Isnin, 13 Disember 2010

Tabung Buluh Untuk PAS

TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.
Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.
"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.
"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.
(Gambar: Memecahkan tabung buluh di Padang Luas, Besut..Foto blog Pemuda Besut)

"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.


Padang Luas

Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.

Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.

Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.

Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.

Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Bandar Tasik Puteri


Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.
(Gambar: Membilang hasil tabungan di Padang Luas, Besut...Foto blog Pemuda Besut)

Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.

Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.

"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.
Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu. -Hrkh

Soalan yang mana K'jaan Pusat tidak menjawab sehingga kini..!!??

Soalan yang rakyat mahukan jawapannya...
Pada tahun 2008, pemimpin pembangkang mendesak supaya satu siasatan dijalankan terhadap pembelian 12 helikopter Eurocopter bernilai RM2.3 bilion yang mereka dakwa dilakukan secara tidak betul.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterKementerian Pertahanan didakwa lebih membayar RM1.4 bilion ketika membeli pesawat itu dari Eurocopter untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pengadu mendakwa Malaysia menandatangani surat hasrat untuk membeli 12 helikopter Eurocopter EC725 Cougar pada harga RM2.3 bilion, sedang Brazil hanya membayar AS$1.2 bilion untuk membeli 50 unit model yang sama.

Soalan yang rakyat Malaysia mahu jawapannya ialah: Apakah kerajaan Malaysia membeli pesawat terbaik dari segi nilai wang?

Apakah ada kajian kesesuaian dilakukan untuk membandingkan harga dan fungsi helikopter berkenaan?

Dan mengapa ada isu berhubung pembelian pesawat tersebut sehingga memerlukan Jawatankuasa Kira-kira Awam melakukan siasatan?

Tahun sebelumnya pada lewat 2007, ketua audit negara telah membentangkan satu laporan di Parlimen, mendakwa bahawa satu kontrak untuk membina kapal tentera laut diberikan kepada PSC-Naval Dockyard, anak syarikat Penang Shipbuilding & Construction Sdn Bhd, yang dimiliki Tan Sri Amin Shah Omar Shah, menghadapi masalah serius.

Syarikat Malaysia itu dikontrakkan untuk menyerahkan enam bot peronda kepada Tentera Laut pada 2004 dan penghantarannya selesai pada April 2008.

Mereka seharusnya merupakan sebahagian daripada 27 bot peronda luar pantai yang menelan belanja RM24 bilion. Kontrak ini turut merangkumi hak untuk menyelenggara dan memperbaiki semua kapal tentera laut. Bagaimanapun, hanya dua kapal peronda telah diserahkan pada pertengahan 2006.

malaysia military navy teluk sepanggar naval base sabah 030908 02Terdapat 298 aduan yang direkodkan terhadap dua bot tersebut,
berhubung beratus-ratus item yang tidak lengkap. Harga asal kontrak RM5.35 bilion melambung kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.

Menurut ketua audit negara, ia berpunca daripada kegagalan salahurus kewangan yang serius dan ketidakmampuan teknikal kerana PSC tidak pernah membina, kecuali kapal pukat tunda atau bot polis, sebelum diberi kontrak tersebut oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan tersebut mendapati nilai kontrak seharusnya hanya RM4.9 bilion dan dua bot yang diserahkan itupun didapati cacat.

Satu juta penjawat awam Malaysia gembira

Oleh Al-Kerohi

Penjawat awam gembira sungguh-sungguh apabila harga petrol dinaikkan baru-baru ini.Mereka meminta Najib Penghisap Darah Rakyat Malaysia [Najib PDRM] menaikkan lagi harga bahan api itu ke tahap RM4.00 satu liter.

Harga bawang putih dahulunya RM1.80 sekilo. Sekarang RM10.00 sekilo. Dicadangkan supaya dinaikkan pada RM18.00 sekilo.Bawang merah RM1.60 sekilo - sekarang RM4.50 - cadangan RM12.50 sekilo.
Gula masih berada ditahap bahaya. Naikkan pada RM4.80 sekilo.
Tambang bas dan pengangkutan awam dikira rendah berbanding negara yang tamadunnya tinggi. Disyor dinaikkan kadar 40% lagi. Tambang bas RM40.00 naikkan pada RM56.00.

Naikkan kadar tol 45%. Ada negara yang tiada lebuhraya. Malaysia perlu bangga dengan kadar tolnya sendiri.

Tarif elektrik masih rendah dirantau Asia. Naikkan paling kurang 35%. Jika dulu bil elektrik berjumloah RM50.00, boleh jadi RM67.50.

Ayam berharga RM6.00 sekilo. Naikkan pada harga RM14.99 sekilo.

Yuran sekolah sekitar RM100.00. Mana ada sekolah di dunia kenakan yuran sebegitu rendah. Naikkan pada kadar RM888.00 seorang.

Yuran pengajian di universiti. Tak masuk akal langsung dikenakan RM40,000.00 seorang. Naikkan pada kadar yang lebih munasabah iaitu RM90,000.00 seorang.

Beras sekitar RM4.00 sekilo. Tanyalah Ismail Sabri Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - mana ada harga itu sekarang ni ? Naikkan pada harga lebih relevan iaitu RM11.90 sekilo.

Hospital masih kenakan bayaran murah. Ada cadangan sekali rawatan biasa dikenakan RM80.00.

Hampa pi tanya Rosmah Mansor, isteri Rais Yatim, bini Mahdzir Khalid, pi tanya penghuni istana, pi tanya ketua bahagian yang dapat projek berjuta-juta - berapa peratus sudah harga barang-barang melambung di pasaran ?

Depa boleh jawab ?

Minta isteri depa daftarkan laki-laki depa masuk jawi sekali lagi.

UMNO dan BN makan isi, orang kampung dan penjawat awam jilat tulang dan hirup kuah.
http://alkerohi.blogspot.com/

Tunggu Mat Sabu ceramah keangkuhan BN 7 hari 7 malam

 Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Konvensyen Barisan Nasional 2010 baru lalu memberitahu seluruh rakyat jelata bahawa Pilihanraya Umum Ke 13 akan diadakan bila-bila masa sahaja. Seperti biasa muncullah peramal-peramal politik yang membuat andaian mengenai tarikh pilihanraya.
Bagi Perdana Menteri congaknya sangat mudah, iaitu beliau akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen di waktu BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Buat masa ini peluang BN sangat tidak cerah kerana sokongan bukan Melayu belum memihak kepada BN, sedangkan undi bukan Melayulah yang membantu mereka mengekalkan kuasa di Pusat sejak sekian lama.
Masalah kedua ialah undi golongan muda. Isu perkauman Melayu yang Umno pasakkan kepemikiran rakyat saban hari, hanya menjauhkan parti itu dari bukan Melayu dan mungkin menarik sedikit sokongan golongan tua Melayu, tetapi tidak pada golongan pengundi muda yang lebih moderat serta tidak terikat dengan politik kepartian.
Golongan muda sudah terlalu jauh dari ‘zaman Jepun’ dan ’13 Mei’. Mereka adalah golongan yang terdedah kepada maklumat maya. Umno boleh menggunakan media-media primitif tunggangan mereka untuk menakutkan golongan katak bawah tempurung yang tidak kenal internet, tetapi sukar untuk menyebarkan propaganda kepada golongan muda.
Waktu zaman Jepun, anak dara dilarang keluar rumah takut diambil oleh tentera Jepun. Ancaman itu memang menakutkan anak dara Melayu kerana keganasan tentera Jepun berlegar dalam masyarakat. Di zaman ini, anak dara tidak takut lagi untuk keluar rumah walaupun terlalu banyak ancaman perogol yang lebih ganas dari Jepun. Bahkan hari ini ada anak dara yang membonceng motorsikal ‘perogol’ mereka sendiri.
Demikian situasi zaman berubah. Ancaman perkauman mungkin berkesan selepas ’13 Mei’ tapi bukan sekarang. Golongan muda hari ini tidak boleh dimomok ancaman perkauman kerana ancaman itu langsung tidak menakutkan mereka. Golongan muda juga bijak untuk bertanya kembali Umno, “Mengapa sekarang baru sibuk bincang hak Melayu yang terhakis dalam pelbagai bidang, setengah abad berkuasa apa Umno buat?”
Bukan Melayu dan golongan muda begitu menggusarkan BN. Nampaknya walaupun Najib sudah memukul gendang perang, pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa saja, tetapi waktu terdekat ini masih bukan masanya. Apatah lagi ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menegaskan bahawa mereka belum tentu akan mengikut Pusat membubarkan DUN dalam waktu yang sama.
Kenyataan oleh SPR (yang dianggap sebagai ‘parti komponen’ BN ke 14) bahawa penjawat awam juga mungkin disenaraikan sebagai pengundi pos membayangkan langkah terdesak mereka untuk mengekalkan kuasa melalui cara yang tidak demokrastik.
Setiap 10 tahun biasanya SPR akan melakukan persempadanan semula pilihanraya. Setelah hampir satu dekad, nampaknya SPR masih menyepi.
Dulu PAS berhempas pulas membantah langkah SPR memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu sesuka hati ke dalam kawasan yang dianggap ‘kawasan tradisi PAS’. Jawapan yang diberikan SPR waktu itu ialah, itu kelemahan parti politik tertentu yang tidak mendapat sokongan dari pelbagai kaum.
Jawapan itu untuk mengenakan PAS. Kini adakah strategi yang diguna SPR itu akan berulang lagi kerana jika dilakukan, ia menguntungkan Pakatan Rakyat kerana undi bukan Melayu tidak lagi berpihak kepada BN?
Satu lagi pendedahan berguna yang dibuat Najib dalam Konvensyen BN itu ialah pengakuan terbuka beliau bahawa BN sebagai parti yang terlalu lama berkuasa mempunyai empat penyakit utama iaitu; khayalan (delusion), kelupaan (amnesia), kejumudan (inertia) dan keangkuhan (arrogance).
Dalam huraiannya Najib memberitahu bahawa delusion adalah kerana merasa khayal bahawa BN akan menang sampai bila-bila.
Penyakit amnesia kerana mereka sudah lupa asal usul perjuangan.
Penyakit inertia kerana BN enggan membuat perubahan dan pembaharuan dan penyakit arrogance kerana tidak boleh terima teguran rakyat.
“Sesungguhnya semua penyakit tersebut terutama penyakit keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah,” ujar Najib.
Semua jentera penerangan Pakatan Rakyat hendaklah mengambil pendedahan Najib perihal sifat BN ini untuk diterangkan kepada seluruh rakyat jelata, sehingga rakyat sudah tidak berselera lagi untuk melihat BN.
Keangkuhan, misalnya, adalah sifat yang boleh dihuraikan secara panjang lebar. Antaranya ialah keangkuhan BN yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang layak di atas muka bumi Malaysia ini untuk menjadi pemerintah, keangkuhan BN menggunakan media-media untuk memperbodohkan rakyat dengan pelbagai pembohongan dan melakukan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, keangkuhan BN menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara demokratik, keangkuhan BN menangkap rakyat yang disyaki bersalah dibawah ISA tetapi tidak mendakwa mereka di mahkamah, keangkuhan BN menggantung Ketua Pembangkang Parlimen selama enam bulan, keangkuhan BN menggunakan pihak keselamatan untuk membelasah penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai demonstrasi sebaliknya memberi layanan istimewa kepada penyokong BN yang menyertai perhimpunan haram, keangkuhan BN menyalahgunakan semua jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka, keangkuhan BN mengalihkan peruntukan Pusat dan menyalurkan melalui ketua Umno Bahagian dan bukannya Kerajaan Negeri, keangkuhan BN menyekat royalti minyak di Kelantan, keangkuhan BN memenangi pilihanraya kecil melalui rasuah dan ugutan serta 1001 cerita keangkuhan lagi.
Mohamad Sabu boleh bercerita mengenai keangkuhan BN saja, tujuh hari tujuh malam.
Pengerusi BN telah mengaku di hadapan rakyat bahawa parti mereka bermasalah, habis rakyat nak sokong apa lagi?