MARAN - Orang
ramai yang telah hadir ke program ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) Ahad lalu kecewa dengan tindakan
Majlis Daerah Maran membenarkan satu
program karaoke anjuran parti MCA
diadakan berhampiran Pejabat PAS Kawasan
Maran dekat sini.
Mereka hairan, bagaimana majlis tempatan terbabit membenarkan acara itu diadakan, sedangkan mereka tahu PAS akan menganjurkan ceramah umum pada malam tersebut. Pertandingan karaoke lagu-lagu mandarin, dengan sistem pembesar suara yang canggih itu kemungkinan besar diadakan bertujuan untuk menganggu kelancaran program berkenaan. Anwar yang hadir sekitar jam 11.00 malam itu bagaimana pun berjaya menyampaikan ceramah beliau tanpa gangguan atau provokasi oleh mana-mana pihak.
Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong untuk mendengar ceramah beliau malam itu. Sebelum itu, Anwar khabarnya telah bersama dalam satu lagi program ceramah anjuran PKR di hadapan tapak pasar malam dan hentian bas pekan Sg.Jerik. Kehadiran Anwar ke Maran malam itu juga telah disambut oleh kehadiran begitu ramai penyokong UMNO BN termasuk Ahli Parlimen Maran dari Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu Dato' Hj. Ismail Mutalib dan beberapa orang kanannya. Beliau dipercayai telah mendengar ceramah Anwar sejak dari awal hingga ke akhirnya. Kehadiran beliau tidak disedari oleh orang ramai kerana dia berpakaian tidak formal pada malam itu.
Dalam ceramahnya, Anwar berkali-kali mengulangi janji-janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan PTPTN, memansuhkan tol dan banyak lagi. Beliau turut berharap dengan sokongan rakyat yang hadir pada malam itu maka pakatan rakyat akan berjaya merampas parlimen Maran daripada BN pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Anwar turut meluahkan perasaan kecewa atas kebiadapan MCA mengadakan program karaoke di kawasan berhampiran (kira-kira 100 meter) dari kawasan tapak ceramah malam itu.
Sementera itu, disekitar bandar Maran kelihatan begitu banyak bendera UMNO BN yang dipasang termasuk kain rentang mengutuk Anwar dan sticker "TIBAI" yang dilekatkan pada dinding dan pokok. Semua itu, bagi menyatakan perasaan tidak puas hati penyokong UMNO terhadap kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri itu di kawasan mereka.

Bukti, kacau ganggu pertandingan karaoke
yang dianjur oleh MCA Maran
Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong ke program ceramah malam itu
Orang ramai tidak berganjak walau pun gangguan dibuat oleh pihakMCA
Sokongan rakyat makin meningkat dan mereka nyata mahukan perubahan
Turut hadir mendengar ceramah Anwar ialah Ahli Parlimen Maran sendiri

[Apa yang
menarik untuk diperkatakan ialah, tindakan MCA mengadakan program karaoke bagi
tujuan untuk menganggu ceramah Anwar pada malam itu jelas sekali sesuatu yang
sia-sia sebenarnya. Ini kerana, ramai penonton mereka sendiri dilihat telah
pergi ke tapak ceramah Anwar dan hanya kembali ke khemah depan pentas yang
disediakan selepas ceramah tamat. itu pun mereka hanya mahu menunggu keputusan
cabutan bertuah yang turut diadakan, Malah, pengacara majlis beberapa kali
mengulangi nombor bertuah berkenaan kerana ada dikalangan mereka yang terus
balik selepas ceramah Anwar berakhir.
Kaum Tionghua majoritinya telah menolak BN, maka itu
tindakan MCA dilihat telah memakan diri sendiri. Turut berceramah pada malam itu
ialah beberapa orang pemimpin PAS termasuk Tuan Guru Hj. Md Baqi Othman (YDP PAS
Maran) dan Dr.Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang). Secara
keseluruhannya program telah berjaya dan mendapat sambutan. Namun, jika tiada
gangguan dari MCA kemungkinan besar lebih ramai hadir mendengarnya]. -PahangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan