Jumaat, 14 Januari 2011

Polis Tertembak Rakannya

Kuala Terengganu: Seorang anggota polis cedera di kepala selepas terkena tembakan rakannya sendiri ketika mereka bersembang di rumah bujang kuarters Balai Polis Batu Rakit, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika anggota polis berkenaan yang berusia 20-an dikatakan menutup semula tempat mengisi peluru pistol Smith & Wesson .38 yang dibawanya sebelum ia meletup tiba-tiba.
Harian Metro difahamkan ketika kejadian, anggota berkenaan yang akan memulakan tugas kira-kira jam 8 pagi memeriksa senjata itu di hadapan mangsa, Konstabel Md Rudzki Mohd Rozlan dari Melaka yang berusia 20-an.

Peluru berkenaan menembusi kepala Md Rudzki melalui kening kiri menyebabkan berlaku pendarahan beku berhampiran otaknya sebelum serpihan peluru keluar melalui sisi kepala mangsa dan terlekat pada dinding rumah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd Jamil ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kedua-dua anggota itu kawan baik dan berada di berek untuk bersiap memulakan tugas.

Menurutnya, selepas menyedari mangsa terkena tembakan, rakannya itu dan beberapa anggota lain membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Setakat ini, polis mendapati tembakan itu dilepaskan secara tidak sengaja dan menolak sebarang unsur jenayah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Harian Metro difahamkan sebelum kejadian mangsa sedang memakai kasut sebelum rakannya yang siap berpakaian seragam datang ke rumah itu untuk bersama-sama bertugas mengawal lalu lintas kejohanan merentas desa di sebuah sekolah berdekatan.

Bagaimanapun, ketika anggota berkenaan memeriksa peluru dalam pistolnya, senjata itu secara tidak sengaja meletup dan mengenai mangsa.

Ketika dibawa ke hospital, mangsa masih sempat bergurau, namun selepas dibedah bagi mengeluarkan darah beku di kepalanya, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan berbalut di kepala dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sehingga petang semalam, hanya rakan mangsa berada di pekarangan hospital manakala ahli keluarganya dilaporkan dalam perjalanan ke HSNZ. -hm

Ini lah "Perancangan" Jahat Umno - DS Nizar


Jadi kita semua lihat saat kekhianatan UMNO BN dalam rampasan kuasa di Selangor. Sentimen durhaka pada Sultan Selangor dimainkan oleh UMNO terhadap MB Selangor dan kerajaan PR Selangor. NGO diperalatgunakan buat bantahan dan demo atas emosi ketuanan kebangsaan Melayu. Namun kita tetap yakin, "wamakaru wamakarollahu Wallahu khairul maakirin
Krisis yg berlaku di negeri Selangor kini seakan2 mirip krisis negeri Perak apabila berlaku rampasan kuasa yg di dalangi oleh SS Perak ketika itu. Cuma beza sedikit kerana di Selangor ia terjadi kerana SS lama bersara. Di Perak pula SS tidak bersara hingga kini masih SS Perak dengan gaji lumayan dan segala kemudahan JUSA A yg dinikmatinya, tapi masih buat kerja SS Perak (Jusa B) dan kini dianugerah pingat Dato' Seri atas tungkuslumusnya dlm mendalangi rampasan kuasa Perak pada sepanjang tempoh hampir 11 bulan sehingga penghakiman mahkamah persekutuan.

Namun apa yang perlu diberi perhatian adalah pelanggaran konvensyen, protokol, adatkebiasaan semangat perlembagaan yang amat ketara. Plotnya sama berserta pelakun sekali cuma lenggok tarianya sedikit berbeza kerana di Selangor pelakun utama adalah PM,Presiden UMNO tapi tetap Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Manakala rampasan kuasa di Perak didalangi pelakun utama yang ketika itu hanya sebagai Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri tetapi dia adalah Pengerusi UMNO negeri Perak.

Pelakuranan seperti pihak Istana, KSN, Pengarah JAIS/JAIP dan SS pula, seolah-olah sebiji serupa. Dan ramai yg terlepas atau tersilap tafsir bahawa di Selangor yg menjadi petualang utama ialah mantan SS. Dialah yang membelakangi Tan Seri Khalid, MB Selangor dengan bantuan dan persetujuan KSN. Di Perak oleh kerana tiada persaraan SS maka SS sedia ada kini menjalankan terus kegiatanya dengan KSN.

Menyedari peranan SS ketika itu yang membelakangi saya mungkin ramai yang masih tak lupa bagaimana pergelutan saya dengan SS Perak bila dia membelakangi saya dalam penentuan Pengarah JAIP apabila saya mengarahkan pengarah tersebut dilucut dan dikembalikan ketempat asalnya atas sbab tertentu. Hampir 2 bulan dan heboh dalam akhbar kemelut itu berlaku sehingga saya melantik Datok Mohd Nor Mansur Al-Hafiz menjadi Pengarah JAIP baru hingga kini. UMNO pukul canang ketika itu mencernakan seolah saya bermusuh dengan Istana. Panjang episod tersebut dan yang paling tak mampu saya lupakan.

Mengesan dan mengenali kaedah sabotaj yang dibuat SS Perak ketika itu saya mengadap Istana dan melafazkan rendah hati keluhan memohon Tuanku membantu menukar SS tersebut bahkan bukan sekali tetapi dua kali saya merayu agar SS itu ditukarkan. Tak cukup dengan itu saya ambil inisiatif bertemu KSN (Tan Sri Sidik Hassan sekarang) pohon penggantian baru atau dibawa saja dia(SS) balik kepangkuan Putrajaya namun tiada respon. Kemudian saya berjumpa KSN kali kedua apabila suasana jadi kritikal.

Kali kedua itu saya betul-betul merayu kepada KSN ambilah SS itu dan tukarkan dia kerana dia tidak membantu saya dan kerajaan PR Perak dalam mentadbir bahkan di sabotaj. Apabila semua tidak berjaya, saya tandatangan dokumen prestasi SS sebagai cemerlang dan dinaikan pangkat ke JUSA A semata-mata diatas harapan SS akan di angkat menjadi Ketua setiausaha Kementerian dengan JUSA A dan mesti dibawa ke Putrajaya. Namun tidak terjadi walaupun SS dinaikan pangkat tetapi masih diletakan sebagai SS perak dan kerajaan negeri terpaksa tanggung semua gaji dan kemudahan sebagai Jusa A. Itu jugalah sebabnya kenapa apabila saya kembali menjadi MB Perak setelah diisytiharkan Mahkamah Tinggi KL, pertama saya umumkan pada 11 Mei 2009 ialah "pengantunggan" SS itu dan diambil tugasnya oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato Jamaluddin Al-Amini (SFino). Tapi UMNOI rampas semula menggunakan Mahkamah Rayuan dalam sekelip mata. (MB semula hanya utk tempoh 18jam)

Mengenangkan insiden di Selangor kini saya berperasaan pergolakan ini sengaja dicetuskan dengan membelakangi YAB MB Selangor dalam melantik SS baru. Orang yang menjadi dalang tidak lain dan tak bukan ialah SS Selangor sendiri iatu yang baru bersara dan kini dilantik menjadi ahli dewan di Raja Selangor setelah menyempurnakan tugasan memporakpurandakan kerajaan PR Selangor sehingga kemahuan untuk dirampas atas arahan pimpinan politik UMNO tertentu. Orang ramai nampak seperti menyalahkan Datok Khusrin. Dalam konteks merampas kerajaan Selangor kini Datok Khusrin hanyalah dijadikan sebagai perkakas atau ajen sebab umum tahu namanya tidak langsung tersenarai sebagai calun yang layak dan wibawa dalam semua aspek pengurusan dan pemerintahan negeri dan sebuah kerajaan lebih lagi Pakatan Rakyat.

PGU; Asas yang kukuh Untuk Kembali Memerintah

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/xlaksanaislam.gifKUALA TERENGGANU - PAS akan kembali memerintah di negeri Terengganu kerana mempunyai asas kukuh yang diletakkan semasa memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 sehingga 2004.

Apakah asas yang paling kukuh kepada kehidupan orang-orang Islam yang beriman, selain dari meletakkan hukum tertinggi al-quran dan sunnah, Ijma' dan qias sebagai dasar sebuah kerajaan dan pemerintahan.

Asas kukuh tersebut telah disempurnakan oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada bulan September tahun 2002 dengan menandatangani dan mewartakannya sebagai satu undang-undang.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika menjelaskan kejayaan PAS menjadi kerajaan di negeri Terengganu.

Katanya, dengan pertolongan Allah SWT, PAS telah dapat memerintah negeri Terengganu selama dua kali; pada tahun 1959 selama dua tahun setengah dan pada tahun 1999, selama sepenggal.

"Allah ta'ala tolong kita tahun 1959, memerintah (selama) dua tahun setengah, Allah tolong kita dalam tahun 1999, memerintah satu penggal,

"Kita telah berjaya meletakkan asas di terengganu, kita memerintah dalam masa empat tahun, kita telah meletakkan dalam perlembagaan hukum tertinggi (ialah) a-quran, Hadis, Ijma' ulamak dan qias,"katanya ketika melancarkan Jentera Pilihanraya DUN Bukit Tunggal, semalam.

Sebelum itu, beliau menyeru seluruh orang Melayu yang beragama Islam, untuk bersama-sama bekerja menegakkan Islam.

Beliau berkata, perjuangan menegakkan Islam, tetap menjadi suatu kewajipan samada kepada orang-orang Islam yang baik, mahu pun kepada mereka yang melakukan maksiat.

"Berapa banyak orang yang mengerjakan maksiat yang mengerjakan mungkar, dengan sebab dia berjihad (mengakkan Islam) Tuhan ampunkan dosanya,"jelas Ustaz Abdul Hadi.

Namun begitu, menurutnya, bagi menyelamatkan orang-orang Melayu yang beragama Islam itu, mestilah dengan bekerja menegakkan Islam.

"Kalau Melayu sahaja, macamana Umno bercakap 'ketuanan Melayu ketuanan Melayu', Islam tak tahu ke mana, kita serupa macam dia, hanyut macam dia juga, tidak selamat,"kata beliau.
-BO
 

Ulama' Terkemuka Yaman Kunjungi Tok Guru Nik Aziz



                                         ZUHUDNYA MEREKA.... KITA BAGAIMANA???




Ulama' terkemuka dari Yaman telah melakukan lawatan rasmi ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan dan juga telah berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dan Dato' Paduka Haji Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.Lawatan rasmi ini telah dibuat dalam siri Dakwah Tahunannya ke serata Negara.

Khairi cabar Najib berdebat dengan Anwar


Perdana Menteri memang jenis tebal muka walaupun disindir dan dicabar oleh Ketua Pemuda Umno supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang,
 
"Kalau (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) ada maruah dan tidak dari jenis tebal muka, beliau tentu akan melihat tindakan Khairy (Jamaluddin) yang terus mencabar (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) berdebat mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat (PR) sebagai sindiran dan cabaran terhadapnya.

"Khairy bagaikan memberitahu Najib, 'aku pun tak takut langsung nak berdebat dengan Anwar, awat hang penakut sangat?!'

"Malunya jika Najib terus menikus," Sebelum itu, ketika mengkritik program 100 hari PR itu, Najib membayangkan program itu menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak.

"Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji (PR) itu tanpa mengambil kira kemampuan negara," dakwa Najib.

Kecaman Najib itu menyebabkan Anwar mencabar Najib berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Presiden Umno itu sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar PR serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi PR.

"Adalah amat memalukan jika Najib terus menikus dengan pelbagai dolak-dalik.

"Najib dakwa dia tak mahu berdebat kerana dia tak nampak ada hasil dari perdebatan itu. Jika Najib tak nampak, ia tidak semestinya tak ada sebab Najib yang tak nampak.

"Persoalannya, tak ada hasil atau tak ada berani?"

Mengulas dakwaan Najib kononnya program 100 hari itu akan mengakibatkan negara bankrap seperti Greece dalam masa dua tahun sahaja, beliau menyifatkan kata-kata itu sebagai modal lapuk Barisan Nasional (BN).

"Kalau nak bercakap biarlah nampak cerdik sedikit Perdana Menteri negara ini. Jangan memalukan negara dan mengulang-ulang modal lapuk yang telah dicanang berpuluh-puluh tahun dulu.

"Najib tak ada idea sendirikah sehingga tanpa rasa malu sedikit pun meniru kata-kata pemimpin Umno dan BN dahulu ketika PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990.

"Pada masa itu, para pemimpin Umno dan BN membuat ramalan penuh putus asa kononnya Kelantan akan bankrap dan musnah dalam masa enam bulan sahaja selepas PAS memerintah," katanya.

Bertentangan dengan apa yang diramalkan itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Kelantan tidak bankrap walaupun sudah lebih 20 tahun diperintah PAS sebaliknya menteri kabinet Najib sendiri iaitu Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada 2019.

Mengulas ramalan Idris itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membuat ramalan yang lebih menakutkan apabila beliau berkata negara kita akan jatuh miskin.

Mengenai kenyataan mengelak Najib yang mahu rakyat menilai sendiri antara dua program iaitu program PR dan program BN, dan menyifatkan Najib seolah-olah meminta rakyat memberi undi dan peluang kepada PR supaya mereka boleh menilai sendiri programnya.

"Program BN rakyat dah tahu sehingga Dr Mahathir kata negara kita akan jatuh miskin.

"Untuk menilai program PR seperti yang dinyatakan oleh Najib, tentulah rakyat perlu mengundi dan memberi kepercayaan kepada PR terlebih dahulu.

"Tak apalah kalau begitu. Selepas ini kita akan kempen seluruh negara dan beritahu rakyat Perdana Menteri meminta mereka menilai program 100 hari PR dan tidak ada cara lain untuk menilai melainkan memberi peluang PR menggantikan BN terlebih dahulu,"

Beliau berharap Najib tidak marah jika rakyat menyangka beliau sendiri yang meminta mereka mengundi PR untuk menilai sendiri program 100 harinya.

MARI KENALI TAUKEH2 JUDI MALAYSIA!

TAHNIAH MELAYU kerana ramai dari taukeh2 Judi kat Malaysia ni orang MELAYU.. bukan MELAYU MAMAK tapi MELAYU UMNGOK... Mari kite kenali mereka.. kalau anda tak kenal mereka apa kata anda copy nama mereka dan search di GOOGLE... kahkahkah GOOGLE tak tipu macam UTUSAN menipu.. hahaha

BACALAH HAL2 TAUKEH JUDI/ORANG UMNO

A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlahmlah saham - 1,900,000

2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

2. Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

3. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah.