Ini satu lagi maklumat yang perlu Najib
Altantuya ambl peduli sesuai dengan slogannya Berubah Atau Rebah kerana tatkala
beliau dan Timbalan Presiden Umno sedang berusaha dan hampir berjaya sepenuhnya
memulihkan imej parti dan kerajaan, ada pula pihak-pihak tertentu mengambil
kesempatan mengaut keuntungan secara peribadi dan mungkin percuma tetapi
meninggalkan kesan yang amat besar serta parah kepada rakyat.
Najib Altantuya dan Muhyiddin pasti yakin
dan mengetahui bahawa Johor adalah kubu kuat ataupun benteng yang mempertahankan
Umno selama ini dan rakyat Johor hidup mati mereka adalah sebagai orang Umno dan
akan terus menyokong Umno sampai bila-bila tetapi kalau maklumat yang diterima
ini benar dan Najib terus mempertahankan kepimpinan yang ada,kita bimbang
kedegilan Wan Mokhtar Menteri Besar Terengganu satu ketika dulu berjangkit
terhadap rakyat Johor.
Menjelang PRU13 nanti, Najib Altantuya tidak
ada pilihan, beliau perlu berani membuat tindakan dan bukan sekadar tegas
bercakap semata-mata, itupun kalau Najib Altantuya sayangkan rakyat Johor yang
cinta serta kasih sayang mereka pada Umno dan Barisan Nasional tidak pernah
pudar,
Saya harap maklumat ini tidak benar dan
kalau ada kebenarannya, ada pihak yang perlu dipertanggungjawabkan terutama
sekali mengenai isu pengambilan tanah untuk pembangunan di Danga Bay yang
asalnya milik Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ) telah dijual kepada Danga Bay
Sdn Bhd dan dikecualikan daripada bayaran premium.
Sukar kita membayangkan andainya maklumat
ini benar bahawa Danga A seluas 214 ekar dan Danga B seluas 135 ekar dijual
dengan harga satu kaki persegi dengan RM13.12 sedangkan harga semasa bermula
dari RM200-RM250 satu kaki persegi.
Manakala Danga C seluas 524 ekar dikatakan
telah dijual satu kaki persegi dengan harga RM1.50 sedangkan harga semasa
RM80-RM120 satu kaki persegi. Danga D1 da Danga D2 192 ekar dijual dengan harga
RM1.50 satu kaki persegi sedangkan harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM
120.00.
Danga D3 seluas 84 ekar dijual dengan harga
RM1.50 satu kaki persegi, harga semasa bermula dari RM80.00 ke
RM100.
Lebih malang lagi Danga E yang luasnya 154
ekar dijual hanya RM28 juta sedangkan nilai semasa RM500 juta manakala Danga D4
dan D5 seluas 485 ekar diberikan secara percuma manakal untuk pembangunan
Iskandar Water Front, sekali lagi KPRJ telah memberikan tanah kepada Danga Bay
seluas 1800 ekar tetapi KPRJ hanya memegang saham sebanyak 12.30 %,Danga Bay
36.50 %,Iskandar Water Front Holding memegang saham sebanyak 51.20
%.
Selain itu KPRJ juga telah menyerahkan
banyak tanahnya untuk dibangunkan oleh Danga Bay dan apa istimewanya Danga Bay
sehingga begitu banyak kehendak syarikat ini dipenuhi oleh KPRJ hinggakan
dalam KPRJ. Lim Kang Hoo dikatakan memegang saham sebanyak 70 % manakala
KPRJ hanya 30 %. Siapa yang menguasai KPRJ ini sebenarnya?
Atau ada pemimpin Melayu yang menjadi barua
ataupun tali barutnya sehingga dengan cukup wewenang tanah-tanah tersebut
diserah untuk dibangunkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada rakyat
Johor?
Cara pembangunan ini seolah-olah untuk
menghalau orang-orang Melayu secara terhormat dari Johor Bharu. Rakyat Johor
bukan menolak pembangunan tetapi pembangunan harus dibangunkan tanpa
meminggirkan atau membunuh kepentingan orang-orang Melayu di negeri
itu.
Saya amat berharap maklumat ini tidak benar
dan kalau benar betapa bersimpatinya kita dengan Najib Altantuya yang bertungkus
lumus menggerakan transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak
tertentu berpakat dari dalam untuk menggulingkan kepimpinan Najib.mejahanamkan
kepercayaan rakyat Johor terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Kerakusan mereka ini jika tidak
dihalang,kita bimbang ada kejutan ataupun tsunami pada PRU13 nanti dan ketika
itu, sudah tiada erti lagi keramatnya sebuah negeri yang menjadi tapak penubuhan
Umno yang akhirnya ada pemimpinnya menikam Umno dari belakang.
Menjelang PRU13, demi masa depan rakyat
Johor yang sedang disumbat dengan serangan pembangkang, Najib Altantuya harus
melaksanakan program transformasi politiknya dengan kadar paling segera. Andai
kepimpinan negeri sumbang,tempang serta rakus mengejar kekayaan peribadi,mereka
ini perlu diganti ataupun disingkirkan.
Johor terlalu ramai pemimpin yang berpotensi
serta berkualiti dan rakyat Johor tidak akan menangis andainya keputusan yang
Najib buat itu adalah untuk mempertahankan kepentingan mereka malah kita percaya
rakyat Johor akan berdiri teguh menyokong Najib Altantuya dan
Muhyiddin.
Kita tidak mahu nasib Terengganu satu ketika
dulu tempiasnya menepis rakyat Johor. Mereka cukup sayangkan Umno tetapi mereka
mula benci kepada pemimpin yang mengkhianati kesetiaan dan keyakinan mereka
terhadap parti.
Bayangkanlah bagaimanakah kemampuan yang
rakyat Johor harus ada untuk memiliki rumah baik banglo,teres ataupun kondominum
di jajaran Danga Bay itu yang dijual melebihi harga setengah juta ringgit seunit
itu?
|
Harga rumah melebih setengah
juta... |
Dan adakah ini yang disebut-sebut oleh
pembangkang bahawa pimpinan kerajaan negeri berpakat dengan orang –orang
tertentu untuk `makan’ tanah-tanah rakyat Johor terutamanya tanah orang-orang
Melayu demi mengkayakan mereka dan krooni-kroni mereka.
Saya menyimpan banyak lagi maklumat-malumat
ini dan saya percaya maklumat-maklumat ini sudah sampai ke pihak sepatutnya
terutama sekali Perdana Menteri, SPRM serta pihak berkuasa lain dan saya amat
berharap bahawa maklumat ini tidak benar.
Meskipun pembangkang telah mendedahkannya
dan tidak ada penafian ataupun kenyataan dikeluarkan oleh oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab, kita bimbang maklumat-maklumat ini sahih dan
benar.
Untuk peringkat ini saya tidak bersedia
untuk mendedahkan berapa banyak syraikat yang menguasai pembangunan hartanah di
Johor yang dimonopoli oleh seorang individu sahaja dan kita percaya Cina yang
mendatangi Johor ini tidak berani bertindak sedemikian seandainya tidak ada
tangan-tangan ghaib di belakang mereka. -Jalan
Pulang
Siapa tangan itu?
Siapa dalangnya?
Siapa exconya