Khamis, 6 Januari 2011

Sultan Kelantan Dikurnia Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor

SHAH ALAM: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis khas di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al Muhammadi I kepada Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Majlis berkenaan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Bukit Kayangan dan turut disaksikan sembilan Orang Besar Daerah.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga anggota Majlis Diraja, tidak hadir pada majlis berkenaan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan