Khamis, 10 Februari 2011

7 tempat popular lokasi buang bayi..

Tujuh lokasi popular dikenal pasti

KEADAAN mayat bayi yang ditemui selepas dibuang ke dalam sungai. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis semalam mendedahkan, sebanyak 517 bayi yang baru dilahirkan dibuang sejak 2005 hingga Januari tahun ini membabitkan tujuh lokasi popular.
 
Tujuh lokasi itu termasuk di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada jumlah itu, seramai 203 bayi lelaki, 164 bayi perempuan manakala 150 bayi pula yang tidak diketahui jantinanya.

"Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, keadaan ini berlaku apabila mayat tersebut reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata, daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia.

Mohd. Bakri berkata, seramai 37 suspek telah ditangkap sejak 2005 termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.

Kuasa Face Book runtuhkan Regim Mubarak

Sumber: kedahlanie
 
Wa'il Ghonim- pencetus revolusi Mesir kini. Melalui laman web Face Book 'Kulluna Khaled Sa'id' - berjaya mengajak rakyat Mesir bangkit menjatuhkan Rejim Husni Mubarak.
Foto Khaled sebelum dibunuh.

Foto Khaled selepas dibunuh.

Pencipta Face Book barangkali tidak menjangka FB boleh mencipta revolusi. Tunisia, Mesir, entah mana negara lagi.

Pemuda 30an ini - kini muncul di Dream Channel - satelite tv Mesir dengan isakan dan tangisan tetapi pendirian yang tidak tergugat - selepas 10 hari menjadi 'tamu' polis rahsia Mesir, bermula sehari selepas rakyat Mesir membanjiri Tahrir Square.

'Kulluna Khaled Sa'id - atau We are all Khaled Sa'id' bermula sebagai dedikasi sekumpulan anak muda Mesir terhadap Khaled Sa'id - anak muda Mesir berusia 28 tahun yang dibunuh secara kejam oleh dua orang polis Mesir.

Khaled, telah muat turun dalam You Tube imej polis Mesir sedang membahagikan wang dengan pengedar dadah. Ia menimbulkan kemarahan polis. Ia diburu.

Saksi-saksi melihat bagaimana Khaled diambil oleh dua anggota polis, kepalanya dihantuk ke dinding dan tangga bangunan sehingga mati. Mayatnya dicampak di tepi jalan dan selepas post mortem, polis mengeluarkan kenyataan Khaled mati kerana terlebih mengambil dadah.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan tiada kecederaan parah bagi Khalid.

Kematian Khaled menimbulkan kemarahan anak muda Mesir yang telah sekian lama menyaksikan kekejaman polis Mesir dalam berbagai cara. Ditambah dengan pembohongan dan rasuah.

Khaled serta merta menjadi simbol kebangkitan anak muda Mesir. Fotonya terpampang di sudut laman Kulluna Khaled.

Selepas anak muda Tunisia - Bu Azizi - menjadi simbol kebangkitan anak muda Tunisia - dan berjaya menghalau Presiden Tunisia lari ke luar negara - anak muda Mesir mendapat inspirasi dan semangat untuk bangkit tidak tertahan lagi.

25 Januari lalu kebangkitan bermula. Wa'il Ghonim - pakar IT yang bekerja dengan Google di Dubai bergegas pulang untuk menyertai anak muda Mesir lain yang telah menyahut seruan laman FB mereka. Keesokan harinya, beliau ditahan.

Keluarga dan majikannya cuba mengesan jejak beliau tetapi gagal. Tidak ada sebarang berita mengenai di mana beliau berada, sehingga lah beliau muncul di kaca TV Dream Channel.

Sebelum beliau ditahan, beliau telah memberikan password kepada rakannya yang lain. Hanya kini, beliau mengetahui rakannya telah terbunuh dalam kebangkitan kini.

Dalam wawancara yang boleh disaksikan di You Tube, Wa'il menegaskan kebangkitan rakyat Mesir hanya untuk menuntut hak mereka yang sah, kebebasan bersuara, keadilan dan keselamatan. Serta pembelaan terhadap mereka yang telah dizalimi. Mereka bangkit bukan untuk menimbulkan huru hara. Kerana itu, beliau merasa kesal adanya kematian baik di pihak orang awam termasuk rakan-rakan beliau mahu pun anggota keselamatan. Kesemua mereka, kata Wa'il, adalah syahid.

Tidak ada pihak yang patut menekankan ideologi mereka dalam kebangiktan sekarang. Tetapi nasib rakyat Mesir lah yang menjadi agenda sebenar.

Beliau menyebut bahawa beliau bukan agen mana-mana pihak sekalipun pihak polis cuba menekan beliau mengaku menjadi alat pihak lain semasa dalam tahanan. Katanya, keluarga beliau adalah kaya raya dan beliau sendiri mempunyai pendapatan lumayan dengan kereta besar dan kehidupan mewah di Dubai. Kerana itu, beliau tidak perlukan sogokan tetapi atas cintanya terhadap Mesir yang telah porak poranda oleh regim yang ada, beliau memberanikan diri mencetuskan kebangkitan ini. Beliau hanya ingin bersuara bagi pihak yang teraniaya dan majoriti rakyat Mesir yang miskin.

Beliau tidak mahu digelar hero atas kebangkitan ini kerana hero yang sebenar adalah rakyat Mesir yang telah berani bangkit. Semua yang telah terkorban dan anak muda yang sanggup bertahan di Medan Tahrir hingga kini, sudah hampir dua minggu.

Wa'il Ghonim tidak mengambil masa yang lama selepas pembebasannya untuk bersama di Medan Tahrir. Sekalipun isterinya, rakyat Amerika beragama Islam sedang menunggu di Dubai dan bapanya berada di Saudi.

Kita boleh bayangkan bahawa Husni Mubarak tidak mempunyai pilhan melainkan berundur.

Dalam rangka mengekang kebangkitan menerusi kemudahan Twitter dan FB, kerajaan Mesir menyekat laluan internet selama tiga hari, minggu lalu. Ia dibuka semula kerana hasil sekatan itu, lebih ramai anak muda membanjiri Medan Tahrir kerana mereka tidak lagi dapat merayau di alam maya, ber chit chat dan FB atau bermain on line game. Memang sangat menakjubkan!

Kepalsuan propaganda media Mesir juga terdedah dengan mudah dengan kemudahan FB dan internet.

Umpamanya kononnya letupan bom di Gereja Koptik baru ini dilakukan oleh Hamas, terdedah ianya dilakukan oleh polis rahsia Mesir sendiri.

Percubaan memainkan sentimen agama - sama seperti berlaku di bumi One Malaysia - digagalkan oleh imej-imej pemuda Islam yang sedang bersolat di depan kereta perisai tentera Mesir dilindungi oleh pemuda Kristian Mesir yang bersalib dan pemuda Kristian yang bersembahyang pada hari Ahad di Medan Tahrir dilindungi pula oleh Pemuda Muslim! Ia imej kesatuan hati dan budi yang luar biasa dari kebangiktan ini!

Isra' Abdul Fatah - pemudi Mesir adalah antara pencetus revolusi yang lain. Peranan gadis muda ini yang giat menerusi lamannya, menyatakan, revolusi hanya boleh berlaku bila mana semua orang benar-benar pergi berhimpun di Medan Tahrir dan tidak hanya berada dalam alam maya. Beliau pernah dipenjara selama lapan belas hari. Imej You Tube penuh emosi pada hari beliau dibebaskan dari tahanan sudah cukup membangkitkan sentimen anak muda Mesir. "Jika Mubarak membohongi rakyat Mesir selama tiga puluh tahun, adakah beliau akan bercakap benar beliau akan berundur selesa September?" Tanya Isra'.

Di depan pemuda seperti Wa'il dan pemudi seperti Isra' - regim Mubarak sudah hilang legitimasinya dan menunggu masa untuk runtuh.

Kebobrokan Mubarak yang merata dan kekejaman yang lama, dengan menutup pintu kebebasan samada melalui pilihanraya palsu mahupun pembohongan media, serta membina rangkaian korupsi yang kian membarah, kini berhadapan dengan pembalasan dari rakyatnya sendiri.

Pasti Video ini diharamkan di TV Malaysia ?



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersiaran langsung dari CNN International, New York, Amerika Syarikat.

Program yang ditemuramah oleh wartawan CNN Hong Kong, Kristie Lu Stout menerusi sidang video secara langsung ini membicarakan tentang bagaimana kesan demokrasi di Mesir mampu mengubah dunia Islam secara keseluruhannya.

Turut ditanya, adakah teori domino yang bermula di Tunisia dan sedang melanda Mesir juga akan membadai Malaysia selepas ini. Yang pasti video ni takan dapat ruang dalam Rtm atau TV3

Ops Lalang : Mahathir Penipu - Mat Sabu


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987.

Demikian kata Ahli Jawatankuas PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’.

Dalam buku tersebut, Mahathir mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza.

Malangnya, kata Mahathir, polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap.

Mengulas lebih lanjut, Mohamad Sabu, yang turut ditahan dalam operasi tersebut, mempersoalkan jika benar penangkapan tersebut dilakukan menurut kehendak polis, mengapakah beberapa ahli politik daripada Barisan Nasional terkecuali daripada ditahan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno pada masa itu bertempat di Stadium TPCA, Kampung Baru menyeru orang Melayu supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina.

“Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pula berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya mancis api.

“Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina.

“Kesemua mereka tidak pula ditahan semasa Operasi Lalang,” kata Mohamad Sabu.

Tambahnya lagi, penahanan yang dibuat sewaktu Operasi Lalang tersebut sebenarnya berdasarkan satu senarai yang disediakan oleh orang politik.

“Sebelum operasi tersebut dijalankan, Mahathir mengarahkan Najib ke Jakarta, Lee Kim Sai ke Australia sementara Shahidan tidak pula ditahan,” kata Mohamad Sabu.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menafikan Mahathir menemui mana-mana pemimpin pembangkang sebelum operasi tersebut dijalankan.

Sedangkan katanya, lebih setahun selepas ditahan, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah wajar.

“Saya tak pernah bertemu Mahathir dan dia sendiri tak pernah memberi jaminan saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang 1987.

“Saya minta dia namakan pemimpin pembangkang yang dia kata dia jumpa!” kata Kit Siang.

Operasi Lalang dilaksanakan pada 27 Oktober 1987 oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia.

Ia menyaksikan 106 orang ditangkap dan ditahan di bawah ISA terutamanya ahli politik parti pembangkang.

Peristiwa tersebut juga menyaksikan pembatalan dua akhbar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Sumber: Mimpi Senja

Bekas IGP: Dr M juga bantah Ops Lalang

Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.NONESebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.

Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

Dalam buku terbaru bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya dalam wawancara dengan penulis buku itu, Tom Plate. -M'kini

Ketua Polis Johor Nyaris Lemas

Batu Pahat - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya tergelincir ke dalam parit di kawasan banjir di Kampung Parit Basri, Sri Medan di sini semalam.

Gambar: MOHD. Mokhtar (dua dari kiri) diselamatkan beberapa anggota polis selepas kereta yang dinaikinya masuk ke dalam parit di Batu Pahat semalam.
Turut bersamanya dalam kenderaan terbabit ialah Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris.

Pada masa kejadian, Mohd. Mokhtar dalam perjalanan untuk melawat kawasan banjir dan turut disertai oleh beberapa wakil media.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd. Mokhtar berkata, ketika melalui kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang tiba-tiba kenderaan tersebut seperti masuk ke dalam lubang yang sebenarnya adalah parit.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu sukar membezakan antara jalan dan parit di kawasan berkenaan kerana kawasan itu dilitupi air. -kosmo

Sejak satu dua hari ini banyak berita yang tak berapa bagus mengenai polis.

1) Polis didakwa merompak dan menampar seorang wanita hamil
2) Mahathir salahkan polis sebab kredibilitinya jatuh akibat dari Operasi Lalang
3) Polis Rompin didapati bersalah oleh mahkamah kerana menceroboh kediaman persendirian berkaitan kes penangkapan pemimpin PAS semasa berceramah
4) Seorang sarjan retak tengkoraknya kena libas oleh seorang pemuda yang mengalami masalah mental
5) Berita di atas - Ketua Polis Johor nyaris lemas bila pacuan empat rodanya masuk parit semasa banjir.

Kesemua insiden di atas sepatutnya jadi bahan renungan oleh pihak polis BAHAWA: rakyat biasa tidak mempunyai kuasa untuk melawan polis. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan TETAP berjalan.

Rakyat yang tak ada pistol, tak ada senapang tetapi ada senjata paling kuat iaitu DOA, hanya mampu berdoa agar polis melaksanakan tugasnya dengan BETUL, CEKAP DAN ADIL seperti motto perkhidmatan mereka. Dan supaya mertabat polis tidak direndahkan hasil dari perbuatan-perbuatan sesetengah dari kalangan mereka sendiri yang mempunyai pelbagai kepentingan lain. -GB

BN terbukti Pandai Memerintah : Depa hasil RM8juta Azizan cuma RM53juta sahaja..!!


Eishhh biaq betoi Azizan nie.... depa kata dia tak tera perintah negeri... depa kata dia lebai kampung.... dalam depa dok kata tu pon dapat hasil sampai terra nie.. lantak hangpa la nak kata apa... janji dari duit hasil nie dah dapat recover banyak dah antaranya cukai pontu & tanah yg MB lama penaik sampai 300% tuu... serta dah dapat bagi buat Skim Kifalah RM500 bila mati dan lagi dapat penaik elaun JKM sebanyak 100%.. nak nafi apa lagik....

Perkhabaran gembira Cikgu Kafa di Selangor


SHAH ALAM : Guru kelas agama fardu ain atau KAFA di negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira apabila kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan elaun tambahan guru sebanyak RM300.
Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.
Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.- TVs
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata, kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.
Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.
"Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," katanya.

Polis Nak Sokong Lagi Pemimpin BN Setelah Mahathir Tibai Polis?

Ops Lalang: Kit Siang cabar Mahathir namakan pembangkang, jangan salahkan polis
KUALA LUMPUR — Lim Kit Siang hari ini mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata:
Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis
“Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang.”

Dr Mahathir mengatakan demikian dalam buku terbaru “Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate.
Penasihat DAP itu berkata, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakdilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain Lim, turut ditahankan ialah Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir dan beliau tidak pernah memberikan saya jaminan bahawa saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 meskipun sehari sebelum itu saya bercakap di Parlimen ketika perbahasan bajet mengenai peningkatan ketegangan kaum dan saya meminta kesemua parti bersetuju dengan (syor) moratorium selama setahun di mana tiada isu perkauman, bahasa atau agama dicetuskan atau dibangkitkan bagi setiap rakyat Malaysia memberi tumpuan ke atas keutamaan negara mencapai pemulihan ekonomi dan pertumbuhan,” katanya lagi.

Kata Lim, tidak patut Dr Mahatahir mempersalahkan polis sebagai bertanggungjawab atas Operasi Lalang memandangkan beliau bukan sahaja tidak mempertahankan penahanan 106 orang di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah beliau menggunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 8 akta itu untuk mengeluarkan perintah menahan selama dua tahun membabitkan 49 orang termasuk tujuh ahli Parlimen DAP.

Lim berkata, Dr Mahathir sentiasa membuat dakwaan palsu dan tidak berasas bahawa ahli-ahli Parlimen DAP ditahan bukan kerana mereka wakil rakyat atau disebabkan kepercayaan politik, tetapi kerana cuba untuk mencetuskan kerusuhan kaum.

Sebagai contoh katanya, Dr Mahathir memberitahu majalah Asiaweek keluaran 11 November 1988 bahawa beberapa orang masih ditahan kerana enggan memberi jaminan tidak akan mencetuskan perkauman lagi.

Malah kata Lim, sebenarnya salah guna ISA untuk tujuan peribadi, berfikiran sempit dan perasaan dendam adalah jelas memandangkan beliau dan anaknya Guan Eng, kini Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, adalah dua yang terakhir daripada 49 tahanan Operasi Lalang dibebaskan pada April 1989.

“Sedangkan yang lain dibebaskan bermula Jun 1988,” kata beliau.

“Saya selalu mengakui memang ada ketegangan kaum pada Oktober 1987, tetapi ketegangan kaum ini bukan dicetuskan oleh ahli-ahli Parlimen DAP atau tahanan lain Operasi Lalang, tetapi oleh beberapa pihak yang mahukan kuasa politik dalam Umno,” katanya.

Pada 1987 Umno berhadapan dengan krisis kepimpinan membabitkan dua puak, satu diketuai oleh Dr Mahathir manakala yang satu lagi oleh Tengku Razaleigh Hamzah-Tan Sri Musa Hitam.

“Sebagaimana dikatakan oleh Bapa Malaysia dan perdana menteri pertama (Almarhum) Tunku Abdul Rahman sejurus selepas Operasi Lalang, pada November 1987, ia bukan persoalan orang Cina menentang kerajaan tetapi parti sendiri, Umno, yang menentang beliau,” kata Lim memetik akhbar The London Times edisi 9 November 1987.

Sehubungan itu kata Lim, Dr Mahathir tidak boleh memindahkan tanggungjawabnya terhadap pasukan polis, sebaliknya perlu tampil bersih dan meminta maaf kepada seluruh negara kerana mengadakan Operasi Lalang, yang disifatkan sebagai bab hitam dalam soal hak asasi manusia di Malaysia.

“Adakah Mahathir (juga) mahu mempersalahkan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, agensi antirasuah, media dan institusi-institusi utama negara atas kegagalan membantah demi melindungi, mempertahan dan menggalakkan keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme ketika (era) kepimpinannya?” kata Lim lagi.
Dalam buku itu, Dr Mahathir yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

“Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.

“Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang,”
katanya. -TMI

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang menyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.
"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate, yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat. -mk

Jelas kini bahawa polis jadi pihak yang diperbodohkan pemimpin BN. Polis selama ini menyokong dan mendokong pemimpin-pemimpin BN, tetapi apa kesudahannya?

Imej polis tercalar teruk kerana Mahathir secara terbuka mempersalahkan polis kerana Operasi Lalang yang menurutnya, menjadi sebab kredibilitinya hilang. Pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang pula yang membela polis.
Tentang Mahathir ni, kita sudah tahu sangat. Dia jadi PM bukan setahun dua. Dia hipokrit peringkat paling tinggi. Menipu dan berbohong adalah biasa baginya. Tahukah anda ciri-ciri orang berdusta? Sebelum ini GB pernah mengeluarkan artikel mengenai Bagaimana Mengenali Jika Seseorang Itu Berdusta?

Petikan:

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Dr Hatta menang saman polis umno...


KUALA LUMPUR: Dr Hatta Ramli dan dua yang lain menang kes saman terhadap polis dan kerajaan dalam kes ceramah tanpa permit dan jumlah bayaran mengenainya akan ditentukan minggu ini.

Ketiga-tiga mereka ditangkap dan dilokap pada 10 Jun 2004 kerana dituduh berceramah tanpa permit di daerah Rompin.

Ceramah anjuran PAS Rompin itu bagaimanapun diganggu polis walaupun ia diadakan di dalam kawasan persendirian.

Mereka kemudiannya menyaman Polis dan kerajaan Malaysia seterusnya pada 26 Ogos 2009 Mahkamah Tinggi Kuantan memberi kemenangan pada mereka.

Menurut Dr Hatta, selepas perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak hari ini, jumlah tuntutan itu akan ditentukan mahkamah selewat-lewatnya 15 Mac depan.

Mereka diwakili peguam, Hanipa Maidin.

Ketika dihubungi KeadilanDaily.com beliau berkata, kemenangan kes ini menunjukkan ceramah adalah sah dari segi undang-undang walaupun tanpa permit polis.

Sehubungan itu, beliau berharap jentera Pakatan Rakyat tidak gentar dalam mengadakan aktiviti parti bagi memastikan maklumat kepada rakyat dapat disampaikan dengan berkesan.

“Kita juga berharap agar pasukan Polis bersikap profesional dan adil terhadap program Pakatan Rakyat selepas ini,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai

PANAS!! EKSKLUSIF!! Taib Mahmud Rampas Tanah Lagi!!

SEBERAPA BANYAK YANG ANAKANDA NAK IANYA PERCUMA, ANAKANDA!

Senyuman lebar anak Taib Mahmud, Mahmud Abu Bekir
dengan tanah "kurnia" seluas 70,000 hektar!!
Ketika PM Najib Razak mengadakan sesi penilaian ke atas rekod-rekod BN di Sarawak pada hujung minggu ini, kami ingin mencadangkan beliau juga perlu mengambilkira suatu maklumat yang mengejutkan yang kami dedahkan mengenai siasatan kami ke atas rampasan tanah terkini yang dilakukan oleh Taib.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini Ketua Menteri itu telah memberikan kepada anaknya yang tampan, Mahmud Abu Bekir Taib, tanah-tanah NCR seluas kepulauan Singapura – semuanya diberikan secara PERCUMA!

Kebanyakan tanah-tanah tersebut telah menjadi milik syarikat yang ditubuhkan untuk Mahmud yang dikenali sebagai Titanium Management. Titanium Management pernah menjadi perhatian umum kerana terlibat dalam beberapa skandal mendapat kontrak-kontrak tanpa melalui proses tender yang dikeluarkan oleh kerajaan Taib.
Titanium Management - Pemegang sahamnya, Mahmud Abu Bekir Taib, dan para kroni!
Titanium Management pada asal terletak di sebuah pejabat dalam bangunan syarikat CMS yang dimiliki oleh Taib sendiri, yang kerapkali terlibat dalam skandal-skandal mencuri kesemua jenis perniagaan yang paling menguntungkan.

Sebenarnya Titanium kini telah berpindah pejabat ke blok bangunan pejabat yang dinamakan Titanium Tower, yang berdiri megah sebagai suatu lambing kejayaannya menyedut segala keuntungan dari kontrak-kontrak Negeri dan juga rampasan-rampasan tanah NCR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana kami boleh mengesahkan keuntungannya mencecah berates-juta ringgit.

Walau bagaimanapun, selain dari Titanium Management, kami juga telah mengenalpasti berapa syarikat yang telah menerima tanah-tanah yang mana syarikat-syarikat itu dikawal oleh Taib Mahmud dan rakan kongsinya Chris Chung dan bekas Pengarah Kerjaraya, Michael Ting. Ke semua syarikat ini yang didaftarkan di bawah nama salah seorang atau ketiga-tiga mereka beroperasi dalam satu ruang pejabat dan berkongsi satu nombor telefon seperti yang digunakan oleh Titanium Management!

Dalam kes anak saya tanah harus diberikan secara PERCUMA!
Kami telah mendapati sebanyak 14 buah syarikat yang jelas dikawal oleh Titanium Management milik Mahmud Abu Bekir Taib, yang telah diberikan tanah-tanah berjumlah 70,000 hektar. Jumlah ini jauh lebih luas dari kepulauan Singapura.

Pada setiap satu kes pemberian tanah ini dilaksanakan di bawah kategori “Payment in Kind”. Ini merupakan salah satu cara menyebut tanah-tanah itu diberikan kepada anak Taib secara percuma.

Tanah-tanah lain pula turut ditawarkan secara percuma. Kebanyakan pemanfaat dari rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib hanya akan diminta bayaran yang paling minima pada suatu tarikh di masa hadapan. Tetapi apabila tiba pada anak Taib, bayaran adalah dihapuskan!

Apabila kerabat Taib bermaharajalela, rakyatnya merana

Perdana Menteri Najib seharusnya menganggap kemewahan Taib hasil rampasan demi rampasan yang dilakukannya ke atas tanah-tanahnya sendiri terlalu kontra dengan kadar kemiskinan teruk yang dialami oleh rakyatnya, sedangkan rakyatnya itu hidup di sebuah negeri yang suatu ketika dahulu dikatakan negeri yang terkaya di Malaysia.

Pada minggu-minggu yang akan datang Sarawak Report menjalankan siri-siri siasatan dan kajian terhadap akibat rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib. Perbuatannya itu telah menyebabkan kesengsaraan kepada mereka di mana kayu-kayu hutan mereka ditebang, tanah-tanah mereka dijadikan ladang kelapa sawit dan sungai-sungai mereka menjadi cetek akibat lumpur dan pencemaran.

Setiap kali musim piliharaya mereka dijanjikan bekalan air yang bersih, tenaga elektrik, jalanraya yang sempurna, pekerjaan yang baru dan elemen-elemen pembangunan yang lain. Tetapi setelah 30 tahun memimpin negeri ini, Taib masih gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk keselesaan rakyatnya sendiri.

Batang Ai sebagai contoh

Janji kosong Barisan Najis - Janji juta-juta pembangunan,
kemudian gelak sakan bila pulang ke Kuching
sebab berjaya menipu rakyat!!
Mari kita lihat keadaan di Batang Ai yang dihadapi oleh masyarakat Iban rumah panjang. Mereka telah dijanjikan RM70 juta dalam bentuk baikpulih prasarana dan perbelanjaan-perbelanjaan lain semasa pilihanraya kecil tahun 2009 oleh Taib dan BN. Sememangnya Taib mengumumkan perkara ini di depan para pengundi dan mencetaknya di akhbar-akhbar arus perdana sehari menjelang pilihanraya itu!

Ini adalah suatu kesalahan dan cubaan merasuah pengundi, yang boleh mengakibatkan Taib dimasukkan ke penjara jika dia dihadapkan ke mahkamah. Namun para pengundi telah memilih BN tetapi tetap tidak mempercayai janji-janji ini, kerana dua tahun kemudian hingga sekarang janji-janji itu belum ditunaikan sepenuhnya! Jurucakap PKR Nicholas Bawin menjelaskan kepada Sarawak Report bahawa orang-orang di Batang Ai belum melihat RM2, apa lagi RM70 juta yang dijanjikan itu!

Kami telah menghubungi beberapa penduduk rumah panjang yang telah dipaksa oleh Taib dalam tahun 1983 untuk meninggalkan kawasan asal mereka kerana memberi laluan kepada pembinaan empangan hidroelektrik (Taib dan BN kini merancang untuk memindahkan 600,000 orang asal untuk membolehkan 12 buah lagi empangan dibina jika mereka memenangi pilihanraya kali ini).

Nasib rumah panjang Sarawak - Standard bekalan air
ciptaan Taib Mahmud!!

Orang-orang Batang Ai telah digalakkan berpindah ke penempatan yang baru dan dijanjikan bekalan air dan elektrik percuma, termasuk dijanjikan peluang-peluang mendapat pekerjaan yang sempurna dan pembangunan. Kami telah bertanya sudahkah janji-janji itu ditunaikan sepenuhnya?

Kami terkejut kerana mendapati setelah hampir 30 tahun mengharapkan janji-janji tertunai, kebanyakan rumah panjang masih TIADA BEKALAN AIR! Malah di rumah panjang Wong Pandak dan Wong Panjai, para penghuninya masih menggunakan air hujan yang ditadah.

Begitu juga kanak-kanak sekolah di asmara sekolah Nanga Kesit tiada bekalan air bersih untuk diminum, mana kala rumah-rumah panjang di Scheme 1 dan Scheme 2 di kawasan Sebeliau tiada air bersih untuk mandi kerana sungainya berlumpur dan berkelodak akibat hakisan dari ladang-ladang kelapa sawit yang telah kian lama memenuhi sungai di situ.

Tiada bekalan elektrik

Seperti di kebanyakan kawasan di Sarawak, keluarga-keluarga miskin di Batang Ai kerap kali dipotong bekalan elektrik mereka kerana gagal menjelaskan bil-bil elektrik. Ini tidak menepati janji-janji BN semasa penduduk-penduduk itu ditempatkan di kawasan yang baru yang seharusnya menikmati bekalan elektrik percuma!

Bandingkan rumah panjang dengan rumah ini - Tiada bekalan air di kampung, tetapi rakan niaga Mahmud Abu Bekir, Chris Chung dan dua abangnya ada TIGA rumah besar bersebelahan di Kuching! Dari mana datangnya kemewahan ini??
Janji-janji Taib dan BN rupa-rupanya bohong-bohong belaka! Tambahan lagi, orang-orang tempatan pernah dijanjikan keuntungan hasil dari tanah-tanah mereka yang diambil dan diusahakan oleh syarikat-syarikat perladangan. Namun keuntungan walau kecil mana pun belum lagi mereka terima, dan kawasan yang kecil untuk mereka bercucuk tanam pula berada terlalu jauh dari tempat mereka.

Seperti mana yang dihadapi oleh kebanyakan komuniti tempatan di seluruh Sarawak, hutan yang pernah menjadi tempat mencari makanan dan tempat berteduh dahulu, telah pun dirampas dari mereka, tetapi keuntungan dan kemewahan yang terjana dari hutan-hutan itu telah disalurkan ke lain tempat.

Sebaliknya Taib mempunyai rekod yang baik memenuhi janji-janji terhadap golongan orang-orang tertentu sahaja. Golongan ini terdiri dari ahli-ahli keluarganya sendiri dan juga kroni-kroninya dan rakan-rakan niaga yang kaya raya.

Kemewahan hidup Ketua Menteri dan keluarganya amat jauh berbeza dengan kemiskinan dan kesengsaraan hidup yang membelengu rakyatnya yang telah dirampasnya tanah-tanah. Inilah merupakan rekod-rekod yang perlu dinilai oleh PM Najib Razak semasa dia mengatur strategi-strategi menjelang pilihanraya negeri nanti.

Rekod-rekod sebeginilah yang perlu dibandingkan dengan rekod-rekod pemimpin-pemimpin luar negara seperti Robert Mugabe dari Zimbabwe … atau Hosni Mubarak dari Mesir, atau Zine El Abdine Ben Ali dari Tunisia, atau Ali Abdullah Salleh dari Yemen, yang pernah dipetik sebagai berjanji tidak akan menggugat kesabaran rakyatnya dengan minta dipilih semula untuk penggal seterusnya setelah 30 tahun berkuasa.

Cukuplah sudah untuk Taib

Namun Taib fikir dia masih boleh memimpin dan baginya orang-orang Sarawak masih memerlukannya sebagai pemimpin mereka lebih dari 30 tahun. Bagi dirinya juga beristeri muda akan menambahkan tenaganya untuk terus bekerja merampas hak-hak rakyatnya untuk diri nya dan keluarganya. Sedangkan Sarawak kini sudah dihangatkan dengan lebih 200 kes-kes mahkamah berkaitan dengan rampasan-rampasan yang dilakukannya.

PM Najib harus memikirkan apakah sejauh manakah dan seberat manakah tahap kesabaran rakyat Sarawak sanggup bertahan dan berhadapan dengan semua ini

Imej "Penunggang Kuda Misteri " Dirakam Di Dataran Tahrir


Kaherah - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.

Gambar: SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.
Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube.
- Agensi.
 

Kisah Seorang Anggota Unit Amal Dipukul, Digari & Disumbat Ke Lokap

Pengalaman dipukul, digari dan disumbat ke dalam lokap oleh polis tidak mudah dilupakan oleh seorang anggota Unit Amal yang menyertai himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur Jumaat lalu. - gambar fail

Lebih-lebih lagi insiden buruk itu berlaku pada kali pertama beliau menyertai perhimpunan dan bertugas sebagai Unit Amal.
Sebelum ini, Hafizuddin Kamaruddin, 26, yang baru menyertai Unit Amal dari Kawasan Temerloh itu beranggapan pasukan polis mesra dan berhemah dengan orang ramai sebagaimana slogan digunakan pihak berkuasa itu.

Namun apa yang saya alami sendiri Jumaat lalu tidak menggambarkan sedemikian,” katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Hafizuddin ialah salah seorang daripada tujuh peserta himpunan menyerahkan memorandum di kedutaan Amerika Syarikat yang telah diberkas polis selepas perhimpunan tersebut.

Menceritakan detik itu, beliau pada sebelah paginya pada hari tersebut bersama 20 orang Pemuda PAS Temerloh memakai seragam Unit Amal pergi ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk berkawal dan mengawal ketegangan tanpa sedikit pun terlintas untuk melakukan sebarang kekerasan.

Katanya, polis cuba menghalang perarakan daripada masjid lagi tetapi dengan kekentalan semangat Amal mereka bergerak dalam satu rantaian berjaya melepasi hadangan polis untuk ke kedutaan Amerika.

“Pada masa perhimpunan dan menyerahkan memorandum semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. Tetapi semasa sudah bersurai dan mula beredar pulang ada polis berpakaian biasa dan berseragam polis tiba-tiba menyemburkan sejenis asap pedih. Termasuk yang menjadi sasaran ialah muslimat.

“Ia berlaku 100 meter daripada bangunan kedutaan Amerika. Saya berada di barisan belakang ketika itu dan bersama rakan-rakan lain terpaksa menerpa menghulurkan air mineral kepada muslimat yang sedang kepedihan mata dan panik.

Kemudian polis sembur lagi kali kedua yang membuatkan orang ramai menjadi marah. Bila saya cuba menyelamatkan muslimat tiba-tiba lima ke enam orang polis pakai seragam serang saya. Saya kena tumbuk, disepak, terajang dan dipukul dengan cota sehingga bengkak di kepala, luka di bibir dan cedera di siku, katanya.

Menceritakan pengalamannya, Hafizuddin berkata, beliau kemudiannya ditahan di dalam sebuah trak polis bersama enam lagi yang ditangkap.

Satu jam setengah kami berada dalam Black Maria, kira-kira jam 6 petang kami dihantar ke lokap Balai Polis Dang Wangi untuk diambil kenyataan,” tambahnya.

Kata Hafizuddin, selepas sembahyang Maghrib berjamaah dalam lokap barulah mereka diambil biodata peribadi. Tetapi apabila pegawai polis bertanya tentang demonstrasi mereka memilih untuk berdiam diri kerana banyak soalan-soalan provokasi yang ditanyakan.

Selepas itu mereka disoal siasat pula oleh pegawai penyiasat bernama Inspektor Lydia.

Semasa disoal siasat kami disuruh duduk bersila atas lantai sedangkan dia duduk di atas kerusi, terasa betapa hinanya kami sedangkan kami tidak lakukan apa-apa jenayah. Masa itu kami desak untuk jumpa peguam tapi tidak dibenarkan. Dah lama barulah kami ditemukan dengan lima orang peguam.

“Kira-kira jam 11 malam kami diberitahu dapat jaminan mulut dan boleh balik
.”

Jelas Hafizuddin, kenangan pahit dan pedih yang dialaminya tidak akan dilupakannya sepanjang hayat kerana sebelum ini mati-mati beliau beranggapan mesra rakyat dan bersifat pelindung.

“Kenapa apabila berhadapan dengan rakyat tiba-tiba mereka melakukan kekerasan? Sedangkan kami bukannya membawa senjata malah kami memang dah mula bersurai.

“Lagipun kami turun ke Kuala Lumpur kerana sensitif dengan pergolakan yang berlaku di kalangan negara umat Islam. Jadi kenapa sanggup perlakukan kekerasan terhadap kami?”, soalnya. -Hrkh