Jumaat, 15 April 2011

Penulis itu beriman dengan video seks, menolak Al-Quran?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Iblis menyesatkan umat manusia melalui pelbagai cara. Sumpah Iblis di hadapan Allah ialah dia mahu menyesatkan manusia hingga hari Qiamat. Iblis tidak hanya bertumpu di premis-premis maksiat untuk menyesatkan manusia. Di tempat manusia beribadat kepada Allah pun banyak Iblis yang mahu menyesatkan manusia. Iblis tidak hanya menggunakan manusia yang zahirnya nampak sesat untuk memesongkan manusia. Dia juga boleh memperkudakan golongan manusia yang nampak warak, berkopiah dan berjanggut untuk menyesatkan manusia.

Saya beristighfar panjang selepas membaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang ahli Parlimen perihal musuh ketatnya Anwar Ibrahim. Isunya di sini bukanlah manusia bernama Anwar bin Ibrahim tetapi kebiadapan penulis tersebut mengandaikan sikap Allah terhadap isu liwat dan zina yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Kesimpulan yang dibuat oleh penulis tersebut ialah Allah sudah menunjukkan kebenaran dalam isu liwat dan zina dengan mengutuskan beberapa petunjuk. Tiada satu pun dari petunjuk itu berdasarkan apa yang terkandung dalam syariat atau hukum hakam yang Allah tentukan.

Berikut adalah petikan dari tulisan yang menyesatkan itu:
Nanti bila sampai depan Allah, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "Teman udah buat solat hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar wahai Allah.” Tak pasal-pasal Allah akan tempelak kita dengan berfirman: "Aku dah hantar 16 September, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA, Aku dah hantar video klip, Aku dah hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate, ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak Allah hantar lagi yop?”

Tidak semua syariat Allah boleh ditentukan oleh akal sebab akal manusia lemah dan terbatas. Allah menentukan bahawa pengesahan seseorang itu berzina hanya boleh ditentukan oleh empat orang saksi yang yang adil yang menyaksikan secara terperinci akan perlakuan zina. Bolehkah ini berlaku kerana jika saksi tidak mencegah maka awal-awal lagi mereka sudah jatuh fasik? Jika ini mustahil berlaku, maka itulah ketentuan Allah yang menyuruh umatnya tidak beriya-iya menuduh seseorang berzina.

Sejak syariat itu mula diperkenalkan di zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini, belum pernah terjadi syarat ‘empat orang saksi yang adil’ itu dipenuhi . Namun siapa di kalangan manusia beriman yang berani menyanggah bahawa syarat yang dibuat oleh Allah SWT itu tidak betul?

Selain dari empat orang saksi yang adil, pembuktian zina hanya berlaku dengan sumpah atau pengakuan yang dibuat oleh pelaku bahawa dia melakukan zina. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”

Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.

Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”

Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”

Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”

Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”

Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Mengapa kelihatan susah sangat Rasulullah SAW hendak menghukum? Sebab mengikut prinsip keadilan Islam, kesilapan seorang hakim membebaskan orang bersalah adalah lebih afdhal dari kesilapan menghukum orang yang tidak bersalah.

Hukum berkaitan dakwaan zina dan menuduh orang berzina tanpa bukti yang syarie (qazaf) amatlah berat. Islam menetapkan selain dari empat saksi yang adil dan pengakuan penzina (yang memenuhi pula syarat-syarat tertentu) maka tiada cara ketiga. DNA, klip video lucah, Twitter, jam Omega , Datuk Eskay langsung tidak boleh dijadikan bahan bukti. Amat jahat lagi sesat untuk menuduh Allah SWT mengutuskan semua itu sebagai dalil kononnya untuk mengajak manusia berfikir.

Islam adalah agama yang menjaga maruah, terutama isu yang melibatkan zina. Tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh zina seseorang berzina melalui media-media picisan walau dengan dalil yang banyak sekalipun. Kebencian terhadap seseorang bukan alasan untuk membuat tuduhan palsu ‘memburukkan’ Allah seolah-olah Allah sudah berpihak kepada mereka, walhal merekalah pihak yang memijak syariat Allah.

Tulisan Ahli Parlimen itu tidak boleh dipandang dari aspek politik. Tidak terpisah politik dan hukum. Ulamak kena perhatikan sama politikus seorang ini yang melampau sangat tulisannya; menilai dan menggambarkan Allah Yang Maha Suci mengikut perspektif nafsu serakahnya.

Islam tidak pernah menjadi sumpah mengaibkan diri sendiri dan mengaibkan orang lain (seperti yang dilakukan oleh Saiful Bukhari) kononnya telah menepati syariat. Islam tidak pernah membenarkan penayangan video lucah kepada umum walau atas apa alasan sekalipun. Islam tidak pernah memperakui orang fasik dan video lucah sebagai saksi mencari kebenaran.

Kebenaran terkandung dalam Al-Quran yang menetapkan hukum berhubung zina dan qazaf. Jika seseorang ‘beriman’ kepada video seks untuk menentukan kebenaran, maka bererti dia menolak Al-Quran

Hiburan alternatif PAS dapat sambutan penduduk

MUARA TUANG, 15 April: Pendekatan yang diambil oleh PAS untuk mendekati masyarakat melalui hiburan alternatif ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di Dun ini.
Konsert Mini Bersama Mua’dz yang diadakan di kawasan berhampiran pangkalan feri Kota Samarahan petang semalam dan Kampung Sungai Bandong malam tadi mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat.
Walaupun tiada pentas yang sempurna, namun masyarakat tempatan yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa tetap setia mengikuti persembahan Mua’dz dan Hafiedz Algebra yang ternyata menghiburkan mereka.
Celoteh bersahaja mereka berdua mencuit perasaan hadirin yang diselit dengan lawak jenaka spontan menambahkan keceriaan majlis berkenaan.
Lagu-lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan yang dialunkan oleh Mua’dz dan paluan berbagai jenis gendang oleh Hafiedz yang dikenali dengan panggilan Master Gendang mengundang reaksi spontan daripada hadirin.
Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian, penduduk juga diajukan soalan-soalan pengetahuan am dan diberikan hadiah bagi mereka yang berani tampil ke hadapan dan menjawab soalan.
Ternyata program PAS yang berteraskan prinsip dakwah seperti itu mampu mendedahkan masyarakat setempat bahawa parti itu mengizinkan hiburan yang tidak melalaikan.
Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma (gambar) turut dibuka kepada mereka yang ingin memeriksa tahap kesihatan masing-masing dan dikendalikan oleh tiga doktor daripada Papisma Perak.
Ada juga penduduk yang menyokong BN kelihatan berminat untuk hadir ke program tersebut namun kerana tidak berani, mereka hanya memerhati dan mendengar dari jauh.
Calon PAS di Dun ini, Noraini Hamzah turut bersama-sama dalam program ini dan beramah mesra dengan penduduk.
Menurut Pengarah HalWa Perak yang bertugas di Dun ini, Amizan Baharudin selain memperkenalkan PAS kepada masyarakat, mereka juga harus diperkenalkan dengan hiburan yang dapat membawa mereka mengenali dan mencintai Islam.
"Petugas Semenanjung yang datang ke sini juga bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada mereka.
"Kami melihat masyarakat terutamanya golongan muda sukakan hiburan. Jadi kami gunakan pendekatan hiburan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.
"Walaupun sekejap, tapi kami yakin usaha ini akan memberikan kesan positif kerana mereka dapat melihat bahawa Islam tidak menghalang kita untuk berhibur asalkan tidak melalaikan," katanya. -Hrkh

Perlantikan Khalid Sebagai Timbalan IGP Dipertikai. Imej Polis Akan Terus Merudum.

PKR ‘protes’ Khalid dilantik timbalan IGP

PKR menyifatkan keputusan Putrajaya melantik Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru adalah tidak wajar dan “satu langkah tidak bijak” jika mahu memulihkan imej PDRM.

Menurut naib presidennya N. Surendran, banyak pihak akan mempersoalkan pelantikan bekas ketua polis Selangor itu kerana kegagalan beliau dalam beberapa insiden kematian dan penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis Selangor.
Tambah Surendran, beliau sendiri tidak yakin akan kredibiliti dan keupayaan Khalid untuk memikul tanggungjawab orang nombor dua dalam PDRM.

Selain itu, tambahnya, pelantikan Khalid itu juga dilihat satu usaha untuk mengangkat beliau menjadi ketua polis negara selepa ini.

“Saya terkejut dengan pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan keputusan itu dilihat cubaan untuk melantik beliau sebagai ketua polis negara selepas ini.

“Pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar adalah satu keputusan tidak bijak kerana ia jelas tidak akan membantu mengembalikan kepercayaan dan tidak akan meletakkan pasukan polis berada di landasan yang sepatutnya,” katanya sambil menambah Putrajaya perlu mengambil kira kepentingan awam dalam membuat keputusan penting seperti itu.

Khalid, Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam dilantik sebagai timbalan ketua polis negara menggantikan Datuk Husin Ismail yang bersara hari ini.

Tegas Surendran, dua kematian yang berlaku ketika Khalid masih memegang jawatan ketua polis Selangor adalah sebab utama mengapa beliau tidak layak untuk dilantik timbalan ketua polis negara.
“Beberapa alasan kenapa beliau tidak layak untuk menjawat jawatan itu adalah penyalahgunaan kuasa yang berlaku ketika beliau masih menjadi ketua polis Selangor, ia termasuk pembunuhan dan penganiayaan terhadap A. Kugan pada Januari 2009 dan kemudian kes tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang mana polis cuba untuk menutup kedua-dua insiden ini.

“Malah Datuk Khalid Abu Bakar juga tidak pernah memohon maaf atau bertanggungjawab atas dua kes kematian yang berlaku ketika memegang jawatan itu,”
katanya.

Malah kata beliau, jawapan yang diberikan Khalid dalam kedua-dua kes itu menguatkan lagi keyakinan beliau tidak layak untuk memegang jawatan baru itu.

“Menjadikan keadaan lebih teruk dalam kes A. Kugan Datuk Khalid Abu Bakar memberikan komen dan jawapan yang tidak munasabah mengenai cara kematiannya iaitu Kugan meminum segelas air lalu mati.

“Sedangkan keadaan yang berlaku adalah sebaliknya apabila badan A. Kugan mengalami kecederaan serius, begitu juga dalam kes Aminulrasyid apabila Datuk Khalid Abu Bakar berkata remaja itu adalah penjenayah dan cuba untuk melanggar kereta peronda polis,” katanya.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah meninggal dunia ketika dalam tahanan polis manakala Aminulrasyid pula ditemui mati ditembak April lalu.

Tambah Surendran, keyakinan rakyat terhadap PDRM masih berada di tahap yang rendah ekoran dua insiden yang berlaku itu.

“Selain itu, PDRM perlu secara keseluruhannya dirombak semula, proses merekrut polis dan kaedah latihan juga perlu dikaji.

“Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC) perlu diwujudkan untuk memantau penyalahgunaan kuasa polis,” katanya. -TMI

Video TG Haji Hadi bertemu Najib - Beting Maro


Sampai hati Muhyiddin panggil orang Semenanjung samseng!!

Satuuu ..... ! (Malaysia ... !) .... wakakak !!!
Oleh: JR

Malam Jumaat..sementara menunggu azan solat Isyak berkumandang, saya ruangkan sisa-sisa masa yang terluang untuk menonton TV. Jam antara 8 hingga 9 malam ni apa lagi yang ada di TV..semua di TV cuma program berita. Dan program berita di musim pilihanraya DUN Sarawak ini tak lain cuma sekitar kempen pilihanraya yang sungguh memboringkan itu. Tapi apa nak buat, TV di depan mata, mau tak mau tengoklah juga..seperti kata lirik lagu Pak Pandir: ada mata lihat, ada telinga dengar!!

Tiba-tiba sekitar jam 8.35 malam saya terdengar suara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di TV, haai...kata hati saya, apa makanan basi yang nak dihidangkannya lagi di TV nih? Saya tak kisah pun apa yang dia cakap sebab pasti modal yang sama seperti kelmarin, kelmarin dulu dan kelmarin dulu balik sana la juga! Sampai satu ketika bila tiba-tiba beliau memberi amaran kepada orang-orang Sarawak supaya berhati-hati dengan "kedatangan budaya samseng" ke Sarawak yang dibawa oleh parti-parti politik dari Semenanjung, baru mata saya mendongak ke skrin TV!! Dia seterusnya berkata orang Sarawak berbeza, kerana mereka tidak akan terpengaruh dengan "budaya samseng" dari Semenanjung ini.

"Budaya samseng" dari Semenanjung? Apa, Muhyiddin Yassin kata kedatangan "budaya samseng" dari Semenanjung ke Sarawak? Yang saya tau yang selalu buat perangai samseng ketika pilihanraya tu ialah parti yang sangat berkuasa dan telah bikin samseng selama setengah abad tu. Tapi tak kisahlah sapa yang buat samseng, parti yang logonya warna biru ke parti warna tak biru ke, tapi mengapa Muhyiddin menghina orang Semenanjung sebagai "samseng" di depan orang Sarawak?

Tak kan lah kerana politik, kerana nak menang di Sarawak, kerana banyak laporan tidak memihak kepada parti yang dipimpinnya sanggup dia menghina orang Semenanjung sebagai samseng? Jika orang Semenanjung samseng apa ke halnya pula Muhyiddin dan Najib yang kini sedang berkampung di Sarawak tu, mereka pun orang Semenanjung, mereka juga samseng ke?

Jika Muhyiddin nak menganggap dirinya samseng, nak menganggap partinya samseng, itu dia punya pasallah. Tapi mengapa seluruh orang Semenanjung dianggapnya samseng seperti dirinya?

Sampai hati Muhyiddin panggil orang Semenanjung samseng!!

http://mycuteshoppe.blogspot.com

Pakatan Rakyat Janji Pentadbiran Adil, Telus Di Sarawak

KUCHING 15 APRIL : Ketua Pembangkang berjanji Pakatan Rakyat akan mewujudkan sistem pentadbiran baru berlandaskan prinsip keadilan, ketelusan dan bebas rasuah sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri yang baru 16 April ini.

Bercakap kepada lebih 5,000 penyokong di ceramah perdana Grand Finale di Bandar Baru Samariang Fasa 3 malam tadi, Datuk Seri Anwar berkata, ia berdasarkan kepada semangat dan kesedaran di kalangan rakyat Sarawak sepanjang kempen pilihan raya negeri ke-10.

"Sudah cukup dengan gejala rasuah yang berleluasa, sudah cukup dengan tata kelola pentadbiran yang lemah. Kini tiba masanya rakyat Sarawak bangkit mempertahankan hak mereka dan menuntut satu kerajaan yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat," kata Anwar disambut tepukan gemuruh.

Tambah beliau pilihan raya kali ini merupakan yang terpenting dalam sejarah negeri Sarawak kerana rakyat berpeluang menentukan nasib mereka setelah diperintah selama 30 tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri yang korup dan mementingkan keluarga serta kroninya sahaja.

"Pilihan raya ini bukan untuk untuk menukar Ketua Menteri atau individu tertentu tetapi ia adalah perjuangan untuk menukar sistem yang sudah rosak dan menindas rakyat.

"Pemimpin yang akan kita angkat sebagai Ketua Menteri bukan sahaja orang yang baik tetapi adil dan menjaga semua masyarakat Sarawak tidak kira Melayu, Iban, Cina atau Bidayuh. Kita mahu ketengahkan pemimpin yang terbaik daripada semua suku kaum di negeri ini," tegasnya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman serta calon-calon KEADILAN.

Anwar mengakhiri siri jelajah dan kempen beliau ke seluruh Sarawak dengan membawa mesej jelas bahawa rakyat tidak perlu lagi takut kepada penguasa yang zalim dan rasuah tetapi sebaliknya menggunakan kuasa di tangan mereka untuk mempertahankan hak demi masa depan yang lebih cemerlang.

Bermula daripada program di Kuching pada 29 Mac, kempen pilihan raya yang ketat telah membawa beliau melawat Sibu, Miri, Bintulu sehingga ke kawasan pendalaman di Kapit.

Kempen beliau membantu calon-calon KEADILAN di lokasi ceramah mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat di Bumi Kenyalang.

"Saya merasa amat bersemangat melihat kepada sambutan yang sungguh menakjubkan ini. Justeru saya percaya rakyat Sarawak akan membuat kejutan pada hari Sabtu ini, dan dengan izin Allah dan kebijaksanaan rakyat, Sarawak akan mendapat kerajaan negeri baru di bawah Pakatan Rakyat," ujar Anwar.

Sebelum itu Anwar berucap kepada ribuan rakyat di Pekan Sadong Jaya pada pukul 5.00 petang semalam diikuti dengan ceramah serupa di Asajaya, Bazar Serian dan BDC.


341 ahli PBB sertai PAS di Sadong Jaya

SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS.

Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.

Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.

Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.(gambar bawah)

Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.

Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.

PAS meletakkan Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy Abang Fauzi (gambar atas), 34, di Dun ini. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun kalah. -Hrkh

SUPP hampir pasti terkubur di tangan DAP

Kempen pilihan raya negeri Sarawak akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 malam ini, manakala parti-parti politik yang bertanding kini memperhebatkan usaha mereka memancing undi pada saat-saat terakhir.

NONEPergelutan paling sengit dikatakan berlaku di bandar-bandar yang sebelum ini jarang terjadi. Antara yang menjadi tumpuan adalah kerusi-kerusi di - Kuching, Miri dan Sibu - yang sebelum ini kubu kuat SUPP dan dicabar hebat oleh DAP.

Walaupun DAP dilabelkan sebagai 'underdog', namun percaturan kini telah berubah.

Pada hari pertama kempen sahaja, ribua rakyat membanjiri ceramah-ceramah DAP - sama ada mereka ingin tahu ataupun cuba melihat wajah pemimpin utama parti itu dari jarak dekat.

Di Kuching, setiausaha DAP Lim Guan Eng berjaya menarik kehadiran tidak kurang 5,000 orang di sebuat pusat penjaja terbuka di Premier 101 Commercial Centre.

NONESUPP yang terdesak mengatur balas dengan mengadakan ceramah tetapi gagal memikat jumlah hadirin seperti lawan mereka. Justeru, tumpuan diberikan kepada kempen dari rumah ke rumah.

Di Miri, SUPP juga menerima tamparan apabila ceramah DAP yang diadakan hampir setiap malam menyaksikan kehadiran rakayat yang terus meningkat setiap hari.

SUPP, yang diterajui oleh presidennya, Tan Sri Dr George Chan, hanya mampu melihat apabila di kubu kuatnya sendiri, tidak kurang 15,000 orang datang untuk mendengar ceramah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pada hari keempat kempen pilihan raya

NONEWalaupun nama Chan dianggap tidak boleh dipisahkan dengan Miri, namun pada pilihan raya kali ini lagenda itu dikatakan hampir pasti terkubur.

Perkara yang sama juga melanda Sibu, Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang seakan bintang baru yang menjadi pujaan ribuan penyokong pembangkang.

Selain ucapannya yang lantang dan bersemangat, rakyat Sarawak juga pasti tidak akan lupa dengan beberapa lagu yang dibawakannya itu. Antaranya termasuk'No money, no money for you' dan lagu popular Wondergirls 'Nobody nobody but you' bagi menyindir pemimpin BN, khususnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud. -M'kini