Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 NOV: PAS hari ini menempelak MCA dan menyifatkan cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal dan cetek pemikiran. ![]() Ia juga tidak seimbang dan meragukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini. Ketika membentangkan pandangan parti kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC), ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock berkata, cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan". "Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia. Tuan Ibrahim berkata hujah MCA tidak boleh dipakai kerana “rakyat Malaysia di luar negara samada sebagai pelajar atau pekerja, mereka mempunyai akses kepada media baru dan mengikuti perkembangan semasa dalam negara.” “Andaian mereka bahawa rakyat Malaysia di luar negara tidak mengetahui apa yang berlaku dalam negara; seolah-olah menggambarkan MCA sendiri yang kolot kerana tidak mengetahui perkembangan media baru yang sudah menjangkaui sempadan global,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Rakyat di mana mereka berada, hujah Tuan Ibrahim kini bebas mendapat maklumat, bahkan kemudahan media alternatif di luar negara lebih baik dari kawasan pendalaman yang hanya bergantung kepada media perdana yang dikuasai oleh BN sahaja. “Daripada melahirkan kebimbangan terhadap hak undi rakyat Malaysia yang layak mengundi, lebih baik MCA memokuskan bagaimana untuk menghalang konspirasi yang membolehkan warga asing mengundi di negara ini,” tambah beliau. Tuan Ibrahim juga menasihatkan agar Suruhanjaya Pilihan Rayat (SPR) tidak menyekat hak rakyat Malaysia walau di mana mereka berada untuk mengundi sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. “Sebarang usaha menyekat hak mengundi adalah pencabulan prinsip demokrasi yang menjadi dasar politik negara,” terang beliau lagi |

Jumaat, 11 November 2011
Halang rakyat Malaysia luar negara mengundi tindakan dangkal
Ribuan saksi ulangtahun keputeraan Sultan K'tan
Lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum hadir di Padang Merdeka Kota Bharu untuk menyaksikan majlis istiadat meletak kerja dan perbarisan sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-42 yang disambut hari ini.
Mereka hadir sejak awal pagi dengan membawa anggota keluarga masing-masing untuk melihat sendiri kemeriahan sambutan itu yang pertama kali buat baginda selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September tahun lepas.
Majlis perbarisan kehormat itu yang diketuai Satu Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula tepat pukul 8.40 pagi ini sebaik sahaja ketibaan baginda bersama rombongan kerabat Istana Kelantan.
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, exco-exco kerajaan negeri, pemimpin-pemimpin agensi kerajaan serta beberapa kenamaan lain.
Baginda yang segak berbaju Melayu songket berwarna krim kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memeriksa kawalan perbarisan.
Sempena hari keputeraan baginda esok, Sultan Muhammad V akan menyampaikan pingat dan darjah kebesaran kepada penerimanya di Istana Balai Besar di Kota Bharu.
Hari ini dan esok adalah cuti umum sempena hari keputeraan baginda.
Sementara itu, sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan hari ini, biarpun disambut dengan kesederhanaan tanpa perarakan kereta berhias dan pembinaan gerbang seperti tahun sebelumnya, tetap menjadi sambutan yang dinanti-nantikan rakyat Kelantan.
Rata-rata rakyat yang ditemui berkata, mereka sejak semalam tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke bandar Kota Baharu untuk menyaksikan keindahan bandar yang diterangi pelbagai lampu hiasan yang digelar sebagai 'pesta tengok lampu'.
Seorang penduduk Gua Musang, Mohd Zin Sulaiman, 70, berkata beliau walaupun berada jauh di pedalaman Kelantan namun tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi bandar Kota Baharu untuk melihat keindahan cahaya lampu yang bergemerlapan.
"Tiap tahun bila sambutan 'pujo umur' (keputeraan) Sultan, anak-anak mesti bawa pakcik pergi tengok lampu...dah jadi kemestian untuk jamu mata," katanya kepada Bernama.

Penduduk Tumpat, Muhd Fayruz Iskandar, 25, berkata beliau dan rakan-rakan awal-awal lagi merancang untuk menyambut hari keputeraan itu di Kota Bharu.
"Kalau nak dikira berada di mana-mana pun asal di Kelantan tetap boleh sambut hari keputeraan.
"Tetapi sebab nak rasa meriah tengok lampu hiasan, memang kena datang Kota Baharu, boleh juga ambil gambar untuk kenang-kenangan," katanya.
Bagi seorang penduduk Pasir Puteh, Liza Abdul Hadi, 30, pula selain untuk 'tengok lampu', kekagumannya terhadap Sultan Muhammad V yang disifatkan Sultan berjiwa rakyat itu menjadi pendorong untuknya bersama-sama meraikan sambutan hari keputeraan baginda di Kota Baharu.
Tinjauan Bernama sejak semalam mendapati lalu lintas di Kota Baharu semakin sesak apabila bandar itu mula menjadi tumpuan selepas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan melaksanakan kerja-kerja keceriaan seperti memasang lampu hiasan dan papan iklan bertemakan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V.
Selain itu menurut Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Anis Hussein, sebanyak kira-kira RM200,000 telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
"Selain kerja keceriaan oleh MPKB-BRI dan JKR, seramai 10,000 peniaga serta pemilik-pemilik bangunan dan premis sekitar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan diberi notis untuk memasang kain rentang khas untuk dipamerkan di hadapan setiap premis perniagaan dengan cogan kata 'Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat'," katanya.
Sambutan hari keputeraan tahun ini juga menjadi tumpuan berikutan ia merupakan sambutan hari keputeraan yang pertama buat Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept tahun lepas.
Hari ini berlangsung Majlis Istiadat Meletak Kerja di Istana Balai Besar dan Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini manakala pada Sabtu pula akan diadakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat, Surat Kepujian dan Jaksa Pendamai.
- Bernama

'Tahan peruntukan hingga menang p'raya, itu rasuah'
Memberi hanya sebahagian daripada peruntukan kerajaan dan menjanjikan bakinya selepas calon tertentu menang pilihan raya, adalah dianggap seperti membeli undi, kata badan pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan
raya hari ini, Presiden TI-M. Datuk Paul Low (kanan) berkata amalan seumpama itu boleh dianggap sebagai rasuah.
"Jika anda beri RM3,000 sekarang dan kemudian berkata, 'jika saya menang, saya akan beri bakinya RM3,000,' ini bukan satu dana pembangunan. Ini adalah rasuah," katanya.
Terdahulu, Low telah mencadangkan kepada panel sembilan orang anggota PSC bahawa organisasi yang meminta "derma" semasa kempen politik juga harus didakwa kerana menjual undi mereka.
Beliau menjawab soalan anggota PSC, Datuk Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang bertanya sama ada organisasi yang "meminta (derma) atau memeras ugut (calon untuk memberi wang untuk undi)" perlu didakwa.
"Semasa kempen, calon dan parti politik sering dijemput ke sekolah atau kuil, dan mereka akan mengatakan jika tak beri wang, kami tak akan undi," kata Fong.
Menurut TI-M, membeli undi ditakrifkan sebagai mana-mana jenis umpan dalam bentuk wang tunai atau cek kepada pengundi "dan berkata anda undi saya".
"Dalam temubual (media), (pengerusi) Suruhanjaya Pilihan Raya (Tan Sri Abdul Aziz Yusof) berkata, memberi wang bukan rasuah, kerana kita tidak tahu sama ada (penerima) mengundi (pemberi) atau tidak.
"Ini adalah takrifan yang salah, selagi umpan individu berlaku dengan memberi wang, maka ia adalah tidak wajar," katanya kepada panel PSC yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran tahun lepas kerana didakwa mengumpan pengundi semasa pilihan raya kecil Mei lalu, dengan berkata semasa satu ceramah kempen pilihan raya kecil Sibu bahawa beliau akan menandatangani cek RM5 juta untuk projek tebatan banjir jika calon BN menang.
TI-M juga mencadangkan pembentukan kerajaan sementara semasa kempen pilihan raya, mengikut model India yang mempunyai jawatankuasa yang dianggotai individu-individu terkemuka, mengambil alih daripada kabinet selepas pilihan raya dipanggil.
Sebagai alternatifnya, Low berkata, ketua setiausaha negara boleh diletakkan sebagai ketua kerajaan semasa pilihan raya.
Ia dibantah oleh Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang menegaskan bahawa walaupun demokrasi maju seperti Amerika Syarikat, tidak mempunyai kerajaan sementara.
Low juga membangkitkan kebimbangan berhubung pembiayaan politik, dan meminta digubal undang-undang untuk memaksa parti-parti politik mendedahkan sumber pembiayaan mereka.
Jika tidak, katanya, parti-parti akan terikat kepada individu dan syarikat-syarikat yang membiayai mereka, yang membawa kepada tender tertutup dan rasuah dalam negara.
Anthony Loke (DAP-Rasah) (kiri) berkata manakala idea itu baik di
segi teorinya, ia akan menimbulkan masalah kepada pembangkang yang pemberi dananya memilih tidak mahu namanya disiarkan kerana takut sokongan mereka akan menyebabkan tindak balas dari pihak pemerintah.
Menjawab soalan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Low mengakui bahawa model Jerman perlu disesuaikan dengan Malaysia kerana republik itu mengamalkan sistem pilihan raya yang berbeza.
TI-M juga menggesa supaya diperketatkan undang-undang pilihan raya yang menghadkan jumlah yang dibelanjakan untuk kempen politik, dan had untuk memohon kepada calon dan parti politik yang diwakili.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menghadkan perbelanjaan calon kepda RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan RM200,000 bagi kerusi Parlimen.
Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memainkan peranan lebih aktif, dengan mendakwa mereka yang berbelanja melepasi had, sepertimana yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand yang mendakwa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva kerana didakwa melanggar had perbelanjaan awam untuk kempen pengiklanan.
[Baca berita penuh]

Prof: Istana mungkin langkaui batas kuasa
Sultan Selangor mungkin telah melangkaui batas kuasa baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan Rang Undang-Undang pada bulan Julai, kata Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah yang
ditandatangani Sultan Sharafudin Idris Shah, menitahkan mereka untuk meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.
Titah bertarikh 11 Julai itu - salinan telah diberikan kepada Malaysiakini (kanan) - disertakan bersama dengan surat yang ditandatangani setiausaha sulit sultan, Datuk Mohamed Munir Bani.
"Selaku Ketua Agama Islam Negeri ini, Beta bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran Agama Islam dalam Negeri ini berjalan dengan lancar dan berkesan.
"Oleh yang demikian, Beta menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan Rang Undang-undang tersebut supaya semua cadangan dapat dilaksanakan dengan segera," titah tersebut dipetik.
Untuk mengelakkan satu lagi konfrontasi dengan istana, wakil rakyat Pakatan Rakyat berkompromi dan meluluskan pindaan terhadap Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, walaupun mereka melihatnya sebagai satu bentuk campurtangan istana dengan badan perundangan negeri.
Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada bulan Mac 2008, Pakatan Rakyat telah bertelagah dengan istana berhubung beberapa isu.
Aziz, seorang pakar dalam soal perlembagaan dan telah banyak menulis mengenai peranan raja, berkata perlembagaan mungkin tidak memperuntukkan kepada sultan kuasa sedemikian.
Menurutnya, walaupun Perlembagaan Persekutuan - Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan - dengan jelas menyatakan bahawa sultan boleh bertindak tanpa atau berlawanan dengan kerajaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam dan adat Melayu, tetapi senyap pada bahagian mengenai badan perundangan.
"Sementara dalam perkara-perkara mengenai Islam sultan boleh
mengabaikan nasihat kerajaan, perkara yang sama tidak boleh digunapakai berkaitan dengan badan perundangan... Kita sekarang berhadapan dengan kuasa perundangan yang tidak terkawal oleh kerajaan.
"Sultan hanya bebas daripada kerajaan, tetapi itu tidak bermakna bahawa baginda juga bebas daripada Dewan," kata Aziz ketika dihubungi hari ini.

Langgan:
Catatan (Atom)