Baru-baru ini Tun Mahathir Mohamad telah
memberikan satu kenyataan kononnya Pakatan Rakyat akan membuat rusuhan sekiranya
BN memenangi PRU13. Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tanya Najib Razak sama
ada BN mahu merusuh sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.
Bukankah Najib menyeru kepada semua ahli UMNO
supaya mempertahankan Putrajaya dengan nyawa dan darah? Siapa sebenarnya akan
merusuh jika kalah?
Sudah 12 pilihan raya umum negara ini sejak
1955, kesemuanya dimenangi oleh BN (dan sebelum 1974, oleh Perikatan – UMNO,
MCA, MIC) menjadikan mereka kerajaan paling lama di dalam sejarah dunia, tetapi
tak pernah pula berlaku rusuhan oleh oposisi.
Malah bila pembangkang menang lebih sedikit
pada tahun 1969, pimpinan UMNO yang memprovokasi rusahan sehingga terjadinya
peristiwa berdarah 13 Mei. Tetapi hingga hari ini UMNO dan para pecacainya masih
menyalahkan orang lain.
Siapa samseng, siapa anti-demokrasi?
Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di
antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih
samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU
13 nanti.
Hampir setiap hari sejak kebelakangan ini,
tanpa putus kita mendengar kisah-kisah lagak samseng UMNO dan para pecacai
mereka yang membuat kacau dalam sebarang acara Pakatan Rakyat.
Apakah minda mereka cukup dangkal untuk
menerima idea keluhuran proses demokrasi? Sudahlah Pakatan Rakyat tidak mendapat
sebarang liputan langsung dalam media massa, bila buat majlis pun diserang,
dipukul dan dibaling dengan batu. Inilah ‘transformasi’ Najib, daripada
demokrasi yang sedang membangun kembali kepada zaman jahiliyah.
Amat malang sekali bahawa UMNO tidak mahu
menjayakan sebuah demokrasi luhur atau setidak-tidaknya mempromosi demokrasi.
Bila diajak debat isu-isu nasional, dia kata debat itu budaya barat. Sudahlah
debat tak mahu, bila Pakatan mahu sampaikan mesej, dibaling batu, dipukul oleh
samseng-samseng pro-UMNO. Inikah masa depan politik negara yang kita
mahukan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan