Memberi hanya sebahagian daripada peruntukan kerajaan dan menjanjikan bakinya selepas calon tertentu menang pilihan raya, adalah dianggap seperti membeli undi, kata badan pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan
raya hari ini, Presiden TI-M. Datuk Paul Low (kanan) berkata amalan seumpama itu boleh dianggap sebagai rasuah.
"Jika anda beri RM3,000 sekarang dan kemudian berkata, 'jika saya menang, saya akan beri bakinya RM3,000,' ini bukan satu dana pembangunan. Ini adalah rasuah," katanya.
Terdahulu, Low telah mencadangkan kepada panel sembilan orang anggota PSC bahawa organisasi yang meminta "derma" semasa kempen politik juga harus didakwa kerana menjual undi mereka.
Beliau menjawab soalan anggota PSC, Datuk Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang bertanya sama ada organisasi yang "meminta (derma) atau memeras ugut (calon untuk memberi wang untuk undi)" perlu didakwa.
"Semasa kempen, calon dan parti politik sering dijemput ke sekolah atau kuil, dan mereka akan mengatakan jika tak beri wang, kami tak akan undi," kata Fong.
Menurut TI-M, membeli undi ditakrifkan sebagai mana-mana jenis umpan dalam bentuk wang tunai atau cek kepada pengundi "dan berkata anda undi saya".
"Dalam temubual (media), (pengerusi) Suruhanjaya Pilihan Raya (Tan Sri Abdul Aziz Yusof) berkata, memberi wang bukan rasuah, kerana kita tidak tahu sama ada (penerima) mengundi (pemberi) atau tidak.
"Ini adalah takrifan yang salah, selagi umpan individu berlaku dengan memberi wang, maka ia adalah tidak wajar," katanya kepada panel PSC yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran tahun lepas kerana didakwa mengumpan pengundi semasa pilihan raya kecil Mei lalu, dengan berkata semasa satu ceramah kempen pilihan raya kecil Sibu bahawa beliau akan menandatangani cek RM5 juta untuk projek tebatan banjir jika calon BN menang.
TI-M juga mencadangkan pembentukan kerajaan sementara semasa kempen pilihan raya, mengikut model India yang mempunyai jawatankuasa yang dianggotai individu-individu terkemuka, mengambil alih daripada kabinet selepas pilihan raya dipanggil.
Sebagai alternatifnya, Low berkata, ketua setiausaha negara boleh diletakkan sebagai ketua kerajaan semasa pilihan raya.
Ia dibantah oleh Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang menegaskan bahawa walaupun demokrasi maju seperti Amerika Syarikat, tidak mempunyai kerajaan sementara.
Low juga membangkitkan kebimbangan berhubung pembiayaan politik, dan meminta digubal undang-undang untuk memaksa parti-parti politik mendedahkan sumber pembiayaan mereka.
Jika tidak, katanya, parti-parti akan terikat kepada individu dan syarikat-syarikat yang membiayai mereka, yang membawa kepada tender tertutup dan rasuah dalam negara.
Anthony Loke (DAP-Rasah) (kiri) berkata manakala idea itu baik di
segi teorinya, ia akan menimbulkan masalah kepada pembangkang yang pemberi dananya memilih tidak mahu namanya disiarkan kerana takut sokongan mereka akan menyebabkan tindak balas dari pihak pemerintah.
Menjawab soalan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Low mengakui bahawa model Jerman perlu disesuaikan dengan Malaysia kerana republik itu mengamalkan sistem pilihan raya yang berbeza.
TI-M juga menggesa supaya diperketatkan undang-undang pilihan raya yang menghadkan jumlah yang dibelanjakan untuk kempen politik, dan had untuk memohon kepada calon dan parti politik yang diwakili.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menghadkan perbelanjaan calon kepda RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan RM200,000 bagi kerusi Parlimen.
Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memainkan peranan lebih aktif, dengan mendakwa mereka yang berbelanja melepasi had, sepertimana yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand yang mendakwa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva kerana didakwa melanggar had perbelanjaan awam untuk kempen pengiklanan.
[Baca berita penuh]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan