Rabu, 26 Disember 2012

JADUAL PROGRAM JELAJAH ANAK MUDA


Jadual Program

26 Dis : Machang

28 Dis, 3-6 petang: Sepetang bersama cheGuBard, Isham Rais & Dayangku Intan, Penang Golf Resort, Bertam, Kepala Batas




29 Dis : Bayan Baru

30 Dis : Tambun Tulang, Perlis

1 jan : Bukit Pulau, Melaka
2 Jan : Paroi, N.Sembilan
4 Jan : Sekinchan, Selangor


5 Jan : Kempas, Johor

6 Jan : Pahang

8 Jan : Perak

9 Jan : Terengganu

11 Jan : Countdown 48 jam menjelang #KL112

14 Jan : Ceramah umum bersama LGE di N.Tebal

31 Dis : Countdown #KL112

sebarang pengesahan / jadual program sila hubungi
0123696474 (NorAzizi)

UMNO AKAN BUAT KECOH 1 JAN?

 

Apakah Umno akan buat kecoh pada program Pra-Himpunan 12 Jan. Program anjuran SAMM itu akan berlangsung pada 1 Jan 2013 di Kg Bukit Pulau, Bukit Baru bermula jam 8.45 malam menampilkan Cikgu Bard, Adly Zahari, Hishamuddin Rais, YB Sivakumar, aktivis pelajar dan lain-lain.

Semua rakyat Melaka dijemput hadir ramai-ramai.

 

Macai Ameno mesti bangga giler nih... [TENGOK]

 

Bangsa Umno mesti bangga giler neh kerana ada jugak umat mamak oppss!! umat melayu yang kaya meliana hasil usaha Umno....
Ranking bagi bekas pemimpin kerajaan yang terkaya di dunia telah berubah. Bekas perdana menteri Malaysia tidak lagi menduduki tempat kedua tetapi tempat pertama dengan tempat kedua jatuh kepada Hosni Mubarak iaitu bekas Presiden Mesir.

Tempat ketiga diduduki oleh Suharto (Indonesia) dan diikuti oleh Ferdinand Marcos (Filipina).

Kaya, dia memang
kaya... tak dak dolak dalik lagi... Nombor satu dalam senarai bekas pemimpin dunia, data kekayaan Mahathir masih terdapat di wikipedia. Tengok la kalau tak percaya...

Kes Saman Anwar-Khairy Digantung, Khairy Diperintah Bayar Anwar RM30k

Putrajaya: 24 Dis - Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Clement berkata mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khusus bagi menggantung perbicaraan itu seperti yang dinyatakan dalam permohonan Khairy.

Beliau berkata jika Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan itu tanpa menunggu keputusan rayuan Khairy, ia akan menjejas integriti rayuan dan menjadi sia-sia jika pemohon berjaya.

Selain itu, katanya, jika perbicaraan tersebut diteruskan dan keputusan dibuat tanpa memberi peluang kepada Khairy untuk membela diri, prasangka yang dialami pemohon tidak boleh dipampas dengan kos.

Bagaimanapun, pada prosiding, Isnin,Mahkamah Rayuan memerintahkan Khairy membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anwar.

Hakim Clement, yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, menetapkan 3 Jan depan sebagai tarikh pengurusan kes untuk rayuan Khairy.

Pada 26 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan perintah beliau yang menghalang Ketua Pemuda Umno itu memfailkan pembelaan dalam saman fitnah tersebut.

Hakim Hue membuat keputusan itu selepas mendapati peguam Khairy gagal mematuhi arahan mahkamah ketika pengurusan kes pada 29 Jun lepas, iaitu semua pihak yang berkenaan memfailkan senarai saksi dan ringkasan kes bagi tujuan perbicaraan.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa Khairy mengeluarkan perkataan berunsur fitnah dan menyebabkan ia disiarkan beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com dalam bentuk klip video yang bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Ketua pembangkang itu berkata klip video yang disiarkan Malaysiakini.com mengandungi perkataan berunsur fitnah yang dituturkan Khairy dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Khairy, dalam penyataan yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Anwar. - BERNAMA

Greenboc

Read more:
http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz2GATlHtdq

Ni la padahnya peniaga kacang nak tunjuk samseng

 

Tu diaa...
Tak dak kerja pi cari kerja....
Ada kerja ternganga-nganga... kan dah kantoi...
Aku pun personally tak suka gak main boikot-boikot pada orang-orang kecil yang cari makan camni, tapi nasib kau la pencacai woii... nasib kau la lepas neh, pi cari kerja tak berfaedah tu buat hapa...
Nak cari rezeki ni kat mana-mana pun tak jadi masalah, yang jadi masalahnya ialah ada akai tapi tak pakai, bila di semak balik... rupanya dia pakai 'otak lembu'. Lembu NFC lagi, kesiannyaaa...
Mudah-mudahan Allah limpahkan hidayah dan kefahaman kepada mereka mereka ini....

Konspirasi Isa Samad Ambil Alih Koperasi Permodalan Felda Gagal!

 



Hakim Mahkamah Tinggi KL, Abang Iskandar Abang Hashim, membenarkan KPF untuk mencabar keshahihan keputusan Panel Rujukan Pertikaian SKM pada 26 Nov lalu yang membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan KPF ke 31, 20 Jun lalu.Mahkamah juga membenarkan permohonan KPF untuk menggantung arahan SKM yang mengarahkan KPF mengadakan semula AGM pada 27 Dis ini.

Alhamdulillah, konspirasi Isa Samad yang memperkudakan Ismail Sabri Yaakob dan Dato' Md Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM untuk mengambilalih KPF telah GAGAL!

Keputusan berani hakim yang menyelamatkan caruman dan aset berbilion ringgit milik 246,000 ahli KPF.

ANAK mengalu2kan keputusan yg sangat melegakan ini. Syukur kpd Allah SWT.

Marilah kita sujud syukur bagi menzahirkan kemenangan bermakna ini..

ALLAHUAKBAR 3x -mazlan aliman


Mahkamah Tinggi batalkan AGM KPF 27 DisKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan seorang ahli lembaga pengarahnya agar mahkamah membatalkan Mesyuarat Agung (AGM) KPF ke-31 pada 27 Disember ini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim turut membenarkan KPF mencabar kesahihan keputusan Panel Rujukan pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KPF ke-31.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

Surat tersebut menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November.

Ia mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:

- Mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke-30 pada 23 Jun 2011 dan minit mesyuarat agung khas yang diadakan pada 19 April 2012.

- Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga tahun 2011.

- Menimbang dan meluluskan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 berserta laporan jawatankuasa audit dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

- Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan tahun 2011.

- Memilih anggota-anggota Lembaga sesi 2012/2013.

Mengulas keputusan mahkamah itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, keputusan tersebut melegakan 246,000 ahli KPF.

"Saya bagi pihak Anak mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keputusan berani hakim.

"Ia sangat melegakan 246,000 ahli KPF dan menyelamatkan berbilion caruman dan aset KPF daripada penyamun yang diketuai (Tan Sri) Isa Samad," katanya kepada Harakahdaily.

Anak sebelum ini mendakwa wujud konspirasi untuk melantik Isa dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad dalam KPF.
-HD

[ISU AIR] Kelentong UMNO BN Terbongkar, Bekalan Air Selangor Cukup Sehingga 2030

 

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yakin bekalan air mentah di Selangor kini 100 peratus mencukupi dan mampu menampung keperluan rakyatnya sehingga tahun 2030.
Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata, sehingga 20 Disember lalu, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100 peratus sehingga berlakunya limpahan.

Manakala kapasiti air bagi empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33 peratus dan Empangan Sungai Selangor (90.17%).

“Kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi ini dijangka akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.

“Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Md Khairi, berdasarkan kajian semula sumber air negara (2000-2050), jumlah air larian permukaan di Negeri Selangor adalah sebanyak 17,000 juta liter sehari (JLH) setelah mengambil kira jumlah penyejatan dan susupan semula air bumi.

Manakala jumlah air yang diabstrak untuk bekalan air kepada penduduk adalah sebanyak 4501 JLH.

“Sekiranya usaha dilakukan untuk menakung atau menyimpan sebanyak 40 peratus daripada jumlah air larian permukaan tersebut, sumber air mentah di negeri Selangor boleh dimanfaatkan sehingga tahun 2030,” katanya.

Tepis dakwaan Ong Tee Keat

Kenyataan ini sekaligus menepis dakwaan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat bekalan air Selangor semakin menyusut dan tiada sumber yang baru.

Md Khairi, LUAS telah mengenal pasti lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan seperti kolam projek tebatan banjir Sungai Rasau di Lembangan Klang dan juga Kolam Bestari Jaya di Lembangan Selangor.

Md Khairi berkata, kolam terbabit akan bertindak secara dwifungsi sebagai kawalan tebatan banjir dan juga kolam penstoran air ketika berlakunya aliran banjir.

Sebanyak 20 kolam takungan (banjir atau kolam bekas lombong) lain juga dikenal pasti berpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

“Kolam-kolam berkenaan dengan jumlah anggaran 325 juta meter padu merupakan rizab simpanan air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber air tambahan (tertakluk kepada kualiti airnya).

“Selain itu,beberapa lokasi lain yang mempunyai potensi yang sama sebagai sumber air tambahan seperti kolam bekas lombong MC8 dan MC9 di Lembangan Langat.

“Kajian kemungkinan yang terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan kebolehdapatan sumber air berkenaan,” katanya.

LUAS dalam masa yang sama juga menurut beliau kini sedang dalam proses pelaksanaan aplikasi’ River Bank Filteration’ (RBF) dan juga pembangunan sumber air bumi (sehingga 15%) yang dijangka mampu menyumbang kepada peningkatan kebolehdapatan sumber air di Selangor.
 

Di mana mantan IGP Musa pada 12 Januari ini?


Kebelakangan ini sudah ramai mantan "orang-orang besar" mula menzahirkan diri mengkritik kerajaan. Antaranya mantan IGP Musa Hasan.Marah betul dia pada sepupu PMNajib ,Hishamuddin merangkap Menteri Bukit Aman dan Kem Kemunting. Antara kemarahan yang amat sangat Musa pada Hishamuddin ialah kerana sepupu Najib itu tidak menyambung IGPnya.
 
Marah Musa menyebabkan beliau mendedahkan krisis dalaman KDN seperti campurtangan Hishamuddin terhadap tugas polis.
 
Sebelum ini, Musa terkenal dengan tugasannya mengusung tilam dalam kes Anwar. Tugasnya bersama mantan KP Melaka Rodwan Yusof dalam kes Anwar menaikkan pangkatnya sebagai IGP melangkaui senior-senior yang lain.
 
Tiada diketahui mengapa secara sekonyong-konyong Musa berpaling arah menentang bekas majikannya. Adakah beliau ingin bersihkan dirinya atau bertaubat?
 
Jika mahu bersihkan dirinya, dia perlu mengikut apa yang dilalui oleh bekas seniornya Datuk Ramli Yusof atau menjawab soalan Datuk Mat Zin Ibrahim.
 
Nama Ramli sudah dibersihkan oleh perbicaraan mahkamah. Hingga kini, Ramli dan Mat Zin masih "menyerang" Musa walaupun Musa kelihatan seperti pro- pembangkang pula
 
Kini, Musa seperti mengikut jejak tuannya dahulu, Dr Mahathir yang mengkritik penggantinya Abdullah Badawi. Musa pula mengkritik IGP Ismail Omar.
Jika Mahathir marahkan Pak Lah kerana Budak Tingkat 4 dan Jambatan Bengkok, Musa pula marahkan Ismail kerana tidak raikannya untuk majlis persaraan sebagai IGP. Musa juga marahkan Menteri Polis Hishamudin kerana tidak sambung IGPnya lagi.
Tidak seperti mantan IGP yang dahulu yang ditawarkan jawatan yang hebat sebagai orang besar Kilang Arak dan Syarikat Judi seperti Hanif Omar. Tiada jawatan buat Musa untuk beliau kerja.
 
Barangkali PMNajib atas nasihat Hishamudin tawarkan Musa sebagai Guru KAFA sesuai sebagai anak Tok Guru rancangan Muqaddam!
Apapun, Musa perlu istiqamah dan buktikan kesungguhan beliau untuk menentang segala kemungkaran UMNO dan BN.
Musa perlu buktikan. Kini beliau sedang jalanii ujian pertama iaitu diekori anggota Cawangan Khas(SB). Sesuatu yang tidak pernah difikirkan beliau semasa jadi IGP dulu.
Ujian kedua sebagai tanda bencikan kemungkaran UMNO dan BN, Musa perlu ketuai atau berarak bersama rakyat pada 12 Januari 2013 di Dataran Merdeka.
Diekori SB sudah dialami, asap dan air FRU belum lagi Musa rasai. Jom! Anda perlu buktikan. -tokpepijat

[KERJA 'BINATANG'] Ketua Penerangan ANAK Ditahan & Diikat Tangan Dibuat Macam Hamba Abdi

 


Maran: Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya.
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.

Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera.

"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.

Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.

Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan.

Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu.

Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan.

Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi.

“Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman.

“Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.

Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan.

Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak. -SH

Tuan Ibrahim ketuai skuad PAS beri bantuan banjir

(Skuad bantuan banjir Pahang menurunkan bahan bantuan untuk mangsa banjir)

KUANTAN: PAS Pahang mengerah seluruh petugasnya agar bergerak ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri itu.

Arahan supaya jentera PAS digerakkan di semua kawasan banjir itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempengerusikan mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Temerloh hari ini.

"Kita telah pilih Masjid Al Fatah, Kuantan sebagai Bilik Gerakan Bantuan Banjir kita," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim berkata, mereka akan memberikan pelbagai bantuan dalam bentuk tenaga, makanan dan nasihat kepada mangsa.

Antara bahan makanan yang diedarkan adalah berupa roti, biskut, makanan segera, sardin dan lain-lain lagi di samping air bersih.

(Petugas PAS sibuk membungkus bahan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir)


Bandar Kuantan dilanda banjir kilat paling teruk dalam sejarahnya sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar itu.

Kenderaan tidak dapat bergerak dan rosak ditenggelami air manakala rumah yang dilanda banjir pula penuh dengan lumpur.

Kedatangan banjir yang mengejut itu menyebabkan banyak harta benda dan barangan milik mangsa tidak dapat di selamatkan.


(Anggota Unit Amal turun menemui mangsa banjir dengan membawa bantuan. Baju hijau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong.)

Menurut wartawan Harakahdaily yang berada di Chendor iaitu sempadan dengan Terengganu, air banjir dikatakan semakin naik sekarang ini.

Ia menyebabkan bantuan agak sukar disampaikan tanpa kenderaan yang sesuai khasnya bot. -Hrkh

Panas!! (Gambar2) Restoran Sekinchan Ikan Bakar 'Terus Tersemban Ke Bumi'


Bila rakyat bangkit maka para peniaga berdarah dan berjiwa pekat totok UMNO yang sombong, angkuh, berlagak dan kepala besar akan sakit.

Terbukti apabila rakyat mengambil sikap mau memboikot Restoran Sekinchan Ikan Bakar kepunyaan Jamal Yunus, Pengerusi Bersih 4.0 tiruan yang membuat fitnah konnnya para peniaga kecil di Kuala Lumpur kerugian ratusan juta ringgi kerana perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012, sampaikan sanggup mereka cipta cerita sambil mau berniaga didepan rumah Pengerusi Bersama Bersih 4.0, Datuk Ambiga untuk menampung segala kerugian.

Dan paling terserlah kesombongannya apabila mau gerakkan semua ahlinya untuk bertindak kasar dan agresif kepada semua peserta Janji Bersih ( Janji Demokrasi ) pada malam ambang Merdeka 30hb Ogos 2012 yang lalu di Dataran Merdeka.

Sekarang lihat apa terjadi pada perniagaan Restoran Sekinchan Ikan Bakarnya... Lepas satu satu rangkaian restorannya tutup. Nak katakan ditutup untuk direnovasi, hasil tinjuan dapati tiada menampakannya sedemikian rupa. Setelah dibuat risikan dan pertanyaan, maka sah restoran ini sudah ditutup.

Kempen cabutan bertuah bernilai hampir RM2juta dengan hadiah utama kereta Lamborghini dan BMW tidak mampu menyekat keruntuhan restorannya satu demi satu. Disini amat jelas, bukan saja yang tidak menyokong UMNO boikot restoran-restoranya tetapi pendokong dan penyokong UMNO totok pun tidak mau berkunjung bagi memberikan sokongan moral.

Ikut hukum akal logik, kalaulah ahli-ahli UMNO termasuk ahli PERKASA/PEKIDA/JATI/GAPS dll NGO mesra UMNO memberikan sokongan padu apa yang dilakukan oleh Jamal Yunus ini, maka mustahil rangkaian restorannya tutup satu demi satu.



Restorant Ikan Bakar Sekinchan cawangan Gombak.


Restorant Ikan Bakar Sekinchan cawangan Gombak.


Restorant Ikan Bakar Sekinchan cawangan Gombak.


Restorant Ikan Bakar Sekinchan cawangan Gombak.

Restorant Ikan Bakar Sekinchan cawangan Gombak.

Penduduk Gempar..Makhluk "Mengerikan" Terapung Dalam Banjir Di Kuantan..

 

 
Mangsa banjir di Kuantan di kejutkan dengan "Makhluk" ganjil timbul sewaktu banjir melanda Bandar Kuantan semalam...Objek yang seperti kapal selam Scorpion berlegar-legar dikawasan sekitar penduduk.Menurut salah seorang penduduk Kampung,Pak Cik Atan Tuya,mungkin kapal selam Scorpion itu dinaiki oleh Najib dan Rosmah untuk melawat mangsa banjir..Berita ini dari Utuinasing.

Akhirnya.. Pencacai Dan Penjilat Bangkai Umno Kantoi Lagi..

Memang dasarpencacai dan penjilat bangkai umno. Umno memang bodoh dan tolol, tak pernah belajar dari kesilapan terdahulu.. Kerjanya hanya menfitnah dan tabur fitnah.
Kerna tergugat, pencacai dan penjilat umno terpaksa tabur dan akhinya kantoi lagi..
Fauzi tidak pernah menyesal sertai PAS
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.“Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat.

Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.“Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini,” katanya, semalam.Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas.

Mesej itu berbunyi: “Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas.”Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.“Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas,” katanya. ~sinar