Selasa, 25 Disember 2012
[WASPADA] Air Mineral BN Selangor Tidak Patuh Piawaian
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri
mendedahkan, air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya
menyalahi peraturan air mineral, malah logo halal yang dilekat di botol itu
diragui kesahihannya.
Beliau berkata, pembekalan air mineral percuma berjenama ‘Nurani Rakyat’ dalam kempen Sayangi Selangor itu tidak pernah disahkan kualitinya mengikut piawaian yang ditentukan kerajaan.
Katanya, ia melanggari Akta Makanan 1983, Akta Perihal Dagangan 2011, dan Sijil Perakuan Halal Jakim.
“Sebab itu kita minta Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) siasat dan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Yahya membandingkan air mineral berbotol yang dikeluarkan syarikat komersil mematuhi sepenuhnya piawaian, sedangkan pembekalan produk yang dibuat syarikat BN langsung tidak tertera dibiar melanggari undang-undang.
“Sepatutnya pada botol ini tertulis jenis punca air dan lokasi diperolehi, kandungannya dan nama syarikat yang membotolkan, tapi langsung tak dinyatakan,” kata Yahya.
Beliau turut mempersoal kesahihan logo halal Jakim yang dipapar pada produk berkenaan. Manakala jenis penutup botol air mineral itu berwarna biru, tanda kepada jenis air galian bawah tanah, namun diragui sumbernya.
“Bagaimana kalau saya katakan air ini berpunca dari air paip Syabas? (Syarikat Bekalan Air Selangor)” soal Yahya.
“Sendiri jadi menteri sendiri buat peraturan, sendiri yang langgar. BN tipu rakyat di program anjurannya. Ini penyalahgunaan logo yang jelas. Kita yakin dalam masa kempen pilihan raya, air ini akan dibekalkan secara meluas di program anjuran mereka,” katanya.
Menurut Yahya, melalui pemerhatiannya, pengeluaran produk tersebut menyalahi semua peraturan berkenaan.
“Bagi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, syarikat atau institusi yang melakukan kesalahan boleh didenda sebanyak RM10 juta, manakala RM2 juta bagi kesalahan individu,” kata Yahya.
Manakala penyalahgunaan sijil dan logo halal Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri boleh didenda maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna. -KD

Tiba-tiba Mamat Nii Pemenang Maharaja Lawak Mega 2012...
Barisan Nasional (BN)
mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekali gus meraih
kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi merekasebelum ini.
"Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.
"Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi," katanya.
Selain itu, beliau berkata, faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.
Bagaimanapun, katanya, kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti.

Erma Fatima Sokong UMno Tapi Takut-takut!! [Video]
Video Erma Fatima yang mengulas artis jangan
menjadi “Window Dressing“. Malu-malu, mungkin takut menyatakan
yang dia menyokong UMno. Takut kehilangan peminat dan terpaksalah Erma Fatima
berlapik-lapik memberi pendapat.
Nyatakan secara berterus terang menyokong UMno
dan jangan segan sehingga terpaksa menggunakan ayat…Sekarang tengah war ya.
sesiapa sahaja… PAS ke.. PKR ke.., Do they know sejarah perjuangan Melayu itu
sendiri.., Kenapa kita kena fight untuk parti ini…, Apa kelebihan parti
itu..
Juga janganlah hanya pandai kondem artis lain
yang secara terus terang menyokong sesuatu parti. Nyatakan pendirian, tentu
boleh cari makan juga!!
Tok Guru Nik Aziz Jawab Tuduhan Muhyiddin
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai mulut
celupar seperti kenyataan daripada anak-anak muda di jalanan dan bukan tindakan
seorang pemimpin negara.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Umno,
Tan Sri Muhyiddin Yassin amat tidak wajar memandangkan beliau orang kedua
pemimpin parti dan negara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada mulanya enggan
mengulas, kerana tidak mahu melayan kenyataan seperti orang tidak cerdik
itu.
Bagaimanapun, apabila ditanya lagi dia terus
menjawab ringkas: “bukan taraf orang nombor dua untuk bercakap begitu”.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
berhubung perkara itu di pejabatnya petang semalam selepas mengadakan pertemuan
dengan pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung Agenda Berkebajikan Wanita
Malaysia.
Katanya, kalau anak-anak muda di jalanan
munasabah untuk keluar kenyataan sedemikian.“Tapi kalau orang nombor dua parti
atau nombor dua pemimpin negara memang bukan taraf dia,” ujarnya yang juga
Menteri Besar Kelantan.
Kelmarin, pemimpin kedua parti Umno itu berkata
Tuan Guru Nik Aziz sebagai mulut celupar apabila mengatakan orang Melayu yang
menyokong Umno adalah mungkar. -Hrkh
Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1 meter.
Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.
Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik.
Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan
keselamatan penumpang.
Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu.
Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih
10 jam. China Press menyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda
Kuantan sejak 1971.
Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama
di Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi
tadi.
"Operasi menyelamat masih lagi berlangsung," kata seorang petugas di pusat
kawalan itu sambil menambah air telah mula surut secara perlahan-lahan.
Menurutnya, petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai
Galing dan Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana
itu bakal diketahui jam 8 malam nanti.
Beribu-ribu orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan
gambar-gambar kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan
pantas di laman media sosial.
Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakini
bahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu.
"Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan
Galing juga telah pecah," kata Hasnul. -M'kini
Dihalang Dengar Ceramah PAS, Peneroka Buat Laporan Polis
Temerloh: Peneroka Jengka 11 membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh berikutan tindakan pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa menutup jalan dengan palang besi bagi menghalang orang keluar masuk mendengar ceramah anjuran PAS.
Isa @ Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam mendakwa kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno turut bertindak menghadang jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk menghadapi kesukaran untuk berurusan keluar.
Dalam laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan secara samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.
Tambahnya, keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak mengawal keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta mencabul demokrasi.
Sementara itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat laporan polis di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah mendapat kebenaran pihak IPD Maran.
Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka, JKKR dan penyokong Umno.
Tegas Syafie, pihaknya memandang serius budaya samseng seperti itu kerana mengambil alih tugas polis, mencabul hak berhimpun secara aman, menyuburkan budaya samseng dan melanggar undang-undang.
Turut berada di balai polis Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan serta para peneroka.
Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut.
Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti ceramah dan mengedar risalah.
Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di masjid di situ.
Bagaimanapun apabila konvoi bergerak ke Parlimen Kuala Krau dan cuba memasuki Jengka 23, kira-kira 100 orang dipercayai penyokong Umno menghalang laluan sambil memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah kepada rombongan Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada mereka.
Penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Rela di atas jalan masuk.
Konvoi Jelajah Oren sekali lagi dimaki hamun dan diusir apabila tiba di simpang Jengka 21 meskipun mereka hanya singgah dan tidak berhasrat untuk masuk ke situ.
Namun begitu mereka tidak dihalang apabila memasuki Jengka 12 dalam Parlimen Kuala Krau, sehingga tidak diganggu untuk menunaikan sembahyang Asar, minum petang dan ceramah ringkas.
Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka.
Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11, terpaksa diadakan di hadapan kedai dengan kehadiran ribuan pendengar. -HD
GEMPAR] Pemimpin UMNO Mahu Tumpahkan Darah Semasa PRU?
Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber.
Adakah beliau mau mengajak ahli, penyokong dan pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara pertumpahan darah?
Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya. -wargamarhaen
Polis berdiam diri saja?
Jikalah yang memegang parang itu pemimpin-pemimpin dari Pakatan, berduyun agaknya FRU tiba.
Pernah satu ketika, penyokong Pakatan ditahan dan ditangkap hanya terbawa pisau lipat kecil yang ditemui di dalam kereta.
Wahai polis, mengapakah kamu tidak bersikap adil di dalam melaksanakan tanggungjawab?
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambl tempatnya. Polis yang bersikap berat sebelah dan dwi-standard akhirnya akan menerima hukuman Tuhan. Tidakkah tuan-tuan polis semua melihat bagaimana mantan-mantan polis pangkat tertinggi akhirnya berpihak kepada kebenaran dan keadilan? Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai PAS, dan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sendiri melakukan pendedahan berani tentang campurtangan menteri KDN dan orang luar yang bernama Robert Phang terhadap urusan PDRM.
Pekung-pekung jenayah anggota polis pun banyak Allah dedahkan, yang merogol, yang buat harta semasa berkhidmat dan lain-lain. Itu hukum kebenaran dan keadilan apabila anda gagal menyempurnakan tugas dengan adil dan bertanggungjawab! -GB
Panas: Saksikan Bukti, 'Foto Serta Video' Provokasi Halang 'Kembara Oren' Di Pahang Dan N.Sembilan
,
Kembara Oren,
anjuran
Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di
Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng
oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS
Pahang, Dato'
Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK,
Mazlan
Aliman bermula
di Felda Bukit
Kepayang, Bera
dan berakhir di
Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang
awalnya berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh
apabila dihalang oleh pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang
kononnya tidak mahu kampung mereka diganggu. Insiden bermula di Felda Kampung Awah,
apabila Ketua
Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan
diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan
ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren
juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan
Jengka 11,
lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai
mempersoalkan provokasi itu.
"Kami bermula dengan
baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan
sari dan tiada sebarang sekatan. "Tetapi bila kami
mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan
pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok
pengawal," kata Mazlan Aliman. Beliau juga
memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka
12. Lebih teruk lagi katanya,
mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka
terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang
berdekatan. "Pihak Rela buat
kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. "Alasan tak bagi
kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira
150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu.
Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.
Bagaimanapun,
halangan-halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke
Jengka 11 malam tadi bagi acara kemuncak. Dipercayai, kehadiran mereka dihalang
hebat oleh seorang lelaki yang bernama "Jelan".
Khabarnya
pihak penganjur Kembara Oren akan menghantar surat saman kepada pemuda terbabit
atas tindakan biadap beliau "ala samseng"
yang jelas mencabuli hak-hak rakyat untuk
berhimpun dan bergerak bebas daam negara ini seperti yang termaktub dalam
perlembagaan. Apa yang berlaku jelas sekali melanggar undang-undang. Bahkan ia
juga telah mencabuli hak-hak asasi manusia.
Tindakan
provokasi tidak berakhir di Pahang, ia turut merebak ke Negeri Sembilan.
Dilaporkan Kembara Oren yang bermula di Felda Kepis
juga telah dihalang oleh pihak berkenaan. Malah lebih teruk lagi kenderaan
yang membawa peralatan penerangan Kembara Oren juga telah dipecahkan cermin
dengan objek keras seperti kayu di Felda Bukit Rokan Utara, Gemas. Kenderaan terbabit juga telah ditendang hingga
kemek-kemek oleh pihak terbabit. Malah, Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda
yang diikat di Felda Kg.Awah semalam juga sekali lagi telah dicederakan. Tindakan
ini jelas sekali satu perbuatan zalim dan ganas yang dilakukan terhadap
rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Ia amat memalukan
!!.
Sementara itu, difahamkan
Yang DiPertua PAS Temerloh, Tuan Hj.Jusoh Darus selaku Pengarah Konvoi
Kembara Oren telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Temeroh hari ini berhubung tindakan ganas dan provokasi yang
dilakukan oleh pihak berkenaan di Jengka 23 dan 11 semalam. -PahangDaily
PRU13: 80% pengundi sudah ada pilihan
KOTA BHARU: Kira-kira 80 peratus pengundi di negara ini
dianggap sudah mempunyai pilihan masing-masing bagi menentukan sama ada berlaku
perubahan di Putrajaya atau sebaliknya.
Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.
Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang ada sekarang.
“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri Kelantan di Putik hari ini.
Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong Eng (DAP).
Pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti bergabung pada satu program bagi memperincikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan di peringkat pusat beberapa bulan lalu.
Husam berkata, memandangkan kira-kira 80 peratus pengundi sudah mempunyai pilihan, jentera wanita Pakatan perlu mendekati 20 peratus lagi.
“Bagi membolehkan Agenda Wanita Malaysia yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia menjadi kenyataan, Pakatan perlu mempunyai kuasa di peringkat pusat.
“Dan bagi membolehkan Pakatan menang maka kita perlu bekerja mendekati 20 peratus lagi pengundi yang belum membuat sebarang pilihan,” ujarnya.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, berdasar pandangan bekas-bekas pegawai tinggi tentera, kemungkinan besar tidak berlaku huru hara sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurutnya pasukan tentera tidak mungkin campur tangan sekiranya berlaku perubahan kerajaan, tak mengulangi apa yang berlaku di Timur Tengah.
Kata beliau kuasa rakyat lebih besar berbanding kuasa tentera berdasar kepada banyak sejarah yang berlaku sebelum ini.
Beliau juga berharap jentera kempen wanita Pakatan mendekati isteri-isteri anggota tentera memandangkan bilangan pengundi pos sekarang terdapat seramai 200,000.
“Misalnya kawasan parlimen yang ditandingi PAS mempunyai bilangan pengundi pos ramai sekarang ada 18 kerusi.
“Pada pilihan raya umum lalu kita menang di 7 kerusi parlimen dan tewas di 11 lagi kerusi yang mempunyai bilangan pengundi pos begitu ramai.
“Ini termasuk di Jeli. Berdasar kepada pengundi awam PAS sudah menang, namun apabila dicampur undi pos PAS ketinggalan di belakang,” ujarnya.
Oleh itu katanya, tawaran tujuh perkara yang terkandung dalam Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia perlu didedahkan kepada isteri-isteri anggota tentera dan rakyat di bawah.
Antaranya Caruman Wanita Malaysia bagi surirumah berpendapatan isirumah kurang RM1,500 sebulan akan dicarum RM600 setahun daripada kerajaan dan caruman khas suami RM120.
Selain itu ditawarkan perlindungan kesihatan dan ekonomi, tabung bantuan musibah dan tabung simpanan hari tua.
Pada majlis itu juga 50 wanita muda membaca ikrar dengan diketuai Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi. -Hrkh

Ali Rustam Mengamuk Sakan..
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menulis dalam FBnya bahawa sejak akhir-akhir ini Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam naik angin kerana namanya tidak tersenarai sebagai calon Ketua Menteri jika BN menang sekali lagi di Melaka pada PRU 13 nanti.
"Tahniah BN Melaka, apat calon CM baru! Orang Najib mesra Muhyiddin! Patutlah seminggu dua ni Datuk Ali asyik naik angin"! tulis Adly dalam wall FB hari ini. Coretan itu mengundang banyak komen dari rakan-rakan FB nya.
Sementara itu dalam isu zakat pula, Ali Rustam memberikan respon terhadap dakwaan adanya penyelewengan wang zakat. "Dai bebal nanti saya saman dia" coret Ali dalam FBnya sebagai respon terhadap isu zakat yang dikemukakan oleh Adly sejak setahun lebih dahulu.Adly dengan bersahaja membalas " Datuk Ali kata kalau saya ulang isu zakat Melaka, dia akan saman saya. Saya akan seibu kali lagi".
Ada berani ke Ali Rustam hendak saman Adly dalam isu zakat ini. Ibarat kata Adnan Yaakub ....kerat tlinga pun belum tentu Ali berani. ~mutaligat
AYUH..!! Kita popularkan muka mangkuk Amno neh...
Patutlah tak kena tangkap samseng Gombak
tu.. Pemuda UMNO rupanya dia.. tengok nih!! ~ ASD
Ingat lagi insiden
keganasan yang dicetuskan oleh samseng-samseng upahan UMNO dalam Himpunan
Kebangkitan Rakyat di Gombak?
Dalam kejadian seorang petugas Pakatan Rakyat telah ditusuk dengan objek tajam oleh seorang samseng UMNO dan video kejadian tersebut telah merakamkan kelibat seorang pumuda memakai helmet menikam bahu petugas Pakatan Rakyat itu.
Namun begitu hingga kini tiada sebarang berita yang melaporkan bahawa pemuda tersebut telah diberkas oleh pihak Polis meskipun video dan lain-lain maklumat mengenai kejadian tersebut banyak dalam internet.
Ada sebab rupanya pihak Polis tidak dapat meneruskan tugas mereka.. dan ianya juga membuktikan dakwaan Tan Sri Musa Hassan iaitu ahli-ahli politik mencampuri tugas Polis ada benarnya..
Baca siapa samseng upahan UMNO itu seperti yang didedahkan oleh PemudaGombak.com.. dan korang akan tahu mengapa beliau hingga kini tidak diberkas oleh Polis...

Namanya Herry, tinggal berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia
sekitar 22-23 tahun. masih budak lagi.
Pernah bertugas sebagai Polis tapi telah dipecat kerana kes rasuah dan salah laku.
Abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan.
Admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.
Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Langgan:
Catatan (Atom)