Rabu, 2 Februari 2011

KISAH `LEMBU 1 MALAYSIA'

 


Oleh: WFAUZDIN NS

TERLALU banyak Allah telah tunjukkan pada kita untuk kita berubah. Allah tunjuk satu persatu puak sekutu Apco ini buat kerja, namun kita masih bertahan dengan `ketuanan Melayu' kita.

Baru malam tadi dikatakan harga minyak Ron 97 dinaikkan. Sebelum ini Ron 97 dan Ron 95 sudah naik beberapa kali. Menang sahaja PRK Dun Tenang, puak tersebut menunjukkan ego mereka kerana rakyat telah berjaya diperbodohkan. Tidak lama lagi, ada lah Menteri yang akan kata itu bukan kenaikan harga minyak, itu cuma pelarasan sahaja. Kita pun menjadi lembu mendengarnya.

Masih tak kita ingat, sewaktu Ron 97 dinaikkan sebelum ini, Muhyiddin kata tidak mengapa Ron 97 naik harga kerana majoriti rakyat menggunakan Ron 95. Belum kering bibir Muhyiddin bercakap, diumumkan di tengah malam buta bahawa minyak petrol Ron 95 dinaikkan. Kita pun menjadi lembu lagi.

Semasa kempen PRK Duin Tenang, Chua Soi Lek menghina hukum Islam, kenyataan Chua Soi Lek sedikit pun tidak masuk ke dalam hati dan jiwa kita. Kita lebih suka menyalak pasal pemimpin DAP masuk masjid untuk memberikan sumbangan kepada surau dan masjid. Memang kita mempunyai otak lembu. Terbaru pula, Tuan Guru Nik Aziz membawa masuk berbelas kaum India ke dalam masjid. Majis Fatwa tidak mahu bersidang ke? Geng-geng songkok hitam tinggi macam menara KLCC tidak mahu berdemontrasi ke?

Selepas ini, akan ada lagi PRK Dun Merlimau. Kita tidak tahu berapa ekor lembu pula yang ada di sana. Apa yang pasti, jika puak sekutu Apco itu menang, kita pasti akan mendapat `bonus' lagi seperti yang baru kita dapat malam tadi./
wfauzdin.blogspot.com

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1CocsF3QD

JOM KITA TURUN BERDEMO BERAMAI-RAMAI JUMAAT INI


بسم الله الرحمن الرحيم
Kes harga barang dan Mesir: Demo besar-besaran Jumaat ini

Selepas perhimpunan secara kecil-kecilan di depan kedutaan Mesir semalam, PAS bersama 71 NGO dan parti politik akan berhimpun di kedutaan Amerika pula selepas solat Jumaat, 4 Februari ini.

Ini kerana, mereka menganggap Amerika adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak Ron 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.30.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga Kos minyak Ron97 pada masa ini(semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain. -Hrkh

Jalan Untuk Negara Islam Senantiasa Ada

1. Cita - cita untuk mendaulatkan Syariat Islam di negara ini senantiasa mekar dan laluan untuk merealisasikannya semakin lebar walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan yang sukar. Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor [ mantan Presiden PAS ] pernah menegaskan di dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke 39 [ 11 Jun 1993 halaman 7 ] yang bertemakan "Pertahan Syakhsiyyah Ummah" bahawa :

" Dasar dan pegangan kita [PAS] memperjuangkan Islam adalah tidak pernah berubah. Kita bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan Islam."

2. Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah [ Negara Islam ]. Justeru itu, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing disepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi ummat Islam.

3. Gerakan ummah untuk mendaulatkan Syariat Islam di bumi tercinta ini telah bermula sejak sekian lama. Seorang tokoh ulamak terkenal dalam sejarah negara kita, Syeikh Junid Thola di Perak telah memberi penegasan bahawa menjadi satu kewajipan kepada ummat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, tokoh ulamak terkenal tanahair Maulana Abdullah Noh dari Kelantan juga telah menegaskan tentang tanggungjawab memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam. [ Abdullah Noh ( 1947 ) "Semangat Perajurit - perajurit Muslim". Matba'ah ismailiah Kota Bharu. halaman 53 - 54 ]

4. Mendokong kesinambungan perjuangan ini, Baharudin Abd Latif melalui lidah rasmi pertama PAS iaitu Suara Islam telah menulis secara aktif artikel yang menjelaskan konsep negara Islam. Antara artikel beliau ialah : "Tanah Melayu dalam Perjuangan Kita : Baldah Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur " sebanyak 3 siri . Prof Dr Zulkifli Mohammad juga merupakan tokoh besar di dalam "suara Islam"

5. Peranan suara Islam [ 56' - 62' ] kemudiannya diteruskan oleh lidah rasmi PAS yang kedua "Bulan Bintang" [ 67; - 73' ]. Artikel Jaiz Anwar [al marhum ] " Kedudukan Pemerintahan Islam" . Lidah rasmi PAS yang ketiga "Berita PAS" [ 73' - 74' dan 82' ] turut aktif membincangkan mengenai negara Islam seperti artikel : " Peranan Agama dan Idealogi Dalam Pembangunan" oleh Baharudin Latif walaupun waktu itu PAS menyertai Kerajaan campuran PAS - Perikatan. Lidah rasmi PAS keempat Suara Islam [ 79' - 81' ] pula menonjolkan idea siasah dan negara Islam yang agak radikal sesuai dengan zaman atau era kebangkitan Islam pada waktu itu. Artikel "Pemisahan Antara Agama dan Politik : Satu Kekeliruan" menjadi topik utama selain Tafsir Fi Zilaalil Qura'an oleh Syed Qutb.

6. Harakah selaku lidah rasmi PAS kelima, sejak 1987 juga telah menggempur pemikiran ummat Islam mengenai kewajipan menegakkan negara Islam dengan menyiarkan artikel " Ke arah Menegakkan Daulah Islamiyah : Tanggungjawab menolak kesesatan" [ Harakah bil. 1 : 31, 30 Oktober 1987 ].

7. Pemimpin - pemimpin PAS terdahulu [ Rahmatullahi Alaihim ] tedlah menunjukkan kesungguhan memperjuangkan pembentukan negara Islam seperti Dr Burhanudin Al Helmy yang pernah menulis 2 buah buku mengenai hubungan Islam dengan politik kenegaraan iaitu Agama dan Politik [ 1954 ] serta Idealogi Politik Islam. [ 1956 ] sungguhpun kedua - dua karya ini ditulis sebelum beliau menyertai PAS. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS [1963] Budiman Radhi menulis buku berjudul Tata Negara Islam. Sementara menangani keperluan non muslim mengenai negara Islam Prof Dr Zulkifli Mohammad telah menghasilkan monolog yang berjudul " Practicability of Islam As a Socio-Political System "

8. Kegigihan tersebut terus diwarisi oleh kepimpinan PAS sehingga hari ini seperti Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi [ Presiden PAS ] menghasilkan karya berjudul " Konsep Negara Islam dan Matlamatnya " [ 1986 ] , " Jika Islam Mentadbir " [ 1984 ] , " Islam Penyelesaian Masaalah Ummat dan Negara" [ 1982 ] dan " Sistem Pemerintahan Islam" [ 1995 ]

9. PAS telah mempraktiskan usahanya untuk mendaulatkan syariat Islam dengan meluluskan Rang Undang - Undang Kesalahan Jenayah Syariah [ Hudud dan Qisas ] di Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh PAS seperti di Kelantan [ 24 November 1993 ] dan Terengganu [ 2002 ].

10. Biarpun PAS mengalami tekanan yang cukup getir sepanjang perjuangannya untuk mendaulatkan Islam di negara ini, usaha dan gerakkerja untuk mendaulatkan Islam terus dilangsungkan tanpa jemu dan mengalah kepada tekanan. Pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan masyarakat muslim dan non muslim sehinggalah ke hari ini. Mutaakhir ini kelihatan laluan untuk mendaulatkan syariat Islam semakin lebar sekalipun terpaksa melepasi kesukaran yang berpanjangan. Sabar, tabah, hikmah dan istiqamah menjadi ramuan utama untuk menjayakannya.

11. Kini semakin ramai non muslim menyokong perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Malah DAP yang seketika dulu dikenali sebagai anti PAS dan negara Islam kini semakin lunak dan memahami cita - cita perjuangan PAS setelah sekian waktu bersama dan berkawan dengan PAS. Terbaru apabila Yb Karpal Singh Pengerusi DAP yang pernah menegaskan bahawa " langkah mayatnya terlebih dahulu untuk menubuhkan negara Islam" kini secara terbuka di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat menyatakan bahawa kenyataan beliau yang lalu sebagai "out of contact" sambil menegaskan bahawa isu negara Islam kini boleh dibincangkan .

12. Maha Suci Allah swt. Saya percaya jalan untuk mendaulatkan syariat Allah swt ini senantiasa ada walau apa pun bentuk demographynya. Apa yang penting ialah usaha berterusan secara hikmah mestilah dilakukan oleh semua pejuang Islam untuk mendidik dan memahamkan muslim dan non muslim kepada Islam dengan pemahaman yang betul dan tepat. Bukan sebagaimana yang dimomokkan oleh sesetengah pihak dengan tujuan untuk menakutkan lagi non muslim kepada Islam.

13. Lihat sahaja bentuk demography negara - negara arab sewaktu Rasulullah saw diutuskan oleh Allah swt kepada mereka.Ternyata jarak permukaan bumi, jurang persempadanan geografi, kepelbagaian kaum, agama dan bangsa tidak sedikit pun meresahkan Rasulullah saw apalagi untuk membuatkan Baginda saw berputus asa sehingga tidak nampak jalan untuk mendaulatkan syariat Islam di atas muka bumi ini. Sebaliknya Baginda saw gigih menunaikan amanah perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi dari idealogi ciptaan manusia serta Baginda saw bersikap optimis dengan janji Allah swt bahawa Islam pasti akan tegak di atas muka bumi ini.

14. Bayangkan bagaimana keadaannya hari ini, andai Rasulullah saw berputus asa dari terus memperjuangkan Islam dan mendaulatkannya lantaran tekanan dan ancaman yang bertali arus dari musuh - musuh Allah swt. pula menganggap tiada jalan lagi untuk mendaulatkan syariat Allah justeru halangan atau rintangan terlalu sulit dan getir. Tentunya Islam tidak akan sampai kepada kita .

15. Allah swt yang mencipta negara dan seluruh alam ini. Mustahil al Quran wahyu Allah yang mengandungi syariatNya tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam negara ini biar bagaimana payah mengurus dan menyelia demographynya. Bahkan Allah swt memerintahkan kita terus berdakwah dan berjuang untuk mendaulatkan syariatNya di atas muka bumi yang memiliki pelbagai rupa demography ini, sekalipun terpaksa bersabung nyawa . Janganlah mengalah hanya kerana kilauan harta dan kuasa jua janganlah butakan mata sehingga tidak nampak jalan untuk masa depan agama yang suci ini. Teruskan perjuangan dengan gigih dan optimis terhadap masa depan kemenangan Islam. Islam pasti menang dan masih ada jalan untuk mencapai kemenangan yang dijanji. [ Ketahuilah sesungguhnya kemenangan yang dijanjikan Allah itu hampir ]

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Islam Nasionalis Menggelirukan....!!



Pegangan Islam nasionalis yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir teruk dan mengelirukan. Acuan yang diikut bukan berdasarkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Islam yang difaham oleh Tun dan rakan-rakan dalam Umno hanyalah alat untuk berpolitik dan membeli undi sahaja. Bercakap Islam ikut musim dan suasana, menjauhkan Islam ketika luar musim perayaan Islam. Fahaman inilah yang mengelirukan orang bukan Islam di negara ini, dengan tindak tanduk pemimpin Umno.

Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa geli hati apabila mendengar kenyataan Tun yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz akan bersetuju jika pendapat rakan bukan Islam dalam Pakatan menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan.

PAS hendak mengingatkan kepada Tun bahawa Tuan Guru Nik Aziz bukanlah berpolitik sehingga menggadaikan prinsip agama dan memperalatkan agama seperti yang disangka oleh Tun. Banyak salah tanggapan terhadap Islam diperbetulkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang memerintah Kelantan melalui tindakan dan amalan.

Yang menggunakan agama dan orang agama ialah pemimpin Umno seperti Tun Mahathir sendiri. PAS daripada dulu lagi menentang tindak tanduk Lee Kuan Yew dalam politik dan pandagan agama yang tidak betul. PAS tidak dengar pula Tun Mahathir marah, ketika ayam sabung beliau, Datuk Seri Najib menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu kepada Singapura seluas 217 hektar. Kenapa beliau tidak berkokok, mungkin kerana kehendak dan nafsu serakah beliau ditunaikan oleh Datuk Seri Najib. Kenapa beliau marah dengan Tun Abdullah Badwi dalam setiap langkah yang dibuat oleh Tun Abdullah. Masyarakat nampak semua berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dizaman beliau.

Dakwaan Tun Mahathir mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu juga tertolak. Bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris. Malah ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Malah ketika semua parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno. Bukankah ini bukti kewujudan Umno untuk memecah belah peraduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46. Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B. Begitu juga lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Tun memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadaap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah Islam nasionalis yang difahami oleh Tun menepati dengan kehendak Islam. Tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekeh hukum salam mungkin ini adalah anutan Islam nasionalis. Mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa Nabi simpan janggut , kerana tidak ada pisau cukur. Beliau juga melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan. Jadi tidak hairanlah Dr Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
..

Najib Bakal Di"Mubarak"kan Jika Terus Menekan Kerajaan Pakatan Rakyat

Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia.

Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir.
Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M
Demikianlah tajamnya pena TG Nik Abdul Aziz.

GB sekadar ingin menambah bahawa regim UMNO BN yang berkuasa di kerajaan pusat hari ini bakal mengundang nasib yang sama di Mesir jika mereka terus-terusan berlaku zalim ke atas rakyat, terus berusaha untuk merampas kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang telah dipilih SECARA SAH melalui pilihanraya, terus menekan dan menindas kerajaan kelantan dengan merompak dan tidak mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sepertimana Perjanjian.

Adalah amat tidak wajar bagi kerajaan pusat membelakangkan konsep federalisma dengan tidak mengakui kemenangan orang lain, malah memperkudakan agensi-agensi kerajaan termasuk polis, SPRM, SPR dan seumpamanya untuk menekan kerjaaan-kerajaan negegi yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
 
Tragedi Perak adalah lambang kerakusan Najib.

Dan UMNO/BN melalui Datuk Seri Nazri Aziz mengakui kerajaan membayar sebanyak RM76.8 juta kepada Apco Worldwide Sdn Bhd melalui anak syarikat Mind Teams yang berpusat di Israel.
.
Sebelum ini dilaporkan nilai kontrak kerajaan dan APCO tersebut bernilai RM28 juta, namun sebaliknya Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada APCO bernilai AS$24 juta.

Melalui jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen, jumlah didedahkan Nazri adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

"Adakah perkhidmatan APCO begitu istimewa sehingga memerlukan bayaran sebegitu tinggi kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel?” tanya seorang ahli Parlimen, Tian Chua.

Nazri berkata, "melobi adalah perkara biasa di Amerika. Kita perlu lobi untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Pelobi terbesar di Amerika adalah orang Israel," jelas beliau.

Menurut Nazri langkah diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cukup bagus bagi merapatkan hubungan dua hala serta melaksanakan liberalisasi ekonomi.

Jika hari ini Israel yang membela dan menolong Mubarak, kemungkinan hal yang sama berlaku di negara ini melalui APCO Worldwide. -GB

Pelajar Malaysia Di Mesir Dalam Ketakutan, Najib Terhegeh-hegeh Buat Keputusan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok (hari ini) mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas itu,” katanya.

'Tolong selamatkan kami'

RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin, 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.

Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.

"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan. -kosmo

Punyalah lemah PM yang bernama DS Mohd Najib ini dimana ia mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan bagi memindahkan para pelajar Malaysia yang kini berada di dalam keadaan merbahaya di Mesir.

Negara China misalnya telah bertindak segera membawa keluar 2,000 rakyat mereka dari negara itu bermula malam kelmarin menggunakan dua pesawat khas China Airlines dan Hainan Airlines, sementara Indonesia telah menghantar pesawat Boeing 747-400 Garuda Indonesia ke Mesir untuk mengevakuasi para pelajar mereka.

Amerika Syarikat juga telah mengambil tindakan yang serupa. Sehingga pagi semalam, mereka telah berjaya membawa keluar lebih 2,000 warga Amerika Syarikat dari Lapangan Terbang Kaherah menerusi sembilan penerbangan.

Rakyat Malaysia hanya akan bermula di bawa keluar pada 5 Februari (hari Sabtu) yang pada masa itu ia boleh dianggap terlalu lewat, kemungkinan demo Mesir pun sudah tamat. -GB
Protes Selamatkan Mahasiswa Malaysia di Mesir

Hari: Rabu
Tarikh: 2hb. Februari, 2011
Waktu: 2:00 petang
Tempat: Wisma Putra, Putrajaya.

Anjuran: Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gabungan Ibu Bapa, NGO, Parti Politik dan Mahasiswa Malaysia di Mesir.

Ayuh selamatkan rakan-rakan dan anak kita di Mesir!

Jutaan penunjuk perasaan tidak berganjak,semakin bertambah..

Live From Tahrir (Liberation) Square.. 2 feb.4:30am cairo
Effigies of Egyptian President Hosni Mubarak can be seen hanging from traffic lights, as Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) Square, watch U.S. President Barack Obama, not seen,  live on a TV broadcast from Washington, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced  he will not run for a new term in September elections but rejected protesters' demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt's soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.
Effigies of Egyptian President Hosni Mubarak can be seen hanging from traffic lights, as Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) Square, watch U.S. President Barack Obama, not seen, live on a TV broadcast from Washington, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced he will not run for a new term in September elections but rejected protesters’ demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt’s soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.
Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) square, watch a screen showing U.S. President Barack Obama live on a TV broadcast from Washington DC, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011.
AP Photo 1 hour ago
Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) square, watch a screen showing U.S. President Barack Obama live on a TV broadcast from Washington DC, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011.
Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) square, watch U.S. President Barack Obama live on a TV broadcast from Washington DC, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011.
Egyptian anti-government protesters gather around a fire as they camp in Tahrir (Liberation) Square in Cairo, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced  he will not run for a new term in September elections but rejected protesters' demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt's soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.
Egyptian anti-government protesters gather around a fire as others camp in Tahrir (Liberation) Square, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced  he will not run for a new term in September elections but rejected protesters' demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt's soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.
AP Photo 1 hour ago
Egyptian anti-government protesters gather around a fire as they camp in Tahrir (Liberation) Square in Cairo, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced he will not run for a new term in September elections but rejected protesters’ demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt’s soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.

Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah

28 Safar 1432H.
Oleh : Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambang kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran.

Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel.

Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya.

Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya.

Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.