Jumaat, 10 Disember 2010

Konvensyen BN gagal kerana dacing berat sebelah


KONVENSYEN Barisan Nasional yang berlangsung pada 5 Disember lepas di Dewan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, jelas penuh dengan retorik dan caca merba.

Melalui konvensyen itu, BN melancarkan piagam baru berteraskan gagasan 1Malaysia yang antara lain memaparkan keazaman untuk memberi penekanan kepada usaha mempereratkan lagi hubungan antara kaum.

Piagam tersebut turut memberi penekanan kepada usaha mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1Malaysia.

Piagam berteraskan tujuh perkara itu turut memberi penekanan untuk menjunjung keluruhan Perlembagaan dan kedaulatan Undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

Selain itu, piagam BN turut menekan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberi komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara dapat dikecapi bersama.

Konvensyen BN tersebut diadakan kali pertama selepas kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum 2008. Konvensyen tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan jurang yang wujud antara sesama komponen, selepas BN menerima tamparan hebat dari kalangan rakyat.

Namun, prinsip-prinsip yang digariskan dalam piagam BN bukannya baru, ianya hanyalah ulangan daripada prinsip asas yang dinyanyikan BN sekian lama.

Dari sudut negatifnya, kita dapat lihat, selepas lebih 50 tahun berkuasa mengapa BN terpaksa mempertegaskan soal kesepaduan kaum dan agama?

Mengapa BN terpaksa mengulang tekad untuk memerangi ekstremisme dan rasisme yang sentiasa wujud di kalangan anggota komponen BN sendiri?

Mengapa BN terpaksa mengulangi tekad memperjuangkan kesamarataan dalam pembahagian ekonomi?

Hakikat yang tidak dapat disembunyikan bahawa, masalah inilah yang menghantui BN sejak lebih 50 tahun.

Ianya suatu tekad yang diulang secara retorik semata-mata, walhal sebenarnya, masalah-masalah yang dibangkitkan seperti rasisme, masalah agama dan kepincangan ekonomi, gagal diatasi BN secara positif dan berkesan.

Sebab itu sidang konvensyen BN yang dikatakan untuk memacu perpaduan di kalangan komponen BN untuk menghadapi PRU, terpaksa diadakan secara tertutup.

Jika ia disiarkan secara langsung, atau diadakan secara terbuka, nescaya banyak tembelang BN akan terbongkar.

Sebab itu, hanya ucapan perasmian Pengerusi BN, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sahaja disiarkan secara terbuka, manakala sidang penuh dan ucapan perwakilan diadakan secara tertutup.

Itu pun ucapan Perdana Menteri disiarkan secara terbuka kerana, beliau mengambil kesempatan untuk membuat serangan yang hebat kepada Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dijadikan bahan 'caci maki' untuk disambut oleh komponen BN, kerana kebiasaannya ucaptama pemimpin tertinggi, yang menjadi ucapan dasar kepada sesuatu persidangan, akan menjurus ucapan perwakilan ke arah itu.

Malangnya komponen BN tidak mahu mengikut jejak langkah Najib menyerang Pakatan Rakyat. Sebaliknya komponen BN bertindak menyerang Umno.

Di sebalik sidang tertutup itu, kedengaran suara-suara sumbang dari dalam konvensyen, mempertikaikan hala tuju BN yang didominasi Umno secara terbuka.

Secara umumnya kalangan parti komponen BN, mempunyai konsensus bahawa mereka mahu mengekalkan kuasa, namun mereka meletakkan syarat bahawa Umno tidak boleh menjadi 'tuan' dalam BN.

Tuan dalam ertikata, Umno tidak boleh bulldoze, tidak boleh berbuat sesukahati, jika mahukan kerjasama dalam BN kekal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum.

Dalam ertikata lain, seluruh komponen BN menolak 'ketuanan Umno'. Mereka menolak ketuanan Umno kerana Umno sering menggunakan perjuangan Melayu sebagai alat untuk mengapi-apikan perasaan perkauman dalam negara.

Bagi komponen BN, mereka tidak bersetuju dengan perjuangan ekstremisme kaum, khususnya yang dipelopori parti Umno.

Bagi mereka Umno tidak harus dictate atau memonopoli semua jawatan penting dalam kerajaan dan seharusnya mengamalkan sikap toleran kepada semua pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Datuk Seri S Samy Vellu yang mewakili MIC, menggesa BN mengamalkan prinsip 1Malaysia. Gesaan ini dibuat dipercayai berasaskan kepada ketidakpuasan hati kalangan kaum India terhadap dominasi Umno.

Yang jelas dari gesaan ini ialah, konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan Perdana Menteri hanyalah suatu retorik yang tidak berpaksi kepada hakikat.

Manakala Presiden MCA, Dato' Seri chua Soi Lek berpendapat, tidak harus ada 'abang adik' dalam Umno. Dalam ertikata lain, secara sinisnya beliau memberitahu Umno, bahawa MCA tidak bersetuju dengan senioriti yang diamalkan dalam BN sekarang.

Suara yang keras, yang sebenarnya menenggelamkan usaha menonjolkan kehebatan konvensyen BN, datang dari Gerakan.

Dalam reaksi yang tegas, Timbalan Presiden Gerakan, Chang Ko Youn, menggesa dibubarkan parti-parti komponen BN sebagai langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini.

"Politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyarakat majmuk ini.

"Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya," kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin yang juga anak kepada Tun Dr Lim Kheng Yaik (bekas Presiden Gerakan), paling lantang membidas Umno yang dilihat menjadi 'tuan' dalam BN.

Beliau membidas Umno dengan mengatakan 'simbol dacing BN yang berat sebelah'. Beliau memberi sindiran tajam terhadap Umno dengan simbol daging BN berat sebelah akibat sikap tidak adil Umno terhadap parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

"Mungkin kita (BN) kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil," katanya.

Si Pin dengan jelas membidas Umno dengan mengatakan bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya diboloti oleh satu atau dua parti sahaja.

"BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan bukannya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?" soalnya.

Inilah hakikat yang disembunyikan oleh media talibarut BN sebenarnya. Iaitu, tujuh prinsip yang digariskan dalam piagam BN hanyalah suatu ilusi yang fatamorgana.

Konvensyen BN tidak mencapai matlamat kerana, ianya hanyalah pengulangan rasa kekesalan komponen BN, hasil daripada dasar atau polisi yang gagal selama ini.

Konvensyen BN gagal menghasilkan suatu pembaharuan. Ia kekal ditakuk lama kerana selepas 50 tahun berkuasa anggota komponen BN tidak dapat menerima ketuanan Umno.

Mereka kekal dalam BN, hanya semata-mata untuk mempertahankan kepentingan individu tertentu yang mendapat faedah besar, daripada nikmat kuasa sebagai kerajaan selama ini.

Fakta yang tidak dapat disembunyikan pada pandangan rakyat ialah, BN sebenarnya sebuah gabungan yang longgar dan rapuh.

BN hanyalah seumpama istana pasir yang indah dibina di tepi pantai, menanti masa untuk dipupuskan oleh deruan ombak kecil sewaktu air pasang.

Sekali air bah, sekali pantai berubah, membawa istana pasir BN lenyap ke dalam lautan. Inilah hakikat yang menimpa BN pada PRU ke-13 nanti, insya Allah.

Suaram kata era Mahathir kembali muncul

Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) kata pemerintahan yang ada sekarang kembali tertutup , pusing belakang ikut apa yang ditinggalkan Tun Mahathir semasa jadi PM dulu.

Negara Myanmar yang bangkrap politik pun dah lepaskan aktivis politik Suu Kyi setelah dikenakan tahanan rumah bertahun-tahun kenapa negara kita nak ikut contoh buruk yang ditinggalkan Tun Mahathir dalam kes hak asasi manusia. Negara kita bukan Myanmar woi!

Ketika mendedahkan laporannya - Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan 'tanda-tanda dasar masyarakat tertutup'.

“Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Ini adalah masa yang getir; ia boleh bergerak kepada kedua-dua arah, tetapi Suaram berpandangan ia petanda bahawa era Mahathir ketika mengawal masyarakat kini kembali,” katanya.-Malaysiakini
 
Suaram:Msia kembali ke era masyarakat tertutup.

Kedah tuntut Penang : Biar mahkamah tentukan

ALOR SETAR - Hanya mahkamah yang berhak menentukan sama ada Kedah berhak menuntut kembali Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan atau sebaliknya.

Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Mohd Rozai Shafian berkata, satu semakan lengkap perundangan yang dibuat sewaktu perjanjian dimeterai antara Kerajaan British dengan Raja-Raja Melayu ketika pembentukan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, perlu dilaksanakan bagi memastikan sama ada perjanjian itu bercanggah dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan ataupun tidak.

Menurutnya, Perkara 4 Perlembagaan menyatakan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka, yang didapati berlawanan dengan perlembagaan, ianya terbatal setakat mana berlawanan dan Kerajaan Negeri perlu memastikan sama ada isu Pulau Pinang ini terikat dengan perkara itu atau tidak sebelum membuat tuntutan.

“Isu pokok perdebatan di sini ialah mengapa nilai pajakan masih dibayar kepada Kerajaan Kedah setiap tahun dan sekiranya perkara itu dijadikan rujukan, hakikatnya Pulau Pinang masih milik Kedah.

“Bagaimanapun, satu semakan semula perundangan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada perjanjian pihak Inggeris dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini boleh dicabar atau tidak,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Rozai berkata, sekiranya isi kandungan perjanjian itu bercanggah dengan Perlembagaan, mahkamah perlu mengetahui sejauh mana tahap percanggahan itu bagi membolehkan satu keputusan yang adil dapat dibuat.

Beliau berpendapat, masih ada asas untuk Kedah menuntut Pulau Pinang dengan syarat, segala isi perjanjian yang diperhalusi dapat memberi gambaran jelas bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

“Bagi saya, kajian semula terhadap nilai pajakan yang diterima lebih logik kerana RM10,000 yang dibayar ketika ini tidak relevan dengan nilai 10,000 syiling emas Sepanyol (Spanish Gold Coin) yang dibayar dahulu.

“Justeru, Kerajaan Negeri perlu membuat pilihan sama ada menuntut kenaikan nilai pajakan atau hak ke atas Pulau Pinang kerana agak mustahil untuk kedua-dua tuntutan itu dipenuhi dalam satu masa,” katanya

Sudah tiba giliran RTM selepas Utusan di jatuh merudumkan...!

Lakukan Perubahan Untuk Tarik Minat Kepada RTM, Kata Rais

KUALA TERENGGANU: Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu berani melakukan perubahan untuk memikat kembali minat rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurut beliau, intipati atau produk utama RTM iaitu berita, hal ehwal semasa dan hiburan yang dibekalkan sama ada menerusi saluran TV1 dan TV2 atau radio, juga perlu digarap supaya ia menarik selera golongan muda dan juga bukan Melayu.

"Zaman RTM memonopoli bidang penyiaran sudah berakhir, sekarang ini ada 32 stesen radio di bawah RTM dan ada 28 stesen radio swasta yang menandingi RTM setiap jam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Stesen Penyiaran Kawasan Pantai Timur di Bukit Pak Apil, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Rais diiringi Pengarah Penyiaran Terengganu Dr Nawiyah Che Lah serta pengarah dan ketua-ketua jabatan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Terengganu.

Beliau berkata perkembangan semasa menjadi cabaran kepada warga kerja RTM yang perlu bijak mencari formula untuk memberi khidmat terbaik dan dalam masa yang sama meningkatkan pencapaian.

Katanya di peringkat kementerian juga, pelan tindakan yang lebih agresif berhubung perkara itu telah dirancang untuk dilaksanakan bermula pada tahun depan.

"RTM kena ubah konsep untuk menawan kembali minat masyarakat seperti program Jelajah Kampus untuk tarik golongan muda dan memperkenalkan program bicara rakyat yang lebih menarik. Untuk itu, latihan-latihan juga akan diadakan untuk warga RTM," katanya.

Selain itu, sebagai cara memupuk semangat 1Malaysia di kalangan rakyat, beliau berkata slot dan program untuk bukan Melayu juga akan diperbanyakkan lagi mulai tahun depan.

"Sisipan untuk bukan Melayu seperti Cina dan India akan ditambah, selain itu kita juga akan paparkan corak hidup kaum minoriti dari Sabah dan Sarawak," tambahnya. - BERNAMA

Perghhh...KJ buat catwalk tu...ini baru Ketua Harapan Bangsa






Gambar-Gambar ini dirakam ketika KJ dan isterinya buat catwalk untuk piala seri Endon 2010 pada 5 Disember lalu...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Kenaikan Tarif Elektrik: Petanda BN Akan Ditumbangkan Rakyat

Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama

Anwar Dedah Ahli Umno Dapat Projek RM2 Bilion

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. 'Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang.

"Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," terangnya.

Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.

Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.-
tvs.

Anda mungkin juga meminati: