar.

"Tetapi selepas dia rasa tidak sihat, kami mengesyaki dia mungkin telah diracun semasa serangan itu," kata Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid.

Berita mengenai serangan itu merebak dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa bahawa Fayyadh Afiq sebenarnya luka ketika mempertahankan Wan Azizah yang menjadi sasaran sebenar penyerang itu. -M'kini


PAS bangga dengan kecekalan keluarga Adam Adli

PULAU PINANG : PAS bangga dengan kecekalan ayah kepada Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli (gambar) bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai berkata, apa yang dicakapkan oleh bapanya, Abdul Halim Hamid merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.

"Mendengar cakap Abdul Halim Hamid saya selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terasa bangga terhadap sokongan padunya.  Sebagai ayah beliau sanggup bersama anaknya biar dalam keadaan susah dan senang. Orang politik pun belum tentu boleh buat macam dia, " tegasnya.

Adam Adli adalah palajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menurunkan gambar datuk Seri Najib ketika mahaiswa berhimpun di perkarangan bangunan Umno di PWTC.

Akibat kesalahan itu beliau dikecam dan dikutuk oleh Umno tanpa batasan sehingga UPSI bertindak ke atasnya.

Tindakan para mahasiswa terlibat, kata Dr Mujahid, bukan ada kaitan dengan desakan mana-mana parti politik pembangkang tetapi sebaliknya atas rasa keprihatinan dan kesungguhan menyelamatkan maruah negara yang sudah tergadai.

Perjuangan mahasiswa selama ini bukanya perkara baru untuk memastikan AUKU ditiadakan bagi membolehkan mahasiswa meluahkan pandangan secara demokrasi serta mewujudkan seorang mahasiswa yang berkalibar tidak hanya menjadi mahasiswa pak angguk.

"Mahasiswa ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang Mujahid (gambar kiri)  yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Susah untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau.

Sebelum ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik.

Bila golongan terbabit mempunyai kesedaran yang tinggi dan mahukan perubahan ketara terhadap Malaysia itu menandakan satu gelombang kebangkitan anak muda yang sukar dibendung terutamanya ketika negara bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13.

"BN sebenarnya takut untuk berhadapan dengan golongan muda terutamanya mahasiswa sebab itu apa yang digerakan oleh mahasiswa cuba disekat supaya kemaraan jiwa muda tidak melarat sehingga boleh menggugat kedudukan politik jahat kepimpinan BN, " terangnya.

Turut menziarahi keluarga Adam Adli ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husein, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Bekas Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri, Zulkifly Md Lazim dan beberapa orang aktivis parti.

Pada pertemuan tersebut rombongan turut mengadakan sembahyang hajat di kediamanya sebagai langkah memperkuatkan akidah Adam Adli dan 17 rakanya yang kini berhadapan dengan berbagai kemungkinan.

Pada 31 Disemer 2011 negara terpalit satu lagi peristiwa keganasan pihak polis apabila bertindak kasar menghuraikan perhimpunan mahasiswa di hadapan Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mahukan kerajaan Malaysia menghapuskan AUKU yang didakwa menyekat kebebasan mahasiswa.

Pada perhimpunan itu Adam Adli ditahan bersama rakanya yang lain manakala Saudara Muhamad Safwan Awang terpaksa dimasukan ke hospital akibat tindakan ganas polis. -Hrkh

Penjara DSAI mudahkan PR ke P'Jaya

PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat meraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

“Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan... Anwar masuk atau tidak (ke dalam penjara) tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.

“Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh,” katanya dalam satu ceramah di Subang Jaya malam tadi.

Kira-kira 2,000 orang telah hadir mendengar ceramah yang disampaikan ketua pembangkang itu.

Anwar (gambar) menuduh “musuh politiknya” memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.

“Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.

“(Tetapi) jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu,” dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi “sebarang kemungkinan” yang berlaku.

Anwar dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengenal pasti seorang pengganti untuk mengetuai pakatan pembangkang itu sekiranya beliau dipenjarakan.

“Berdasarkan pada fakta, undang-undang... Anwar perlu dibebaskan pada 9 Januari ini. Tetapi kita menggunakan undang-undang Umno,” tambahnya yang kelihatan penat tetapi bertenaga.

Beliau menambah “komited” untuk menentang demi reformasi dalam negara walaupun telah menerima tawaran dari beberapa negara asing yang mahu memberikan perlindungan.

Kebanyakan orang ramai yang menghadiri ceramah itu merupakan penyokong-penyokong kuat Pakatan Rakyat dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkeyakinan Anwar tidak bersalah.

“Individu seperi (Mohd) Saiful akan sentiasa ada. Perbicaraan pertama, kini yang kedua. Tiada bukti dakwaan Mohd Saiful.

“Walaupun orang biasa apabila mereka membaca akhbar mereka akan memberitahu ia tiada asas,” kata seorang ahli perniagaan berbangsa Punjabi yang mahu dikenali sebagai Jit.

Jit berkata dia hadir ke ceramah itu kerana mahu memberikan sokongan kepada Anwar serta kerajaan negeri Selangor yang mana telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding ketika di bawah pentadbiran BN.

“Sekurang-kurangnya kami tahu ke mana wang kami pergi.”

Seorang bekas tentera S.M Amin memberitahu dia memandu dari Klang bersama rakan-rakannya untuk mendengar ucapan Anwar.

Anwar ialah mangsa dalam sistem BN. Disebabkan itu saya memandu dari Klang untuk menunjukkan sokongan dan membuktikan rakyat berada di belakang Anwar, Pakatan Rakyat,” katanya.

Dia berkata kepimpinan BN gagal untuk menyedari bahawa mereka perlu membayar kembali dosa-dosa yang dilakukan selepas mati.

“Sudah tentu, beliau tidak bersalah, rakyat sudah bosan sebab itu mereka berada di sini untuk menyokong Anwar, Pakatan Rakyat,” kata seorang warga emas berumur 65 tahun yang mahu dikenali sebagai Ali.

Ali percaya tuduhan terhadap Anwar patut digugurkan dan berkata akan menyertai perhimpunan 901 pada Isnin ini.

PKR telah mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 9 Januari untuk menyokong Anwar di kawasan parkir kereta di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan menambah polis telah memberikan kebenaran.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu semasa satu taklimat dan sidang akhbar bersama PKR selepas rundingan dengan parti itu.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri. -TMI

Panduan lengkap peserta demo 901.


Baca, faham dan sebar.

Okey di bawah neh ada beberapa perkara yang korang kena tahu sebelum menyertai demo 901. Ingat, demo 901 ialah demo aman bukan demo provokasi. Oleh itu, korang kena ikut rule yang tertentu agar korang aman dan selamat.

1. Di manakah demo tersebut diadakan?
 Di mahkamah jalan duta.

2. Di manakah saya patut berkumpul?
 Di kawasan parking mahkamah jalan duta.

3. Pukul berapakah saya patut tiba di sana?
Selewat2 nya jam 8 pagi. Tapi dijangka ramai yang turun seawal jam 1 pagi [mungkin menunggu di lokasi yang berlainan].

4. Boleh kah saya menunggu di kawasan masjid jalan duta?
Boleh, tetapi kalau polis halau sendiri mao tanggung.

5. Boleh kah saya menunggu di kawasan lain selain dari kawasan2 yang ditetapkan?
Boleh, tetapi kalau terjadi apa2 jangan salahkan sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri.

6. Saya pelajar, saya ingin menyertai demo 901, boleh kah?
Tidak boleh. Kalau tanya pada aku jawapan dia tidak boleh. Aku cadangkan jangan korang sertai sebab si puad tue dah bagi warning keras untuk buang pelajar2 yang terlibat dalam demo 901. Tapi kalau ada di antara korang yang berazam nak pergi demo 901 juga, sila pastikan ;

- jangan bawa kad pelajar. Waima apa2 benda yang boleh mengaitkan ko sebagai pelajar, jangan bawa.
- jangan mengaku ko ialah pelajar andai ditahan.
- kalau boleh, jika di soal polis, buat2 berlakon seolah2 ko ke sana sebab nak sokong saiful. Nak jatuhkan rejim zalim kena guna akal strategi beb.

Tak guna gak asyik kita jek ke dalam, sekarang kita kena cari jalan supaya yang ke dalam itu bn, bukan nya kita. Tak guna kita berkeras atas benda yang akhirnya kita akan jadi mangsa sampai bila2. Sebab tue aku cadangkan lawan dorang guna strategi.

7. Saya nak pergi demo, saya nak bawa banner dan baju 901, boleh ke?
Tidak boleh. Polis dah larang apa2 banner, sticker, kertas, risalah, badge, baju 901. Asal sahaja ada perkataan 901, polis tak bagi korang bawa untuk di pamerkan ketika berdemo. Kalau korang bertegas, polis akan amek tindakan atas tindakan mencetuskan provokasi.

Polis akan beri alasan bahawa mereka dah warning awal2, apsal tak ikut arahan? So, kalau ada di antara korang nak bawa juga pastikan ;

- sorok barang2 tersebut sehingga sampai di kawasan perhimpunan.
- jangan ikut laluan yang diroadblock, bimbang korang ditahan dipertengahan jalan dan kantoi disebabkan barang2 tersebut. Last2 tak dapat turun demo. Kan dah sia2.

8. Apa yang saya patut buat bila tiba di kawasan demo?
Berhimpun dengan rakan2 berdemo. Lebih baik, jika anda dapat berhimpun dengan sesiapa yang anda kenal di dalam or di luar facebook. Kalau tiada, berhimpun sahaja dengan sesiapa yang dekat dengan anda ketika itu. Masuk je. Jangan risau, ikut pengalaman bersih aku, time neh seme pendemo2 akan jadi kawan mengkawan.

9. Arahan siapa yang perlu saya ikut ketika berada di lokasi perhimpunan?
Arahan yang tidak mengalakkan kepada apa2 provokasi, itulah yang anda patut ikut. Mana2 arahan yang mendekatkan dan mengalakkan kepada provokasi, jangan ikut langsung. Kita tidak tahu apa tujuan dan niat mereka. Boleh jadi penyamar.

10. Polis larang kami berbuat bising, adakah ini bermaksud saya tidak boleh bercakap langsung?
Ini idea yang sangat bullshit. Amat mustahil untuk senyap dalam keadaan seperti neh. Jangan risau, bukan anda sahaja yang ada mulut dan ada suara. Polis pun tak larat nak tangkap semua.

11. Polis telah memberikan garisan / penanda aras di kawasan yang boleh berhimpun, apabila garisan / had larangan itu sudah dipenuhi orang, di manakah saya patut berada?
Sila berfikir semasak2 apabila anda berada dalam situasi seperti neh. Melanggar arahan polis akan di anggap mencetuskan provokasi dan mereka mungkin gunakan taktik neh untuk menghalau anda. Andai di halau, sila beredar secara baik. Andai tidak halau, stay sahaja di lokasi yang dah padat tue, andai ditahan? Sila jangan melawan menggunakan badan, sebaliknya gunakan hujah. Minta polis tunjukkan sebab kenapa anda harus ditahan. Kalau boleh gunakan apa sahaja alasan supaya anda tidak ditahan.

Jika polis bagi alasan, mari kita ke belakang sekejap ka, ke sana ka, ke sini ka, jangan ikut. Sebaliknya, minta sahaja polis berunding di hadapan orang ramai. Taktik neh aku dah pakai time bersih. Memang depa tak bantai korang depan2 orang, sejurus korang dah jauh dari pandangan orang ramai, mungkin tak pasal2 kepala ko kena luku. Bangsatnya polis yang ketuk pale aku. Aku dendam sampai sekarang dowh.

12. Apa yang saya patut buat bila polis tetap menahan saya masuk ke dalam trak?
Jangan risau. 901 telah dibekalkan dengan barisan peguam bagi menjamin anda. Anda hanya perlu inform kepada no yang tertera. [no nanti aku siarkan ye].

13. Apa yang saya patut bawa ketika berdemo 901?
Kamera, telefon dan duit yang sedikit. RM10.00 lebih bagos. Tapi rm50.00 lebih rasional berdasarkan keadaan ekonomi sekarang neh. Jangan bawa dompet. Nanti lari2 satgi dompet hilang, menyesal tak sudah ko. Kalau nak bawa, bawa beg sandang. So boleh masukkan barang2 penting disini. Jangan bawa benda2 yang berat sehingga korang sukar nak berlari dan bergerak pada hari itu. Aku takpelah. Sebab aku pergi atas kapasiti ahli media.

14. Apa yang saya patut buat andai melihat provokasi?
Rakam. Selepas rakam sebar di internet. Ingat, bukan seme yang hadir pada 901 ialah truly 901. Ramai di antara mereka ialah askar upahan untuk create chaos. So rakam je. Bila rakam, anda sebar. Dari situ maybe kita dapat siasat siapa sebenarnya yang buat provokasi. Tah2 SB dan Polis. Macam isu adam adli tue. Hehehe. Kan kantoi.

15. Apa yang saya patut buat andai melihat polis memukul orang awam?
Rakam. Dah rakam baru pergi bantu orang awam tersebut. Bertanya dan berhujah kenapa perlakuan polis kasar kepada dia. Jangan keluarkan bahasa kesat. Dan jangan balas balik kekasaran polis dengan cara yang kasar [body contact]. Kita mahu cari impak yang positif ke atas perjuangan kita. Jadi, biarkan kita kekal menjadi orang baik dan orang jahat itu biar mereka yang pegang.

16. Dsai ditahan polis, keputusan mahkamah bias. Ramai orang marah2 apa yang patut saya buat?
Teruskan demo secara aman. Dan nasihatkan orang sekeliling agar tetap berdemo secara aman. Jangan panjat kereta orang, jangan musnahkan apa2 barang awam dan jangan usik apa2 harta awam. Hormati hak orang lain sebagaimana anda mahu hak anda dihormati.

17. Dsai didapati tidak bersalah, apa yang perlu saya buat?
Ikut apa yang orang ramai buat. Andai mereka tetap berdemo, maka ikut sahaja panduan di atas neh.

18. Saya melihat ada pimpinan parti yang ditahan. Apa yang perlu saya buat?
Rakam, rakam dan rakam. Inilah apa yang anda patut buat dalam apa juga situasi sekalipun. Dan jangan sesekali membuat provokasi dan sila halang rakan2 anda daripada berbuat provokasi. Ingat, bukan hanya anda je ada kamera. Polis pun ada. Jadi, jangan biarkan polis berpeluang rakam gambar peserta 901 melakukan provokasi.

19. Saya melihat ahli2 pekida dan perkasa menganggu kami, apa yang perlu saya buat?
Rakam perlakuan mereka dan jangan layan beruk2 neh. Mereka neh ada masalah yang besar dalam memahami bahasa manusia.

20. Demo 901 berlangsung sangat baik, apa yang perlu saya buat?
Tak perlu buat apa2. Ucapkan terima kasih pada pdrm yang berkerjasama bagi memastikan demo 901 neh berjalan aman.

21. Demo 901 berlangsung sangat teruk, apa yang perlu saya buat?
Muhasabah diri. Cari mana silap salah di mana2 dan perbaiki diri agar kesilapan sama tidak berulang. Manakala, jika kesilapan datangnya dari orang lain [pihak satu lagi] sila sebarkan secepat yang mungkin agar kebenaran dan hak dapat ditegakkan.

Ini dia Penghasut, Batu Api dan Penderhaka Kepada YDP Agong


Apa la nak jadi dengan UMNO sekarang ni haa?? Ada ke patut failkan injuksi ke mahkamah utk membatalkan fatwa yg telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kedah..... aku rasa ini kali pertama aku dengar suatu fatwa dibawa ke mahkamah utk diputuskan sebagai 'batal'....adakah kuasa mahkamah hanya dikepalai oleh seorang atau dua hakim punya kredibiliti utk membatalkan suatu fatwa yg dibuat secara musyawarah mengikut perimbangan maslahah dan hukum-hakam oleh 10 ulamak besar Kedah.

Sudah ketandusan isu puak2 ini hinggakan hukum-hakam dijadikan bahan mainan dgn mahkamah yg tak ikut hukum Islam dijadikan platform penghakiman.
Bagi Sk Orang yang layak di panggil batu api, penghasut, pengkhianat dan penderhaka adalah Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) iaitu Mansor Ahmad (gambar atas berbaju kuning). Sk amat mengenali mamat berbaju kuning ni. Seorang kontraktor kelas F. Kononnya nak jadi hero, nak jadi jaguh kampung. Nak jadi hero selamatkan madrasah ni dah nampak bagus dah.. tapi yang sebenarnya pengerusi berbaju kuning ni sendiri pun taktau hujung pangkal, taktau kepala ekoq. Pakai hentam saja.

Bab Agama diri sendiri pun lintang pukang. Sepatutnya tindakan patut diambil keatas pengerusi BBSMS ni kerana menghina Datuk Mufti Kedah. Hina Mufti Kedah dah kira Menghina Sultan Kedah, Hina Sultan Kedah dah dikira Menghina YDP Agong. Sk mengharapkan agar ada individu yang berani tampil bersuara di atas kedurjanaan dan keceluparan pengerusi ini.
Ini dia bukti keputusan yang oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah berkaitan Madrasah Salihiah. Segala keputusan yang dibuat tiada kena mengena langsung dengan Kerajaan Negeri kedah. Nilaikanlah sendiri.
http://siasahkini.blogspot.com/2012/01/ini-dia-penghasut-batu-api-dan.html

BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - DS Anwar

PERMATANG PAUH, 7 Jan: Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut  dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.

Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.

Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya.

"BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas.

Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan.
Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya ‘lawan tetap lawan’ sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Tegsnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kemimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam.

"Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya. -Hrkh