Rabu, 30 Mei 2012

UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya?

Oleh Fairuz Azhan
 
Baru-baru ini Tun Mahathir Mohamad telah memberikan satu kenyataan kononnya Pakatan Rakyat akan membuat rusuhan sekiranya BN memenangi PRU13. Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tanya Najib Razak sama ada BN mahu merusuh sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
 
Bukankah Najib menyeru kepada semua ahli UMNO supaya mempertahankan Putrajaya dengan nyawa dan darah? Siapa sebenarnya akan merusuh jika kalah?
 
Sudah 12 pilihan raya umum negara ini sejak 1955, kesemuanya dimenangi oleh BN (dan sebelum 1974, oleh Perikatan – UMNO, MCA, MIC) menjadikan mereka kerajaan paling lama di dalam sejarah dunia, tetapi tak pernah pula berlaku rusuhan oleh oposisi.
 
Malah bila pembangkang menang lebih sedikit pada tahun 1969, pimpinan UMNO yang memprovokasi rusahan sehingga terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei. Tetapi hingga hari ini UMNO dan para pecacainya masih menyalahkan orang lain.
Siapa samseng, siapa anti-demokrasi?
 
Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU 13 nanti.
 
Hampir setiap hari sejak kebelakangan ini, tanpa putus kita mendengar kisah-kisah lagak samseng UMNO dan para pecacai mereka yang membuat kacau dalam sebarang acara Pakatan Rakyat.
 
Apakah minda mereka cukup dangkal untuk menerima idea keluhuran proses demokrasi? Sudahlah Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang liputan langsung dalam media massa, bila buat majlis pun diserang, dipukul dan dibaling dengan batu. Inilah ‘transformasi’ Najib, daripada demokrasi yang sedang membangun kembali kepada zaman jahiliyah.
 
Amat malang sekali bahawa UMNO tidak mahu menjayakan sebuah demokrasi luhur atau setidak-tidaknya mempromosi demokrasi. Bila diajak debat isu-isu nasional, dia kata debat itu budaya barat. Sudahlah debat tak mahu, bila Pakatan mahu sampaikan mesej, dibaling batu, dipukul oleh samseng-samseng pro-UMNO. Inikah masa depan politik negara yang kita mahukan?

Lebuh raya: Tunjuk jalan keluar buat Umno Kelantan


(TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam)
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mengusahakan projek pembinaan lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang bernilai RM1.8 bilion.

“DPPM percaya pembinaan lebuhraya ini adalah hasil dari kecekalan dan kesungguhan pemimpin PAS berjuang demi rakyat dan bukannya khayalan atau gimik politik seperti tohmahan sesetengah pihak,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, hanya dengan sikap amanah, adil, jujur dan bersih serta menjauhi rasuah atau penyelewengan kuasa menjadikan kerajaan PAS Kelantan mampu berdikari meskipun tanpa bantuan kerajaan pusat.

Katanya, ia juga menjadi petanda bahawa PAS bersedia memimpin negara ini jika diberikan mandat oleh rakyat kelak.

Apa yang lebih membanggakan lagi, ujar beliau kerajaan Kelantan berjaya menunjukkan contoh Negara Berkebajikan yang dicanangkan PAS selama ini dan juga dalam Buku Jingga seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu dengan pembinaan lebuhraya tanpa tol, sesuatu yang tidak pernah difikirkan munasabah oleh pemerintahan Umno BN.

Malah, katganya konsep wakaf dan sumbangan daripada orang ramai serta syarikat berteraskan kerajaan (GLC) memberi gambaran bahawa projek ini adalah hasil titik peluh daripada kerajaan dan rakyat negeri itu yang bekerjasama membangunkan negeri tersebut.

DPPM juga, ujarnya merasa kecewa kerana kerajaan pusat gagal memberikan kemudahan lebuhraya kepada rakyat Kelantan seperti yang sepatutnya.

Menurutnya, berpuluh tahun rakyat Kelantan dinafikan hak daripada memiliki pelbagai kemudahan sehingga mereka terpaksa memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah mereka.

Malah, kata Riduan royalti minyak yang sepatutnya dimiliki oleh kerajaan Kelantan turut dinafikan dengan pelbagai alasan.

Katanya lagi, rakyat Kelantan ibarat warga negara asing yang menjadi kelas kedua dan tidak layak mendapat apa-apa kemudahan dalam negara ini.

“Ternyata Umno gagal membela nasib umat Melayu yang sebangsa dengan mereka hanya kerana dipisahkan oleh ideologi politik kepartian.

“Sifat pendendam, dengki, khianat dan benci terhadap parti lain yang sebangsa dengan mereka menunjukkan Umno tidak layak memerintah negara ini,” ujarnya.

Justeru, kata beliau rakyat Kelantan wajar menunjukkan jalan keluar buat Umno di negeri itu dan seluruh negara dalam PRU ke-13 nanti. -Hrkh

Saya masih Ahli umno tetapi saya kempen untuk umno tumbang - Tamrin Ghafar Baba,

Umno kini terima tamparan hebat apabila Dato' Tamrin anak kepada tokoh veteran umno terkenal Allahyarham Tun Ghafar Baba sekarang ini muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat.

Dalam pembukaan ucapannya di Parlimen Merbok bersama YB Amirudin Shari Adun Batu Cave, beliau berkata 'saya masih ahli umno...tetapi saya terlalu kecewa dengan umno kerana membiarkan rasuah dan penyelewengan bermaharajalela..sebab itu saya berdiri di sini untuk menerangkan kepada rakyat betapa umno kini telah jauh tersasar daripada perjuangan asalnya. '

Beliau juga membidas SPR kerana sepatutnya SPR menjadi badan yang berkecuali bukannya bekerja untuk memenangkan umno bn. Bukti telah banyak Pakatan Rakyat dedahkan tetapi malangnya SPR pekak membisu.

Beliau juga memberi contoh bagaimana pengundi di rumahnya di Ampang hanya 5 orang tetapi di dalam daftar SPR terdapat 20 orang pengundi. Apabila buat aduan kepada SPR, SPR seolah-olah pekak badak.

Tamrin juga menyelar kerajaan umno kerana memberi pinjaman RM250 juta kepada suami Shahrizat sedangkan ada penternak lembu berbangsa India sejak turun temurun tetapi apabila mereka memohon pinjaman RM100 ribu dinafikan.

Menurutnya lagi kini wanita umno amat malu apabila mereka turun padang bertemu rakyat, mereka digelar wanita umno lembu. "Kepada pemimpin umno RM250 juta tetapi kepada rakyat hanya RM500 itu pun setelah terasa saingan hebat Pakatan Rakyat yang jauh lebih berjiwa rakyat.

Tamrin juga menyentuh soal PTPTN, sepatutnya kerajaan sudah berkemampuan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Rakyat disuruh berjimat sedangkan anak PM bertunang sahaja menelan belanja hampir RM500 ribu. Sambut harijadi RM80 ribu.

Sebab itu beliau menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada ahli umno, sudah tiba masanya pada PRU 13 akan datang, berilah mandat baru kepada Pakatan Rakyat, rakyat wajib tolak umno bn

P’raya Presiden melakar masa depan baru Mesir

Setelah tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak pada revolusi Januari 2011, kini rakyat Mesir berpeluang untuk membuat pilihan secara bebas dalam pilihanraya presiden. Ia merupakan ujian yang besar untuk melihat sama ada kebangkitan di Tahrir Square itu benar-benar membuahkan hasil dengan tamatnya riwayat rejim lama yang autokratik dan membina sebuah negara baru yang lebih demokratik.

Keputusan rasmi pilihanraya yang baru diumumkan menunjukkan calon Freedom and Justice Party (FJP), Dr Mohammed Mursi mendahului dengan meraih 24.4% bersamaan 5 764 952 undi manakala calon Pro-Mubarak, Ahmed Shafiq mendapat 23.3% undi. Ia diikuti dengan tokoh sosialis, Hamdin Sabahi daripada Parti al Karamah yang mendapat 23.3% undi manakala calon bebas yang juga merupakan bekas ahli Ikhwanul Muslimin, Abdul Moneim Aboul Futuh pula memperoleh 17.2% undi.

Berikutan daripada tidak ada calon yang memperoleh sokongan melebihi 50% maka pusingan ‘run-off’ perlu diadakan. Pertembungan sengit dijangka akan berlaku antara Dr. Mursi dan Shafiq. Keputusan ini agak mengecewakan bagi aktivis pro-demokrasi kerana calon pilihan mereka iaitu Sabahi dan Abdul Moneim gagal ke pusingan seterusnya. Ia juga mengejutkan sesetengah pihak bagaimana Shafiq yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri ketika di hujung pemerintahan Mubarak itu boleh mendapat undi yang besar sekaligus layak ke pusingan penentu pada pertengahan Jun nanti.

Pilihanraya presiden yang turut dipantau oleh mantan Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter ini begitu signifikan buat rakyat Mesir kerana ia merupakan titik-tolak untuk mereka memilih Presiden baru yang akan mengetuai negara setelah 30 tahun diperintah oleh diktator daripada kalangan tentera. Hasil daripada revolusi yang berlaku menunaskan harapan yang menggunung tinggi dalam jiwa sanubari rakyat untuk melihat negara Mesir yang baru.

Namun, jalan itu penuh berliku dan ia tidaklah seindah yang diimpikan bak kata pepatah “ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari”. Sehingga ke hari ini, Mesir masih ditadbir oleh Supreme Council of the Armed Forces (SCAF), yang diketuai oleh Jeneral Muhammad Hussein Tantawi. Sebagaimana yang diketahui ramai, institusi tentera Mesir merupakan antara saki-baki pewaris Mubarak yang senantiasa berusaha melemahkan kebangkitan rakyat.

Keamanan dan kestabilan masih belum dapat diwujudkan dengan sempurna. Kadar jenayah terus meningkat, ekonomi negara masih di tahap merudum dan sistem perkhidmatan awam tidak berfungsi dengan baik. Demonstrasi diadakan bersilih-ganti dan adakalanya berlaku pertempuran antara rakyat dan juga polis atau tentera. Rakyat terus mendesak Jeneral Tantawi agar segera menyerahkan kuasa kepada kerajaan yang dipilih rakyat. SCAF terus berdalih dan berjanji kuasa hanya akan diserahkan kepada Presiden yang baru pada 1 Julai nanti.

Ironinya, Presiden yang bakal menang kelak masih belum mengetahui kuasa yang akan diberikan mengikut perlembagaan. Hal ini kerana perlembagaan yang baru masih belum disiapkan. Jawatankuasa penggubal perlembagaan yang majoritinya dikuasai oleh blok Islamis itu telah diboikot oleh blok liberalis dan ia telah digantung oleh Mahkamah Agung kerana dikatakan tidak mewakili pelbagai lapisan rakyat. Timbul kerisauan di kalangan umum sekiranya perlembagaan yang baru kelak akan memberi kuasa yang besar kepada golongan tentera. Kebimbangan ini ada asasnya apabila baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri kerajaan sementara telah mengusulkan agar tentera mendapat bajet yang khusus yang tidak boleh disemak oleh parlimen.

Antara dua isu penting yang menjadi bahan kempen pilihanraya presiden ini ialah isu ekonomi dan keamanan. Taraf ekonomi Mesir yang sememangnya telah merudum sebelum berlaku revolusi kini masih belum pulih. Hampir separuh rakyat hidup di bawah paras kemiskinan, kadar pengangguran mencecah 25% dan kejatuhan kadar tukaran matawang asing.

Timbul juga persepsi bahawa Mesir telah menjadi semakin tidak aman dan huru-hara semenjak revolusi. Demonstrasi mingguan itu kadangkala bertukar ganas seperti yang berlaku pada awal bulan ini di hadapan Kementerian Pertahanan. Kerajaan Sementara juga tidak mendedahkan statistik kadar jenayah yang dikatakan terus meningkat termasuklah kes bunuh, rogol dan rompakan.

Walaupun undian umum media Mesir menjangkakan mantan Presiden Liga Arab, Amir Moussa yang akan mendahului dalam pemilihan pusingan pertama ini tetapi keputusan sebenar menunjukkan beliau hanya mampu berada di tempat kelima. Ada yang menganggap Dr. Mursi calon ‘spare part’ dan hanya pengganti kepada calon asal, Khairat Shater namun hasil kerja keras kempen partinya yang bertemakan “Islam is the Solution” telah membuahkan hasil. Sepanjang tempoh kempen Dr. Mursi menjadikan Renaissance Project sebagai agenda utama buat rakyat seandainya dipilih sebagai presiden kelak.

Lain pula kisah Shafiq yang digelar ‘feloul’ kerana pernah terlibat sama dalam rejim Mubarak. Shafiq tampil dalam kempen sebagai calon underdog yang lemah dan cuba meraih simpati ramai. Fokus kempennya pula berkisar pada pentingnya untuk mencegah kuasa golongan Islamis daripada terus melebar dan jaminan untuk mengembalikan kestabilan negara. Sokongan besar yang beliau perolehi ialah undi daripada golongan Kristian koptik yang risau akan kebangkitan Islam, golongan kroni Mubarak yang ingin terus mendapat manfaat, golongan polis dan tentera serta masyarat umum yang sudah keletihan dalam mencari keamanan pasca revolusi.

Antara isu lain yang menjadi tumpuan ialah polisi antarabangsa khususnya melibatkan Israel dan Amerika Syarikat. Israel pasti mengalami mimpi ngeri seandai negara jirannya ini diperintah oleh gerakan Islam yang berpengaruh, Ikhwanul Muslimin. Dr. Mursi berjanji untuk mengkaji semula Perjanjian Kem David 1979 manakala Shafiq awal-awal lagi akan terus mengekalkan perjanjian sedia ada. Kemenangan gerakan Islam juga akan turut memancarkan sinar harapan baru buat rakyat Palestin khususnya di Gaza. Manakan tidak, adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk membantu saudara seakidahnya dan membebaskan kembali tanah suci Masjidil Aqsa daripada Zionis Yahudi yang kejam itu.

Masa depan politik Mesir masih belum dapat dijangkakan dengan tepat kerana situasi semasa menunjukkan jalan berliku ini tetap perlu dilalui samada calon Islamis yang menang mahupun pewaris Mubarak yang menang. Berlakunya polarisasi di kalangan pengundi antara dua kepentingan samada menerima calon Ikhwanul Muslimin yang lebih cenderung untuk melaksanakan syariah atau memilih calon yang pernah bersekongkol dengan Mubarak. Kemenangan Shafiq pasti akan meleburkan kembali semua impian mereka yang menginginkan Mesir yang baru.

Revolusi 2011 yang telah mengorbankan 1000 nyawa itu tidak sewajarnya berakhir dengan sebegitu rupa. Pengorbanan mereka yang tak ternilai harganya itu tidak sewajarnya dibayar dengan memilih untuk kembali kepada pemerintahan silam. Sesungguhnya cabaran besar sedang menanti Presiden dan kerajaan yang baru untuk menyatukan kesemua rakyat sama ada Muslim, Kristian, liberalis dan golongan kiri di bawah satu lembayung pemerintahan baru Mesir.

Kini, amanah besar sedang digalas oleh setiap rakyat Mesir untuk melakar masa depan mereka sendiri. Janganlah pula tersilap langkah kerana buruk padah pasti menanti bak kata pepatah “terlepas mulut harimau, masuk mulut buaya”.

Sungguhpun golongan liberalis berpendapat pusingan run-off ini adalah the worst-case scenario yang membuatkan mereka terpaksa memilih antara dua persimpangan namun bagi kita semua yakinlah bahawa hanyalah Islam ad-Din yang akan menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia mahupun akhirat sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari agama (ad-Din) selain daripada Islam maka ianya tidak sesekali akan diterima dan di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi.”

Syed Ahmad Fadhli Syed Mahmad Hadzari ialah mahasiswa tahun 3 jurusan Sains Politik, UIAM.

MEMANG HEBAT KERAJAAN TOK GURU NIK AZIZ !!

 
MACHANG - Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan Mek Nab di sini, hari ini, antara lain menggunakan sumbangan orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setelah lebih dua dekad pembinaannya ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, pihaknya mengambil keputusan membina sendiri jalan baru itu demi kemudahan rakyat.

Katanya, Projek jalan baru itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) dan ditangguhkan dari tahun ke tahun.

"Malangnya pada RMK-10 ia tidak lagi disenaraikan dan kami (Kerajaan Negeri) mengambil keputusan membinanya sendiri.

"Jalan baru ini memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan seterusnya membantu menurunkan indeks kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pakej 1 ( Machang-Kuaala Krai) di Kampung Berangan Mek Nab di sini. Projek keseluruhan yang dijangka bernilai RM1.8 bilion itu bakal disiapkan dalam masa tiga tahun.

Pada majlis itu, orang perseorangan dan korporat turut menyumbang bagi sama-sama menjayakan lebuh raya rakyat itu. Nik Abdul Aziz berkata, lebuh raya yang berkonsepkan tanpa tol itu turut dilaksanakan secara wakaf di mana kos pembinaannya serta penyelenggarannya dibiayai sebahagiannya oleh dana hasil sumbangan derma dan wakaf rakyat serta yarikat swasta.

Katanya, projek itu adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya permainan politik sebagaimana yang didakwa beberapa pihak.

Mengapa PAS bersama Bersih 1, 2 dan 3


Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)

Rasulullah S.A.W bersabda : “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “. Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......”. Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai. Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.

Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: ”Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya “.


Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: “Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah“. Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.


PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Panas: MCA Cuba Ganggu, Tapi 'Ahli Parlimen' BN Sendiri Di Lihat Hadiri Ceramah Anwar Di Maran !

MARAN - Orang ramai yang telah hadir ke program ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) Ahad lalu kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Maran membenarkan satu program karaoke anjuran parti MCA diadakan berhampiran Pejabat PAS Kawasan Maran dekat sini.

Mereka hairan, bagaimana majlis tempatan terbabit membenarkan acara itu diadakan, sedangkan mereka tahu PAS akan menganjurkan ceramah umum pada malam tersebut. Pertandingan karaoke lagu-lagu mandarin, dengan sistem pembesar suara yang canggih itu kemungkinan besar diadakan bertujuan untuk menganggu kelancaran program berkenaan. Anwar yang hadir sekitar jam 11.00 malam itu bagaimana pun berjaya menyampaikan ceramah beliau tanpa gangguan atau provokasi oleh mana-mana pihak.

Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong untuk mendengar ceramah beliau malam itu. Sebelum itu, Anwar khabarnya telah bersama dalam satu lagi program ceramah anjuran PKR di hadapan tapak pasar malam dan hentian bas pekan Sg.Jerik. Kehadiran Anwar ke Maran malam itu juga telah disambut oleh kehadiran begitu ramai penyokong UMNO BN termasuk Ahli Parlimen Maran dari Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu Dato' Hj. Ismail Mutalib dan beberapa orang kanannya. Beliau dipercayai telah mendengar ceramah Anwar sejak dari awal hingga ke akhirnya. Kehadiran beliau tidak disedari oleh orang ramai kerana dia berpakaian tidak formal pada malam itu.

Dalam ceramahnya, Anwar berkali-kali mengulangi janji-janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan PTPTN, memansuhkan tol dan banyak lagi. Beliau turut berharap dengan sokongan rakyat yang hadir pada malam itu maka pakatan rakyat akan berjaya merampas parlimen Maran daripada BN pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Anwar turut meluahkan perasaan kecewa atas kebiadapan MCA mengadakan program karaoke di kawasan berhampiran (kira-kira 100 meter) dari kawasan tapak ceramah malam itu.

Sementera itu, disekitar bandar Maran kelihatan begitu banyak bendera UMNO BN yang dipasang termasuk kain rentang mengutuk Anwar dan sticker "TIBAI" yang dilekatkan pada dinding dan pokok. Semua itu, bagi menyatakan perasaan tidak puas hati penyokong UMNO terhadap kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri itu di kawasan mereka.

Bukti, kacau ganggu pertandingan karaoke yang dianjur oleh MCA Maran
Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong ke program ceramah malam itu
Orang ramai tidak berganjak walau pun gangguan dibuat oleh pihakMCA
Sokongan rakyat makin meningkat dan mereka nyata mahukan perubahan
Turut hadir mendengar ceramah Anwar ialah Ahli Parlimen Maran sendiri

[Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah, tindakan MCA mengadakan program karaoke bagi tujuan untuk menganggu ceramah Anwar pada malam itu jelas sekali sesuatu yang sia-sia sebenarnya. Ini kerana, ramai penonton mereka sendiri dilihat telah pergi ke tapak ceramah Anwar dan hanya kembali ke khemah depan pentas yang disediakan selepas ceramah tamat. itu pun mereka hanya mahu menunggu keputusan cabutan bertuah yang turut diadakan, Malah, pengacara majlis beberapa kali mengulangi nombor bertuah berkenaan kerana ada dikalangan mereka yang terus balik selepas ceramah Anwar berakhir.
Kaum Tionghua majoritinya telah menolak BN, maka itu tindakan MCA dilihat telah memakan diri sendiri. Turut berceramah pada malam itu ialah beberapa orang pemimpin PAS termasuk Tuan Guru Hj. Md Baqi Othman (YDP PAS Maran) dan Dr.Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang). Secara keseluruhannya program telah berjaya dan mendapat sambutan. Namun, jika tiada gangguan dari MCA kemungkinan besar lebih ramai hadir mendengarnya]. -PahangDaily

Khamis, 10 Mei 2012

Cerita Syarip Dol, samseng Kampung Dusun

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kampung Dusun.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

T
ambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, nanya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini.

Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.

Berita ini membimbangkan Syarip Dol, menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kampung Dusun dari menjual ke kilang lain.

Lalu, ia kumpulkan penduduk kampung kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kampung Dusun.

“Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain,” katanya di hati.

Maka diadakan majlis anugerah, diwar-war seluruh Kampung Dusun bahawa Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung.

Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, Melayu, Cina, Asli dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kampung Dusun.

Sarip Dol cukup seronok apabila penduduk kampung keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Dia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga apabila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia.

Maka sampai masa dinanti nanti, Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kampung Dusun lelaki, perempuan dan anak anak.

Lalu bertempik soraklah penduduk kampung - ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh.

Lalu bergemalah lagi jeritan ucapan hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Lalu Syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kampungg Dusun, “Apakah tuan-tuan nak jual di kilang lain lepas ini??!!”

Serentak jawapannya “TIDAK! Tidak! Kami sokong Syarip Dol.”

Mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula.

Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Syarip Dol di dunia ini.....

Sekadar renungan untuk senyuman hari ini.

-----------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Harakah Daily

Kisah Prof Aziz Bari, Polis berakhlak rendah

Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: “Ini baju kuning tangkap!”.Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia? Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.
 
“Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah.”
Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: “Ini semua anjing Anwar Ibrahim’” Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.
Macam samseng
Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis. Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.
Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor. Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.
Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, “awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal.” Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa. Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan.
Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja. Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai. Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu. Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.
Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu. Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu. Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa.
Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu. Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya “profesor”.
Gambaran kebodohan dan ketakutan Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki. Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.
Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH. Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.
Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab. Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.
Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.
Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: “Wah hari ni polis berpesta pukul orang.” Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat.
Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT. Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama. Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai.
Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara. Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.
 
Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini. Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.
Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.

Rabu, 9 Mei 2012

Nama 40,558 Pengundi Meragukan Dikekalkan Oleh JPN, PRU13 Paling Kotor



Rekod 40,558 Pengundi Statusnya Diragui Disahkan Di JPN

PUTRAJAYA: Nama sejumlah 40,558 pengundi, yang status mereka dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini diragui, disahkan wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal dan Mengenai Daftar Pengundi antara kementerian, SPR, JPN dan Jabatan Peguam Negara di sini Selasa.

"Dalam usaha untuk mengemas kini Daftar Pemilih SPR, pihak SPR telah mempamerkan kesemua Daftar Pemilih berkenaan selama empat bulan untuk disemak.

"Hasil daripada semakan tersebut, sebanyak 1,496 rekod telah dikemas kini melalui laporan kematian dan sebahagiannya telah menukar kad pengenalan lama kepada MyKad," kata Mahmood.

Sebelum ini, sejumlah 42,054 nama dalam Daftar Pemilih yang diragui telah dibangkitkan oleh pihak tertentu dan didengar dalam sesi pendengaran awam dihadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. - BERNAMA

Dengan pengesahan JPN terhadap rekod 40,558 pengundi yang meragukan, nampaknya konspirasi SPR-JPN melalui task-force yang didedahkan sebelum ini oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berjalan lancar tanpa sebarang sekatan.

Dan ia memberi erti bahawa PRU13 akan merupakan pilihanraya paling kotor yang akan dilalui oleh rakyat Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk.

Bagaimana seorang Ketua Setiausaha KDN boleh membuat keputusan untuk SPR?

Keputusan untuk mengekalkan nama dalam senarai daftar pemilih sepatutnya diumumkan oleh SPR, bukan Ketua Setiausaha KDN. vBukankah itu jelas sangat konspirasi?

Bodoh tak terperi, tapi jadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri! -GB

Gagal Cari Bukti BERSIH, Polis Tanya Soalan Seks Kepada Mahasiswa

Muslimeen-united.blogspot.com

Khalid Ismath ditanya soalan seksual

PETALING JAYA 8 Mei: Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, beliau ditanya soalan bersifat seksual ketika disiasat polis dalam penahanan selama 26 jam.

“Khalid ditanya mengapa menyertai Bersih dan sama ada dia tahu Bersih menyokong LGBT (homoseksual, lesbian, atau liwat antara dua jantina).
“Dia ditanya berkali-kali sama ada terlibat dalam LGBT,” kata peguam Latheefa Koya yang juga Pegarah Guaman KEADILAN pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Khalid diminta membantu siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang anggota polis trafik semasa Himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka.
Polis yang menggeledah rumah Khalid untuk mencari baju berjalur yang dipakai seperti lelaki dalam gambar tersebut, gagal menemui sebarang bukti.

Justeru, Khalid dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman empat hari terhadapnya.


Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Umno BN memperkuda institusi polis untuk menjayakan agenda politik mereka.

“Sangat jelas bahawa Umno BN mempergunakan polis untuk menekan rakyat. Polis dijadikan pengawal keselamatan peribadi mereka,” katanya.

Menyentuh senarai nama peserta yang dipapar di media arus perdana, Surendran menuntut polis menggunakan Kod Prosedur Jenayah 111 untuk merakam kenyataan mereka.

“Polis sahkan mereka mempunyai alamat mereka (peserta perhimpunan) yang dikehendaki. Jadi mengapa polis siarkan gambar mereka dalam akhbar di seluruh negara?

“Polis perlu hentikan taktik menakut-nakutkan orang ramai. Jelas polis dipergunakan atas dorongan politik,” kata Surendran. -KD

Jika Rakyat Tidak Hormat Majlis Fatwa Apabila Sudah Jadi Lidah UMNO, Salah Siapa?



JK Fatwa disuap dengan maklumat Umno sahaja

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama mengharamkan perhimpunan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil memalukan umat Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Sangat memalukan umat Islam. Pertama, kerana apa yang didakwa fatwa itu dibuat ketika siasatan yang adil dan tidak memihak belum pun dibuat untuk menentukan siapakah yang mencetuskan kerusuhan, keganasan, huru-hara dan kekacauan.

"Adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mahu menconteng arang ke muka umat Islam dengan perbuatannya menghukum tanpa siasat?" katanya.

Mohamad berkata, dari apa yang diberitahu kepadanya, sesuatu fatwa itu dibuat setelah kajian dan siasatan yang menyeluruh dan adil dibuat.

"Sebab itulah saya kata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa memalukan umat Islam sebab belum siasat lagi sudah jatuhkan hukum," tegas beliau.

Beliau bimbang perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa menjatuhkan hukuman tanpa siasat itu akan mengakibatkan orang Islam dituduh sebagai agama yang tidak mementingkan siasatan yang adil dan menyeluruh sebelum membuat sesuatu keputusan dan hukuman.

"Jika selepas ini Islam dituduh sebagai agama yang menghukum secara semberono tanpa siasatan yang adil dan menyeluruh, Muzakarah Jawatankuasa Fatwalah pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan pandangan buruk sedemikian terhadap Islam," tegas beliau.

Mohamad juga menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa itu berlagak lebih dari Tuhan kerana "Allah pun membicarakan hamba-hamba-Nya di Hari Hisab lengkap dengan saksi dan bukti sebelum menjatuhkan hukuman".

Beliau meminta Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengemukakan nas dan dalil yang mengharamkan perhimpunan aman rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

"Saya tegaskan lagi dan lagi, perhimpunan aman.

"Soalnya, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa hidup seperti katak di bawah tempurung sehingga tidak tahu dan tidak mempunyai sebarang maklumat bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak ada harta benda awam atau persendirian yang dirosakkan sehinggalah rakyat yang berhimpun itu diserang dan diganasi.

"Satu dunia ada maklumat yang tepat, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tidak ada maklumat dan hanya mahu disuap dengan maklumat Umno sahaja?" beliau mempersoalkan.

Beliau juga mempersoalkan, di manakah suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?

"Mengapa membatu dan membisu terhadap daftar pemilih yang tidak bersih? Mengapa tidak ada suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?

"Adakah pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih itu tidak haram, tidak mengakibatkan kemudaratan, keresahan, rusuhan, perpecahan malah pertumpahan darah?" Mohamad mempersoalkan lagi.

Beliau terus mempersoalkan, adakah menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak baik dan tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat?

Mohamad tidak menolak kemungkinan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa akan menghadapi masalah imej seperti yang dihadapi oleh pihak polis serta kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). -HD
Adakah Majlis Fatwa tahu apa itu Bersih 3.0?

KUALA LUMPUR, 8 Mei: “Macam mana satu fatwa dikeluarkan tanpa mengetahui tasawwur (gambaran) sebenar mengenai hukum yang hendak diputuskan?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana suatu fatwa boleh dikeluarkan jika suatu isu tidak dilihat secara menyeluruh.

Misalnya, kata beliau kalau yang bertanya itu apa hukum minum ‘tuak’ oleh orang Kelantan kepada ustaz daripada Selangor.

“Maka sudah tentu ustaz itu akan menjawab haram. Tetapi jika diberi penjelasan bahawa tuak dibuat daripada pokok nipah, jikalau di sebelah utara menyebut nira, maka sudah tentulah hukumnya halal.

“Kerana apa ustaz dari Selangor itu menjawab haram, kerana istilah tuak ialah benda yang memabukkan, tetapi setelah mendapat penjelasan, maka hukum itu berubah,” ujarnya kepada Harakahdaily sebagai respons kepada kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai Bersih 3.0.

Menurutnya, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mendapat maklumat di sebelah pihak sahaja yang sepatutnya perlu bertanya dan bincang dahulu apa itu Bersih 3.0.

“Jangan mereka hanya faham ‘Bersih’ itu hanya air mutlak dalam bab feqah sahaja iaitu air yang suci, lagi menyucikan,” katanya lagi.

Justeru, ujarnya amat malang rakyat Malaysia apabila kewibawaan Majlis Fatwa yang sepatutnya mempertahankan kredibiliti mereka yang dianggotai oleh 14 mufti dan ulamak di negara ini telah mengeluarkan hukum tanpa mendapat penjelasan daripada pihak kedua.

“Apakah ini disiplin Majlis Fatwa Kebangsaan?” tanya beliau.

Beliau menambah, amat malang sekali fatwa yang dikeluarkan hanya kes yang terpilih.

“Kenapa Majlis Fatwa tidak bincang apa hukum pilihanraya tipu?

“Apakah hukum kerajaan yang membazir wang rakyat?” soalnya.

Beliau juga bertanya apakah hukum demonstrasi yang dibuat oleh penyokong Umno di negeri Pakatan Rakyat seperti demo kepala lembu di Selangor sehingga boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan agama.

Baginya, sudah cukuplah banyak institusi kerajaan yang dipertikaikan kewibawaannya seperti badan kehakiman, SPR, PDRM dan SPRM.

“Jangan pula rakyat memandang rendah kepada kewibawaan Majlis Fatwa yang hanya sanggup menjadi alat dan membincang perkara yang menguntungkan pemerintah walaupun tanpa merujuk kepada pihak kedua untuk mendapat penjelasan supaya berlaku adil,” katanya lagi.
-HD

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu menanggung akibatnya sendiri dan bertanggungungjawab apabila sebilangan besar umat Islam tidak lagi menghormati institusi tersebut kerana telah secara terang-terangan menjadi lidah UMNO.

Salah sendiri. -GB

TG Nik Aziz Menjawab Berhubung Isu Beliau Digelar Bapa Kafir Dengan Ayat-ayat Al Quran. Sila Baca

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/535239_10150782078982592_358919387591_10029381_1956852155_n.jpg
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Qalam 68:7)

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah). (Al-Qalam 68:8)

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). (Al-Qalam 68:9)

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), - (Al-Qalam 68:10)

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), - (Al-Qalam 68:11)

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, - (Al-Qalam 68:12)

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya. (Al-Qalam 68:13)

 Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? - (Al-Qalam 68:14)

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala". (Al-Qalam 68:15)

(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu). (Al-Qalam 68:16)

“Kita sedang menuju kemenangan,”kata Setiausaha Agung PAS


SETIU - Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata senario politik hari ini menunjukkan PAS dan Pakatan Rakyat sedang menuju kemenangan sama ada di peringkat negeri mahu pun kerajaan pusat

Oleh itu, beliau menggesa semua ahli dan penyokong PAS diingatkan agar bekerja kuat bagi memastikan rakyat dan pengundi menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan dating.

Menurutnya, kemenangan PAS bukan hanya bergantung kepada calon tetapi lebih kepada sokongan rakyat sebagai pengundi.

“Kita (PAS) sedang menuju kepada kemenangan kita, Insya’Allah. Kemenangan sama ada di peringkat pusat (Putrajaya) atau di peringkat negeri Terengganu.

“Oleh itu, kita (PAS) kena bekerja kuat, bekerja keras sebab apa pun yang menentu kemenangan dengan izin Allah, rakyat yang mengundi itulah menentukan kemenangan.

“Kita (PAS) menang atau kita kalah bergantung kepada sokongan dari pengundi. Walau pun, kita letak calon bertanding sebaik mana sekali pun jika rakyat tidak undi kita tidak akan menang pilihan raya ini.

“Jadi bukan bergantung kepada calon semata-mata untuk beri kemenangan tetapi kekuatan penyokong dan rakyat yang mengundi itu yang akan memberi kemenangan kepada kita (PAS),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Setiu Kali Ke-34, di Kompleks Tarbiyyah Lukmanul Hakim, PAS Kawasan Setiu, di Kampung Guntong Luar, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, 5 Mei lalu.

Dato’ Mustafa yang juga bekas Exco Kerajaan PAS Terengganu berkata pemimpin Umno menyifatkan pilihan raya (PRU) kali ini menentukan ‘survival’ kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno-BN beranggapan bahawa PRU13 sebagai ‘ibu segala peperangan’ dalam pilihan raya yang pernah diadakan selama ini.

Maknanya, kata beliau, Umno dan kerajaan BN akan berhadapan dengan pilihan raya paling sengit dan paling teruk bagi mengekalkan kuasa tersebut.

“Pilihan Raya Umum kali ini yang paling sengit dan paling teruk bakal dihadapinya. Dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu dikatakan pilihan raya kali ini akan menentukan ‘survival’ Umno dan Barisan Nasional (BN). Survival hidup-mati Umno-BN.

“Umno-BN bila kalah memang tidak akan hidup lagi sebab tidak ada duit lagi. Sebab dengan ‘kuasa’ itu digunakan untuk cari duit. Bila tidak ada kuasa tidak ada duitlah jawabnya.

“Mereka (Pemimpin Umno) anggap pilihan raya kali ini juga sebagai ‘ibu segala peperangan’ melalui pilihan raya yang pernah dihadapinya (BN),” tegasnya.

Justeru, kata Dato’ Mustafa, PAS dan Pakatan Rakyat boleh menang pilihan raya meski pun berhadapan dengan demokrasi yang tempang di negara ini.

Menurutnya, Umno-BN pula akan melakukan apa sahaja jenis penipuan bagi memastikan kekal berkuasa serta dapat memenangi pilihan raya tersebut.

Beliau mendakwa pemimpin Umno-BN akan menggunakan undang-undang juga bagi melakukan penipuan dalam pilihan raya berkenaan.

“Di Malaysia ini, kita (PAS) boleh menang melalui sistem demokrasi walau pun demokrasi itu masih tempang di Malaysia ini. Tapi kita mampu untuk mencapai kemenangan itu.

“Umno akan buat apa sahaja untuk mencapai kemenangannya (BN) termasuk menggunakan penipuan. Mereka (BN) guna undang-undang juga untuk tipu ini antaranya mereka guna daftar pemilih,” ujarnya.

Katanya, kerajaan PAS Terengganu tumbang pada pilihan raya tahun 2004 adalah hasil dari manipulasi daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Strategi inilah, kata Dato’ Mustafa yang sedang digunapakai modul bagi Umno-BN merampas kembali Selangor pada pilihan raya akan datang.

“Kita (PAS) telah mengalami tahun 2004 tapi baru sekarang ini orang sedar bahawa apa yang dilakukan di Terengganu tahun 2004, sedang digunakan di Selangor pada waktu ini.

“Dia (BN) mendaftarkan ramai-ramai pengundi dalam kawasan yang dia hendak capai kemenangan dengan memasukkan orang yang bukan duduk (menetap) di situ hingga menenggelamkan pengundi asal di kawasan berkenaan.

“Dimasukkan (daftar) pengundi dari Sabah, pendatang asing di Selangor. Ini kerana, Selangor menjadi tumpuan BN yang utama pada waktu ini. Sebagaimana tahun 2004, Terengganu menjadi tumpuan untuk dimenangi oleh BN kerana ada minyak (petroleum),” dakwanya.

Sepatutnya, kata beliau pada tahun 2004 pertambahan pengundi sekitar 20,000 orang sahaja bagi negeri Terengganu tetapi telah bertambah sebanyak 90,000 orang pengundi baru.

Menurutnya, kemerosotan undi PAS pada tahun 2004 sekitar 10,000 orang sahaja berbanding tahun 1999 yang tidak memungkinkan kerajaan PAS boleh tumbang.

Tambahnya, PAS hanya menyedari strategi penipuan BN tersebut selepas pilihan raya tahun 2004 hingga menyebabkan kehilangan negeri ini. -BO

Pengarah Amal Malaysia terima peluru, nota ugutan


KUALA LUMPUR, 8 Mei: Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini.

Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.

"Balik dari mengambil anak saya, saya mendapati ada sekeping surat dalam peti surat lengkap bersetem.

"Bila saya buka, gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari...PENGKHIANAT'.

"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," katanya kepada Harakahdaily.

Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.

"Saya akan bincang dengan timbalan pesuruhjaya PAS negeri untuk buat laporan polis di mana," katanya.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut. -Hrkh

Astarghfirullah… Bekas KPN, Rahim Nor Tuduh Nik Aziz Bapak Kafir

 
 
“FATWA” oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, dalam NST hari ini 8 Mei, halaman 6. Kenyataan yang melampau dan jijik dari beliau….Saya petik dari NST:

Former inspector-general of police Tan Sri Rahim Noor has labelled Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat the “father of kafir (infidels) for misleading Muslims to believe that it is their religious duty to support Bersih 3.o. -KafeSantai
 
Astarghfirullah…
 
 
KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar) berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

“Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.

Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan.

Isnin, 7 Mei 2012

Petugas PAS Larikan Lim Kit Siang Dari Amukan Polis Semasa BERSIH 3.0


DAP Terengganu Merakamkan Ucapan Terima Kasih kepada Petugas PAS Terengganu

DAP negeri Terengganu mengucapkan terima kasih atas prihatin petugas PAS Terengganu yang memberikan ruang 'Rawat dan Rehat' kepada En. Lim Kit Siang Semasa Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28hb April lalu.
DAP Terengganu bangga dapat bersepakat dan bersetiakawan dengan PAS petugas PAS Terengganu yang membawa En. Lim Kit Siang keluar dari kawasan 'amukan polis' di hadapan Mahkamah dan Dataran Merdeka.

Petugas Terengganu telah membawa naik En. Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur ke tempat peninapan mereka serta memberikan salinan baju-T kepada En. Lim Kit Siang.

Sekali lagi, bagi pihak DAP Terengganu dan DAP Malaysia, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Ng Chai Hing
Pengerusi DAP Kuala Terengganu
Merangkap Pengerusi Penaja DAP Terengganu
http://daptrg.blogspot.com/

Rompakan Terbesar Malaysia; Kedudukan Najib Umpama ‘Telur Di Hujung Tanduk’


-Umno Bakal Menyingkir Presidennnya
 
KUALA TERENGGANU – Antara pernyataan politik yang paling tajam sepanjang minggu lalu ialah kedudukan Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia dalam senario politik tanah air.

Menurut Ali Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, kedudukan Najib semakin bahaya sekiranya beliau menagguhkan lagi pilihanraya umum sehingga tahun hadapan.

Katanya, perbicaraan kes pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di mahkamah Perancis membimbangkan Najib dan Umno.

“dalam konteks mahkamah di Perancis, mereka akan memanggil beberapa individu sebagai saksi termasuk Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan hari ini Dato’ Zahid Hamidi,

“ini adalah pendedahan yang akan mengakibatkan kedudukan Najib Tun Razak akan menjunam,”jelasnya.

Menurutnya, kes pembelian dua kapal selam Scorpenen sebelum ini yang disebut sebagai kes rasuah akan disebut sebagai kes sabitan jenayah sekaligus.

Katanya, menurut kenyataan SUARAM, Najib telah meminta pembayaran rasuah sebanyak RM1 bilion dollar Amerika bersamaan RM3 bilion.

NGO hak asasi manusia itu juga mengungkap, ia adalah satu kes 'Rompakan Terbesar di Malaysia' (Great Malaysian Robbery).

Oleh kerana itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Najib amat tertekan dasn meramalkan Najib akan disingkirkan dari Umno.

“saya rasakan Najb amat tertekan, dan sekiranya ditangguh lagi pilihanraya, saya meramalkan, Umno akan menyingkirkan Presidennnya untuk menyelamatkan Umno dalam pilihanraya umum ke-13 (akan datang),”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu Semasa Pasca Bersih 3.0 yang diadakan pada 4 Mei, di Gong Pauh, Chukai Kemaman.

Pada perhitungan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS itu, ia adalah isu yang paling besar dihadapi oleh Umno dan Barisan Nasional masakini.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani.- BO