oleh: Subky Latif
PROFESOR Aziz Bari, pakar perlembagaan UIAM telah di sapu semahu-mahunya oleh orang-orang boleh dikira pelampau Umno di dalam dan di luar Parlimen.
Kesnya ialah dia dikatakan oleh satu portal berita ada memberi komen bahawa pembabitan Sultan Selangor dalam isu gereja diserbu Jabatan Agama Islam (Jais) adalah suatu tidak lazim.
Pada mereka pakar undangundang itu sudah menghina raja dan tindakan wajar dikenakan kepadanya.
Dalam negara yang akhir-akhir ini suka sangat membuat aduan polis, maka tidak tahu hendak diduga apa jadinya dengan bantahan Umno tegar itu.
Akhir-akhir ini si tegar Umno suka sangat melabelkan orang itu derhaka dan orang ini derhaka.
Jika label itu dikumpulkan, kita tidak tahu sudah berapa ramai rakyat kita jadi macam Hang Jebat?
Mungkin si Jebat sudah bersepah- sepah di sana sini.
Raja-raja seperti dimainkan bagi menyulitkan lawan. Apa yang dibuat dikaitkan dengan raja. Sikit-sikit raja. Raja-raja pula tidak membebaskan diri dari nama raja dijual di sana sini.
Kalau dikumpulkan orangorang yang dianggap derhaka dan menghina raja, mungkin Malaysia jadi negara beraja yang paling ramai rakyatnya derhaka.
Adapun pacal Aziz Bari itu ialah seorang profesor mengajar undang-undang. Orang yang mengaji undang-undang di universitinya mengaji daripadanya.
Maka sebarang perkembangan yang ada kaitannya dengan undang- undang dan perlembagaan, dia kena jelaskan kepada siswanya supaya siswa yang keluar nanti tidak jadi loyar kangkong.
Kita mahu graduan cerdik, bijak dan pintar seperti yang banyak dihasilkan di bawah Prof Diraja Ungku Aziz dulu. Kita tidak dapat mengagak graduan di bawah Prof Zainal Kling. Kalau gurunya Zainal Kling, graduannya pun macam Zainal Kling juga, setia kepada menteri lebih tinggi dari setia Hang Tuah.
Guru yang bebas seperti Aziz Bari dipercayai boleh melahir graduan kritikal seperti pelajarpelajar Ungku Aziz dulu.
Tidak dapat dinafikan Sultan Selangor telah mencemar duli dalam kes gereja diserbu Jais. Isu itu melibatkan undang-undang.
Siswa undang-undang kena kaji perkembangan itu. Aziz mesti ada jawapan tentang persoalan itu.
Betullah Aziz Bari bukan nabi. Huraiannya boleh jadi lemah dan boleh jadi hebat. Hujah Aziz mesti dijawab dengan hujah juga. Bung Mokhtar adalah pembuat undangundang di Parlimen. Dia mesti lawan Aziz dengan hujah undangundang.
Begitu juga dengan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor yang digugur daripada Kabinet oleh Najib. Di mana tidak tepatnya hujah Aziz Bari.
Jangan jadikan diri seperti pengampu Raja Singapura semasa dilanggar todak. Budak yang memberi idea bagi menyelamatkan rakyat dari serangan todak didakwa boleh mengancam kuasa raja. Raja pula lurus bendul, dengar pula nasihat menghasut seperti itu.
Raja mesti belajar daripada kejadian Raja Melaka mendengar fitnah pembesar tentang Hang Tuah. Kerana raja tidak membebaskan diri daripada bodek pembesar lemah, huru hara Mekala gerangannya.
Bung Mokhtar dan pemimpin Umno Selangor tidak membantu raja untuk menjadi pemerintah berwibawa dan dihormati. Tindakan itu adalah untuk mencemarkan istana dan membodohkan rakyat jelata.
Pemimpin-pemimpin Umno tidak dapat bantuan banyak daripada pandangan seperti itu. Ia tidak boleh menjadi Umno parti dinamik yang dapat memartabatkan rakyat, adab dan tamadun.
Suara mereka itu tidak lebih untuk menarik perhatian Najib Razak dan Muhyiddin Yassin supaya dikekalkan mereka sebagai calon.
Raja yang berwibawa memerlukan nasihat yang baik. Raja memerlukan nasihat sebelum bertindak dan memerlukan nasihat selepas bertindak. Tindakan yang baik pun perlu dikaji lagi kalau ada lompang di sana sini.
Jika Aziz Bari kata, ia satu suatu campur tangan yang tidak lazim, apa poin yang boleh dikata begitu. Orang seperti Bung Mokhtar tidak boleh dan tidak tergamak memberi pandangan yang digemar oleh raja. Tidak mudah untuk bercakap tegas di hadapan raja.
Sekeras-keras Dr Mahathir Mohamad itu pun kalau berdepan dengan raja belum tentu dia kata yang dia hendak kata dan patut kata. Menasihatkan raja bukan satu kerja yang senang. Apa lagi kalau raja itu tidak seperti Raja Siam dan Raja Great Britian.
Kedua-dua raja itu adalah contoh Raja Berperlembagaan yang tidak banyak campur tangan dalam urusan pemerintahan. Raja kita juga ramai yang seperti mereka.
Tidak perlulah disebutkan raja mana supaya tiada ada yang mengata raja itu baik dan raja ini kurang baik.
Walaupun kita tahu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah bertindak keterlaluan terhadap Raja-Raja, tetapi kita juga mesti faham tentang adanya hal-hal yang tidak lazim oleh istana.
Kita tidak mahu jadi seperti Anuar Musa menabalkan sultan lain sedang Kelantan ada Sultan yang sah. Kita juga tidak mahu jadi macam Ibrahim Ali mencadang seorang putera dicalonkan mengganti Sultan yang ada. Kita juga tidak mahu jadi seperti Shahidan Kassim menggunakan Parlimen untuk menyerang Sultan yang tidak ngam dengan Perdana Menteri Dr Mahathir dulu.
Apa pun semua kejadian pahit itu menggambarkan adanya hal yang tidak lazim tadi.
Aziz Bari menggunakan bahasa undang-undang yang menarik sekadar menyebut tidak lazim.
Dia tidak mengecam dan mencemar raja. Mungkin itulah satu cara tersendiri bagi menasihat istana dari jarak jauh.
Sejak ulama zaman tabiin, tabiin-tabiin mengelak bekerja dengan raja dan menjadi penasihat raja. Banyak payahnya. Raja pun ada masalah yang perlu ditegur, tetapi bukan senang untuk menegurnya.
Ada ulama muktabar rela dipenjara daripada menjadi penasihat raja. Para ulama berbangga dengan sikap tegas ulama itu.
Mengapa jadi begitu dan mengapa ada yang mengira sikap ulama itu baik?
Maka kemudahan yang ada sekarang, kita ada media yang terbuka, kita ada demokrasi yang membenarkan bersuara, terbuka kaedah yang tidak terikat untuk menasihatkan istana seperti laporan sebuah portal berita yang membawa pandangan undangundang Aziz Bari itu.
Kalau Aziz Bari diangkat menjadi penasihat raja, dia juga tentu tidak dapat bersuara seperti sekarang.
Kalau pun Raja itu tidak garang, tetapi sebagai orang Raja, maka ada segan silu bercakap terus terang tentang raja dan tindakan raja.
Saya kira Aziz Bari tidak ada apa-apa kepentingan apabila dia mengeluarkan pandangannya sesuai dengan keperluan ilmu bagi menghidupkan ilmu undangundang yang dicurahkannya kepada pelajarnya khusus dan kepada masyarakat umumnya.
Kalau Umno Selangor merasakan UIAM mesti bertindak terhadapnya, buang dari UIAM, maka saya fikir banyak universiti di dunia mahukan tenaga pakar dan sikap bebasnya.
Tetapi tindakan seperti itu menyebabkan payah lagi untuk mencari profesor bebas sepertinya.
Apabila tidak profesor berani sepertinya, maka tidak mustahil universiti mengeluarkan graduan kangkung.
Kuliah Aziz yang objektif tentang undang-undang bukan saja diperlukan oleh siswanya dan masyarakat umum tetapi ia juga berguna untuk diketahui oleh sekalian Raja. Ilmu dan analisisnya boleh menjadi panduan yang baik bagi istana baginya menjadikan istana satu institusi yang berfungsi.
Sebagai seorang ahli ilmu undang-undang, untuk pengetahuan Bung Mokhtar dan Umno Selangor, sumbangan Aziz Bari dilihat lebih dihormati daripada sumbangan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Setakat ini dia dilihat sebagai seorang profesional, tetapi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara belum tahu lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan