Ahad, 19 Disember 2010

Walaupun di Gantung 6 Bulan Anwar tetap ketua pembangkang

Anwar kekal Ketua Pembangkang
Harakahdaily
KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan dalam satu sidang yang sangat kontroversi.

Ia berpunca dari pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah dibuat oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

Ia tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Ini adalah amalan undang-undang Islam dari Pakistan yang diambil oleh orang puteh (Barat), kata Karpal.
Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan para penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.
Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini.

Konvensyen ke 2 berjaya sepakat menuju Putrajaya

Konvensyen ke-2 berjaya tunjuk kesepakatan
Harakahdaily

Pakatan Rakyat menegaskan sekali lagi misi bersama dengan mengemukakan tawaran-tawaran baharu kepada pengundi Malaysia dan mencabar takrif Umno dan Barisan Nasional terhadap prinsip-prinsip dasar negara.

Di konvensyen kedua Pakatan di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini, parti-parti gabungan itu bertemu dengan persediaan menghadapi pilihan raya sebagai agenda utama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan apa yang disebut sebagai rekod kejayaan kerajaan negeri pimpinan DAP itu membela semua bangsa sehingga kontraktor Melayu mendapat sebahagian besar kontrak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perparitan dan Saliran melalui tender terbuka di negeri itu.

Sambil mengalihkan tumpuan pada Umno, Lim menegaskan bahawa isu Melayu terpinggir hanya kempen Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula mendedahkan kegagalan-kegagalan pemerintah terutama dalam program-program ekonomi.

"Keseriusan kita memperjuangkan pelbagai isu di Parlimen, sebagai contoh isu pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST Act), isu kenaikan harga minyak, isu penyelewengan wang rakyat dan lain-lain isu membuktikan bahawa komitmen kita demi rakyat berada pada landasan yang betul.

"Akibatnya Umno-BN cemas dan lebih berwaspada. Mereka kini lebih berhati-hati dalam bertindak kerana tahu rakyat akan memilih pakatan yang membela mereka," tegas Wan Azizah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan yang realistik menekankan sekali lagi agenda memulihkan negara daripada kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini.

Jelas Hadi, Pakatan telah bersepakat "mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau," tegas Hadi, menjawab tuduhan Umno yang mengaitkan Pakatan dengan penghakisan kedudukan istimewa Melayu.

Ketiga-tiga ucapan membawa tema konvensyen, "Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!" yang membayangkan prospek yang kelam bagi negara sekiranya BN terus memerintah melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pembentangan kertas kerja oleh wakil-wakil parti dalam sesi pertama sejurus selepas perasmian turut bertema "negara dalam krisis" secara langsung menawarkan Pakatan sebagai penyelesaian kepada krisis tersebut.

Pada masa sama, konvensyen turut mengedarkan buku kecil memperincikan dasar-dasar dipersetujui bersama oleh Pakatan, menyerupai manifesto pilihan raya bersama gabungan itu.

Perkara-perkara dikemukakan, berbentuk penerangan dan misi-misi yang ingin dicapai, mudah dibaca sebagai persembahan manifesto oleh Pakatan.

Masa dan suasana konvensyen, ketika Pakatan berdepan serangan berterusan media pemerintah dan pilihan raya umum dijangka tiba dalam masa beberapa bulan, memaksa Pakatan untuk benar-benar menunjukkan wajah bersatu dan bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan pusat.

Beberapa hari sebelum konvensyen, Pakatan menerima serangan terbaharu ekoran penggantungan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan protes yang diadakan di Parlimen.

Sebelum itu, muncul kumpulan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), menjadi sebahagian kuasa ketiga dalam politik negara.

Kemunculan kumpulan ini, dan kuasa ketiga yang rancak dibicarakan kebelakangan ini mewujudkan satu cabaran baharu kepada Pakatan, melibatkan persaingan dalam politik pilihan raya dan dalam medan ide-ide perubahan.

Respons Pakatan yang dapat diperhatikan dalam konvensyen ini tidak menunjukkan gabungan ini kehilangan fokus, walaupun retorik pada peringkat awal dan ceramah malam sebelumnya tertumpu pada serangan terhadap Umno.

Sesi-sesi perbincangan selepas perasmian memperlihatkan perincian yang lebih jelas, seperti usaha meningkatkan pendapatan isi rumah, menangani masalah peneroka Felda dan pelbagai isu lain melibatkan semua bidang.

Seperti yang disebut Presiden PAS dalam ucapan perasmiannya, Pakatan bergerak berdasarkan agenda-agenda yang dipersetujui bersama, untuk memulihkan negara yang berdepan krisis.

Berdasarkan pendekatan realistik dan harapan upaya menangani kempen negatif BN dengan lebih tersusun, Pakatan Rakyat boleh terus melihat masa depan yang cerah.

FADZILAH KAMSAH PLAK BUAT FATWA SESAT

Sunday, December 19, 2010


BERHATI-HATI KETIKA MAHU BICARA TENTANG HAL EHWAL ISLAM

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 11 Disember 2010 benar-benar mengejutkan umat Islam apabila dilaporkan bahawasanya Dr Fadzilah Kamsah telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan seseorang itu melacurkan dirinya dalam dharurat.

Kenyataan ini hampir sama nadanya dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Masyitah Ibrahim sekitar tahun 2005 dahulu.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh umat Islam ingin mengingatkan dengan jelas dan tegas agar hukum agama tidak diungkap sepintas lalu tanpa mempunyai asas dan nas yang tepat , juga sensitiviti Islam itu tidak dipermainkan. 

 Saya ingin mengingatkan, bahawa semua pihak yang ingin bercakap mengenai agama khasnya , perlu merujuk kepada mereka yang lebih tahu akan Islam itu dari sudut asas dan cabangnya sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan mengenainya .

Kenyataan yang membenarkan seseorang itu melacurkan diri dengan alasan dhorurat tidak sepantasnya dikeluarkan begitu sahaja. Kenyataan demikian jelas bercanggah dengan maqasid Islam itu sendiri. Islam tidak mengajar kita menghalalkan cara demi mencapai matlamat kita. Sekali lagi, saya ingin mengingatkan agar kita perlu lebih berhati-hati sebelum menjawab satu-satu soalan apatah lagi sekiranya soalan itu bukan di dalam kepakaran kita.

Seperkara lagi , saya ingin persoalkan apakah rasionalnya isu pengharusan zina atau melacur kerana dhorurat ini ditimbulkan ? negeri atau negara mana yang mengalami dhorurat sehingga rakyatnya terpaksa melacur ? dhorurat yang bagaimana sehingga pelacuran terpaksa dihalalkan begitu sahaja ?


Apakah Negara kita telah kehabisan makanan ? apakah kerajaan Negara ini telah kehilangan moral dan nilai simpati untuk membantu rakyatnya ? apakah masyarakat kita telah pupus semangat membantu dan menghulur bantuan kepada yang memerlukan ? atau hukum itu diberi pada reality yang tidak wujud ?

Suka saya tegaskan bahawa meminta sedekah itu jauh lebih baik dari melacurkan diri jika hanya kerana ingin mencari sesuap nasi . 

Apakah jawapan sebegini tidak boleh diberikan oleh beliau ? sementara ia boleh mengelakkan kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat yang jahil hari ini khasnya dalam dunia yang penuh dengan maksiat dan mungkar. Mudah sahaja si jahil akan berhujjah bahawa mereka melacur kerana ingin mencari sesuap nasi .

Akhirnya saya nasihat agar semua pihak berhati – hati ketika mengeluarkan pandangan atau pendapat. Kenyataan mesti berpijak di alam nyata agar tidak mengelirukan ummah serta wajib mempunyai sandaran nas yang jelas.

Nasrudin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lakonan PRU-13 Dah Bermula....

Hari ni terlewat ke pasar... selesai urusan di pasar gua dan pramugari singgah di Restoran Pak Su Seksyen 16, pekena dan bungkus apa yang patut... sambil duduk menikmati juadah tu mengadap tv... hehehe...

Ada berita dari tv 9.... macam gambar kat atas tu, Najib Razak bersama-sama ratusan peminat bola sepak menyaksikan perlawanan secara langsung antara pasukan Malaysia menentang Vietnam menerusi skrin gergasi di Jalan Bukit Bintang, malam tadi. Turut sama ialah Shabery Cheek dan Razali Ibrahim.

Lepas tu macam biasalah ayat2 bodek dari Shabery Cheeky... kononnya susah nak lihat pemimpin berjiwa rakyat yang sama2 menonton bolasepak dan sanggup duduk atas lantai jalan bla..bla..bla.... ha..ha..ha....

Bagi gua... atas kapasiti dan sebagai bertaraf Perdana Menteri... baguslah kalau selalu buat macam tu untuk bersama2 dan mendekati rakyat gua pun sokong....

Yang mendukacitakan gua... selalunya apabila senario hipokrit tersebut berlaku ianya adalah satu petanda sudah dekatnya Pilihanraya Umum, maka muka2 kepura-puraan ini akan turun padang bagi mendekati rakyat.... sambil tersenyum melebar ala..ala... kerang busuk rela dalam paksa....

Lu orang tunggu dan lihatlah rentak permainan keparat2 ini dalam masa beberapa bulan mendatang... sehingga tarikh PRU-13 di umumkan.... inilah masanya lakonan2 hipokrit dari Menteri2, MP dan Adun barisan nasional akan di ulang semula.... perhatikanlah....

Bagi rakyat yang senang di perbodohkan setiap empat lima tahun sekali memang akan percaya dan senang diperbodohkan oleh puak2 jahanam nih....

Bagi rakyat yang cerdik macam gua nih.... boleh blah laaaaa... dengan lakonan sumbang diorang tuuuu...., yang penting ubah keraaaaajaan...
 

Rakyat Miskin, Kroni Umno Kaya- Nurul Izzah



Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, sebilangan besar rakyat Malaysia masih dicengkam pelbagai bentuk kemiskinan manakala kroni umno-Barisan Nasional mengaut kemewahan negara, ujar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

” Rakyat yang bertambah miskin. Kroni BN (yang) kaya. Rakyat miskin ekonomi, dibeban dengan kos sara hidup yang meningkat dan gaji yang semakin rendah kuasa membeli.

“Subsidi rakyat cepat dipotong kerana dapat kononnya jimat RM1.2 bilion manakala subsidi kepada kroni melebihi RM23 bilion…bukan saja lambat dipotong (tetapi) digantikan pula dengan sumber kekayaan projek lain,” Izzah memberitahu Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Rakyat negara ini juga terus miskin dalam bidang pendidikan apabila dibebani dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala isteri Perdana Menteri diberi berjuta-juta ringgit untuk kelolakan program bagi golongan elit, tambah beliau.

” Rakyat miskin pendidikan bilamana kita dapati bahawa program Permata yang bukan dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi oleh isteri Perdana Menteri menawarkan pendidikan sekolah menengah. Mereka bukan sahaja dapat menduduki peperiksaan SPM tetapi juga peperiksaan antarabangsa seperti SAT.

“Pelajar tersebut belajar dua bahasa asing. Pelajar tersebut diberikan kokurikulum berkualiti tinggi. Mengapakah program Permata ini tidak menjadi program asas pendidikan menengah untuk semua rakyat Malaysia bukan hanya untuk segilintir elit?,” tambah Izzah lagi.

Menurut beliau, rakyat Malaysia juga miskin demokrasi kerana menjadi mangsa kekejaman polis dan undang-undang zalim.

“Rakyat Miskin masih menunggu untuk demokrasi kerana walaupun 53 tahun kita merdeka, masih ada undang-undang masa zaman perisytiharan darurat. Musuh-musuh negara sudah lama tewas. Siapa pula yang dianggap BN sebagai musuh Negara sekarang? Komunis? Teroris? Ekstremis? Atau Rakyat? kata Nurul.

“Rakyat miskin demokrasi kerana masih wujud undang-undang anti-demokratik seperti ISA dan AUKU. Undang-undang ini untuk selamatkan dan lindungi siapa? Barisan Nasional? Umno? Kroni? Atau Rakyat?,” tambah beliau Izzah.

Rakyat negara ini juga miskin demokrasi apabila pilihanraya yang dijalankan di negara ini tidak telus dan bersih. Paling malang, rakyat negara ini katanya miskin demokrasi apabila Parlimen negara dicemari dan dinodai oleh kerajaan Umno-BN.

“Kita cabar Barisan Nasional untuk kembalikan hak dan maruah rakyat yang merdeka dengan menerima huluran tangan dwi- partisan dimana Pakatan Rakyat bersedia untuk bersama-sama Barisan Nasional didalam membentangkan AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI dengan memanggil sidang tergempar parlimen 30 hari dari sekarang.

“Akta ini adalah tanda keikhlasan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Negara dari ambang kehancuran,” tambah Izzah lagi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengingatkan seluruh jentera parti bahawa perjuangan politik adalah untuk memenuhi impian rakyat.

Justeru katanya, penting kepada seluruh jentera parti merapatkan saf perjuangan dan mengeratkan tali persaudaraan untuk mengemudi bahtera parti yang berasaskan kepentingan rakyat ini.

” Kita berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan tali persaudaraan satu perjuangan menghadapi satu cabaran dan memenuhi satu impian di dalam satu Pakatan demi Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Demokrasi.

” Kita berkumpul hari ini untuk membawa Politik Harapan dan Pembebasan.

” Pakatan Rakyat adalah untuk menewaskan politik ketakutan dan kehancuran,”tegas Izzah.

TGHH: BN umpama api dalam sekam

Ahad, 19 Disember 2010 15:18 BlogMaster
  
KEPALA BATAS, 19 Dis - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Pakatan Rakyat kini dibelenggu 'kelemahan diri sendiri' hingga boleh menggagalkan usaha untuk mencapai matlamat mengambil alih kerajaan.

Beliau berkata, agenda perubahan yang dijanjikan kepada rakyat sukar dicapai sekiranya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat mudah hilang tumpuan setelah menerima serangan daripada pihak lawan. "

Kita dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di sini, Ahad. Selain itu Abdul Hadi berkata, komponen Pakatan Rakyat juga sememangnya berhadapan dengan cabaran besar iaitu dari segi perbezaan pandangan.

Jelas beliau perbezaan pandangan yang wujud antara ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP perlu diatasi dengan baik bagi mengelakkan wujudnya masalah yang lebih besar.

"Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini. "Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang," katanya.

Pakatan Rakyat Perlu Berani Selesaikan Masalah
Bagaimana pun Hj.Hadi berkata, Pakatan Rakyat sentiasa berani dan bersedia untuk berdepan dan seterusnya menangani isu-isu yang timbul secara terbuka dengan semangat penyatuan. "Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini.

"Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulen bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan," katanya. Tambah beliau, pemimpin negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat disaran supaya berani melakukan rombakan pentadbiran kerajaan negeri sekiranya perlu.

"Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakanpentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. "Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus laksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan dan perkemaskan jentera parti di negeri yang belum bersama kita," katanya lagi.

PAS Akan Perkasakan Islam Sebagai Agama Rasmi
Abdul Hadi turut mengingatkan Pemimpin Pakatan bahawa sebuah pemerintahan yang baik tidak hanya akan berjaya dengan pencapaian ekonomi semata-mata. Menurutnya PAS tidak melahirkan masyarakat yang hanya melihat kepada pembangunan material hingga akhirnya mengabaikan pembangunan jiwa dan rohani hingga menyebabkan penularan penyakit kemanusiaan.

"Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupanrakyat di bawah jagaan kita. "Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. "Dalam masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini," katanya.

PahangDaily: Pakatan Rakyat sepatutnya lebih berhati-hati dalam menentukan hala tuju masa depan mereka, terutamannya dalam usaha menakluki Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang. Seharusnya, keyakinan itu tidak terlalu diperbesarkan buat masa ini kerana ia akan menyebabkan pemimpin UMNO BN tidak senang duduk dan senang berdiri bagai "cacing kepanasan".

Adalah lebih elok, masing-masing bersikap berdiam diri daripada melaung-laungkan sesuatu yang akan menakutkan musuh. Malahan, tindakan menghebahkan kononnya Pakatan Rakyat sudah cukup kuat untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada PRU akan datang pasti membuatkan Perdan Menteri dan kuncu-kuncunya akan mencari jalan untuk menggagalkan hasrat itu. Lantaran itulah kita tidak hairan Najib boleh keluarkan kenyataan bahawa "Kalau BN tak menang, yang lain jangan harap.." andainya BN tewas dalam PRU-13 nanti.

Malah, dengan penuh yakin Najib mengatakan akan pertahankan Putrajaya habis-habisan demi mencapai matlamat mereka dari terus berkuasa. Mereka juga harus ingat bahawa pilihanraya di Malaysia masih tidak bersih seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Lebih elok berhati-hati dalam setiap kenyataan panas yang dikeluarkan dari masa ke semasa itu hendaknya].

Sumber: Pahang Daily

Bekas Mufti Dr Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13

December 19, 2010

Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) bersama Mohd Nizar Jamaluddin selepas majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas pagi tadi.


KEPALA BATAS, 19 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
“Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, “tengok dulu. Saya sedang melihat..”

“Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman.

Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan “tidak bercadang untuk memilih jalan itu” walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno.

“Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran ‘progresif’ ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu.

Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13.

“Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini,” katanya.

Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. “Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah... beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh,” kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun.

Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. “Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak,” katanya.

Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil.

Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

“Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya.

“Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat.

“Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan,” kata beliau lagi.- minsider

Link Lintas Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat

http://www.tvsnews.net/live/channel2/

Gambar sekitar konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 Disember 2010











































p/s: Lagi gambar dan video akan menyusul...

Konvensyen Pakatan bermula, umum program 100 hari


Mesej di konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas hari ini adalah jelas: Tiada masa lagi yang harus dibazirkan untuk menyelamatkan negara daripada kerosakan yang dilakukan Umno dan beri mandat kepada Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya dan memulihkan keadilan dan demokrasi di Malaysia. pakatan 2nd convention 191210 04Dalam ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.
Dalam ucapannya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan. Program itu merupakan resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia. pakatan 2nd convention 191210 03Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia. Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka. Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi. pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speechLim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang. pakatan convention eve ceramah 191210 crowdMalam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.

Sebelum konvensyen bermula, pemimpin dan para perwakilan dihiburkan dengan beberapa persembahan kesenian seperti persembahan silat, tarian singa dan silamban (senibela diri dari selatan India). Turut dipersembahkan ialah tayangan mengenai prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang dengan berlatarbelakang irama lagu popular P Ramli 'Getaran Jiwa'.
 
 pkr announce new line up 181210 wan azizahSementara itu, Wan Azizah, dalam ucapannya, memberi amaran mengenai serangan berterusan terhadap Pakatan oleh Umno-BN, dengan menegaskan bahawa ia jelas bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penyokong Pakatan. Katanya, mereka berbisik kepada orang Melayu bahawa DAP akan menjual kepentingan Melayu, supaya orang Melayu mencurigai DAP. Menurutnya, mereka juga berbisik kepada bukan Melayu bahawa PAS menentang mereka, supaya mereka bimbang terhadap PAS. Mereka juga, tambahnya, memberitahu seluruh Malaysia bahawa PKR dan Anwar mempunyai masalah dengan Pakatan untuk meningkatkan kecurigaan di kalangan rakyat. pas seminar 071109 hadi awangWan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut.
 
 Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman. -M'kini

SUASANA KONVENSYEN PR KE-2 SEBELUM PERASMIAN


Anda

Anwar: Mahu Rakyat Beri Mandat Lebih Besar



BATU KAWAN 19 DIS: Mandat lebih besar daripada rakyat diperlukan Pakatan Rakyat (PR) bagi membolehkan perubahan menyeluruh dilakukan ke atas negara ini menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyatakan sokongan penuh diperlukan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berbanding Mac 2008 bagi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal menjelang.

"Parlimen dan Negeri mesti kena kuat kalau mahukan perubahan," kata Anwar ketika berucap pada Majlis makan malam Keadilan di Juru Malam tadi.

Beliau mengulas mengenai kepentingan mendapat sokongan penuh segenap lapisan masyarakat yang persis PRU 12 lalu yang membolehkan PR menafikan majoriti 2/3 Parlimen Barisan Nasional sejak sekian lama dan menggondol lebih 3.8 juta undi popular.

Dalam ucapannya Anwar juga menyentuh isu memikat pengundi dan mahu PR mempertingkatkan usaha untuk menerokai kawasan-kawasan orang Melayu untuk mendapatkan sokongan besar dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Katanya, parti-parti komponen perlu menyampaikan mesej dan menjelaskan isu kepada orang-orang Melayu.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR mendakwa rakyat sudah tidak boleh mengharapkan perubahan di bawah pemerintahan Umno-BN kerana mereka hanya boleh mengubah gaya dan penampilan mereka semata-mata, bukannya membawa dasar-dasar yang lebih baik.

“Umno tidak akan berubah yang berubah cuma gaya mereka, bukan polisi, makin sombong, kita cakap dia buang kita.Oleh kerana tidak mahu kita bercakap, dia buang saya, ” kata Anwar mengulas mengenai hukuman gantung 6 bulannya dari Parlimen minggu ini.

Selain Anwar, turut mengalami nasib yang sama ialah Azmin Ali, Karpal Singh dan R Sivarasa kerana membangkitkan isu APCO di Parlimen.

"Apa gunanya saya jadi Ketua Pembangkang kalau tidak mahu bercakap di Parlimen,” kata Anwar.

Tubuh IPCMC, Bebas SPRM, Dalam 100 Hari PR Memerintah



KEPALA BATAS 19 DIS : Pembentangan kertas-kerja dari wakil Parti Keadilan Rakyat di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-II menyaksikan tumpuan Pakatan Rakyat kepada isu keselamatan rakyat.
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mencadangkan pemulihan profesionalisma pasukan Polis Diraja Malaysia dan membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari kawalan Eksekutif.

"Sejurus mengambil-alih kuasa, tekad kita adalah melaksanakan saranan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Penambahbaikan Polis, termasuk mewujudkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis atau IPCMC," kata Saifuddin.

Kematian mendiang A Kugan dan Allahyarham Aminulrasyid di tangan polis menunjukkan kerosakan PDRM dibawah Umno-Barisan Nasional tiada tolok banding.

Pakatan Rakyat melahirkan rasa khuatir akan kerosakan yang bakal diwarisi generasi akan datang.

"Polis sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, bukan zalimi rakyat. Topi dan boot mereka adalah dari duit rakyat. Kerja mereka bukan untuk sepak terajang rakyat, tetapi tegakkan keadilan di bumi Malaysia," kata Saifuddin.

Saifuddin dalam pembentanganya berkata perlaksanaan IPCMC menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dalam 100 hari mentadbir Malaysia.

Selari dengan langkah itu, Pakatan Rakyat meletakkan keutamaan untuk membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari campurtangan politik.

"Pakatan Rakyat akan memastikan SPRM bertanggungjawab terus kepada Parlimen, dan melaksanakan tugasnya dengan adil dan amanah, tanpa rasa takut kepada penguasa," tegas Saifuddin.

Perasuah Dan Petualang Rompak Harta Rakyat Tidak Layak Digelar Warganegara



KEPALA BATAS 19 DIS : Mereka yang rasuah, menyokong perilaku rasuah, menyemai perpecahan kaum dan ketegangan agama, serta petualang rompakan harta rakyat tidak boleh diakui sebagai warganegara kerana kegiatan mereka menjejaskan negara dan rakyat seluruhnya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat Malaysia tulen hanyalah mereka yang mendakapi lima semangat Rukunegara iaitu, ketakwaan kepada tuhan, kesetiaan pada raja dan negara, memartabatkan Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara kesopanan dan kesusilaan rakyat.

"Rakyat Malaysia tidak akan terbabit dengan kegiatan yang menjejaskan negara. Rakyat Malaysia sebenarnya adalah majoriti negara ini, yang mahukan keadilan dan layanan sama-rata kepada semua. Rakyat Malaysia yang tulen adalah mereka yang mahukan keharmonian sesama kita, yang mahu undang-undang didaulatkan dan ketakwaan kepada tuhan," kata Guan Eng.

Beliau melahirkan dukacita diatas sika kepimpinan Umno-BN yang melanggar prinsip dan semangat Rukunegara. Guan Eng berkata sudah tiba masanya rakyat mempertikaikan kesetiaan pemimpin gagasan pemerintah berdasarkan kepada tindak-tanduk mereka.

"Barisan Nasional menggunakan strategi bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu untuk memecahkan-belahkan rakyat. Sikap seperti ini bukan sikap rakyat Malaysia tulen. Golongan yang rasuah, tamak-haloba, yang menyebar fitnah dan menjual kepentingan awam bukan rakyat negara ini," tegas Guan Eng.

Beliau menambah tiada tempat untuk golongan itu dalam wawasan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Malaysia Baru bukan untuk mereka," kata Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang melahirkan dukacita dengan laporan media yang bersekongkol dengan pemerintah tidak memberi liputan dan pendedahan yang adil kepada Pakatan Rakyat.

Guan Eng menambah rakyat terkeliru dan mengganggap DAP anti-Melayu akibat dari kempen bersepadu Umno-Barisan Nasional yang mahu Malaysia kekal di takat lama.

"Perlembagaan DAP mengiktiraf dan mengakui bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi, Islam adalah Agama Negara, Pertahankan keistimewaan bangsa Melayu-Bumiputera, dan tidak meminggirkan kepentingan kaum-kaum lain," tegas beliau.

Guan Eng menambah kepatuhan kepada semangat Perlembagaan dizahirkan dalam urustadbir negeri Pulau Pinang.

"Barisan Nasional gunakan strategi kaum, agama dan Raja untuk melaga-lagakan Pas dan DAP. Mereka dakwa orang Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan dari arus ekonomi negeri. Walhal rakyat Pulau Pinang tidak pun bising akan hal ini, kerana mereka maklum bahawa kontraktor Melayu mendapat hampir 100 peratus atau 100 peratus dari kontrak-kontrak kerajaan negeri sejak penmilihan meritokrasi diperkenalkan," kata Guan Eng.

"Mereka dipilih bukan kerana mereka itu berbangsa Melayu. Sebaliknya mereka dipilih kerana merekalah kontraktor yang terbaik untuk tugas yang diamanahkan. Mereka di pilih berdasarkan kebolehan dan keupayaan. Yang sebenarnya buat bising di Pulau Pinang adalah kontraktor Umno, yang tidak menepati ciri-ciri kontraktor berkebolehan," jelas beliau.

Dalam pesanannya kepada rakan komponen Pas, PKR dan SNAP, Guan Eng berkata Pakatan Rakyat perlu lebih menumpukan kepada menyelamatkan ekonomi negara.

"Dahulunya kita adalah ekonomi yang ke-3 terbesar di rantau ini, sekarang kita ditinggalkan Singapura. Keluaran Dalam Negara Kasar republik itu jauh lebih besar, meskipun rakyat mereka lima kali ganda lebih kecil dan tanah Singapura kontang tanpa sumber alam," kata Guan Eng.

"Kalau kita bernasih baik, menjelang 2020, Malaysia tidak akan jatuh muflis," keluh beliau.

Guan Eng berkata Barisan Nasional menguar-uarkan pelbagai akronim ekonomi dan projek gergasi untuk mengaburi realiti ekonomi yang semakin mundur.

Namun hakikatnya, rakyat terus tertekan dan diasak situasi ekonomi semasa.

"Apa yang mahu dihairankan dengan menara 100 tingkat. Firaun suatu masa dahulu juga membina piramid tinggi-tinggi," katanya disambut tawa dari 2,000 hadirin yang hadir hari ini.

"Saya yakin rakyat yang berpegang kepada amar makruf, nahi mungkar, sama-sekali tidak akan membenarkan firaun hidup kembali," katanya.

Guan Eng mengingatkan Pakatan Rakyat untuk menggemblengkan kekuatan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13, yang beliau sifatkan bakal menentukan nasib dan halatuju negara.

"Kita harus pertahankan Ketuanan Rakyat, supaya ia terus hidup di Malaysia. Sekarang masa untuk kita bekerja. Kalau tidak, kita cakap kosong sahaja," tegas Guan Eng.

"Saya juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, diatas perkahwinan beliau. Moga dengan perkahwinan itu, beliau bersedia untuk bertarung dalam PRU-13 nanti," kata Guan Eng.
INFO: Sekarang LIVE: Siaran Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2, Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

Alahai Rosmah.. Dulu buat untuk budak-budak.. lanie dah melarat ke budak menengah pulak..bhgn Agama mana..??


Program Menengah Tinggi Permata Pintar mula Januari
17/12/2010 4:19pm

BANGI 17 Dis. - Program Menengah Tinggi Permata Pintar, iaitu program istimewa bagi pelajar pintar cerdas di Tingkatan 4 akan bermula Januari ini, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri itu berkata, program yang diletakkan di bawah pengurusan Pusat Permata Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menawarkan kurikulum yang merangkumi beberapa komponen penilaian termasuk akademik, folio, aktiviti kokurikulum dan pembinaan jati diri.

Semua persediaan termasuk infrastuktur, penyediaan kurikulum dan latihan guru hampir selesai, katanya di sini hari ini.

Beliau yang merupakan penaung Program Permata Pintar Negara berkata, selain mengikuti kurikulum arus perdana di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar juga akan ditawarkan kurikulum antarabangsa termasuk SAT, O dan A Level, kursus 'Advance Placement' dan beberapa kursus Tahun Satu Fakulti Sains dan Teknologi.

"Pelajar juga dikehendaki mengambil dua bahasa asing dan bagi membantu membina jati diri dan menjadi rakyat Malaysia yang bitara, pelajar juga perlu mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum seperti muzik, sukan, kesenian, badan beruniform dan persatuan," katanya. - Bernama

Senarai kebiadaban Umno terhadap Raja-raja

Oleh Idris Ahmad - HarakahDaily
 
Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.
Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.
Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)

9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.