Kembara Oren,
anjuran
Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di
Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng
oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS
Pahang, Dato'
Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK,
Mazlan
Aliman bermula
di Felda Bukit
Kepayang, Bera
dan berakhir di
Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang
awalnya berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh
apabila dihalang oleh pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang
kononnya tidak mahu kampung mereka diganggu. Insiden bermula di Felda Kampung Awah,
apabila Ketua
Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan
diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan
ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren
juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan
Jengka 11,
lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai
mempersoalkan provokasi itu.
"Kami bermula dengan
baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan
sari dan tiada sebarang sekatan. "Tetapi bila kami
mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan
pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok
pengawal," kata Mazlan Aliman. Beliau juga
memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka
12. Lebih teruk lagi katanya,
mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka
terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang
berdekatan. "Pihak Rela buat
kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. "Alasan tak bagi
kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira
150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu.
Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.
Bagaimanapun,
halangan-halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke
Jengka 11 malam tadi bagi acara kemuncak. Dipercayai, kehadiran mereka dihalang
hebat oleh seorang lelaki yang bernama "Jelan".
Khabarnya
pihak penganjur Kembara Oren akan menghantar surat saman kepada pemuda terbabit
atas tindakan biadap beliau "ala samseng"
yang jelas mencabuli hak-hak rakyat untuk
berhimpun dan bergerak bebas daam negara ini seperti yang termaktub dalam
perlembagaan. Apa yang berlaku jelas sekali melanggar undang-undang. Bahkan ia
juga telah mencabuli hak-hak asasi manusia.
Tindakan
provokasi tidak berakhir di Pahang, ia turut merebak ke Negeri Sembilan.
Dilaporkan Kembara Oren yang bermula di Felda Kepis
juga telah dihalang oleh pihak berkenaan. Malah lebih teruk lagi kenderaan
yang membawa peralatan penerangan Kembara Oren juga telah dipecahkan cermin
dengan objek keras seperti kayu di Felda Bukit Rokan Utara, Gemas. Kenderaan terbabit juga telah ditendang hingga
kemek-kemek oleh pihak terbabit. Malah, Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda
yang diikat di Felda Kg.Awah semalam juga sekali lagi telah dicederakan. Tindakan
ini jelas sekali satu perbuatan zalim dan ganas yang dilakukan terhadap
rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Ia amat memalukan
!!.
Sementara itu, difahamkan
Yang DiPertua PAS Temerloh, Tuan Hj.Jusoh Darus selaku Pengarah Konvoi
Kembara Oren telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Temeroh hari ini berhubung tindakan ganas dan provokasi yang
dilakukan oleh pihak berkenaan di Jengka 23 dan 11 semalam. -PahangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan