
Sudah
menjadi rahsia umum, kebanyakan syarikat kroni bukan Bumiputera enggan
menghulurkan dana pilihanraya kepada Umno-APCO dan Najib Altantuya ekoran
prestasinya sendiri pun tidak menggalakkan sejak menjadi perdana menteri tiga
tahun lalu.
Genting Berhad, YTL Corporation dan Berjaya Corporation
dilaporkan enggan memberi peruntukan seperti kebiasaannya kerana sudah dapat
menghidu kekalahan yang bakal diterima rejim pemerintah sekiranya pilihanraya
umum diadakan dalam masa terdekat.
Maka, jalan terakhir hanyalah meminta
bantuan taikun Melayu, Syed Mohktar Albukhary yang sudah pun mencatat sejarah
bilionair Melayu pertama pernah dilahirkan menerusi sistem kroni Umno-APCO sejak
zaman bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad.
Dikhabarkan, Umno-APCO dan
Barisan Najis memerlukan sekurang-kurangnya RM1.2 bilion untuk memenangi
pilihanraya umum dengan mengandaikan setiap parlimen diberi rasuah sebanyak RM10
juta dan setiap DUN sebanyak RM5 juta.
Dengan jumlah 222 kerusi parlimen
dan 505 kerusi DUN di seluruh negara (tolak Sarawak 71 kerusi kerana sudah
setahun mengadakan pilihanraya negeri), ia masih memerlukan RM1 bilion untuk
memastikan Putrajaya tidak terlepas dari tangan.
Jadi dengan kebenaran
kerajaan kepada Syed Mokhtar mengakses segala maklumat berkenaan Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB), sudah pasti Umno-APCO mendapat imbuhan yang sangat
diperlukan di kala kantung pilihanrayanya agak kritikal.
Keputusan Syed
Mokhtar Al Bukhary mendapat kelulusan untuk membuat kajian terperinci terhadap
KTM Berhad, adakah ia satu lagi tindakan menambahkan dana pilihan raya Umno dan
Barisan Nasional (BN), Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
mempersoalkan.
"Saya diberitahu bahawa Syed Mokhtar telah dapat kelulusan
untuk buat due diligence ke atas KTM Berhad, iaitu diberi kebenaran untuk
mengetahui semua perkara yang dianggap perlu untuk diketahui berkaitan
KTM.
"Perkara itu berlaku ketika dihebohankan bahawa kerajaan BN akan di
beri balik sejumlah wang dari penjualan aset-aset tertentu untuk menghadapi
pilihan raya umum," katanya.
Antara tindakan yang paling mendapat
perhatian sebelum ini ialah apabila Maju Expressway (MEX), lebuhraya Kuala
Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer baru-baru ini dijual dengan harga RM1.7
bilion kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh Maju Holdings Sdn Bhd
sedangkan pelaburan asal Pengerusi Eksekutif Maju Group, Tan Sri Abu Sahid
Mohamed (Ali Maju) untuk MEX hanya RM60 juta sahaja.
Mohamad
mempersoalkan, adakah apa yang berlaku itu merupakan bailout atau penjualan
asset yang dipisah-pisahkan bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan atau
asset stripping.
"Adakah apa yang orang korporat kata asset stripping itu
juga dapat membantu menambahkan dana pilihan raya Umno BN?" soal
beliau.
Berikutan dakwaan bahawa Syed Mokhtar mendapat kelulusan untuk
melakukan due diligence ke atas KTM itu, Mohamad bimbang akan wujud raksaksa
yang sangat berkuasa ke atas negara ini.
"Saya diberitahu ada khabar
angin bahawa Syed Mokhtar telah membuat tawaran membeli PLUS
Berhad.
"Kalau KTM dia punya, PLUS pun dia punya, Syed Mokhtar menjadi
individu yang sangat berkuasa, menguasai logistik negara serta menjadi orang
yang sangat penting ke atas kesejahteraan ekonomi negara.
"Sekarang pun,
dengan penguasaan beberapa pelabuhan serta cadangan untuk menguasai pelabuhan
lain dalam negara ini, kalau Syed Mokhtar demam, Malaysia boleh pengsan," kata
beliau.
Syed Mokhtar menguasai Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor dan Pulau
Pinang.
Terdapat pula dakwaaan Syed Mokhtar sedang berusaha untuk
mengambilalih Northport Berhad di Pelabuhan Kelang.
"Kalau Syed Mokhtar
berjaya kuasai PLUS dan KTM dan 60 peratus dari eksport negara pula adalah
melalui pelabuhan-pelabuhan sekitar Selat Melaka yang beliau miliki, bayangkan
betapa berkuasanya Syed Mokhtar.
"Banyak pula khabar yang kita dengar
bahawa di belakang Syed Mokhtar ialah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad).
"Kalau
benar, adakah ia bermakna Dr Mahathir sekarang sedang berusaha habis-habisan
untuk menguasai infrastruktur strategik dalam negara ini dan beliau tetap
mempunyai kuasa tawar-menawar sekalipun berlakunya keadaan Umno dan BN
menghadapi kekalahan?" kata Mohamad.
Beliau melahirkan kebimbangan apa
akan terjadi apabila infrastruktur-infratruktur penting negara ini dikuasai oleh
Syed Mokhtar yang sering dilaporkan mempunyai tanggungan yang luar biasa
besar.
"Beberapa kali saya membaca laporan bahawa syarikat-syarikat milik
Syed Mokhtar mempunyai hutang yang sudah mencecah RM25 juta.
"Kalau Syed
Mokhtar tersungkur, ia bermakna kerajaan mesti membantunya dengan memberikan
pelbagai geran dan pinjaman mudah dan rakyat jugalah yang akan menanggung
bebannya," kata beliau.
Tindakan kerajaan Umno meluluskan Syed Mokhtar
menguasai hampir semua infrastruktur pengangkutan dan logistik negara juga
merupakan tindakan yang sangat luar biasa, kata Mohamad.
"Kalau semua
infrastruktur pengangkutan dan logistik negara Syed Mokhtar yang punya, buat apa
lagi ada Kementerian Pengangkutan?
"Juallah dengan menterinya sekali!"
beliau menyindir.
Sebelum ini Malaysian Insider melaporkan bahawa
pihaknya difahamkan bahawa Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana
kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran
kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.