KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai mulut
celupar seperti kenyataan daripada anak-anak muda di jalanan dan bukan tindakan
seorang pemimpin negara.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Umno,
Tan Sri Muhyiddin Yassin amat tidak wajar memandangkan beliau orang kedua
pemimpin parti dan negara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada mulanya enggan
mengulas, kerana tidak mahu melayan kenyataan seperti orang tidak cerdik
itu.
Bagaimanapun, apabila ditanya lagi dia terus
menjawab ringkas: “bukan taraf orang nombor dua untuk bercakap begitu”.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
berhubung perkara itu di pejabatnya petang semalam selepas mengadakan pertemuan
dengan pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung Agenda Berkebajikan Wanita
Malaysia.
Katanya, kalau anak-anak muda di jalanan
munasabah untuk keluar kenyataan sedemikian.“Tapi kalau orang nombor dua parti
atau nombor dua pemimpin negara memang bukan taraf dia,” ujarnya yang juga
Menteri Besar Kelantan.
Kelmarin, pemimpin kedua parti Umno itu berkata
Tuan Guru Nik Aziz sebagai mulut celupar apabila mengatakan orang Melayu yang
menyokong Umno adalah mungkar. -Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan