Isnin, 31 Oktober 2011

Ustaz Azhar Idrus 2011 - Kerajaan Setan!!! (video)

Antara Gaddafi dan Ibrahim Libya

Oleh: tokpepijat


" Suatu yang "kebetulan". Gaddafi adalah orang Libya manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud di kenali dengan Ustaz Ibrahim Libya sempena arwah pernah menuntut ilmu di bumi Umar Mokhtar itu.

Keduanya telah meninggal dunia. Assyahid meninggal di bumi kelahirannya Memali kira-kira 26 tahun yang lampau 19 November 1985. Manakala Gaddafi baru sahaja meningga juga dibumi kelahiraannya Sirte 2 minggu yang lalu.

Keduanya dibunuh. Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri manakala Assyahid dibunuh oleh Kerajaan Malaysia yang ketika itu PMnya Dr Mahathir, Menteri KDNnya Musa Hitam dan IGPnya Hanif Omar..

Keduanya dibunuh tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya. Tidak dibicarakan dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan. Proses "keadilannya" ialah tembak !

Cuma yang bezanya ialah Gaddafi ada rekod kejahatannya iaitu membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Libya "dosa"nya hanya mengajar ilmu agama kepada orang kampung dan menentang ISA. Itu sahaja.

Apabila Dr Mahathir menyatakan tidak wajar Gaddafi dibunuh dan beliau patut ditahan dan dibicara terlebih dahulu maka kita tertanya-tanya adakah Dr Mahathir seorang yang "waras" dan berlagak dialah seorang yang memperjuangkan keadilan?

Bagaimana dengan Peristiwa Memali? Sehingga kini, tiada ucapan maaf secara terbuka dari Mahathir, Musa Hitam dan Hanif Omar.

Tanda seseorang itu telah mencapai tahap kembali semula ke "alam bayi" ialah apabila dia "menjilat kembali kahak hijaunya" tanpa disedari! Itulah Mahathir"

MELAMPAU !!! : Rosmah masih dedah aurat, walaupun ketika naiki pesawat untuk menunaikan haji....

Bukti, gambar yang diperolehi daripada laman web rasmi UMNO Online

Ramai pihak yang terkejut dan mempersoalkan tindakan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) yang "tidak menutup aurat" biar pun ketika mahu menaiki pesawat untuk menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi. Gambar tersebut telah disiarkan di laman web rasmi UMNO yang dipercayai dirakamkan ketika Rosmah dan Datuk Seri Najib Razaksedang melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah sekitar jam 5.00 petang tadi.

Turut mengiringi mereka berdua ialah bonda Najib iaitu Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah dan adik bongsunya Datuk Mohamed Nazimtermasuk juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Turut hadir semasa mereka berlepas dari Komplek Bunga Raya, KLIA itu tadi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta lain-lain menteri kabinet kerajaan Najib./Pahang daily Online

Syabas Bob Lokman!

Oleh Mohamed Hanipa Maidin


SECARA jujur saya amat cemburu dengan ketegasan Bob Lokman yang enggan tunduk dengan an caman Jabatan Agama Islam Selangor (jais). Ketegasan beliau untuk enggan menghadirkan diri bagi disoal siasat oleh Jais mengingatkan saya kepada Mahatma Gandhi yang terkenal dengan prinsip 'satyagraha' ( tidak tunduk kepada undang-undang zalim ).


Memang sukar untuk memahami individu Muslim seperti Bob Lokman boleh ditangkap oleh Jais kerana menyampaikan kalam Allah kepada hamba-hamba Allah di Rumah Allah. Kita amat khuatir jika ada pihak yang sanggup bertindak seperti musuh Allah menghalang agama Allah tersebar di muka bumi Allah.

Secara peribadi saya tidak pernah bersetuju dengan undang-undang yang mengkehendaki orang yang menyampaikan ajaran Islam mempunyai tauliah.
Ya, undang-undang mengenai tauliah ada unsur positif. Ia digubal dengan berfalsafahkan motif supaya hanya mereka yang layak dibenarkan bercakap tentang Islam. Bagaimanapun dalam banyak keadaan undang-undang tersebut telah disalahgunakan sehinggakan mereka yang layak pun tidak dibenarkan berceramah di masjid hanya kerana tiada tauliah. Jelas aspek negatif tauliah mengatasi aspek positifnya.

Bukan suatu yang luar biasa undang-undang yang digubal dengan niat yang baik boleh disalah guna untuk menzalimi orang-orang baik. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah contoh yang jelas.

Meskipun niat menggubal ISA asalnya sangat murni iaitu memerangi golongan subversif namun pelaksanaannya selama ini terbukti penuh dengan ketidakadilan dan salah guna kuasa.

Mereka yang menyokong tauliah bersandar pada hujah jika peraturan mengenai tauliah tidak wujud akan wujudnya kekacauan ke rana mana-mana orang dengan mudah menyampaikan ajaran agama tanpa kawalan dan ini akan memburukkan nama baik Islam.

Saya tidak kata hujah tersebut tiada meritnya. Namun hujah tersebut terlalu banyak bergantung kepada anggapan semata-mata. Hujah tersebut menganggap bahawa mereka yang mendengar ceramah agama atau tazkirah di masjid sebagai contoh adalah mereka yang amat jahil agama sehinggakan mereka akan mudah dipengaruhi oleh penceramah dan pentazkirah yang dijemput oleh pihak masjid.

Hujah tersebut juga menganggap orang seperti Bob Lokman dan Khalid Samad ( yang juga akan didakwa oleh Jais kerana beri tazkirah tarawih di masjid di bulan Ramadan) seolah-olah berada di dalam kategori Ayah Pin yang ingin memesongkan pemikiran orang Islam.

Hujah tersebut gagal mengambil kira adakah munasabah jika Bob Lokman ada mempunyai niat jahat di dalam menyampaikan tazkirah beliau akan sanggup memenuhi permintaan jemaah masjid untuk menyampaikan tazkirah secara terbuka tanpa memikirkan kesannya.

Adakah mereka yang ada niat tidak baik ke atas Islam seperti Ayah Pin atau orang yang menggelar dirinya 'Rasul Melayu' akan berani memberi tazkirah secara terbuka seperti Bob Lokman atau Khalid Samad? Dan adakah ahli jemaah masjid terlalu naif dan hanya berdiam diri jika isi tazkirah Bob Lokman menyimpang daripada ajaran Islam. Jais sendiri dilaporkan bersetuju isi tazkirah Bob Lokman tidak bersalahan dengan ajaran Islam.

Terlalu berpegang secara literal kepada undang-undang mengenai tauliah kadangkala akan menyebabkan mereka yang menguatkuasakan undang-undang tersebut bertindak membuta tuli hingga ke tahap tidak masuk akal.

Sejarah menunjukkan alasan tauliah pernah digunakan untuk menghalang mereka yang bergelar ulama daripada menyampaikan ajaran Islam di masjid di Selangor. Meskipun para ulama seperti Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tok Guru Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin adalah mereka yang ditauliahkan oleh institusi Islam seperti Universiti Al-Azhar, mereka juga pernah dilarang memberi tazkirah di Selangor kerana tiada tauliah daripada Jais.

Undang-undang mengenai tauliah hanya mengiktiraf tauliah daripada Jais. Dengan lain perkataan hatta jika ada sarjana Islam yang ada PhD di dalam pengajian Islam dari Al-Azhar sekalipun pengiktirafan tersebut tidak boleh mengatasi tauliah Jais! Pengiktirafan Al-Azhar tersebut tidak secara automatik melayakkan sarjana Islam tersebut menyampaikan tazkirah. Adakah ada alasan yang paling tidak logik selain alasan ini!

Terdapat keganjilan yang jelas di dalam peraturan mengenai tauliah. Meskipun tujuan peraturan tauliah digubal bagi menghalang mereka yang tidak layak dari menyampaikan ceramah atau tazkirah agama, apa yang berlaku mereka yang layak pula diambil tindakan oleh Jais kerana menyampaikan ajaran agama. Kes Dr Asri ditangkap dan didakwa oleh Jais adalah contoh yang jelas.

Peraturan tauliah bagi saya membantutkan usaha-usaha dakwah. Islam menganjurkan setiap Muslim untuk berdakwah mengikut kadar kemampuannya. Anjuran itu menunjukkan Islam bukan agama yang abstrak sehinggakan hanya orang-orang tertentu atau dipilih yang layak untuk berdakwah. Sudah tentu darjat penyampaian Bob Lokman tidak sampai ke tahap darjah penyampaian Dr Haron Din namun selagi mana penyampaiannya menepati ajaran Islam adalah tidak adil dan tidak munasabah untuk menghalang beliau bertazkirah di dalam masjid.

Apa pun tahniah Abang Bob. Kami menyokong anda 100 peratus./Detikdaily

Kekalahan Terengganu : Tak wajar salahkan penjaga gol


HULU TERENGGANU - PAS mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Terengganu kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bermain bermati-matian walaupun akhirnya tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan.


Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, ternyata serangan pasukan Terenggnu tidak cukup tajam bagi menggempur kubu pihak lawan,

"serangan pasukan Terengganu tak cukup tajam (sebaliknya) asakan bertalu-talu daripada pihak Negeri Sembilan, berjaya melemahkan pasukan Terengganu dan akhirnya mengkucar kacirkan pertahanan,"ujarnya yang turut hadir, memberikan sokongan bersama puluhan ribu penyokong Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu 29 Oktober.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan pihak yang meletakkan kesalahan kepada penjaga gol yang menyebbkan kekalahan pasukan terengganu adalah mereka yang tidak faham 'semangat berpasukan'.

Menurutnya, bolasepak ada sukan yang dimainkan oleh sebelas orang, bukannya bermain golf yang hanya seorang sahaja bermain.

"main bola sebelas orang, bukan hanya salah penjaga gol menyebabkan gol pertama Negeri Sembilan, kalau 'main golf' bolehlah salahkan dia seorang,"jelasnya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya ada diantara pemimpin Umno Terengganu menyalahkan Ahmad Sharbinee yang menyebabkan Terengganu terlepas peluang untuk membawa pulang piala Malaysia pada musim ini.

Sementara itu, beliau menecam tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikan harga tiket perlawanan akhir.

Katanya, ia adalah satu langkah yang sangat tidak wajar, memandangkan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

"Tindakan FAM sangat tidak wajar, sudahlah harga barang-barang naik, harga tiket bola pun nak naik, FAM badan yang sepatutnya memberikan galakan kepada sukan bolasepak, dengan naikkan harga seolah-olah mahu 'hambat' orang dari tengok bola,"katanya.

Manakala, menurutnya, tindakan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan Umno Terengganu memberikan subsidi harga tiket bukanlah satu penyelesaian.

Katanya, mungkin melegakan sebahagian penyokong tetapi FAM mungkin akan mengambil kesempatan pada masa akan datang.

"keputusan kerajaan memberi subsidi melegakan sebahagian penyokong tetapi (ia) bukan penyelesaian yg terbaik. Ia boleh diekploitasi oleh FAM untuk menaikkan lagi harga tiket (pada) setiap kali perlawanan akhir,"jelasnya../bulletinonline.net

Tahukah anda ? : Lima kes pembunuhan paling kejam di Malaysia

Negara dikejutkan dengan beberapa siri pembunuhan yang kejam dan menyayat hati. Hanya dua kes si pelakunya yang masih bebas dan satu kes masih dalam proses mahkamah. Berikut merupakan lima kes pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah negara:


KEDUDUKAN KE-5 : Pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Tarikh pembunuhan : 18 Jun 2006.


