Jumaat, 16 Disember 2011

Hanya Pemberian RM100 & RM500 habis cempera 1Malaysia...!!

oleh Jofri Jaraiee
http://ohcikgu.com/wp-content/uploads/2011/11/duitkertasrm500.jpg
Sekarang rakyat Malaysia kecoh dengan pemberian wang sebanyak RM100 dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut

Mengenai bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah seharusnya diberi secara sistematik.

Lebih baik lagi kerajaan memberi bantuan buku teks atau pun buku latihan percuma kepada setiap pelajar sekolah yang berkenaan.

Dengan adanya bantuan buku teks percuma ibu bapa dan pelajar tidak perlu lagi berebut-rebut untuk mendapat borang tersebut.

Apabila buka saja sesi persekolahan tahun hadapan pelajar sudah sedia dengan buku teks tersebut tanpa perlu membeli di kedai-kedai buku.

Ini dapat mengelakkan penyalahgunaan wang sebanyak RM100 kepada pelajar tersebut.

Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 sepatutnya diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang.

Mungkin ada penduduk dari luar bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM500.

Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut.

Kita cadangkan kepada pemerintah supaya mengambil semua aspek perancangan dengan teliti sebelum sebarang perancangan dilaksanakan.

Perancangan yang tidak teratur mengakibatkan rakyat jadi kecoh dan kelam kabut hanya untuk mendapat sedikit bantuan.

Kita sarankan segala bantuan seperti yang tersebut seharusnya diberi kepada mereka yang betul-betul layak dan bukan hanya kepada golongan tertentu saja.

Bantuan RM100 sepatutnya digantikan dengan buku teks percuma dan BR1M adalah lebih baik digantikan dengan sijil simpanan memandangkan bantuan tersebut berbentuk 'hanya sekali'.

Wang tersebut hanya boleh diguna dalam berapa hari saja sedangkan kalau dilaburkan dalam bentuk sijil simpanan sekurang-kurangnya dapat digunakan apabila ada keperluan dan sudah pasti ada sedikit keuntungan dari hasil simpanan tersebut.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat pengurusan yang tidak cekap.

Hanya kerajaan yang benar-benar ikhlas dan perihatin saja yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja.

Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak.

Mohd Sabu: PAS Sertai BERS✔H 3.0 Jika Pilihanraya Sebelum 8 Tuntutan Ditunaikan

Pas mengingatkan kerajaan sekiranya lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), parti itu akan menyertai perhimpunan Bersih 3.0, yang dijangka diadakan Februari depan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sekiranya PRU13 diadakan menggunakan sistem sedia ada, pihaknya percaya agak sukar untuk Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya kerana sistem pilihan raya itu belum bersih dan telus.
“Jika tuntutan Bersih 2.0 belum ditunaikan, penganjurnya bercadang buat himpunan Bersih 3.0. Kali ini ahli Pas wajib hadir untuk tuntut pilihan raya yang bersih,” katanya, ketika berucap pada ceramah perdana ‘Parlimen akan dibubarkan’, di Markaz MTD Sri Burhan Tok Sibil, Jalan Datuk Kumbar, malam kelmarin.

Menurutnya, kerajaan sewajarnya mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di dunia Islam kebelakangan ini, yang menyaksikan kerajaan bertukar tangan melalui tunjuk perasaan hingga menyebabkan ramai rakyat terkorban.

“Kita hanya tuntut lapan perkara secara aman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) janji bersihkan daftar pemilih namun kita mahu lihat hasilnya sebelum PRU13,” katanya.

Mohamad turut meminta supaya tafsiran kehakiman dibuat terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan kerajaan, kerana didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

“Kita sudah failkan kes ini dan peguam kita akan mohon supaya hakim dapat menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu. Rakyat tiada hak langsung untuk berhimpun kelak, sehingga Majlis Peguam yang arif dalam perundangan pun turut bantah,” katanya. -SH

Peneroka tuntut kekalkan Datuk Dzulkifli, Isa undur


KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kira-kira 50 wakil peneroka Felda daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini.

Memorandum sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November.

Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu.

Difahamkan, Dzulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu.

Memorandum yang diserahkan kepada  wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya.

Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform termasuk polis cawangan khas.

Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Dzul, benci Isa".

Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Zulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya.

"Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul.

"Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian," jelas beliau. -Hrkh

SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN NFC WAJIB BERUNDUR!!!


PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana ‘lebih bersalah’ dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat.

“... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin yang kini merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Gesaan agar Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan semakin meningkat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas apa-apa termasuk saranan Dr Mahathir Jumaat lalu

'Lembu umno' sudah gila tahap gaban!

Pada ketika penceramah Pakatan Rakyat daripada PAS sedang menyampaikan ceramah, seorang pendokong umno memasang pembesar suara dan menjadi 'ahli panel tak diundang' menjawab pelbagai isu yang sedang disampaikan penceramah Pakatan.
Tindakan 'ahli panel tak diundang' melalak dan terjerit-jerit seolah-olah telah diserang sawan babi. Sudah hilang nilai kesopanan dan kesusilaan. Memalukan bangsa dan agama. Memang 'lembu'lembu' umno ni dah jadi gila tahap gaban!
Mari sama-sama kita tonton aksi 'panel tak diundang' menjawab dan mengganggu ceramah PAS yang diadakan bersebelahan di DUN Bukit Baru, Melaka. 



Awas di bahagian akhir video: Bunyi kanak-kanak ketawa terbahak-bahak.
Betullah kata orang tua-tua... apabila seseorang itu telah menghampiri waktu senja kehidupan, ia akan kembali ke zaman kanak-kanak kecil yang belum cukup umur dan seterusnya akan melalui fasa zaman bayi baru lahir...  Umno memasuki fasa 'main tahi'... di mana-mana, sekarang kita dapat melihat, itulah standard orang umno sebelum umno menemui ajalnya. Dan bangganya kita kerana umno yang kununnya memperjuangkan 'melayu' ini, sedang disiksa untuk dibunuh oleh puak-puak mandeliar. Tengok di Pulau Pinang, dan kini di Melaka...