Jumaat, 12 Ogos 2011

Barua Sepanjang Zaman, Kerugian!!

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM9.854 juta bagi tempoh enam bulan pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2011 dengan perolehan sebanyak RM174.619 juta.

Angka itu berbanding kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM12.418 juta yang dicatatkan pada tempoh enam bulan yang sama 2010 dengan perolehan berjumlah RM155.024 juta.

Angka Audit Bureau of Circulation (ABC) bagi tahun penuh yang berakhir pada 30 Jun, 2010, menunjukkan pengedaran akhbar harian kumpulan, Utusan Malaysia, turun 5.9 peratus daripada 181,346 kepada 170,558.

Apabila menjadi barua tentunya akan rugi, lebih-lebih lagi barua UMNO sepanjang zaman. Kalau dah dikenakan cukai lagi banyak ruginya...hu! hu!!
 

UMNO amat fobia TAZKIRAH RAMADHAN....

Umno sekat ilmu agama untuk kekal berkuasa
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Tindakan Umno BN yang menyekat perkembangan ilmu, terutama ilmu agama yang membabitkan tasauf, dari disebarkan di masjid-masjid amat dikesali kerana ia jelas bertujuan untuk membolehkan parti itu kekal berkuasa, walaupun jelas akan merugikan rakyat.

Dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh parti itu, rakyat negara ini pasti akan kerugian berpanjangan, terutama dari segi perkembangan kerohanian, peningkatan iman serta amal, jika terus berada di bawah pemerintahan Umno BN.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menegaskan, tindakan Umno yang menyekat perkembangan ilmu di kalangan rakyat amat jelas apabila diteliti peraturan yang dikenakan oleh mereka bagi penyampaian tazkirah di masjid-masjid.

Menurut beliau, antara peraturan yang dikenakan itu termasuklah larangan kepada para penceramah menyampaikan ceramah-ceramah yang menyentuh perkara-perkara besar terutama tasauf dan kepentingan politik Islam kepada umat Islam.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan untuk menjadikan rakyat jahil tentang tasauf dan ilmu politik Islam kerana jika rakyat memahami ilmu-ilmu itu dibimbangi rakyat tidak akan menyokong Umno BN dalam pilihanraya.

"Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai.

"Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah.

"Perkara-perkara lain yang besar, penting seperti tauhid, tasauf, politik Islam, jihad tidak boleh disampaikan kerana dilarang oleh para pemimpin Umno BN menerusi sekatan-sekatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung di masjid-masjid dan surau-surau," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dengan keadaan itu, menurutnya, ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, surau- surau yang dikuasai Umno BN itu dengan sendirinya tidak memerlukan penceramah-penceramah yang hebat.

Katanya, kalaupun penceramah-penceramah itu juga tergolong dalam golongan penceramah hebat seperti mufti, mereka juga tidak perlu membaca banyak kitab untuk meneliti banyak perkara besar kerana ceramah-ceramah yang perlu disampaikan hanyalah membabitkan perkara-perkara kecil sahaja.

"Dengan itu, secara langsung, jika terdapat soal jawab dalam ceramah tersebut sekiranya ada ruang soal jawab yang dibuka oleh penceramah kepada orang ramai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta juga tentu sekali hanyalah perkara-perkara kecil yang tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk dijawab oleh penceramah-penceramah itu," katanya.

Perkara itu, tegasnya, berbeza dengan ustaz haraqi yang tentunya boleh mengajar pelbagai bidang dalam Islam termasuk tauhid, fekah, usuludin, tasauf, politik Islam, jihad dan sebagainya, sejajar dengan tahap pengajian mereka yang tinggi yang meliputi pelbagai bidang pengajian dalam Islam.

Ceramah-ceramah yang melibatkan ustaz haraqi atau guru-guru tasauf itu, tegas beliau, tentunya bukan anjuran pihak yang mempunyai kaitan dengan Umno BN, tetapi PAS dan NGO-NGO Islam.

"Walaupun para pemimpin Umno BN berusaha keras untuk terus menjahilkan rakyat dalam agama terutama yang menyentuh tentang tasauf, politik Islam dan jihad untuk mengelakkan rakyat menentang mereka balik, PAS dan NGO-NGO Islam tetap berusaha mendokong perkembangan ilmu dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu di seluruh negara.

"Kalau di Kuala Lumpur, hanya nak belajar atau tak nak belajar sahaja, majlis-majlis ilmu anjuran PAS dan NGO-NGO Islam itu berada di mana-mana. Begitulah juga di tempat-tempat lain di seluruh negara," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban menegaskan, setiap umat Islam perlu bijak mengambil peluang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu itu bagi menambah ilmu kerana ia sememangnya diadakan untuk setiap umat Islam yang juga untuk setiap manusia oleh pejuang-pejuang Islam.

"Tindakan para pejuang Islam tentunya berbeza sama sekali dengan pihak Umno. Kepada pejuang-pejuang Islam, setiap ilmu yang dimiliki apatah lagi ilmu-ilmu yang membabitkan perkara besar dan penting pasti akan diusahakan disebarkan kepada orang ramai, berbanding tindakan Umno BN yang hinggakan nak bagi kuliah pun nak menyusahkan," ujar beliau.

sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4840-umno-sekat-ilmu-agama-untuk-kekal-berkuasa

Fitnah II: Najib, Rosmah lambatkan perbicaraan- Peguam

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terpaksa ditangguhkan lagi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih enggan ditemubual peguambela Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, perkara itu secara tidak langsung akan terus melambat-lambatkan lagi bicara kes itu yang sepatutnya memasuki peringkat pembelaan minggu hadapan.

“Jika mereka (pendakwa raya) tidak menyediakan semua saksi seperti dipersetujui sebelum hari Jumaat ini maka, perbicaraan tidak boleh diteruskan pada hari Isnin (depan),” kata Sankara Nair dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Keadilandaily.

Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi-saksi yang mahu ditemubual pasukan peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan semua saksi yang ditawarkan pendakwa raya kepada peguam Anwar perlu hadir untuk ditemubual peguam Anwar.

Termasuk di dalam senarai itu adalah Najib dan Rosmah serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof.

Selasa lalu merupakan percubaan pertama pendakwa raya untuk melengah-lengahkan perbicaraan apabila enggan meneruskan sesi temubual peguam Anwar bersama Musa Hassan dan Rodhwan Yusof atas alasan Anwar turut sama hadir.

Hakim Zabidin pada hari Rabu kemudian memutuskan Anwar berhak hadir dalam temubual yang berlangsung namun tidak dibenarkan bertanya soalan kepada saksi-saksi. Sehingga ke hari ini, Najib dan Rosmah masih lagi belum muncul untuk ditemubual peguam.
KD


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1UlSUscH3


Peguam mahu memanggil Najib sebagai saksi kerana penglibatannya dalam kes tersebut, apabila mengaku berjumpa dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu membuat laporan polis terhadap Anwar.


Saiful juga bertemu dengan pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar dan beberapa tokoh lain.


Pegawai Penyiasat kes itu, DSP Jude Pereira dalam keterangan di mahkamah pada Mac lalu mengaku mengambil keterangan Najib dan Rosmah berhubung kes berkenaan. Ia sekaligus mewajarkan Najib dan Rosmah untuk ditemubual sebagai saksi dalam kes itu.

Prestasi ekonomi mutakhir menjadi petanda kegagalan dasar ekonomi Najib

oleh Rafizi Ramli
Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.

Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Najib Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan.  Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya.  Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.

Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.  Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret tiga ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain.  Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang.

Najib Razak (gambar kiri) juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia.  Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta.

Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia.  Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:
Projek terbesar ETPPELABURAN DIUMUMKAN (RM BILLION)GLC/BUKAN GLC
Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor60.0GLC (PETRONAS)
MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)36.6GLC (sebuah syarikat khas ditubuhkan)
Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)10.0GLC (PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan Karambunai Integrated Resort City9.6Bukan GLC
Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit5.43Tidak diketahui
Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)5.1   

GLC (PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor5.1Dialog Group

(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)
3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi4.0GLC

(TNB)
Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang3.0GLC (di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)
Pembangunan MINES Wellness City3.0
Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion.  Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Najib Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.

Prestasi tiga penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Najib Razak.

Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia.  Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan.  Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh dua tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu.  Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006.

Sudah tentu ada perbezaan yang nyata dari segi pendekatan ekonomi sehingga mengakibatkan prestasi yang berlainan seperti ini.  Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara.

Baiknya keadaan ini tidak akan berterusan kerana lebih ramai rakyat boleh menilai sendiri bahawa reformasi ekonomi hanya boleh berlaku seiringan dengan reformasi politik, selaras dengan pendekatan ekonomi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

*Kenyataan media oleh Rafizi Ramli (gambar kiri) selaku Pengarah Strategi PKR.
DD


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1UlSFtXuw

Kelantan bina Jalan Kota Bharu-Kuala Krai

Kerajaan Negeri Kelantan akan membina Jalan Kota Bharu-Kuala Krai menerusi penswastaan selepas Kerajaan Pusat tidak menyediakan peruntukan untuk projek tersebut menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan RMK-10.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, jalan itu akan dibina sebagai Jalan Negeri selepas cadangan pembinaan kepada Kerajaan Persekutuan tidak mendapat maklum balas memberangsangkan.

Katanya, kos pembinaan asalnya berjumlah RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah akan dikurangkan seperti membatalkan pembinaan Fly Over Wakaf Che Yeh-Kota Bharu yang menjimatkan kira-kira RM500 juta.

“Kita buka tawaran kepada pihak-pihak berkenaan untuk melaksanakan projek ini dan jalan empat lorong sepanjang 63 kilometer itu sudah tentu membantu mengurangkan kesesakan khususnya di musim perayaan.

“Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim,” katanya selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

Husam berkata, perjalanan dari Kota Bharu- Kuala Krai menerusi ‘Jalan Tulang Belakang’ itu dijangka hanya mengambil masa antara 30 hingga 40 minit.

Dalam perkembangan lain, Husam memberitahu langkah Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan dinar dan dirham empat tahun lalu terbukti membantu menangani krisis ekonomi pada hari ini.

“Harga emas hari ini melonjak kepada 1,723 USD satu aun, catatan harga tertinggi dalam sejarah, jadi terbukti perlaksanaan dinar dan dirham ini memberi keuntungan.

“Dulu ada pihak memperlekehkan usaha kerajaan ini yang saya fikir kerana sentimen politik semata-mata, mereka tidak sedar bahawa emas lebih stabil sebagai alat simpanan nilai,” katanya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150276609394938&

PUAK SONGKOK TINGGI...bab Pengagihan hasil judi di bulan Ramadhan nie taknak bagi mangkok jamban jugak kaa..??

Pengagihan hasil judi di bulan Ramadhan

Thursday, August 11, 2011

Assalamualaikum dan selamat mnyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Maaf kerana agak lama tidak update oleh kerana banyak perkembangan yang tidak diduga berlaku kebelakangan ini. Apa pun insyallah ia tidak akan menganggu minat saya menulis dan memberikan pandangan. Jika diberi kelapangan dan kekuatan oleh Allah swt saya akan kembali kemaskini blog ini seperti sudah-sudah.

Mungkin kali ini dengan pendekatan yang sedikit berbeza tetapi tetap citarasa yang sama.

Sedang kita menempuh 11 Ramadhan ini saya terbaca satu laporan dalam akhbar tempatan yang sangat membimbangkan.

Saya pernah berkali membangkitkan isu ini nampaknya ia berulang kembali. Kita umat Islam perlu prihatin dalam perkara ini yang jelas matlamat tidak menghalalkan cara.

Saya petik kata-kata Wakil Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam, Rosmah Mohd Razali:

"Rumah kebajikan kami terdiri daripada 50 penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak dari umur dua hingga 18 tahun. Mereka ini memerlukan sepenuh perhatian dan kelengkapan yang cukup seperti tempat tinggal yang selesa, pelajaran, makanan dan pakaian yang cukup seperti tempat tinggal yang selesa, pelajaran, makanan dan pakaian yang cukup bagi membantu proses tumbesaran mereka berjalan dengan baik"

Manakala Pengerusi Rumah Bakri Nur Syaheera, Johari Basri pula berkata:

"Melalui sumbangan ini pihak kami dapat menyediakan baju baru kepada anak-anak yatim agar mereka dapat menikmati suasana Hari Raya walaupun tanpa keluarga di sisi."

Kisahnya, 25 rumah kebajikan telah menerima sumbangan bernilai RM25,000 sebagai sebahagian dari komitmen dan sumbangan kemasyarakatan (CSR) sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham. Biasalah di bulan yang mulia ini dan mana-mana hari perayaan dan seumpamanya syarikat-syarikat korporat, gergasi dan lain-lain mahu menyumbang dan menghulurkan bantuna. Ianya sesuatu yang baik dan wajar digalakkan.

MASALAH nya pastikan syarikat ini beroperasi dalam sektor perniagaan atau perdagangan yang HALAL. Terdapat bertaus syarikat korporat yang tersenarai dalam burasa saham tempatan yang menjalankan operasi perniagaan secara halal mengapa pilih yang sebaliknya.

Penerima-penerima sumbangan di atas menerima cek sumbangan masing-masing dari Timbalan Pengerusi GENTING BERHAD Tun Haniff Omar di KL semalam.

Genting sebagaimana kita tahu merupakan salah sebuah syarikat koperat operator judi kasino terbesar dalam negara.

Mungkin ada yang berpandangan bahawa sedekah ini HALAL - memang ada yang memakai anutan ini malah sesama Islam hari ini, bagi saya ia HARAM dan memberi publisiti kepada syarikat HARAM dalam program CSR mereka seolah mengiklankan pula aktiviti yang HARAM bertentangan dengan Islam.

Ini sekadar mengingatkan saya dan kita semua agar berikhtiarlah memastikan umat Islam yang susah dan kekurangan dibela dan dibiayai oleh umat Islam sendiri dan tidak oleh operator judi, kilang arak dan sebagainya. Fikirkanlah. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari yang lepas.

http://n32.blogspot.com/2011/08/pengaigihan-hasil-judi-di-bulan.html

Apahal ZAMIL nie dok meroyan bulan-bulan posa nie..tak dapat cium ketiak kaa..??

Apa hal mamat ni? tak pasal-pasal suruh orang saman dia.

Diam tak diam tiba-tiba timbul Pengerusi KITA Kedah si Zamil ini mencabar Pakatan Rakyat supaya menyaman beliau jika Pakatan Rakyat benar-benar tidak mempelawa Ku Li..

Nampak macam mencari publisiti murahan saja.. kalau nak saman pun rasanya bukan mamat ini yang memulakan cerita tapi Zahrain, mamat ni sekadar tukang sampuk saja.

Bila Zahrain dah mula cerita baru dia tambah perisa.. Jadi buat apa Pakatan Rakyat nak buang masa layan dia ni..

Kalau bukan mencari publisiti murahan, mungkin nak mencari sedikit duit raya.. maklumlah jadi Pengerusi KITA banyak duit dah habis..
Zamil cabar pembangkang saman

SUNGAI PETANI 10 Ogos - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar parti pembangkang menyaman beliau jika mereka benar-benar berpendirian tidak pernah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pembangkang tidak harus bermain wayang dan menipu rakyat dengan isu tersebut kerana ada beberapa bukti yang menunjukkan pertemuan itu benar-benar berlaku.

"Setiap kali ada isu, mereka hanya pandai nafi tetapi tak berani nak saman. Saya beranggapan penafian itu adalah satu penipuan besar terhadap rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menafikan dakwaan mengatakan beliau menemui Tengku Razaleigh bagi mempelawa untuk mengetuai pembangkang menggantikan Anwar.

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah mencadangkan pembangkang memilih individu lain jika mahukan Ketua Pembangkang pada masa depan.

"Saya percaya Ku Li masih setia dengan Barisan Nasional. Apa kata mereka pilih Datuk Zaid Ibrahim," katanya.
Lidah Rasmi UMNO
sumber - http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/08/sapa-pulak-mamat-ni-mai-dari-hutan-mana.html

Timb Ketua Polis tak dapat beza antara RUSUHAN & PERHIMPUNAN..!!

Izzah: Kenyataan Khalid serlahkan kejahilannya

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membidas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan BERSIH 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di kota London sekarang.

NONE“Kenyataan itu hanya menunjukkan kejahilannya,” kata Nurul Izzah kepada wartawan di luar ibu pejaag polis Petaling Jaya hari ini.

Dalam posting di laman web Facebook malam semalam, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.

Menurut Nurul Izzah kenyataan seumpama itu daripada seorang pegawai kanan polis, tidak boleh diterima dan memintanya menyemak fakta-fakta terlebih dahulu sebelum membuka mulutnya.

NONEKatanya, punca rusuhan di kota London adalah kerana rasa tidak puas hati rakyat hasil pemotongan bajet kerajaan dan kadar pengangguran yang tinggi.

Ini, dakwanya berlainan dengan peserta BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu yang sebahagian besar mereka terdiri daripada rakyat golongan pertengahan.

Namun, satu persamaan antara situasi di UK dan Malaysia, menurut naib presiden PKR itu adalah kegagalan melakukan pembaharuan kepada sistem ekonomi yang menggalakan jurang perbezaan golongan kaya dan miskin semakin melebar.

http://www.malaysiakini.com/news/172679

Nama saja Ketua Polis tapi takut kat ANWAR IBRAHIM...!!

Punca Musa Hassan dan Rodwan takut ditemubual bila Anwar ada



Musa Hassan dan Rodhwan adalah antara saksi penting yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan. Walau pun dibenarkan oleh hakim, kedua-dua insan yang banyak berjasa kepada kerajaan BN ini enggan berbuat demikian jika Anwar ada semasa proses temu bual itu berlangsung. Orang lain pelik! Saya pun pelik! Anda pun pelik!
Jawapan keengganan mereka ditemu bual jika Anwar hadir ada dinyatakan dalam berita di Berita Harian. Sebenarnya petikan berita ini saya ambil dari berita yang sama memerihalkan kemungkinan Najib-Rosmah akan ditemu bual di mahkamah berhubung dengan Drama Liwat II. Saya sengaja memisahkan kedua-dua cerita agar lebih berfokus. Jika mahu tergelak pun, kita gelakkan pada kiriman ini sahaja.

Kata pihak pendakwaan:[BH] ....Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.
Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan.

Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.
Anda mahu gelak? Silakan!

Bekas KPN yang takut kepada Anwar Ibrahim? Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof takut kepada Anwar Ibrahim? Pasukan pendakwa bimbang kedua-dua saksi ini akan dimanipulasi oleh Anwar untuk memberikan jawapan mengikut kehendaknya. WOW!!!!!!!

Kedua-dua bekas dan anggota polis yang memegang jawatan tinggi, kononnya hebat, takut dan mudah dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim? Teruk! Macam mana kalau mereka ditangkap oleh teroris? Habis rahsia negara terburai!

ADUHAI!!!!!

Bukan saya kata, bukan DCM sengaja mereka-reka cerita, tetapi berita di atas menyatakan sedemikian!

Alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ini bukan sahaja merendah-rendahkan kedua-dua saksi itu, tetapi jelas menunjukkan saksi itu seolah-olah "takut kerana salah". Jika berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Berani kerana benar! Biarlah sesiapa pun yang hadir, kalau orang itu salah, dia tetap salah!

P/s: Konspirasi Drama Liwat II ini akan terburai!DCM