Khamis, 6 Januari 2011

N .05 Tenang - Pengarah Pendidikan Negeri Johor berkempen untuk BN



Pengarah Pendidikan Negeri Johor turun ke sekolah di Tenang untuk merayu guru-guru kounseling membantu jentera Barisan Nasional didalam menghadapi Pilihanraya Kecil N.05 Tenang.

Terang dan jelas maksud Pengarah Pendidikan Negeri apabila menyebutkan warna-warna tertentu yang mewakili parti-parti tertentu. Saksikan.... kepincangan demokrasi didalam negara ini.

Persiapan 'PAS Ganti Umno' berjalan lancar

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/persiapancukai1.jpg

CHUKAI - Persiapan besar-besaran bagi program Kebangkitan Rakyat PAS ganti Umno, Pakatan ganti Barisan yang akan diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai, berjalan cukup lancar

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata, PAS Chukai yang diberi amanah untuk menyediakan segala prasarana bagi program 'Mega' tersebut sudah mencapai kemajuan sebanyak 70%.

"Dengan kerjasama semua petugas DUN Chukai, yang bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan lelah, AlhamduliLlah, sehingga kini (semalam) persiapan sudah mencapai 70%,

"InsyaAllah, kita ada lebih kurang seminggu lagi untuk memastikan Dataran Tok Guru akan bersedia menerima kedatangan 20,000 para pejuang, ahli, penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat enjelang 15 Januari nanti,"ujarnya yakin

Beliau berkata, untuk jamuan rakyat bagi makan tengahari, pihak persiapan memperuntukkan 16 ekor lembu yang akan di 'korbankan' bagi menjamu kehadiran para peserta dan tetamu.

Semakin banyak yang kita mahu laksanakan, katanya, semakin banyak kerja yang kita perlu laksanakan bagi merealisasikan hasrat sekelian rakyat Terengganu, mahu menggantikan Umno dengan PAS dan Barisan Nasiona kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua para penderma dan muhsinin yang ingin menghulurkan sebarang sumbangan agar dapat dapat menghubungi pihak sekretariat program atau kepada pihak DUN Chukai. -BO

Kejam Dan Hina

Membaca kebanyakan tulisan YB Kulim Bandar Baru seringkali meyeramkan bulu roma dan menimbulkan rasa mual, benci kepada yang empunya badan, apatah lagi beliau sering mengulang-ulang perkataan "Pak Jangout" dalam nada atau ayat menghina para ustaz (yang sememangnya tidak maksum dan tidak sunyi dari kesalahan), sedangkan dia juga ada menyimpan sejemput janggut, seperti meludah ke langit kena batang hidung sendiri.

Bertambah meluat lagi apabila beliau sering berhujah seolah-olah beliau seorang ilmuan dan mempunyai taraf kesolehan yang tinggi, pakar dalam penghayatan Islam dan kononnya dialah penegak Islam yang sebenar.

Sejak menjadi MP bebas, beliau tidak sunyi dari menyerang PR, habis semua Parti di dalam PR dilibasnya, segala tindak tanduk PR semuanya dilihat dengan penuh negatif dan dituduh jahat dan sering dihujahkan yang beliau mendapat maklumat dan tahu apa sebenarnya perancangan jahat PR.

Terbaru beliau ada mencadangkan hukuman bunuh kepada mereka yang engkar kepada Titah Sultan, Masya- Allah!!! apa ganjaran yang diidamkannya dengan ampuan sebegitu hanya Allah saja tahu.
Baca sini.
Belum selesai rasa marah dengan sikap pengampu berlebihan YB Zul itu, terlihat saya artikel terbaru Dr. Asri yang bertajuk
"Bunuh Pengkritik Sultan Satu Cadangan Yang Hina" (klik pada tajuk untuk baca).

Rasa-rasa macam tak ada orang lain dah walaupun tulisan tersebut diumumkan kepada semua orang ia lebih tepat menuju kepada YB Zul. Eloklah YB Zul dengar saranan DR Asri, bertaubatlah dan hidup sederhana serta jangan terlalu over sangat./
Wartashubhi

Bekas ketua CID: Bukti DNA kes liwat Anwar dipalsu

anwar ibrahim black eye 080206Seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998 telah dipalsukan.

