Isnin, 20 Disember 2010

PEMIMPIN YANG DISEGANI


















Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi di dalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169), Ad-Darimi di dalam Sunan-nya (1/98), Abu Dawud no. 3641, Ibnu Majah di dalam Muqaddimahnya dan dishahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan: “Haditsnya shahih.” Lihat kitab Shahih Sunan Abu Dawud no. 3096, Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 2159, Shahih Sunan Ibnu Majah no. 182, dan Shahih At-Targhib, 1/33/68)

Adakah semua pemimpin Pas contohi TGNA?

Kata MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz yang juga Murshidul Am Pas dalam laporan Harakahdaily beberapa hari yang lalu;

Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.

"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.-Harakahdaily.

Tu cara hidup Tok Guru sebagai pemimpin Pas sebagai contoh kepada ahli dan penyokong Pas. Bagaimana dengan lain-lain pemimpin Pas?Adakah mereka sanggup tiru cara hidup Tok Guru yang tak sayangkan duitnya untuk parti?Memang mereka ada menyumbang kepada parti tapi hidup bermewah sebagai pemimpin Pas , pemimpin parti Islam jika tidak dijadikan contoh ia akan dianggap sama macam pemimpin Umno!

MCA main sentimen perkauman - Guan Eng



Muhayat Jasmin   
GEORGETOWN, 20 Dis: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membidas MCA kerana cuba menjuarai masyarakat Cina dengan memainkan sentimen perkauman bagi meraih sokongan yang semakin lama semakin pudar terhadap mereka dan juga Barisan Nasional (BN).

Mengulas kenyataan Timbalan Bendahari MCA Selangor, Lee Ban Seng yang mendakwa Kerajaan Pulau Pinang tidak melaksanakan pemberian tender secara telus bagi semua projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ekoran 100 peratus nilai projek diserahkan kepada kontraktor Melayu yang layak, Lim menegaskan dakwaan tersebut berunsur perkauman.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, oleh kerana mempunyai kepentingan politik maka MCA melempar tohmahan dan fitnah dengan mengaitkan isu ini sebagai satu isu murahan mereka.

"Sebelum ini Umno mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai anti Melayu. Kemudian MCA pula menuduh kita sebagai anti Cina. Hakikatnya kita yang menerajui kerajaan tidak menjadikan perkauman sebagai modal politik.

"Kita tidak anti kepada mana-mana kaum kecuali BN yang ditentang kerana sikap mereka yang sering mempolitikkan isu dan sentimen kaum untuk kepentingan politik mereka, " ujarnya.

Lim menjelaskan, Kerajaan Negeri tidak melaksanakan dasar berasaskan kepada kaum dan memilih bulu atau kronisme, tetapi pemilihan adalah berdasarkan kepada kredibiliti dan kepakaran serta kualiti tugas yang pernah dan akan dilaksanakan oleh kontraktor yang diberi kepercayaan.

Baru-baru ini Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan mendakwa Kerajaan Negeri tidak menyatakan jumlah nilai projek dan tender dengan benar.
Ekoran itu Lim mendedahan bahawa 100 peratus projek JPS serta 98 peratus projek Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri di bawah peruntukan Kerajaan Pulau Pinang diberikan kepada kontraktor Melayu yang layak.

Manakala 18 tender JPS yang bernilai RM40.94 juta juga dianugerahkan kepada kontraktor Melayu yang mempunyai kepakaran seperti mana yang dikehendaki. Sementara itu 16 dari 17 tender JKR yang bernilai RM20.4 juta turut diberikan kepada kontraktor Melayu membabitkan 98 peratus nilai projek.

Negara Islam: Karpal tutup mulut Umno

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.

Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.

"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam berkata,
beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memaklumkan satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu. -Hrkh

Anwar masih bertegas dia ada bukti APCO dan menjawab Hisham..

Isu APCO: Saya masih ada bukti, Anwar jawab Hisham
KEPALA BATAS, 19 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan beliau masih boleh membuktikan yang firma APCO ada kaitan dengan Israel, tetapi mendakwa tidak diberi peluang sewajarnya untuk mempertahankan dirinya.

Anwar digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bermula Khamis lalu dan tidak dapat hadir sidang Mac depan.

“Adakah saya ada bukti? Lihat pada ini. Buktinya ada di tangan saya, sebahagian saya sudah jawab, sebahagian lagi ada pada saya.

“Tetapi saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan (pendirian saya) di Parlimen minggu lalu.

“Daripada membenarkan saya memberi penjelasan, mereka gantung saya selama enam bulan,” kata Anwar (gambar) ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Anwar memberikan penjelasan panjang lebar dengan menunjukkan beberapa dokumen berkaitan pelantikan APCO sebagai firma perhubungan awam dalam menggubal dan menggerakkan konsep 1 Malaysia.

Anwar berkata dokumen kontrak lantikan itu ditandatangani oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan dan pegawai akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, mengikut protokol kerajaan pegawai akhbar menteri atau perdana menteri tidak boleh menjadi saksi bagi kontrak yang didakwa menelan bayaran hampir RM70 juta.

“Sebenarnya saya tidak mahu menjawab isu ini, tetapi (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng tunjuk saya satu kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (mengenai APCO),” kata Anwar sambil menambah, oleh itu beliau mahu menjawab.

Dalam kenyataannya Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno mencabar Anwar agar membuktikan yang APCO Worldwide ada hubungan dengan Israel.

Hishammuddin berkata, Patakan Rakyat belum membuktikan ugutannya untuk mendedahkan hubungan antara APCO dengan agensi keselamatan Israel, Shin Bet, meskipun beberapa kali berjanji untuk mendedahkannya.

“Dedahkan. Apa yang dia takut sangat?” Kata Hishammuddin kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam responsnya hari ini, Anwar menyindir Hishammuddin dengan berkata menteri itu “buta” fakta.

“Umno tahu saya ada bukti, mereka terlalu takut bahawa saya ada bukti, bahawa saya ada maklumat.

“Oleh sebab itu, Azmin Ali, Sivarasa dan Karpal Singh digantung bersama saya. Apa kesalahan mereka lakukan? Saya yang membuat dakwaan,” kata Anwar.

Anwar mendakwa kerajaan pimpinan Najib takut segala maklumat yang didedahkannya akan dimasukkan dalam penyata dan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Khamis lalu, Anwar berkata tindakan dikenakan ke atas mereka seolah-olah menunjukkan APCO tidak boleh disentuh dan menyalahkan firma itu sebagai punca keempat-keempat mereka digantung enam bulan.

Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.Dewan Rakyat akan bersidang semula Mac depan Anwar juga mendakwa APCO berbohong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menerusi suratnya kepada panel itu.

Jawatankuasa itu memutuskan hukuman berdasarkan surat itu dan memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

Anwar juga menyentuh mengenai isu pendedahan laman web WikiLeaks yang menjadi bahan utama laporan media dikuasai Umno sejak minggu lalu..

Maklumat laman web itu mendakwa Anwar mungkin diperangkap dalam kes liwatnya tetapi “masuk ke dalam perangkap” itu.

Anwar bagaimanapun menolak pendedahan WikiLeaks akan membawa impak sambil mendakwa Utusan Malaysia sengaja membesar-besarkan laporannya.

Malah dalam ucapannya, Anwar berkata laporan media dikawal Utusan tidak menyentuh sama sekali maklumat pendedahan yang mengaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia dengan Najib.

“Mengapa Hisham? Mengapa hanya fokus pada sebahagian maklumat didedahkan laporan WikiLeaks? Bagaimana dengan lain mengenai kaitan Najib dalam (dakwaan) pembunuhan Altantuya (Shariibuu)? Media Umno dengan sengaja menyebarkan laporan (tentang saya) dalam WikiLeaks,” kata Anwar sambil mencabar Hishammuddin agar menjawab isu WikiLeaks.

Laporan WikiLeaks juga memetik pegawai-pegawai Singapura menyifatkan pemimpin politik Malaysia sebagai tidak kompeten.

Anwar juga mengumumkan Pakatan Rakyat akan mengadakan kongres ekonomi Melayu Mac depan. [Malaysian Insider]

Terbaik 2008: PAS diterima semua pihak


Harakahdaily
KEPALA BATAS, 19 Dis: Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh semua kaum di Perak, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.

Perkara ini berlaku kerana slogan PAS untuk semua dan Malaysia untuk semua telah berjaya berjalan dengan baik.

Beliau berucap sebagai pembahas dalam konvensyen ini.

Sementara itu, wakil dari PKR, Chah Li Kang pula berkata, masa untuk bercakap sudah berakhir kerana sekarang adalah masa untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan.

Ini kerana, kata beliau, dasar yang dikemukakan oleh Pakatan jauh lebih baik dari BN. Oleh itu, apa yang perlu dibuat adalah mempastikan dasar ini boleh dilaksanakan dengan bekerja kuat ke arah memenangkan Pakatan.

Beliau mencadangkan, dalam pelaksanaan dasar ini, sebuah Parlimen Pemuda yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu di kalangan pemuda di negara ini.

Beliau yakin, pendekatan ini akan membolehkan semua pihak rasa terbela kerana pemuda sangat penting bagi melaksanaan dasar yang baik itu.

Beliau memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Sukarno yang berkata, "Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncang dunia."

Beliau menolak projek yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu NKRA.

"NKRA sebenarnya bukan National Key Result Area tetapi Najib Kasi, Rosmah Ambil," kata Chah Li Kang.

Al-kisah suatu masa dahulu, di Negeri Nisan Sebatang...

Pada suatu masa dahulu di sebuah negeri yang tidaklah seberapa besarnya yang diperintah oleh Raja Kapor. Di dalam negeri tersebut yang dinamakan Negeri Nisan Sebatang itu pula terdapat tujuh buah mukim yang menjadikan tanaman padi sebagai makanan dan pendapatan utama penduduk dan juga sebagai hasil utama negeri itu.

Oleh yang demikian di kesemua tujuh mukim dalam Negeri Nisan Sebatang ini terdapat sawah-sawah padi yang terbentang luas di merata ceruk. Maka, rata-rata rakyat negeri ini bergantung hasil dari sawah padi.

Malahan oleh kerana hasil padi yang teramat banyak, sehinggakan negeri ini memperolehi hasil yang lumayan daripada penjualan padi ke negeri-negeri lain.

Hendak dijadikan cerita, entah apa petaka menimpa negeri ini, kali ini kesemua bendang-bendang padi yang ada di negeri ini diserang oleh serangga yang tidak diketahuan akan jenis spesisnya.

Bermacam ikhtiar dilakukan oleh rakyat jelata untuk menghalau serangga yang memakan anak-anak padi tetapi semuanya gagal. Hanya sedikit sahaja padi yang sempat membesar, yang lainnya semuanya habis dikerjakan oleh serangga-serangga bermata satu itu.

Pada suatu hari seperti biasa pada setiap dua purnama penghulu-penghulu di tujuh mukim yang terdapat dalam negeri itu akan bermesyuarat dengan Raja serta pembesar-pembesar negeri yang lain bagi melaporkan keadaan kawasan masing-masing.

Maka dalam mesyuarat itu, Penghulu Kudin dari Mukim Nisan Dua Batang pun mempersembahkan laporannya mendahului penghulu-penghulu lain. Penghulu Kudin pun persembahkan masalah serangga mata satu yang menyerang bendang-bendang sawah di Mukim Nisan Dua Batang.

Setelah mendengar laporan dari Penghulu Kudin, Raja Kapor amat dukacita dengan apa yang sedang berlaku di Mukim Nisan Dua Batang kerana ia akan mengurangkan hasil Negeri Nisan Sebatang.

Pada hemat Raja kapor, masalah yang berlarutan di Mukim Nisan Dua Batang berpunca daripada kelemahan Penghulu Kudin yang tidak bertindak lebih awal untuk menghalau serangga-serangga tersebut dari menyerang sawah-sawah padi.

Maka, dalam mesyuarat itu, Penghulu Kudin bukan sahaja dimurkai oleh Raja Kapor malahan atas nasihat pembesar-pembesar negeri yang lain, elaunnya dipotong dan diturunkan 'grednya'.

Akhirnya Raja Kapor telah mengarahkan Datuk Bendahara segera memanggil Ahli Saintis Negara, Tok Komat untuk mencari ikhtiar untuk menolong Penghulu Kudin bagi menghapuskan serangga itu di Mukim Nisan Dua Batang.

Apabila melihatkan kemurkaan Raja terhadap Penghulu Kudin dan tidak mahu elaun mereka di potong, maka penghulu-penghulu lain yang ada di situ telah berbohong kepada Raja Kapor dengan memberikan laporan yang enak-enak untuk didengar oleh Raja Kapor.

Raja Kapor yang sedih tadi pun kembali ceria apabila mendengar perkhabaran yang akan keadaan sawah padi dan rakyatnya di mukim-mukim lain yang semuanya baik-baik belaka tidak seperti mana di Mukim Nisan Dua Batang.

Oleh itu, keenam-enam penghulu-penghulu tadi telah menerima sepersalinan yang indah-indah setiap seorang, dinaikkan pangkat, dijamu dengan hidangan yang lazat-lazat dan diberikan pula elaun tambahan oleh Raja kapor.

Setelah dimurkai oleh Raja Kapor, Penghulu Kudin pula dengan rasa sedih terus pulang ke mukimnya malam itu juga dengan perut yang kelaparan dan perasaan yang hampa.

Setelah dua purnama berlalu, dengan bantuan Tok Komat yang menemui jalan untuk mengatasi masalah itu akhirnya serangga-serangga mata satu tersebut telah berjaya dihapuskan.

Adapun, kerana bimbang formulanya 'dipaternkan' oleh orang lain maka tidaklah mahu diceritakan oleh Tok Komat akan rahsia ramuan untuk membuat air yang disiramkan setiap malam di bendang-bendang padi hingga akhirnya kesemua serangga bermata satu itu tidak lagi berselera mengerjakan tanaman-tanaman padi dan akhirnya mati kelaparan.

Tidak lama selepas itu, penduduk-penduduk Mukim Nisan Dua Batang amat bersyukur akhirnya padi-padi mereka telah menguning dan akan mengeluarkan hasil yang banyak sama seperti sebelumnya. Mereka amat berterima kasih kepada Penghulu Kudin dan Tok Komat kerana telah berjaya menghalau dan membunuh serangga bermata satu itu.

Pada masa yang sama, di enam buah mukim yang lain, hampir kesemua tanaman-tanaman padi yang diusahakan oleh orang kampung tidak menjadi kerana dirosakkan oleh serangga bermata satu.

Penduduk di enam buah mukim tersebut amat marah dengan penghulu-penghulu mereka yang asyik bersenang-lenang menikmati elaun yang tinggi dan tidak berusaha untuk mencari ikhtiar bagi menyelesaikan masalah serangan serangga bermata satu terhadap bendang padi mereka.

Oleh kerana pada tahun itu padi yang mereka usahakan itu tidak menjadi, maka penduduk mukim-mukim tersebut terpaksa mencatukan makanan mereka bagi mengelakkan kehabisan bekalan beras.

Penduduk mukim itu akhirnya menjadi mangsa terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sibuk menjaga kedudukan mereka dan sikap raja mereka yang enggan menerima hakikat keadaan sebenar sebaliknya hanya mahu mendengar berita yang enak-enak sahaja.

Selain itu, sikap Raja Kapor yang gemar percaya mentah-mentah nasihat penghulu dan pembesar-pembesar diselilingnya yang gemar membodek juga telah mengakibatkan bencana yang besar kepada mukim-mukin di negerinya kecuali Mukim Nisan Dua Batang.

SYIAH DI MALAYSIA SEMAKIN BERKEMBANG

بسم الله الرحمن الرحيم
Video penahanan penganut syiah di Malaysia


Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pembangkang

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KEPALA BATAS: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.


Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.


"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.


"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad


Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.


Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri AnwarIbrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti.


Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12.


"Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti.


"Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," katanya.


Selain itu Ahli Parlimen Gelugor itu turut menegur Anwar mengenai tindakannya menerima penyertaan bekas Pengerusi PKR WilayahPersekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu.


Menurutnya, beliau pernah memberi amaran kepada Anwar agar tidak menerima Zaid kerana sudah mengenali latar belakangnya sejak sekian lama.


"Sebelum Zaid sertai PKR, saya telah... bukan tegur, tapi beri amaran kepada Anwar, tapi beliau terima juga.


"Dia (Zaid) tak boleh dipercayai, tapi Anwar tak dengar. Walaupun beliau pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, tapi kadangkala lakukan kesilapan, silap buat keputusan," katanya.


MSTAR
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/12/karpal-pas-paling-berdisiplin-dalam.html#ixzz18bIHB6Qf

Arkitek Tanpa Ijazah Berjaya Membina Jambatan Hidup - Terhebat Dalam Sejarah - Saksikan Gambar-Gambar Terhebat!

 ..Artikel Ini cpj petik dari laman seorang blogger yang memakai nama anakpaklahteksi/pencaktari enterprise  yang sumber asalnya tidak dinyatakan. Cpj mengambil inisiatif mengedit bahasanya ke bahasa Melayu.

Jambatan hidup



2. Jambatan Tanaman Melata di Lembah Iya, Jepun

Salah satu daripada tiga lembah-lembah "tersembunyi", di Jepun, West Iya mempunyai suasana yang amat berbeza seolah-olah keadaan Jepun berabad-abad yang lalu. Untuk menyeberangi sungai Iya yang mengalir di sepanjang lereng lembah, mereka yang mempunyai kegiatan yang mempuyai tujuan tersendiri bersama-sama membangunkan jambatan menggunakan tumbuhan yang hidup melata di bumi.

Di bawah ini adalah gambar dari satu jembatan dari tanaman merambat pada tahun 1880:

Pertama, dua tanaman Wisteria - salah satu tanaman merambat paling kukuh - ditanam hingga sangat panjang dari kedua sisi sungai. Saat tanaman itu mencapai panjang yang cukup, lalu dianyam bersama papan untuk membuat suatu 
rekacipta  botani yang hidup, lunak tapi sangat kokoh.

Jambatan-jambatan itu tidak punya sisi-sisi, dan sebuah sumber sejarah orang Jepun menunjukkan bahwa jambatan tanaman ini tidak stabil, dan yang mencuba menyeberanginya pertama kali seringkali terkandas dan tidak mampu meneruskan perjalanan.



Beberapa orang percaya jambatan-jambatan tanaman melata yang masih ada itu pertama kali dibuat pada abad 12, yang menjadikannya beberapa di antara contoh-contoh arkitektur hidup tertua di dunia.


Sumber asal : Tidak dinyatakan.

Tiga dari jambatan-jambatan itu masih ada di lembah Iya. Meskipun beberapa (tidak semua) jambatan-jambatan itu diperkuat dengan kabel dan lajur sisi-sisi, masih menakutkan untuk diseberangi. Panjangnya lebih dari 42 meter, dengan papan yang dipasang setiap 6 hingga 8 inci namun tidak dapat menghilangkan rasa takut untuk menyeberanginya

Jambatan ialah infrastruktur yang direka untuk mempermudah perjalanan manusia. Jambatan-jambatan dibangunkan di lokasi di atas sungai, lembah, atau laut yang memisahkannya. Tetapi, di suatu tempat di dunia ini, jambatan-jambatan tersebut adalah hidup dan tumbuh dan dibangunkan oleh arkitek tanpa ijazah yang terhebat dalam sejarah! 
1. Jambatan Akar di India
Di pedalaman India sebelah tenggara, di salah satu lokasi paling lembab di muka bumi, jambatan-jambatan dibuat dengan cara yang sangat aneh dan unik.

Tumbuh dari akar-akar pohon karet, orang-orang Khasis di Cherrapunjee menggunakan batang pohon pinang, membelahnya dan mengeluarkan isinya untuk membuat apa yang disebut "penunjuk akar". Saat dibentangkan dan mencapai sisi pinggir sungai lainnya, mereka mulai menyatukannya dengan akar-akar dari tanah. Dengan berjalannya waktu, jambatan yang kokoh dan hidup mulai terbentuk.
Jambatan-jambatan akar itu antaranya mencapai 30 meter, memerlukan waktu 10 hingga 15 tahun untuk boleh difungsikan sepenuhnya, dan menjadikannya sangat kukuh dan bole menahan beban hingga 50 orang pada satu masa.

Salah satu struktur yang paling unik di Cherrapunjee dikenal dengan sebutan "Umshiang Double-Decker Root Bridge." Terdiri dari dua lapis jambatan, di atas dan dibawahnya.

Oleh kerana jambatan-jambatan ini hidup dan terus tumbuh, membuatnya semakin bertambah kukuh. Beberapa jambatan akar yang tua sudah digunakan tiap hari oleh orang-orang desa di sekitar Cherrapunjee sejak lebih dari 500 tahun yang lalu.

Mazlan Aliman calon PAS di Tenang?

malimiOleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Tinjauan rambang di kalangan penyokong PAS di Labis dan khususnya kawasan dewan undangan negeri Tenang, mereka berpendapat calon PAS yang paling sesuai ialah Mazlan Aliman.

Mazlan merupakan AJK PAS Pusat, ketua penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Adun Tenang Johor,Datuk Sulaiman Taha, 59 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu kerana  jangkitan kuman dalam darah..

Pada pilihanraya umum 2008, Sulaiman Timbalan Yang Dipertua PAS Labis ketika itu, Mohd Saim Siran.
Seorang penyokong PAS  Kampung Redong berkata, "Mazlan paling sesuai kerana di Tenang ada juga kawasan Felda.

"Beliau (MAzlan) yang lebih tahu mengenai Felda. Kita nak tahu sebanyak banyak orang Felda menyokong Anak yang diusahakan oleh Mazlan itu," katanya.

Beliau menambah, ada  tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.

Rakannya, Zulkifli Sarmin pula memberitahu, Mazlan merupakan penggerak PAS Johor yang menonjol ketika ini terutama dengan isu penyelewengan Felda.

"Biarlah isu Felda terus didedahkan kepada pengundi Tenang, biar mereka tahu isu sebenar dalam tanah rancangan itu.

"Kalau pun kita tidak menang dalam pilihanraya ini, sekurangnya kita ada bekalan untuk pilihanraya umum akan datang.

"Sekurang-kurangnya kita tahu isu Felda ini. Kalau mereka sokong, maknanya isu ini boleh digunakan lagi dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

Ditanya adakah pendedahan demi pendedahan mengenai penyelewengan Felda boleh mempengaruhi pengundi peneroka Tenang, Zulkifli berkata, "boleh jika kena caranya."

Katanya, di Tenang masyarakat penoraka hanya mendengar sahaja tetapi belum ada pihak yang mendedahkannya.

"Kalau Mazlan boleh dedahkan, saya percaya masyarakat peneroka Felda akan mengundi PAS apatah lagi kalau calonnya Mazlan sendiri," katanya.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno Labis menjelaskan isu penyelewengan Felda tidak berkesan untuk digunakan di Tenang.

Ini kerana, kataya, tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat Felda di Tenang.

"Kami tidak pernah mendengar peneroka Felda merungut tidak puas hati…jadi apa isu yang hendak dibawa Mazlan di sini (Tenang)," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Alias.

Filem Lucah DiSiarkan Di Airport Bangladesh !

Shahjahal International Airport
Orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, Bangladesh terpinga-pingan dan terkejut apabila skrin terminal utama lapangan tersebut menyiarkan filem porno selama 5 minit pada pagi jumaat lalu.

Ekoran dari kejadian itu, operator penyiarannya telah dipenjara serta merta selama 2 bulan. Satu siasatan sedang dijalankan terhadap kejadian itu.

Skrin itu digunakan bagi menyiarkan dokumentari berkenaan negara Bangladesh kepada para pengunjung. Sudah tentu terdapat banyak cakera padat filem lucah di dalam bilik operasi penyiaran itu yang diletakkan pada bekas yang salah.
Saya pernah mengalami kejadian yang sama ketika berada di sebuah pasaraya besar di Montpellier, France. Skrin TV yang dipamerkan pada sudut barangan elektronik dan elektrik menyiarkan filem lucah. Setelah orang ramai memprotes, kelam kabut mereka menukarnya serta memohon maaf pada pengunjung atas kesilapan yang tidak di sengajakan.
Tetapi kejadian itu berlaku di Perancis, sebuah negara eropah yang berfikiran terbuka dan dipenuhi oleh manusia yang tidak percayakan Tuhan. Apabila kejadian seperti itu berlaku di negara yang majoritinya Islam, ia "tidak sepatutnya" berlaku. Kejadian tersebut hanya mendatangkan aib kepada rakyat Bangladesh yang hampir 100% beragama Islam. Baca maklumat asal dengan klik di sini.

Transkrip Ucapan TG Haji Hadi di Konvensyen Pakatan Rakyat

Korang baca ikut gaya TG Haji Hadi berucap..
Mukaddimah

1. Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.


2. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.

3. Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan 2 kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Ketetapan Konvensyen Pertama

4. Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.

5. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

6. Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.

7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

10. Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari 5 dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

11. Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.

12. Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persidangan Shah Alam 2010

13. Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.

14. Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Masa Bergerak Ke Depan

15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.

16. Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut. Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk 7 melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.

17. Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.

18. Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.

19. Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.

20. Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahankelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.

21. Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Perlu muhasabah

22. Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negerinegeri Pakatan Rakyat,menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita 9 dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.

Asas perubahan

23. PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.

24. Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

25. Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.

26. Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negaranegara lain. Kita inginkankerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

27. Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.

28. Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat ‘defensive’ untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.

29. Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif 11 terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persediaan Pilihan Raya

30. Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.

31. Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasiBarisan Nasional selama ini, insyaAllah.

32. Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta 12 menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.

33. Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

34. Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.

35. Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.

36. Wassalamualaikum wbr.