Ahad, 26 Jun 2011

Perbelanjaan Melancung Najib dan Rosmah berjumlah RM17,118,650.58


Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri yang korang sayangi untuk setengah tahun ini (Jan hingga Jun 2011) melebihi perbelanjaannya sepanjang tahun 2010. Laporan menunjukkan Najib membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Jan hingga Jun 2011.

Kalau kita lihat, gaji bulanan Perdana Menteri Najib ialah RM22,826.65 sebulan [
myMetro]. Namun beliau menghabiskan lebih RM 900 ribu atau lebih 40 kali ganda gajinya setiap bulan sejak Januari tahun ini untuk lawatan. - sumber: milosuam

Khairy bersedia memakai baju kuning Bersih 2.0?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2lHqfcsRd3SqnqIa_GTAjMG6GTCLOKBchBySBQCXi7Xxgwt8c7wRyoudASvm4mvIrdqjl7I8BeL3ne5H3Mmx4sj5XkGVPiMRMvyk9keIIHg1JIEep9G3iI3KtUSqOdfT9LpCYIgLcSKyz/s1600/kha.pngKita pun tahu, populariti Ketua Pemuda Umno, Khairy semakin menurun. Apatah lagi beliau dianggap generasi saki-baki peninggalan kepimpinan Bapak Penidur, Abdullah Badawi. Tanpa jawatan dalam kabinet,menggambarkan bahawa Ketua Pemuda Umno itu tidak diingini lagi dalam kepimpinan. Hanya menunggu masa sahaja untuk disingkirkan. Apatah lagi apabila Tun Mahathir & gerombolannya mencengkam kuat pentadbiran Najib Tun Razak.

Mungkin dah dekat pilihanraya seperti ini, Khairy perlu melonjakkan nama beliau untuk dilihat sebagai hero. Tetapi apakah sebenarnya tindakan beliau itu dihargai? Dulu semasa Pak Mertuanya menjadi PM dan semasa berlangsungnya Bersih 1, pun sudah ada cubaan pemuda Umno untuk menghalang… tetapi tak berapa kerat yang hadir. Dalam perarakan menyokong ISA apabila diadakan perhimpunan menentang ISA… pun takde nampak muka pun pemuda UMNO ni.

Kali ini nampaknya Khairy sekali lagi nak tunjuk hebat. Sanggup ke pemuda Umno untuk membela keadilan bersama rakyat? Sanggup ke Pemuda Umno nak hirup gas demi rakyat. Sanggup ke pemuda Umno dihentam belantan, diheret polis, ditendang, dipukul, dilokap demi perjuangan bersama denyut nadi rakyat??? atau Pemuda Umno sendiri sanggup menghentam rakyatnya sendiri. Yang mudah, pemuda Umno berlumba-lumba untuk merembat kekayaan rakyat demi tembolok masing-masing.

Sebenarnya kekallah Pemuda Umno sebagai pejuang elit di kayangan. Dalam hal ini syabas.. tahniah… kepada pemuda Pas & Pakatan yang perjuangannya berakar umbi kepada perjuangan rakyat. Nak harapkan Umno… anak buah mereka sendiri kecut telor apabila mendengar perhimpunan tanpa permit…

Perhimpunan Haram : Pemuda Cheras minta Khairy pertimbangkan semula

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Cheras membantah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang berhasrat meneruskan perhimpunan 9 Julai ini walaupun tidak mendapat permit polis.

Ketuanya, Syed Mehdhar Syed Abdullah menegaskan, tindakan pemuda UMNO pusat itu akan mengeruhkan lagi keadaan apabila bertembung dengan perhimpunan haram Bersih 2.0 pada tarikh yang sama.

“Pemuda UMNO Bahagian Cheras minta Khairy supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu demi kepentingan parti,” katanya.

Lagipun kata beliau, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sudah memberi amaran polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Syed Mehdhar juga menegaskan, perhimpunan haram yang dikatakan turut membabitkan Pertubuhan Pribumi Rakyat Malaysia (Perkasa) pada 9 Julai ini akan menyusahkan aktiviti warga kota.

Beliau berkata, perhimpunan haram tidak pernah berjalan dengan aman sebaliknya mengundang keganasan yang bakal menyusahkan golongan peniaga sekitar ibu kota disamping menakutkan para pelancong. Menurutnya, pemuda UMNO perlu akur dengan keputusan polis untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan disamping menghormati kebebasan orang awam,” tambahnya.

“Saya bimbang rakyat akan menuduh pemuda UMNO sengaja berbuat demikian untuk melakukan provokasi dan turut bersekongkol dengan Bersih yang didalangi pembangkang,” katanya.

Kalau dilihat kepada beberapa blog Umno sendiri, didapati Umno sendiri dah tak menyokong tindakan Khairy bahkan banyak blog yang mengutuk tindakan beliau itu. Khairy bukan hanya dah jadi beruk-beruk dijalan raya teapi kini menjadi kera sumbang pulak. Apa ditunggu lagi dalam Umno tu... beliau bagaikan beruk buruk kepala. Nak diarah panjat kelapa pun tak boleh, nak dihampiri berbau busuk... menghabiskan beras aje. Sebelum ditembak.. harap-harap dapat lepas kan geram... gigit-gigitlah tuan tu...

Apapun pihak kami mengucapkan terimakasih kepada Khairy jika beliau meneruskan perhimpunan beliau itu pada tarikh yang sama. Paling kurang rakyat boleh lihat sejauh-mana kekuatan dan bilangan pendokong pemuda Umno sendiri kepada kepimpinan beliau.

Rakyat juga nak tengok ketelusan pihak polis. Kalau mereka menangkap pimpinan penganjur Bersih 2.0 termasuk pimpinan pembangkang, adakah mereka juga menangkap kepimpinan Pemuda Umno & Perkasa yang juga mengadakan perhimpunan haram? Ish3X … menyusahkan Umno ajelah kamu ni Khairy!!! yang dibimbangi takde pemuda Umno pun nak turun. Kalau macam tu, sampai tahap tu Umno sabotaj beliau, diharap lebih baik Khairy memakai baju kuning Bersih 2.0 bersama dengan perhimpunan rakyat. Ketua Pemuda Pas pun sudah offer agar beliau bersama... jomlah! malu apa lak!!!

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Selangor lancar Tabung Amanah Pembangunan Islam



SHAH ALAM, 26 Jun: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor maju selangkah lagi ke hadapan dengan pelancaran Tabung Amanah Pembangunan Islam (Tapis) versi baru, malam tadi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berucap dan menyempurnakan acara pelancaran yang berlangsung di Dewan Utama Masjid Negeri dekat sini.

Bertemakan 'Amal Jariah Ummah, Dari Rakyat Untuk Islam', Tapis menjadi wadah amal jariah umat Islam khasnya rakyat Selangor namun terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Tapis menjadi sebuah institusi berwibawa, telus, sistematik dan menyeluruh dan juga wadah membangun modal insan di Negeri Selangor.

Menghimbau sejarah, Tapis telah ditubuhkan di bawah Kumpulan Wang Disatukan seksyen 9 (3) Akta Acara Kewangan 1957 dengan tajuk Akuan Tapis berkuatkuasa pada 1 April 1991.

Tabung ini dilancarkan oleh Menteri Besar ketika itu pada 22 Mei 1991 di Dewan Jubli Perak Shah Alam.

Tapis membawa nilai tersendiri dengan pelancaran versi baru, khususnya dalam membina kualiti umat Islam di Negeri Selangor.

Skopnya amat luas dengan memberi keutamaan kepada program dan aktiviti kelangsungan penguasaan ilmu dan peningkatan syariat Islam.

Tapis juga menjadi faktor penguat kepada institusi zakat, wakaf serta agenda dan perancangan Jabatan Agama Islam sendiri.

Selain itu, Tapis adalah unsur pelengkap yang ditunggu-tunggu hasil ketaatan dan kehambaan seluruh umat Islam di Negeri Selangor.

Tapis akan membuka ruang lebih luas ke arah membudayakan keikhlasan menderma selain mengisi tabung-tabung derma di masjid dan surau.

Meneliti tema bantuan yang digariskan, ia adalah banyak dan umum, antaranya seperti penguasaan Al-Quran, penguasaan ilmu teras seperti akidah, syariah dan akhlak, ilmu alat, ilmu aini dan kifai, pemimpin dan kepimpinan Islam, mendaulatkan syiar Islam, dakwah dan tarbiah.

Ia juga termasuk Islam sebagai cara hidup, pengamalan hukum hakam Islam, budaya menuntut ilmu sepanjang hayat dan lain-lain tema yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa akaun.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Exco Agama negeri dengan enam AJKnya seperti Timbalan Pengerusi (Pengarah Jais), Ahli (SUK, Mufti dan CEO Lembaga Zakat Selangor), timbalan pengarah (Jais) dan setiausaha (Jais).

Bentuk sumbangan antaranya untuk Tapis pula seperti kewangan kelengkapan perpustakaan surau, sekolah dan pejabat, pembelian buku Islam, pembaikan dan pengimarahan masjid, surau serta banyak lagi.

Selepas masjid pelancaran, diadakan juga forum perdana khas bertajuk MengIsrak-Mikrajkan Rakyat, panelis oleh Ustaz Haslin Bahrim dan Dr Azhar Yaakob, Dr Hasan sebagai moderator. -Hrkh

Umno zalim kepada rakyat – Anwar


KerajaanRakyat - KUBANG PASU: Tindakan keras polis yang menahan rakyat dari memakai baju kuning termasuk t-shirt Bersih 2.0, membuktikan kezaliman Umno yang memperkakaskan pihak berkuasa itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut dan memerangi himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.
“Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan,” katanya mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dan Pejabat KEADILAN Cabang Kubang Pasu petang tadi.
Terbaru, lima anggota Angkatan muda KEADILAN (AMK) Kapar ditahan polis sewaktu bersiar-siar di pusat membeli belah Klang Parade petang tadi, dengan memakai t-shirt Bersih. Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin pula ditahan malam semalam atas ‘kesalahan’ sama.
KeadilanDaily juga difahamkan, kira-kira 30 orang ditahan di balai polis Kepala Batas atas perbuatan itu – berdasarkan catatan twitter.
Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN.
“Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning jual baju Bersih pun dianggap kesalahan,” katanya