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan demikian sepintas lalu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun pagi ini.

anwar ibrahim black eye 080206Salinan surat berkenaan dihantar kepada media hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Mat Zain berkata beliau telah menjelaskan perkara itu dalam suratnya bertarikh 27 Disember tahun lalu kepada ketua polis negara.

Surat sepanjang 13 halaman itu juga telah dihantar kepada perdana menteri dan juga kepada Idrus sendiri, kata Mat Zain dalam surat berkenaan.

“Dalam surat saya itu juga, saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah bertindih.

"Lebih-lebih lagi 'pemain utama' kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata lebam dan pemalsuan DNA adalah sama," katanya lagi.
'Kes mata lebam' itu merujuk insiden ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menumbuk Anwar pada 20 September 1998.

Berdasarkan keterangan dalam inkuiri oleh Suruhanjaya Diraja ke atas insiden itu, Rahim kemudiannya didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mat Zain berkata, tujuan utama surat berkenaan adalah untuk memberitahu Idrus bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan yang mengelirukan di Parlimen berhubung dakwaan tersebut.

"Saya percaya Datuk turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta dan/atau maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau mengelirukan dan/atau telah dipesongkan.

"Saya juga percaya Datuk turut sedar bahawa peguam negara sama ada sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin atau YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam parlimen," kata Mat Zain lagi.

Sultan Kelantan Dikurnia Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor

SHAH ALAM: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis khas di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al Muhammadi I kepada Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Majlis berkenaan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Bukit Kayangan dan turut disaksikan sembilan Orang Besar Daerah.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga anggota Majlis Diraja, tidak hadir pada majlis berkenaan. - BERNAMA

UMNO AKAN BERKUBUR DI PERAK - DS NIZAR


PR sudah lama sedia

Pakatan Rakyat (PR) sudah lama bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) negeri sejak dari mula Barisan Nasional (BN) ‘merampas’ kuasa di negeri ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, PR tiada sebarang masalah untuk menghadapi PRU bila-bila masa bahkan mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menghadap Sultan dan melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur isytiharkan Zambry Menteri Besar sah pada 11 Mei 2009.

Menurutnya, surat pada Tuanku Sultan diutus untuk pohon perkenan bubar DUN supaya rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka sukai sekali gus membukti Zambry tidak gila kuasa serta menyerahkan kuasa kepada rakyat sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu (pembubaran) tidak berlaku.

“Kajian terkini menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak menjunam, dihangatkan dengan upacara ancak oleh Zambry serta isu kelulusan tanah ibu beliau di Pangkor menyebabkan orang UMNO sendiri ragu-ragu dengan UMNO.

“Di samping itu, wujud pula isu Menteri Kanan UMNO terlibat dalam kes rogol seorang pembantu rumah Indonesia yang lebih meruncingkan lagi keadaan UMNO ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keyakinan BN untuk terus memerintah Perak dan persediaan PR bagi menghadapi PRU ke-13 nanti.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Negeri berkata, situasi yang agak parah menyelubungi BN memberi keyakinan kepada PR untuk kembali menerajui tampuk pemerintahan negeri.

“Insya-Allah kita akan lihat UMNO terkubur di bumi Perak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Sekretariat PR, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, PR tidak pernah gentar untuk berhadapan BN malah sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU bila-bila masa sahaja.

“Cuma persoalannya, kenapa BN tidak bubar DUN Perak sebelum ini yang pada ketika itu, keadaan politik negeri agak meruncing dengan hanya bersandarkan kepada tiga ADUN Bebas melompat untuk memberi sokongan kepada BN.

“Kalau mereka (BN) ini benar-benar tidak gentar, biarlah rakyat tentukan kerajaan mana yang disukai bukannya memerintah dengan cara tidak betul,” katanya./Sinar