Ahad, 6 Mac 2011

Saksikan harga Ron97 dan 95 sehari dua ini sebagai hadiah BN kepada pengundi Kerdau dan Merlimau!!

Saksikan harga Ron97 dan 95 sehari dua ini sebagai hadiah BN kepada pengundi Kerdau dan Merlimau!!

Majoriti besar BN tanda kejatuhan PAS, dakwa MuhyiddinOleh Syed Mu’az Syed Putra

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau sebagai satu kejayaan cemerlang bagi parti perikatan itu.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, kemenangan BN dengan majoriti besar di kedua-dua kawasan itu menunjukkan isyarat jelas pengundi kini sudah kembali kepada BN dan menolak dasar pejuangan Islam yang dibawa PAS.

“Kemenangan ini disebabkan sokongan rakyat terhadap BN tidak berbelah bahagi, faktor kecemerlangan ini dapat diteruskan dan diulang malah momentum kemenangan ini dapat ditingkatkan lagi.
 

Demi Meraih Undi Di Merlimau & Kerdau, Menteri Rela Kena Peluk…

 
Shahrizat pun tak kisah untuk diperlakukan sebegitu demi untuk meraih undi…itulah yang aku faham dengan gambar yang aku cilok dari ISA.

Janji dapat kuasa, yang hina dalam Islam pun sanggup betina umno ni buat. Tak gitu tuan ISA…
ISA said ~ Mengikut takrifan dan fatwa ketua ulama barisan nasional Al-Malikul Chua Seks Leak… perbuatan ini hukumnya wajib… kah..kah..kah…

Kepada pembaca semua. pandai2 lah lu orang menilaikannya… yang elok ikut… yang tak elok campak jauh…

Dan kerana gambar ini jugalah salah satu faktor bn akan menang besar di Merlimau dan Kerdau… kerana ramai orang Islam di dua tempat ini… hahahahaaaaa….

Debat Dr M – Husam, SAMM tawar diri jadi penganjur


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menawar diri untuk menjadi penganjur debat berkaitan isu pengkhianat Melayu antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin, berkata pihaknya akan mengirim surat kepada Mahathir dan Husam pada Isnin ini, bagi merealisasikan debat berkenaan.

“Diharap kedua-dua pihak mengetepi ego demi bersama membina bangsa dan negara ini,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Husam sebelum ini mengajak Mahathir berdebat secara terbuka dalam isu Melayu berikutan tuduhan melulu bekas Perdana Menteri itu terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

SAMM adalah organisasi gerakan anak muda Malaysia yang menyatukan perbagai anak muda dari perbagai latar.

Dalam kenyataannya, Badrul juga meminta semua pihak supaya tidak memandang debat sebagai pergaduhan, sebaliknya praktik yang harus dilakukan dalam mencari idea yang matang dan bernas.

“Debat adalah budaya politik sihat. Debat Mahathir – Husam mungkin boleh menjadi titik temu penting dalam mencari tapak mula melonjak pemikiran Melayu, khususnya mendepani cabaran zaman yang makin rumit,” katanya.

Beliau berkata, isu itu yang berlegar dalam bentuk penulisan terbuka, tidak menguntungkan, sebaliknya meleret dan membawa kepada komentar yang penuh sentimen perkauman dan tidak membina negara.

Sehubungan itu, Badrul yang dikenali sebagai Chegubard berkata, isu pengkhianat Melayu memerlukan pencerahan dengan membawanya kepada perdebatan yang sihat.
keadilandaily

Buku Jingga pemacu perubahan Malaysia

Malaysia telah lama dalam dilema. Dilema ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang amat serius. Ia berlaku disebabkan ketamakan dan kelemahan pemimpin mengurus tadbir negara. Sehingga detik ini, rakyat Malaysia menanggung liabiliti yang terlalu besar. Kita sebagai rakyat dan pembayar cukai terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak memanfaatkan - malah amat merugikan negara.
Kesan daripada salah urus dan penyelewengan ini bukan sekadar sekarang malah akan melibatkan masa akan datang. Ibarat sebatang pokok yang cantik di luar tetapi dalamnya berlohong dimakan anai-anai dan kumbang. Menunggu masa untuk tumbang. Malangnya, rakyat Malaysia sentiasa dicandu dengan pelbagai janji dan harapan-harapan yang fantastik!
Atas kesedaran ini, Pakatan Rakyat prihatin-telah lama sedar dengan urus tadbir negara yang cacat. Demi memacu semula pertumbuhan ekonomi dan ketelusan pentadbiran, Pakatan Rakyat telah melancarkan Buku Jingga yang menggariskan agenda unggul 100 hari pertama pentadbiran di peringkat Persekutuan.
Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, Maljis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor telah berlangsung secara sederhana, semalam. Majlis ini turut memuatkan Pelancaran Buku Jingga peringkat Negeri yang telah dihadiri oleh kira-kira 1000 orang kakitangan kerajaan dan rakyat negeri Selangor. Turut hadir bersama ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Mohammed Khusrin Munawi.
Hasan Ali: Malam yang bererti buat rakyat
Dalam ucaptama majlis, EXCO Selangor Hassan Mohd. Ali menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor komited dalam menaik taraf kehidupan rakyat baik dari segi sosial maupun ekonomi. Beliau menyifatkan sambutan kali ini sebagai "malam yang sangat bererti buat rakyat". Buktinya telah pun dirasakan oleh rakyat dalam tempoh tiga tahun ini. Menurut Hassan lagi, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Selangor kepada rakyat adalah adil tanpa mengira faham politik, bangsa mahupun agama. "Ini janji kita kepada rakyat yang meletakkan amanah kepada Pakatan Rakyat memerintah selama tiga tahun".
Ujar Hasan Ali (gambar kiri) lagi, 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor merupakan "bayangan konsep", satu tahun pentadbiran merujuk kepada "bertapaknya sesebuah pentadbiran", tahun kedua ditafsir sebagai "agak laju" dan tahun ketiga merupakan "natijah-natijah yang dapat dilihat". Beliau menyifatkan sambutan tiga tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor pada kali ini sebagai "sambutan untuk keselesaan rakyat". Mengakhiri ucapan beliau, Hasan menyeru agar seluruh rakyat Selangor tanpa mengira agama berdoa agar Selangor terus sejahtera di bawah Pakatan Rakyat.
Khalid: Prestasi Kerajaan Negeri PR
"Rakyat Malaysia akan mendapat lebih nikmat dari sekarang sekiranya tidak berlaku kebocoran. Kebocoran oleh pentadbiran BN lebih besar dari bajet yang dicadangkan Buku Jingga!" Inilah yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim ketika berucap di Maljis Sambutan Tiga Tahun Pakatan Rakyat Selangor dan Pelancaran Buku Jingga peringkat negeri.
Kebocoran ini menyebabkan rakyat menanggung beban yang sangat mahal. Beban-beban ini berselindung di sebalik kenaikan harga bahan api, kenaikan harga barang-barang keperluan, kenaikan cukai tertentu, pertambahan syarikat-syarikat GLC dan sebagainya. Hakikatnya, kemakmuran negara yang melimpah ruah cuma dirasai oleh sebahagian golongan tertentu sahaja. Keadaan sekarang menuntut kita untuk sedar. Kesedaran inilah yang akan memacu perubahan yang unggul, katanya.
Menurut Khalid (gambar kanan) lagi, ini tidak termasuk dengan usaha dan janji yang telah dilaksanakan di Selangor. Dengan dasar "Merakyatkan Ekonomi Negeri-hasil untuk rakyat", tanpa mendapatkan sokongan Pusat, Selangor mengorak langkah menaiktaraf kehidupan rakyatnya dengan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) bagi membantu golongan miskin luar bandar dan RM20 juta untuk Skim mikrokredit MiMBAR yang akan membantu masyarakat miskin di bandar. Wang ini menurut Khalid adalah hasil kutipan balik hutang tertunggak Syarikat Talam Corporation Berhad sebanyak RM321 juta. Selain itu Selangor juga telah menaikkan elaun guru-guru Kafa sebanyak RM500 sebulan. Ini menjadikan jumlah gaji RM1300 sebulan.
Tambah Khalid, banyak lagi usaha dan janji yang telah dilaksanakan antaranya adalah peruntukan RM 26 juta untuk sekolah-sekolah aliran agama dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di Selangor. Selain itu, penubuhan SELCAT pula merupakan usaha murni kerajaan negeri dalam memastikan urustadbir yang telus dan berkesan. Kerajaan negeri telah meluluskan Enakmen kebebasan maklumat Selangor yang akan membolehkan rakyat mengetahui bagaimana negeri Selangor ditadbir termasuk tatacara perbelanjaan hasil negeri. Dalam tempoh 1000 hari pentadbiran di Selangor, kerajaan Negeri berjaya membuktikan kesungguhan pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tan Seng Giaw: Skandal PKFZ dengan Buku Jingga
Mendahului ucapan menteri besar, Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw menekankan bahawa Malaysia masih dalam masa peralihan. Rasionalnya, setelah sekian lama ditadbir oleh Perikatan kemudiannya BN, banyak "perkara yang tidak baik berlaku". Ia melibatkan isu-isu penyelewengan dan kebebasan.
Menurut Ahli Parlimen Kepong itu lagi, skandal PKFZ yang berjumlah hampir RM 12.5 billion lebih besar jumlahnya daripada apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga justeru fakta ini menempelak pandangan yang mengatakan bahawa perlaksanaan Buku Jingga adalah tidak relevan.
Tan Seng Giaw (gambar kiri) juga mendedahkan bagaimana salah urus projek-projek dalam RMK-9 di antara tahun 2006-2010. Sebanyak 3737 projek dilaksanakan, skan tetapi sejumlah 1673 projek di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya ini tertangguh (abundance). Ini merupakan sebuah "hasil" daripada urustadbir yang lemah juga memungkinkan penyelewengan wang rakyat yang besar. Beliau berkata bahawa perlaksanaan agenda dan dasar-dasar dalam Buku Jingga ini merupakan merupakan sebuah natijah untuk menyelamatkan wang rakyat.
Tan berkata, Pakatan Rakyat dilihat sudah layak menggantikan BN. Ia boleh di lihat dalam prestasi baik pengurusan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat telah menarik banyak pelabur asing untuk melabur. Selain itu, beliau juga menekankan agar golongan cerdik pandai diberikan tempat yang sewajarnya agar "tidak lari" ke tempat lain dan berpendapat agar mewujudkan sebuah suasana yang baik dan sesuai untuk golongan cerdik pandai agar kepakaran mereka boleh disumbangkan kepada pembinaan negeri seterusnya untuk Malaysia yang lebih baik.
Di akhir ucapan beliau, beliau sekali lagi menekankan akan kepentingan "accountable" dalam pentadbiran dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memberi mandat kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.
Wan Azizah: Perkara 153 tidak disentuh
Isu demokrasi dan hak asasi telah diketengahkan oleh Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim. Dalam teks yang dibacakan, Wan Azizah antara lain menegaskan bahawa Pakatan Rakyat bertekad menyusun atur program transformasi dan reformasi sistem-sistem tertentu di Malaysia.
Menurut beliau lagi, antara dasar bersama Pakatan Rakyat adalah memartabatkan demokrasi, memperkasa ketuanan rakyat, memacu ekonomi negara yang mapan dan mewujudkan keadilan sosial serta hubungan kerajaan persekutuan dan negeri. Presiden Keadilan itu juga pada masa yang sama menegaskan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahan dan dimartabatkan. "Pakatan Rakyat memberi jaminan sepenuhnya perkara ini tidak disentuh atau dicabar," ujar beliau dalam ucapannya.
Pada masa yang sama, Wan Azizah (gambar kiri) sekali lagi menekankan pelaksanaan program 100 Hari pakatan Rakyat dalam usaha melakukan reformasi secara menyeluruh sistem urustadbir di Malaysia.
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas

Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin : Jaringan Melayu Malaysia Dicabar Debat



01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

1.Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 6 Mac 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan berkata bahawa,imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

2.DPPNK menyifatkan kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang kurang ajar serta biadap dan menunjukkan kejahilan seorang yang beragama Islam terhadap agamanya sendiri. Serangan ini menunjukkan UMNO sudah ketandusan modal dan senjata untuk berhadapan dengan PAS sehingga menggunakan pebagai badan NGO yang pada hakikatnya bergerak untuk kepentingan politik UMNO semata-mata.

3.Ini boleh dilihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di alamat http://jaringanmelayumal.blogspot.com/ di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.

4.Sekiranya tidak boleh menggunakan agama untuk menarik sokongan rakyat, DPPNK ingin bertanya kepada Farahana Jamaluddin, apakah yang telah digunakan ole Rasulullah SAW sewaktu menyebarkan dakwah di Mekah pada awal kemunculan Islam dahulu? Atau Farahana terlampau jahil dengan sejarah agamanya sendiri lalu mengeluarkan kenyataan mengikut hawa nafsu semata-mata?

5.Atau apakah sebenarnya agama pada pandangan mata Farahana? Kita khuatir apa yang difahami olehnya ialah salah satu hasil benih sekular yang telah ditanam oleh UMNO sekian lama. Hakikatnya, UMNOlah yang seringkali mencetuskan ajaran baru yang tidak pernah disebut dalam agama. Buktinya Islam Hadhari yang dicipta oleh UMNO dan hari ini pula Presiden UMNO menjaja idea Islam Sederhana.

6.Justeru, DPPNK mencabar Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk bersemuka dan berdebat di atas isu ini. JMM boleh menghantar sesiapa sahaja sebagai wakil termasuklah Farahana Jamauddin yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biadap ini.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).

Kesian sama 'menteri'.. macam ingat-ingat lupa jee apa yg dia cakap...




Ini bukan apa sajer je nak menyakat RAIS YATIM...he he he..macam kena kat batang hidung jeee... tak pa ye Pak Rais jangan SAMAN SAYA dah laa....mintak ampun yaa pak..
Sementara itu, ditanya mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mengusir media arus perdana termasuk RTM daripada mengikuti majlis anjuran mereka di Kerdau, Rais melahirkan rasa terkejut dengan perbuatan itu.

“Bila saya dengar perbuatan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalau media khususnya RTM, saya terkejut, saya berasa takkanlah seorang yang tinggi kedudukan dan pengaruhnya sanggup menghalau media, ini mencerminkan isian diri beliau yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata media harus terus membuat siaran dan melaporkan perkara yang perlu diketahui oleh rakyat. —
Bernama

KERDAU bersama M DAUD KILAU : Dalam hati ada taman tuuu...!!


Budaya Samseng Dan Politik Sogokan Mewarnai Merlimau-Kerdau





Tidak sesiapa akan terkejut jika Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Merlimau dan Kerdau pada pilihanraya kecil kali ini. Keputusan dijangka diumumkan pada kira-kira pukul lapan malam nanti.

Namun, dalam mengimbau kempen yang dijalankan oleh Umno di Merlimau dan Kerdau, persoalan yang pasti bermain di ruang fikiran pengundi, ahli politik dan wartawan adalah kenapa Umno masih “bertungkus lumus” menjalankan kempen sebegitu rupa untuk mencari kemenangan mutlak.

Kedua-dua pilihanraya kecil kali ini dicemari dengan budaya samseng. Di Merlimau kereta penyokong yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat dipecahkan. Di Kerdau golongan tertentu membaling batu kenderan yang dinaiki Anwar Ibrahim.

Segala perlakuan itu diselang seli dengan kempen Umno yang berpaksi kepada projek-projek mi segera dan ceramah yang menyerang keperibadian pemimpin PR.

Malah ada NGO 1 Malaysia menganjur majlis makan percuma dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik.

Tentunya tidak ada pihak akan membantah jika Umno, MCA dan MIC menggunakan duit sendiri untuk menabur janji dan membiayai kempen mereka bagi mengekalkan kekuasaan politik.

Namun, hakikat adalah setiap projek yang dijanjikan , (jika dilaksana) mengguna duit rakyat, bukannya duit parti politik yang bertanding.

Namun Umno-BN tidak perlu bimbang atas isu moral ini.

Suruhanjaya Pilihanraya menghalalkan sogokan sedemikian. Justeru terbuka luas lah ruang untuk Umno-BN meneruskan amalan menabur gula-gula politik untuk menang besar pada setiap pilihanraya kecil.

Ramai akan bersetuju bahawa bukan pilihanraya umum yang menjanjikan “kebahagiaan” untuk rakyat di negara ini.

Jika rakyat mahukan kemudahan awam, wang tunai, hak milik tanah, jalan bertar dan sebagainya, maka kuncinya ialah berdoa supaya diadakan pilihanraya kecil di kawasan mereka.

Ini kerana untuk tempoh seminggu atau 10 hari berikutnya, seluruh jentera BN dan media arus perdana akan bertumpu untuk mengisi segala ‘mimpi” dan kehendak pengundi.

Pada pilihanraya kecil Batu Sapi, penduduk diberikan zink baru untuk bumbung rumah sehari sebelum keluar mengundi. Di Tenang, pengundi di berikan sampul surat dengan wang di dalamnya.

Di Hulu Selangor, peneroka Felda (di kawasan itu sahaja) dijanjikan wang RM50,000 setiap orang.

Setiap pilihanraya kecil - dahulu dan sekarang - diwarnai dengan janji-janji dan projek mi segera sogokan Umno-Barisan. Kerdau dan Merlimau tidak terkecuali.

Namun segala sogokan itu tidak dapat menutup mata pengundi kepada rasuah, penyelewengan kuasa yang berlaku, sama ada di Melaka dan Pahan mahupun di Putrajaya.

Segelintir daripada pengundi Merlimau dan Kerdau akan tetap memangkah calon PAS hari ini, kerana mereka mahukan pemerintahan yang adil dan amanah pada setiap masa, bukannya untuk tempoh pilihanraya kecil sahaja.

Mereka sanggup menghantar mesej tegas kepada Umno walaupun tahu, selagi menjadi pembangkang, keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat agak terhad.

Demi golongan pengundi inilah, maka Pakatan Rakyat tidak boleh berputus asa untuk membela rakyat, sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

Perselisihan dalaman harus dibendung, saf dirapatkan dan kekangan sumber diatasi.

Ini amat penting untuk membolehkan Pakatan mendokong suara rakyat yang semakin mual dengan politik sogokan atas nama membela agama, bangsa dan negara pada setiap pilihanraya.

Kerdau: Peratus keluar mengundi atasi rekod 2008

Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.
Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.
NONEDi Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim (kiri) berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.
NONEHassanuddin yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala Syed Ibrahim (kanan) akan mengundi di Kuala Tekal.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.
azlanDi Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.
Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.
Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung. -M'kini

Kekecohan di PRK Kerdau






TPM Dengan 3 Ekoq Menterinya...????

Di mulakan oleh Mat Sembab, kemudian oleh Mat Tinju dan di sambut pula hari ini oleh Mat Jambatan Besi topiknya sesiapa yang memainkan isu atau sentimen mengulingkan kerajaan seperti yang terjadi di Timur Tengah akan di ambil tindakan...

Tak lupa juga dan tak mahu ketinggalan dalam isu ini ialah
Mat Auw..Auw... mengugut tidak akan teragak2 mengunakan ISA.... muakakakahhhhh....

Ni... apa cerita ni beb...????

Bila pula pihak pembangkang menghasut rakyat untuk mengulingkan kerajaan barisan nasional..., lu orang sendiri dah terlebih makan cili... sendiri terasa diri... lagi mau putar belit tuduh pembangkang jahat... memang haramjadah punya politik yang lu orang main laaaa....

Lu orang sendiri mengelabah baboon apasal.... duduk tak duduk buat cerita ada usaha nak gulingkan kerajaan... perghhh... ini semuanya seolah-olah lu orang sedang membuka lorong bagi menghalalkan matlamat lu orang untuk menyumbat penyokong2 atau pemimpin2 pembangkang ke dalam ISA... al-maklumlah.. PRU 13 dah dekat...

Gua yakin... kalau perlawanan pilihanraya adil dan saksama tanpa bantuan penipuan daripada anjing2 keparat lu orang seperti polis, spr, sprm dan lain2 agensi kerajaan... barisan nasional akan bungkus beb..., pasal itu sekarang ini.... dengan kebangkitan revolusi di timur tengah.. yang beribu kilometer jauhnya dari Malaysia... lu orang sudah tak lena tidur, sampai termimpi2 perkara itu akan menjangkiti Malaysia... paranoid laaaa...

Dah bertahun duduk di kerusi Menteri.. tapi kepala hotak masih bengap dan sengal lagi..., masih tak paham2 dengan sikap rakyat Malaysia..., rakyat Malaysia bukannya macam rakyat Thailand beb... lu orang jer... yang dalam barisan kabinet Malaysia yang takut pada bayang2 sendiri...

Sikit2 nak mengugut rakyat dengan itu ini... ISA laaaa... tangkap laaaa... dan pelbagai lagi, macam sial wa cakap lu....

Rakyat Malaysia akan tetap pasti mengulingkan Keraaaaaajaan barisan nasional... tetapi dalam PRU-13 nanti... so kalau lu orang berani jumpa dalam PRU akan datang... bawaklah... pergunakanlah... segala anjing2 barua lu orang semua dan segala jenis penipuan yang ada...

Jika kebangkitan suara rakyat sudah membuat keputusan bahawa barisan nasional akan mampus... ianya tetap akan mampus dan lupus dari mukabumi Malaysia.... kerana kebanyakkan rakyat sudah jelik dengan permainan politik kotor lu orang dengan pelbagai korupsi serta pembaziran yang berlaku dalam negara, sehingga mengcengkam kos sara hidup rakyat...

Sekarang ini gua nak menghasut sekalian rakyat supaya mengulingkan keraaaajaan barisan nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti....

"Buat perubahan Kerajaan untuk sepenggal dua, baru boleh rakyat membuat perbandingan Kerajaan Malaysia yang manakah... di beri mandat untuk memerintah Malaysia yang terbaik demi kesejahteraan Rakyat sekalian"

Jika sudah 53 tahun asyik Keraaaajaan Barisan Nasional, bagaimana kita hendak membuat perbandingan siapa yang terbaik di antara kedua2 buah parti tersebut... apa justifikasi ukuran perbandingannya... tadak beb... kononnya pembangkang tak tau memerintah lah... negara akan di jual lah... melayu akan mundur lah... perkauman lah dan macam2 dakyah penakut dan bullshit dari barisan nasional... itu semua lu orang persetankanlah....

Pihak pembangkang pun rakyat Malaysia yang patriotik juga... takanlah jika di izinkan Allah untuk menang dan memerintah Malaysia, mereka hendak mengambil langkah mengadaikan Malaysia.... itu semua dakyah bodoh barisan nasional dan pemimpin2nya yang takut kehilangan kuasa seperti Presiden/Pemimpin2 kat timur tengah sana tuuuuu.....

PRK Merlimau dan Kerdau... hari ini... bagilah diorang menang... pasal semua usaha penipuan, rasuah pilihanraya dan yang sewaktu dengannya yang jelas dan terang melanggar Akta Pilihanraya 1954 hanya di pejamkan mata oleh anjing2 barua diorang... dan terpulanglah kepada para pengundi samada bijak... atau masih bangang dengan permainan kotor barisan nasional nih....

Kesimpulannya dalam isu mengulingkan kerajaan seperti yang di dakwa oleh TPM dan 3 ekoq menterinya itu... sila sertakan bukti siapakah di antara pemimpin Pembangkang yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Dan seperti yang gua katakan di atas... apa yang di dakwa oleh TPM dan 3 ekoq menterinya yang bahalol dan tolol itu adalah lorongan kepada tindakan untuk senyapkan suara rakyat dengan menangkap pemimpin2 pembangkang... helah ini adalah taktik lama yang di lakukan pada zaman MahaFiraun dahulu... contohnya ops lalang...

Justeru itu.... tekadkan matlamat... Jatuhkan, Tumbangkan dan Humbankan barisan nasional dalam PRU 13 nanti...!!!!
  • http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2011/03/tpm-dengan-3-ekoq-menterinya.html