Mayat Altantuya telah diletupkan sehingga menjadi cebisan dan ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Altantuya telah ditembak dua kali sebelum bom jenis C-4 diletupkan pada mayat mangsa. Mahkamah mengambil masa 159 hari untuk menyelesaikan kes berkenaan dimana tertuduh, Sirul Azhar dan Azilah dijatuhi hukuman mati.
KEDUDUKAN KE-4 : Pembunuhan Sosilawati Lawiya

Tarikh pembunuhan : 30 Ogos 2010


Merupakan kes pembunuhan berprofil tinggi yang terbaharu. Jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya telah dibunuh bersama-sama dengan peguam, penasihat kewangan dan pemandu beliau apabila mereka membuat perjalanan ke Banting untuk berunding berhubung perjanjian tanah. Keempat-empat mangsa yang dilaporkan hilang, dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudiannya dibakar. Abu mereka bertaburan di sepanjang sungai berhampiran Ladang Gadong di Tanjung Sepat, dekat Banting. Buat masa ini seorang peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan dituduh melakukan pembunuhan tersebut.
KEDUDUKAN KE-3 : Pembunuhan Canny Ong

Tarikh pembunuhan : 14 Jun 2003

Canny telah diculik dengan diacukan sebilah pisau ke arahnya, di kawasan meletak kenderaan di kompleks membeli-belah Bangsar. Kemudian mangsa dirogol, ditikam dan dicekik sebelum di buang ke dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya. Penyerangnya, Ahmad Najib Aris kembali sehari kemudian untuk membakar mayat mangsa. Ahmad Najib kemudiannya menerima hukuman gantung sampai mati.
KEDUDUKAN KE-2 : Pembunuhan Nurin Jazlin

Tarikh pembunuhan : Diantara 20 Ogos 2007 (hilang) sehingga 17 September 2007 (ditemui)


Gadis yang berusia lapan tahun itu dilaporkan hilang selepas dia pergi ke pasar basah berhampiran rumahnya untuk membeli klip rambut pada malam 20 Ogos 2007, di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, mayat mangsa ditemui di dalam sebuah beg pada pagi 17 September 2007. Mangsa ditemui telanjang, dalam kedudukan janin dengan timun dan terung disumbat ke dalam kemaluannya. Siasatan telah dijalankan, tetapi sehingga hari ini pihak polis masih gagal mengesan pembunuh.
KEDUDUKAN KE-1 : Kes Mona Fandey

Tarikh pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)
Mangsa, Mazlan Idris yang juga merupakan ADUN Batu Talam, ingin meningkatkan kerjaya politiknya meminta bantuan Mona. Semasa upacara “pembersihan”, mangsa diarahkan berbaring di atas lantai menghadap atas, manakala Mona meletakkan bunga kepadanya. Mangsa kemudiannya diarahkan untuk menutup mata dan menunggu wang “jatuh dari langit”. Pembantu Mona, Juraimi Hassan kemudian memenggal kepala mangsa dengan sebilah kapak sebelum mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian. Mayat mangsa dijumpai dalam 18 keratan, dikebumikan di stor berhampiran dengan rumah Mona di Pahang.

Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau..: Pemuda PAS:

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.
Sambil menganggap pandangan Asri sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.
“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.
“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.
Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.
Beliau turut menasihatkan parti Islam itu “jangan tiru Taliban”, sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.
John, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.
Dalam kenyataannya Nasrudin juga menegaskan, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.
Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.
“Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. Sebab itu saya cadang beliau (Asri) ambil masa turun ke medan sekali dengan Pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin,” katanya.
Nasrudin juga meminta bekas mufti itu membuktikan di mana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi itu.
Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka “dilihat salah” oleh Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.
“Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Asri)... pendekatan ini perkara ijtihad.
“Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam... kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran,” katanya./TMI

Biar Raja kita jadi macam Raja Siam

oleh: Subky Latif
PROFESOR Aziz Bari, pakar perlembagaan UIAM telah di sapu semahu-mahunya oleh orang-orang boleh dikira pelampau Umno di dalam dan di luar Parlimen.

Kesnya ialah dia dikatakan oleh satu portal berita ada memberi komen bahawa pembabitan Sultan Selangor dalam isu gereja diserbu Jabatan Agama Islam (Jais) adalah suatu tidak lazim.

Pada mereka pakar undangundang itu sudah menghina raja dan tindakan wajar dikenakan kepadanya.

Dalam negara yang akhir-akhir ini suka sangat membuat aduan polis, maka tidak tahu hendak diduga apa jadinya dengan bantahan Umno tegar itu.

Akhir-akhir ini si tegar Umno suka sangat melabelkan orang itu derhaka dan orang ini derhaka.

Jika label itu dikumpulkan, kita tidak tahu sudah berapa ramai rakyat kita jadi macam Hang Jebat?

Mungkin si Jebat sudah bersepah- sepah di sana sini.

Raja-raja seperti dimainkan bagi menyulitkan lawan. Apa yang dibuat dikaitkan dengan raja. Sikit-sikit raja. Raja-raja pula tidak membebaskan diri dari nama raja dijual di sana sini.

Kalau dikumpulkan orangorang yang dianggap derhaka dan menghina raja, mungkin Malaysia jadi negara beraja yang paling ramai rakyatnya derhaka.

Adapun pacal Aziz Bari itu ialah seorang profesor mengajar undang-undang. Orang yang mengaji undang-undang di universitinya mengaji daripadanya.

Maka sebarang perkembangan yang ada kaitannya dengan undang- undang dan perlembagaan, dia kena jelaskan kepada siswanya supaya siswa yang keluar nanti tidak jadi loyar kangkong.

Kita mahu graduan cerdik, bijak dan pintar seperti yang banyak dihasilkan di bawah Prof Diraja Ungku Aziz dulu. Kita tidak dapat mengagak graduan di bawah Prof Zainal Kling. Kalau gurunya Zainal Kling, graduannya pun macam Zainal Kling juga, setia kepada menteri lebih tinggi dari setia Hang Tuah.

Guru yang bebas seperti Aziz Bari dipercayai boleh melahir graduan kritikal seperti pelajarpelajar Ungku Aziz dulu.

Tidak dapat dinafikan Sultan Selangor telah mencemar duli dalam kes gereja diserbu Jais. Isu itu melibatkan undang-undang.

Siswa undang-undang kena kaji perkembangan itu. Aziz mesti ada jawapan tentang persoalan itu.

Betullah Aziz Bari bukan nabi. Huraiannya boleh jadi lemah dan boleh jadi hebat. Hujah Aziz mesti dijawab dengan hujah juga. Bung Mokhtar adalah pembuat undangundang di Parlimen. Dia mesti lawan Aziz dengan hujah undangundang.

Begitu juga dengan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor yang digugur daripada Kabinet oleh Najib. Di mana tidak tepatnya hujah Aziz Bari.

Jangan jadikan diri seperti pengampu Raja Singapura semasa dilanggar todak. Budak yang memberi idea bagi menyelamatkan rakyat dari serangan todak didakwa boleh mengancam kuasa raja. Raja pula lurus bendul, dengar pula nasihat menghasut seperti itu.

Raja mesti belajar daripada kejadian Raja Melaka mendengar fitnah pembesar tentang Hang Tuah. Kerana raja tidak membebaskan diri daripada bodek pembesar lemah, huru hara Mekala gerangannya.

Bung Mokhtar dan pemimpin Umno Selangor tidak membantu raja untuk menjadi pemerintah berwibawa dan dihormati. Tindakan itu adalah untuk mencemarkan istana dan membodohkan rakyat jelata.

Pemimpin-pemimpin Umno tidak dapat bantuan banyak daripada pandangan seperti itu. Ia tidak boleh menjadi Umno parti dinamik yang dapat memartabatkan rakyat, adab dan tamadun.

Suara mereka itu tidak lebih untuk menarik perhatian Najib Razak dan Muhyiddin Yassin supaya dikekalkan mereka sebagai calon.

Raja yang berwibawa memerlukan nasihat yang baik. Raja memerlukan nasihat sebelum bertindak dan memerlukan nasihat selepas bertindak. Tindakan yang baik pun perlu dikaji lagi kalau ada lompang di sana sini.

Jika Aziz Bari kata, ia satu suatu campur tangan yang tidak lazim, apa poin yang boleh dikata begitu. Orang seperti Bung Mokhtar tidak boleh dan tidak tergamak memberi pandangan yang digemar oleh raja. Tidak mudah untuk bercakap tegas di hadapan raja.

