Khamis, 17 Februari 2011

TGNA: Semoga Mahathir Dapat Hidayah

Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

“Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

 

Hanya 36 penduduk Jeli undi Mustapa Mohamed?

M FAQIH
JELI, 16 Feb: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera.

Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu.

Dan pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi. Ini bermakna undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja.

Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal.

Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed berkata, berdasar kepada situasi itu calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang.

”Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang kerana kedudukannya di Jeli sudah selesa,” katanya di sini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos.

Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

”Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar,” katanya ketika dihubungi di Ketereh.

Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus.

Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri.

Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

”Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah.

Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

“Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli,” katanya.

Baru-baru ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Mohd Apandi terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel.

Hakim Mohd Nasir Nordin membebaskan tertuduh selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Sebelum itu beliau didakwa mengemukakan tuntutan palsu sewa hotel Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan berjumlah RM31,050.

Penduduk Jeli juga ketika ditemui meluahkan rasa gembira memandangkan isu yang dipasang bagi menjerat Apandi sebelum ini sudah tidak ada lagi.

Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak berkata, Umno tidak mampu lagi menggunakan isu dakwaan penyelewengan terhadap Apandi memandangkan beliau sudah dibersihkan mahkamah.
HD
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1EBZvYEar

Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

fatamorgana71

Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.

Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."

Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.

Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini

Fitnah 2 : Saifool MELAWAN ketika diliwat dan penemuan 'bukti baru'

Sepertimana pada 14 Februari 2011, perbicaraan hari ini diteruskan dan dilihat cubaan untuk mengaitkan DSAI dengan aktiviti 'oral seks' , skrip baru yang cuba untuk memburukkan imej dan kredebiliti DSAI yang sebelum ini tidak muncul .

Ini bermakna DSAI bukan sahaja difitnah dengan perbuatan sodomi tetapi termasuk iuga perbuatan 'oral seks' . Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan sewaktu disoal dalam mahkamah memaklumkan bahawa Saifool telah dipaksa untuk melakukan 'oral seks' tersebut .

Sewaktu perbicaraan pada 14 Februari , berlaku pencanggahan fakta dan membuktikan Saifool berbohong apabila Dr. Khairul Nizam memberitahu mahkamah yang Saifool telah membersihkan diri sebelum hadir ke HKL untuk diperiksa oleh doktor pada 28 Jun 2008. Sedangkan sebelum itu Saifool menegaskan bahawa beliau tidak mandi selama 2 hari sebelum ke hospital untuk diperiksa .

Terbaru dalam pembicaraan hari ini ( 16 Februari 2011 ) yang turut dihadiri oleh wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland serta pakar forensik DSAI , Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald menyaksikan bahawa Dr. Khairul Nizam menyatakan Saifool dipaksa untuk melakukan 'oral seks' tersebut oleh seorang tokoh yang terkenal . Sewaktu wawancara dengan Saifool mengaku yang Saifool MELAWAN sewaktu kejadian liwat tersebut .

Kalau benar seperti yang dinyatakan bahawa Saifool MELAWAN , tenaga apa yang ada kepada seorang anak muda yang berumur 25 tahun yang dilihat tegap dan perkasa sehingga tidak mampu untuk menolak atau bertindak ganas terhadap seorang tua yang berumur 63 tahun . Bukan sahaja tua tetapi mengalami masalah sakit tulang belakang !

Kalau benar Saifool MELAWAN dan dipaksa serta tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut , saya yakin dan percaya sebagai seorang anak muda yang masih kuat dan bertenaga akan mampu 'membelasah' seorang tua yang bertindak melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut . Kalau saya lah , sudah pasti LUNYAI saya kerjakan orang tua yang hendak meliwat saya ! 'MELAWAN' macam mana yang dimaksudkan atau itulah skrip yang telah disiapkan oleh pihak polis dan pendakwaraya .
Benarkah Saifool MELAWAN sedangkan sebelum ini beliau mengaku telah diliwat 9 kali ? Selepas diliwat , Saifool masih lagi datang bekerja di pejabat DSAI . Kalau saya diperlakukan sedemikian rupa , sudah pasti saya TIDAK AKAN DATANG LAGI bekerja sebab saya telah dipaksa dan diliwat ! Ternyata Saifool BERBOHONG !

Sedangkan kes yang dibicarakan ialah Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual. Secara nyata berlaku percanggahan terhadap pertuduhan iaitu secara SUKERALA TANPA PAKSAAN . Sedangkan Saifool bertegas yang dia telah di DIPAKSA dan dia telah MELAWAN . Justeru , kes ini wajar dibuang !
Malah Dr. Khairul Nizam juga memberitahu mahkamah bahawa sewaktu membuat pemeriksaan terhadap Saifool , Saifool dalam keadaan yang 'tenang'.. Dr. Khairul juga menyatakan bahawa " kelakuan itu bukanlah tingkah laku yang normal ". Sememangnya BUKAN TINGKAHLAKU YANG NORMAL ! TIDAK NORMAL ! Sebab Saifool adalah PEMBOHONG !

Saya benar-benar merasa hairan bagaimana seorang yang dipaksa untuk diliwat ... tanpa trauma , tanpa rasa sedih , tanpa reaksi takut dan susah hati ? Dalam keadaan tenang ...apabila dubur dan lubang duburnya diperiksa , malah yang paling terseksa ialah 'maruah' diri yang sudah tercemar kerana sudah tiada 'DARA' lagi...

Kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh sebagai Ketua Peguam DSAI , tuduhan liwat terhadap DSAI mesti digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal pro-forma, yang diberitahu di mahkamah hari ini . Bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya ( DSAI ) adalah tidak berasas. Sememangnya TIDAK BERASAS dan terlalu dangkal .

Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi . Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan Saifool dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas iaitu Dr Siew Sheue Feng . Ini membuktikan kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saifool beritahu kepada doktor.
Ghani Patail selaku Peguam Negara perlu mengugurkan kes tersebut . Ianya benar-benar memalukan negara dengan kes yang tiada asas dan tidak masuk akal ini . Ternyata ini adalah merupakan fitnah terhadap DSAI yang bermotifkan politik dilakukan oleh para konspirator yang tujuan menjatuhkan kredebiliti dan integriti DSAI yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia !

  • http://farizmusa.blogspot.com

50 tahun Perintah Negara.. cuma 3 orang saja..??

tu dia hangpa kalau nak detail klik gambarlah..

Musa londehkan Hisham, Hisham telanjangkan Musa. Auww!

Tidak ramai rakyat yang sedar apa yang telah dan sedang berlaku nun di puncak kuasa Bukit Aman. Rupa-rupanya peralihan kuasa daripada Musa Hassan kepada penggantinya, Ismail Omar, yang pernah dicercanya sebagai 'pegawai polis bodoh, tak tau apa-apa', turut merobah keseluruhan cawangan elit PDRM, D7 - Cawangan Jenayah Berat, Maksiat dan Kongsi Gelap.

Segala-gala ini telah diatur oleh Sindiket 1Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Ta Kin Ya. Kin Ya yang merupakan rakan niaga Norian Mai memainkan peranan penting menaikkan Ismail Omar di kedudukannya sekarang.

Sebagai balasan, Ismail Omar dikehendaki menukarkan keseluruhan - en bloc / kesemua sekali gus - Cawangan D7 - daripada Bukit Aman hinggalah ke kesemua Cawangan D7 di 14 Kontinjen-kontinjen Negeri. Ini bagi mempastikan muka-muka baru yang mengambil-alih Cawangan D7 adalah mesra kepada kegiatan rangkaian kongsi gelap yang diketuai Kin Ya.

Ikuti sedikit ulasan yang disediakan oleh Penarik Beca yang mengulas mengenai siapa yang nak londehkan siapa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ops Tukar D7, sila baca daripada pautan Malaysia Today yang disertakan:

Musa bogelkan Hisham, Hisham telanjangkan Musa. Auww!
Mula-mula, saya ghairah membaca "The warlords and the de facto IGP" yang disiarkan Malaysia Today hari ini. Baca punya baca, saya terasa macam ada orang di belakang artikel itu. Saya rasa macam bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Tapi tak berani la nak tuduh dia. Nak tuduh lagu mana, tak ada bukti.

Memang, Musa dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif. Watak-watak seperti BK Tan dan Tengku Goh dikaitkan dengannya. Pemangsaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusoff juga dikaitkan dengannya.

Saya masuk lokap kerana bubuh logo kepala anjing yang saya copy paste dari tempat lain juga amat berkait rapat dengan rasa tidak puas hati terhadap Musa yang begitu dikaitkan dengan dunia jenayah. Saya tidak benci semua polis. Tapi, takkan nak duduk diam jika pelbagai cerita disiarkan tentang hubungan ketua polis dan dunia jenayah. Si ketua polis pula buat bodoh ja dan tak mahu membersihkan namanya.

Saya dah sebut masa saya ditangkap, saya benci polis jahat ja. Polis baik pula, berdosa kalau saya benci.

Balik kepada artikel tu. Katakanlah benar Musa di belakang artikel itu untuk melepaskan apa yang didakwa sebagai dendamnya kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Adakah kita akan kata, ah tak betullah, Musa di belakang artikel itu. Nak kata gitu?

Benarkah semua yang ditulis dalam artikel itu tak betul semuanya? Sama seperti kebanyakan orang lain, saya tak tahu.

Tetapi yang pasti rasanya, Hishammuddin dan pak yet-pak yetnya tidak akan berdiam diri. Kalau dia pun terasa Musa yang bogelkan dia, mungkin dia akan londehkan Musa pula.

Hishammuddin memang kelihatan menjadi belasahan pelbagai pihak. Ada orang kata, bukan Musa sahaja yang tak puas dengannya. Budak-budak Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak henti-henti serang Naib Presiden Umno itu - dengan intensity yang sama seperti mereka bela Tan Sri Tajuddin Ramli.

Sebut fasal Tajuddin, teringat pula waktu makan tengah hari tadi, seseorang yang dulunya dikenali sebagai Daim boys memberitahu saya, "Actually, they are protecting Mahathir, not Tajuddin". Saya tak nak kacau orang yang dah pencen. Lagi pun, banyak sumber melaporkan, termasuk seorang bekas menteri kanan, bahawa Dr Mahathir kini merasa amat jengkel dan sakit hati sangat terhadap kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

- Penarik Beca

Penyokong Bola Kelate Berselawat Maulidur Rasul Di Stadium Sebelum Menyaksikan Perlawanan The Red Warrior


Penyokong-penyokong Gelombang Gelembong Merah The Red Warriors bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sempena sambutan Maulidur Rasul di Stadium Sultan Mohamad Ke 4 sebelum menyaksikan
perlawanan antara Kelantan dan Kuala Lumpur.

Inilah berkat dari pemerintahan islam di kelate..so ada hati lagi UMNO/BARISAN NASIONAL YAHUDI APCO laknatullah nak tawan kelate..sory bro..

PAS Adil, Tidak Kira Bangsa dan Agama

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0158a.JPGSuragate, DUNGUN - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun berkata PAS adalah sebuah parti politik yang adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Puan Serena Lim Abdullah berharap, PAS dapat memberi ruang dan memperuntukkan satu kerusi untuk ditandingi oleh kepimpinan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Beliau yang juga aktivis muslimat PAS adalah seorang Cina Muslim berketurunan Hokkien. berkata demikian dalam majlis makan malam meraikan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Sura di sini Sabtu lalu.

"Terima kasih kerana sudi hadir rumah terbuka PAS, saya tak pandai cakap Mandarin, cuma pandai Hokkien sahaja, saya orang Hokkien, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga tahun Arnab adalah (tahun) yang murah rezeki,

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0161a.JPG"PAS adalah (parti politik) yang adil, tidak mengira bangsa atau agama, sekarang PAS ada (menubuhkan) Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP untuk orang bukan Islam), saya harap semua dapat masuk (sertai),

"dan (saya) harap PAS dapat memberikan satu kerusi kepada DHPP),"Kata Serena yang berucap dalam dailek Hokkien kepada lebih 200 orang kaum Cina yang hadir dalam majlis tersebut.

Beliau menyeru semua orang Cina menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya akan datang kerana menurutnya kehidupan rakyat akan menjadi bertambah susah sekira Barisan Nasional (BN) terus memerintah.

"Kalau kita (terus) bagi (membiarkan) BN jaga (memerintah negara), (maknanya) lagi nak mati lo (nak membunuh diri sendiri kerana) harga barang naik setiap hari, kalau sekarang ambil (kita bawa) RM100 pergi ke pasar nak beli barang, cuma boleh dapat sedikit sahaja (berbanding dahulu),"ujarnya. -BO