Sabtu, 24 Disember 2011

Dulu lelaki ini hadiahkan penyapu kepada seseorang tetapi kini....

 
Saya petik:
Dari rumah besar ke penjara

[kosmo] SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.

Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.

Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.

Read more:
http://kafesantai.blogspot.com/2011/12/dulu-lelaki-ini-hadiahkan-penyapu.html#ixzz1hPnIjmEh

Kantoi! Gambar gay Filipina diguna untuk fitnah Adam Adli!

TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.

Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.


Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan "similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, maka bersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!

ReJaM© "Politik lucah taktik meraih sokongan rakyat kepada Umno"
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/kantoi-gambar-gay-filipina-diguna-untuk.html#ixzz1hP33jWM8

Al Fatihah : YB Dr Muhammad b. Daud [Adun Tendong] meninggal dunia sebentar tadi


Innalillahi Wainna Ilaihirajiun. Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi.

Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT.

Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba2Nya yang soleh

Panas!! Adam Adli Di Ugut Polis


Aktivis Pelajar yang dipercayai menurunkan kain rentang wajah Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi tempoh hari tampil membuat laporan polis atas insiden kecaman ditumbuk dan ugutan yang diterimanya daripada seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.Adam Adli, 22, telah menerima ancaman ditumbuk oleh seorang anggota polis bernama Roslan Mokhtar ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini, Adam (gambar) menyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis yang lain tanpa dihalang mereka.

“Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis,” kata peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar.

Menurut peguam daripada “Lawyer for Liberty” ini lagi, demonstrasi yang dilakukan kumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu tiada sebarang jenayah dilakukan, sebaliknya ini hanyalah satu pelanggaran norma masyarakat yang diterima masyarakat antarabangsa.

“Oleh itu, tindakan kecaman daripada kerajaan dan pihak berkuasa ini harus dihentikan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Adam menjelaskan, isu menurunkan kain rentang itu hanyalah isu yang diputarkan oleh pihak yang takut terhadap gerakan mahasiswa. “Isu menurunkan bendera itu hanya mainan pihak yang takut dengan gerakan mahasiswa, sama dengan fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia di dalam portalnya.

“SMM dengan ini menuntut Naib Ketua Umno Kepala Batas, Reezal Merican memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas pengeluaran artikel fitnah dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri.

“SMM menegaskan, bendera Datuk Seri Najib hanya diturunkan dalam lima minit dan kemudiannya dinaikkan semula, tiada insiden bendera tersebut dipijak,” katanya lagi. Menurut Adam, sekiranya Reezal tidak mengeluarkan kenyataan maaf berkenaan, mahasiswa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Kenyataan itu jelas Adam adalah cubaan untuk memburukkan SMM dan memberikan oersepsi negatif terhadap isu yang dibawa Bebas. SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan tersebut terlalu dangkal dan hanya bersifat sentimen sokongan terhadap perdana menteri tanpa mengulas mengenai kebebasan akademik yang diutarakan mahasiswa.
sumber

Salahguna Wang Zakat: Jamil Khir Khianati Orang Miskin, Bukti Beliau Tidak Amanah

Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat

Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim.
Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).

Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.

“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

“Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.
Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah
KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.
“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.
“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendengar aduan penduduk di Taman Sentosa.
Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.

Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.
Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.

“Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki,” katanya.

Kutuk AIR KELANTAN, di PEKAN lebih meruncing


Pemimpin BN mengutuk Kelantan, kononnya gagal menyediakan air bersih dan macam-macam lagi. Tohmahan demi tohmahan dihunjam kepada Kelantan khususnya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Namun ianya tidaklah seteruk apa yang berlaku di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terletak di Parlimen Perdana Menteri, Pekan.

Sudah 2 minggu pelajar menghadapi masalah dan ianya berlarutan tanpa penyelesaian. Malu sungguh perkara seumpama ini berlaku di Pekan. Kalau ianya berlaku di Bachok, Yan, Gelugor atau Ijok sudah tentu TV pencacai dan surat khabar pengampu akan menggunakan kesempatan itu sepenuhnya menghentam negeri-negeri PR.

Tetapi bila perkara sebegini berlaku di Pekan, sudah mereka menikus takut untuk melaporkannya ...inilah nasib rakyat Malaysia yang berada di dalam sebuah negara yang penuh dengan ugutan dan penipuan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP, Fazli Abdul Halim menulis dipetik dari Harakahdaily, bahawa krisis gangguan air yang semakin meruncing di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sudah berlarutan masuk minggu kedua tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang krisis ini akan berakhir. Krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat daripada UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang  turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba. Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung mengganggu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan.

Krisis air bukan isu baru
Permasalahan  ganguan air yang dialami oleh mahasiswa UMP bukanlah satu perkara yang baru. Perkara yang sama turut berlaku dua tiga tahun yang lepas oleh mahasiswa UMP yang berada di Kampus Gambang. Krisis air ini bukanlah satu perkara yang asing oleh masyarakat Pekan dan Pahang khususnya.Tindakan segera amat diperlukan terutamanya peranan yang dimainkan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang sebagai salah satu agensi kerajaan negeri agar mengambil perhatian serius terhadap permasalahan yang dialami oleh kami selaku mahasiswa agar memudahkan urusan pembelajaran kami di medan universiti ini.
Mohon perhatian Perdana Menteri
Mahasiswa UMP Pekan memohon agar kebajikan kami yang merupakan sebahagian daripada komuniti di sini agar diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana yang beliau ucapkan  semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Disember yang lepas


Mohamad Sabu: Hasan Ali Tidak Akur Keputusan Muktamar


SHAH ALAM, 23 DIS: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap tindakan Bekas Pesuruhjaya PAS, Selangor, Datuk Dr Hasan mengkritik Dasar Negara Kebajikan yang menjadi pokok perbahasan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS lalu sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip parti.
Dalam satu temubual bersama TV Selangor, beliau berkata Pas mendasari perjuangan kesepakatan, dan bersendikan panduan Majlis Syura Ulama selama lebih 60 tahun bertarung dalam arena politik tanahair.

"Kita yang berada dalam kumpulan itu boleh mencurahkan pandangan dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat kadangkala berlaku ketegangan, meninggikan suara,mempertahankan hujah adalah perkara biasa.

Tetapi bila secara umum satu pandangan diterijma sebagai pandangan Pas Pusat, maka tugas kita adalah mematuhi keputusan.

Saya amat kesal kalau ada di kalangan pimpinan Jawatankuasa Pas Pusat yang ada saluran untuk mencurahkan idea dalam mesyuarat tetapi mencurahkan idea di luar mesyuarat terutamanya kepada media yang selamanya tidak senang dengan parti Islam,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keluh-kesah bekas Persuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali yang mendapat liputan meluas media pro-Barisan Nasional, serta kritikan berbalas-balas antara bekas pakar motivasi itu dan pemimpin lain dalam Pas.

Menjawab tuduhan Pas telah menyeleweng dari landasan Islam, Mohammad Sabu menambah mana-mana ahli Pas, khususnya yang pernah menduduki jawatankuasa kerja pusat seperti Dr Hassan Ali sedia maklum bahawa keputusan yang disepakati pasti dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura Ulama.

Majlis Syura ini dianggotai oleh pemikir-pemikir Islam yang tidak diragui wibawa dan ketokohan mereka. Ditubuhkan sejak 1983, majlis ini terkenal dengan pantauan ketatnya keatas

strategi dan pembikinan dasar parti bagi memastikan ia selaras dengan kitab suci Islam.

"Saya hairan mengapa negara kebajikan dijadikan isu sedangkan negara kebajikan adalah diluluskan di muktamar. Itu ucapan dasar Presiden [Abdul Hadi Awang]. Kita
sebagai ahli harus akur kerana ia keputusan muktamar, bukan keputusan individu,"katanya.

Meneruskan hujahnya, Mohammad Sabu berkata Negara Kebajikan ini disepakati semua pucuk pimpinan parti sebagai penegasan semula komitmen Pas kepada perjuangan politik Islam.

"Perjuangan untuk menegakkan negara kebajikan dalamnya terkandung negara Islam itu sendiri. Ini bukan perkara baru, telah beberapa tahun kita tekankan negara kebajikan ini.

Cuma tahun ini kita pertegaskan lagi iaitu pembentukan negara yang diisytihar Allah sebagai negara yang bentuknya baik (untuk semua), berkebajikan dan mendapat pengampunan Tuhan.

Umumnya diceritakan dalam negara kebajikan, tetapi syarahnya dijelaskan dalam buku jingga. misalnya dalam negara kebajikan tidak dijelaskan berapa elaun yang patut diberi pada kaum buruh bulan-bulan.

Negara kebajikan hanya ditekankan dasar umum iaitu kerajaan bertanggungjawab memberi keselesaan kepada rakyat, tetapi butirannya terdapat dalam buku jingga,"katanya

Mengenang semula perjuangan 60 tahun Pas, Mohammad Sabu berkata setiap ahli Pas harus akui bahawa Pas adalah parti yang kuat walaupun pernah dikhianati oleh Barisan Nasional semasa penggabungan dua parti itu pada era 70-an.

Walaupun begitu kekuatan Pas terhad di Kelantan dan Terengganu sahaja sehinggalah wujud kesepakatan kelompok masyarakat sedar untuk bersama menumbangkan Barisan Nasional.

"Sebenarnya parti Islam ini kuat, tetapi di sudut pilihanraya sudah 11 kali ia bertapak di Kelantan dan Terengganu bergilir-ganti, bahkan tidak berupaya menguasai Kedah.

Begitu juga DAP, sebuah parti yang kuat, biasa memungut undi lebih daripada satu juta tetapi tidak berjaya memerintah walau satu negeri.

Bagaimana kita nak ubah soal penyelewengan, kezaliman dan rasuah melainkan formula berlaku kesepaduan Pas, DAP dan PKR, barulah boleh menjatuhkan Barisan
Nasional. Ini terbukti berlaku pada tahun 2008.

Kalau kita pergi kepada kerajaan perpaduan bersama Umno-Barisan Nasional, ertinya kita meneruskan kezaliman yang ada, rasuah yang ada, penyelewengan yang ada.
Saya tidak nampak boleh berlaku perubahan melalui penggabungan dengan Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya lagi