Sekeras-keras Dr Mahathir Mohamad itu pun kalau berdepan dengan raja belum tentu dia kata yang dia hendak kata dan patut kata. Menasihatkan raja bukan satu kerja yang senang. Apa lagi kalau raja itu tidak seperti Raja Siam dan Raja Great Britian.

Kedua-dua raja itu adalah contoh Raja Berperlembagaan yang tidak banyak campur tangan dalam urusan pemerintahan. Raja kita juga ramai yang seperti mereka.

Tidak perlulah disebutkan raja mana supaya tiada ada yang mengata raja itu baik dan raja ini kurang baik.

Walaupun kita tahu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah bertindak keterlaluan terhadap Raja-Raja, tetapi kita juga mesti faham tentang adanya hal-hal yang tidak lazim oleh istana.

Kita tidak mahu jadi seperti Anuar Musa menabalkan sultan lain sedang Kelantan ada Sultan yang sah. Kita juga tidak mahu jadi macam Ibrahim Ali mencadang seorang putera dicalonkan mengganti Sultan yang ada. Kita juga tidak mahu jadi seperti Shahidan Kassim menggunakan Parlimen untuk menyerang Sultan yang tidak ngam dengan Perdana Menteri Dr Mahathir dulu.

Apa pun semua kejadian pahit itu menggambarkan adanya hal yang tidak lazim tadi.

Aziz Bari menggunakan bahasa undang-undang yang menarik sekadar menyebut tidak lazim.

Dia tidak mengecam dan mencemar raja. Mungkin itulah satu cara tersendiri bagi menasihat istana dari jarak jauh.

Sejak ulama zaman tabiin, tabiin-tabiin mengelak bekerja dengan raja dan menjadi penasihat raja. Banyak payahnya. Raja pun ada masalah yang perlu ditegur, tetapi bukan senang untuk menegurnya.

Ada ulama muktabar rela dipenjara daripada menjadi penasihat raja. Para ulama berbangga dengan sikap tegas ulama itu.

Mengapa jadi begitu dan mengapa ada yang mengira sikap ulama itu baik?

Maka kemudahan yang ada sekarang, kita ada media yang terbuka, kita ada demokrasi yang membenarkan bersuara, terbuka kaedah yang tidak terikat untuk menasihatkan istana seperti laporan sebuah portal berita yang membawa pandangan undangundang Aziz Bari itu.

Kalau Aziz Bari diangkat menjadi penasihat raja, dia juga tentu tidak dapat bersuara seperti sekarang.

Kalau pun Raja itu tidak garang, tetapi sebagai orang Raja, maka ada segan silu bercakap terus terang tentang raja dan tindakan raja.

Saya kira Aziz Bari tidak ada apa-apa kepentingan apabila dia mengeluarkan pandangannya sesuai dengan keperluan ilmu bagi menghidupkan ilmu undangundang yang dicurahkannya kepada pelajarnya khusus dan kepada masyarakat umumnya.

Kalau Umno Selangor merasakan UIAM mesti bertindak terhadapnya, buang dari UIAM, maka saya fikir banyak universiti di dunia mahukan tenaga pakar dan sikap bebasnya.

Tetapi tindakan seperti itu menyebabkan payah lagi untuk mencari profesor bebas sepertinya.

Apabila tidak profesor berani sepertinya, maka tidak mustahil universiti mengeluarkan graduan kangkung.

Kuliah Aziz yang objektif tentang undang-undang bukan saja diperlukan oleh siswanya dan masyarakat umum tetapi ia juga berguna untuk diketahui oleh sekalian Raja. Ilmu dan analisisnya boleh menjadi panduan yang baik bagi istana baginya menjadikan istana satu institusi yang berfungsi.

Sebagai seorang ahli ilmu undang-undang, untuk pengetahuan Bung Mokhtar dan Umno Selangor, sumbangan Aziz Bari dilihat lebih dihormati daripada sumbangan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Setakat ini dia dilihat sebagai seorang profesional, tetapi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara belum tahu lagi.