Rabu, 27 Julai 2011

VIDEO WAN AHMAD KENA BOO (PUSINGAN 1) DIKEMASKINI PUSINGAN 2 DAN SOAL JAWAB !!

TERKINI!!

SAKSIKAN BAGAIMANA TIMBALAN PENGERUSI SPR, WAN AHMAD WAN OMAR TERKULAT-KULAT MENJAWAB HUJAH BERTUBI-TUBI DARI PENGERUSI BERSIH 2.0, AMBIGA SREEVANESAN!

VIDEO SETERUSNYA AKAN DISIARKAN SEBENTAR LAGI

SELAMAT MENONTON!!

JALAN PULANG

Video ihsan TVSUNNAH

















Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/

LU KENA BEB!!!

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini kene 'boo' dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. Beliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.


Ada 1 penjelasan dari Tok Wan yang MENARIK perhatian aku. Tok Wan menjelaskan bahawa SPR TIDAK MEMPUNYAI KUASA menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. TAPI cuba korang ingat balik peristiwa hitam Negeri Perak. SPR TAK ADA KUASA meminda undang undang, tetapi dalam Hal Perak, SPR MENGATASI undang undang. Kejap ada kuasa kejap xde kuasa? Kalau SPR tiada kuasa, SIAPA ada Kuasa? Contoh paling mudah dilihat, SPR menguatkuasakan melarang pondok panas semasa hari mengundi, dalam hal ni ada pulak kuasa SPR walhal tiada undang2 di digubal di parlimen. Apa guna AKTA PILIHANRAYA? Baru aku tahu AKTA itu hanya tinggal AKTA kerana SPR tiada kuasa menguatkuasakan apa dibawahnya.


Jangan terkejut jika ESOK Utusex Meloya akan keluar tajuk utama SPR MENANG DEBAT DENGAN AMBIGA. Bukan tak pernah jd dengan sorang Pak Menteri tu bila berdebat ngan Anwar. tetibe je keluar paper esoknya kata dia MENANG DEBAT, ANWAR KANTOI. Dari penelitian aku, dah jelas KEBENARAN siapa yang mengawal SPR. Terbukti SPR bukan lagi Suruhanjaya Piliharaya tetapi telah menjadi SENJATA PEMERINTAH RAKUS.

Nak gelak laaaaaaaaaaaaa... kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa​aaahh!!! BoooooooooooOOOOOOOOOOOOoooooO​oooOoooo!!!
bagindareformasi

Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis


WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai
facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,


Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Allah Tidak Lupa

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga :
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari)

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Mohd Asri Zainul Abidin

dari UMNO ke DAP tapi sekarang dah lompat ke PERKASA....

Niat jahat burukkan DAP terbongkar

KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Tindakan seorang bekas ahli DAP yang menyertai pertubuhan perkauman Perkasa telah membuktikan niat jahat penyertaannya dalam DAP semata-mata untuk membuat fitnah terhadap parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua kaum.

Mohamed Razali Abdul Rahman yang menyertai DAP daripada UMNO selepas pilihan raya umum 2008 telah mencetuskan kontroversi apabila beliau membuat laporan polis berkenaan isu hangat mainan Utusan Malaysia yang menuduh DAP cuba menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Bagaimana pun, laporan polis beliau sehingga hari ini tidak ditunjukkan kepada umum walau pun menerima tekanan dari pelbagai pihak supaya menonjolkan "kebenaran" beliau berikutan berita palsu dan hasutan Utusan Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata keputusan Mohamed Razali menyertai Perkasa tidak mengejutkan sama sekali kerana ia mendedahkan sikapnya yang perkauman serta suka lompat parti.

"Dahulu masuk UMNO, dan kemudian apabila hadapi masalah dengan UMNO, dia lari masuk DAP kerana ingat boleh dapat habuan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang. Sekarang masuk Perkasa pula," katanya kepada Roketkini.

Utusan sebagai lidah rasmi UMNO dan Perkasa hari ini dengan gambar besar bertajuk "Bekas ahli DAP minta maaf, sertai Perkasa" menunjukkan Razali menyerahkan borang keahlian Perkasa.

Mohamed Razali dilaporkan berkata, penyertaannya ke dalam pertubuhan ultra Melayu itu bertujuan untuk membongkar "rahsia DAP" kepada orang Melayu.

Sehubungan itu, Zairil berkata, Mohamed Razali bebas untuk "membongkarkan" apa sahaja kerana DAP yakin dengan amalan cekap, akauntabel dan telus yang diterima ramai rakyat Malaysia.

"Bongkarkan sahaja. Apa yang bakal dibuatnya akan sekali lagi tidak berakal dan kelihatan sebagai fitnah semata-mata.

"Namun, tindakan menikam dari belakang melalui fitnah dan tohmahan ke atas DAP menunjukkan bahawa beliau hanya seorang yang sanggup menjual maruahnya kepada sesiapa yang sanggup membeli," katanya.

Beliau menambah DAP tidak rugi apa-apa dengan ahli yang opportunis dan perkauman.

"Ramai lagi ahli-ahli DAP di peringkat akar umbi termasuk dari kalangan orang Melayu yang jujur dan ikhlas. Mereka inilah tonggak perjuangan DAP, bukannya orang-orang yang rakus dan gila pangkat serta kedudukan," katanya. – Roketkini.com

Najib takut Bourdon, rakyat makin curiga

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehadiran peguam Perancis, William Bourdon yang berusaha membongkar skandal pembelian Scorpene menguatkan lagi kecurigaan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tidak timbul sebarang tuduhan terhadap Najib, tetapi kelakuannya yang memaksa rakyat merasa curiga.

"Ketakutan Najib yang begitu ketara terhadap kehadiran Bourdon ke negara ini menguatkan lagi sangkaan dan keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.

Mohamad juga mempersoalkan, jika tidak bersalah, tidak menipu, tidak berdusta dan tidak berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku, mengapa amat ketara ketakutan Najib dan kelakuannya pula yang amat mencurigakan.

"Adakah Najib takut ada orang dalam di dalam Umno sendiri yang akan menggunakan kehadiran Bourdon untuk menamatkan segala peluang, kenikmatan dan faedah yang dikecapinya sebagai Perdana Menteri?

"Nasib baik Najib boleh menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Perdana Menteri ketika bencana besar mungkin menimpanya dengan kehadiran Bourdon," kata beliau.

Mohamad juga menyifatkan tindak-tanduk beberapa kerat konco Najib yang seolah-olah bersedia menghadapi pilihan raya untuk mewajarkan tindakannya yang pulang tergesa-gesa sebagai melucukan.

"Bagus juga kalau Najib bubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya. Kesan kemarahan sebahagian besar rakyat akibat pelbagai penipuan dan kekejaman Umno dan perkakasnya dalam menghadapi tuntutan rakyat yang sah melalui Bersih masih lagi membara.

"Lebih dari itu, Bourdon yang dihalau keluar dari negara ini akibat ketakutan Najib kini seperti harimau terluka dan akan bertindak balas.

"Kita yakin dia akan membongkar banyak perkara lagi mengenai skandal pembelian Scorpene dan pembunuhan Altantuya," katanya.

Mohamad seterusnya berkata, "Seronok juga kita hendak melihat bagaimana Najib dan beberapa kerat penyokongnya di dalam Umno menghadapi semua itu dalam musim pilihan raya".

Adakah NAJIB & ROSMAH berani ke Mahkamah..??

Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan Fitnah II sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan.

Peguam Anwar, Ram Karpal berkata, tiga saksi lain termasuk Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, lapor KeadilanDaily.

Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa.

“Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu,” kata Ram.

Peguam Anwar mahu memanggil Anwar dan Rosmah ke mahkamah kerana pasangan suami isteri itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti.

Namun, Polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu.

Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.

“Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya,” kata Anwar dalam afidavitnya.

Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil.

Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.

Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; Seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bernama Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.

Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa.

Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008

SPR: Kami tiada kuasa, hanya Putrajaya boleh tunai tuntutan Bersih 2.0

Wan Ahmad Wan Omar (kiri) menjawab soalan hadirin pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 26 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah.

Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“SPR ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai badan mengurus pilihan raya, kita bukan badan penguatkuasaan ... kita tiada kuasa.
“Kita disokong beberapa akta lain seperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta lain yang mana apabila kita mengadakan pilihan raya kita bukan hanya dikawal oleh peraturan sendiri tapi turut dikawal undang-undang lain ... jadi janganlah salahkan kita,” kata Wan Ahmad pada program bertajuk “Apa Selepas 9 Julai” anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Justeru tegas beliau, SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasakan dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Jabatan Peguam Negara.

“SPR bukan badan yang buat undang-undang, apa yang kita boleh lakukan adalah cadangkan undang-undang ini kepada Peguam Negara ... Peguam Negara yang akan buat draf undang-undang sebelum bawa ia ke Parlimen untuk dibahaskan.

“Proses buat undang-undang daripada SPR kepada Peguam Negara, Peguam Negara kepada Parlimen ... kalau nak tukar sistem pilihan raya, ia melibatkan dasar kerajaan dan hanya pemerintah sedia ada yang boleh lakukan.

“Kalau anda (Pakatan Rakyat) memerintah juga sama, jangan aggap SPR sebagai musuh,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Turut menjadi panel wacana kali ini ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan dan penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin