Khamis, 8 September 2011

TAULIAH - JANGAN SAMPAI JADI BAHAN KETAWA


8 Syawal 1432 H | 7 September 2011
Para ilmuan Islam mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w : "Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat.”

Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan.


Tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat. Sejajar itu, golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat.


Pada masa yang sama, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya.


Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil.


Ulama' atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya.

Permudahkan tauliah, sirami umat dengan ilmu


Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Hampir semua negeri mempunyai mekanisme tauliah ini. 
Ianya sangat baik selagi mana ia berjalan di atas landasan yang bertepatan dengan syarak. 

Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat. 
Akibat kekurangan siraman ilmu yang mengekalkan kejahilan inilah, berlakunya pelbagai gejala sosial, soal murtad, rasuah, berkembangnya ajaran sesat dan sebagainya.

Lebih malang kini, mereka yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum dengan kelulusan ilmu agama, jawatan yang disandang seperti pensyarah, mufti, qadhi, guru agama sekolah-sekolah bahkan ulama' yang disegani juga terikat dengan sistem tauliah.


Jika pihak berkuasa agama bimbang mereka ini menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, bagaimana pula dengan kuliah mereka di universiti dan tempat lain?


Bahkan, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tawa orang jahil, dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat. 
Itulah juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat.

Bagi mengatasi masalah ini, jabatan agama Islam negeri-negeri mesti memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang ingin membantu mendidik masyarakat ini. Lebih-lebih lagi dengan hakikat bahawa mereka yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya.


Bersangka baiklah terhadap golongan ilmuan agama, dan bertindak adillah dengan kuasa di dalam tangan dalam pemberian tauliah, dan dengan ini diharap kejahilan masyarakat dapat di atasi dan pemimpin akan dirahmati Allah.


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

7 September 2011

PAK GUARD SENSASI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sebenarnya bukan aku aku nak cerita pasal pak guard sensasi, tapi pak guard yang serasi. Serasi dengan jalan pemikiran aku. Korang pernah tengok pak guard jaga pondok kawalan. Kalau dia sorang sorang, apa yang dia buat? mengelamun? menyanyikan lagu yang terpaling hit pada masa itu? atau angan angan ghairah, atau angan angan mat jenin?

Tetapi aku terpesona dengan pak guard yang menjaga kaunter hotel tempat aku menginap semasa mengerjakan umrah bulan puasa baru ni:

 Pak guard di reception ni menghabiskan masanya baca Qur'an. Sesuatu yang sensasi sekiranya perkara ini berlaku di Malaysia

Pak guard ni, yang berkawal di luar Masjid Nabi di Medina, menghabiskan masanya dengan membaca doa doa yang pada pendapat aku lebih baik daripada berangan angan kosong.

Tidak lah jadi pak guard yang mengintai intai sesuatu yang sensasi

Kerana Mat Sabu,JPA mula jengok balu2 polis yang tak dapat pencen...

Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu (kiri) kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.

Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.

Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai.

“Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno.

“Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada tempatnya di bumi tumpah darah kita,” katanya di sini.
Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit.
Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.

Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan.


Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat, British memusnahkan Islam di Tanah Melayu.

“Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam terus terpinggir di bumi Malaysia.
“Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said. Sedangkan merekalah pejuang sebenar,” ujarnya.

Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup masyarakat orang Melayu.

Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali.

”Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah.

”Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British.

”Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang dikenali sebagai Umno,” tambah beliau.

source:harakahdaily
Veteran soldiers, kins should also get recognition: PAS

Pendek kata balu2 polis patut berterima kasih kepada Mat Sabu bukan gomen UMNO yang hanya mahu nama, tapi tak peduli pada mereka ini sejak dulu lagi....

cheers.

KISAH MAT INDERA MAHU DISAMAKAN DENGAN KISAH FIRAUN DI DALAM AL-QURAN OLEH YB KERDAU

Oleh: WFAUZDIN NS
SEORANG `ustaz' iaitu Adun Kerdau, Pahang, YB Syed Ibrahim Syed Ahmad semalam mengulas tentang isu yang kini hangat diperkatakan iaitu berkenaan Mat Indera, tokoh yang diangkat sebagai Pejuang oleh Mat sabu, Timbalan Presiden PAS. Kenyataan Syed Ibrahim disiarkan di dalam akhbar Sinar semalam dan kenyataan beliau tersebut sudah cukup menggambarkan YB ini tidak tahu hujung pangkal isu Mat Indera yang sedang diperbahaskan.

Beliau menggesa rakyat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan bukti yang dikemukakan oleh Mat Sabu iaitu sebuah buku yang dikeluarkan oleh Yayasan Johor bertajuk " Pengukir Nama Johor" yang menyenaraikan Mat Indera adalah tokoh yang termasuk di dalam Pengukir Nama Johor. Lojikkah Pengukir Nama Johor dipilih dari kalangan Komunis? Sudah tentu tidak, apatah lagi buku tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor sendiri bahkan di dalamnya tercatat kata-kata aluan dari MB Johor.

Melucukan apabila Syed Ibrahim membawa contoh Al-Quran yang juga menyebut nama Firaun di dalamnya. Soal beliau, adakah Allah sebut nama Firaun maka Firaun dianggap pejuang? Teramat dangkal pemikiran YB yang dikatakan berkelulusan agama ini, yang hanya berhujah seperti menggunakan kepala lutut. Memanglah Allah sebut nama Firaun dan banyak lagi nama lain di dalam Al-Quran termasuk juga nama Abu Lahab dan juga nama-nama Nabi. Tetapi, setiap nama yang tercatat di dalam Al-Quran ada kisah dan penceritaannya.

Maksud YB Kerdau ini, kita jangan percaya pada buku yang tertulis nama Mat Indera yang disebut sebagai Pejuang itu kerana di dalam Al-Quran nama Firaun juga disebut sedangkan Firaun bukan Pejuang. Kita mahu memberitahu YB Kerdau, nama Firaun disebut di dalam Al-Quran seperti juga nama Abu Lahab disebut dengan kisah pendurhakannya terhadap Allah. Begitu juga dengan nama Mat Indera, disebut dengan kisah perjuangannya menentang British. Paling jelas, kisah Mat Indera diceritakan di dalam buku yang bertajuk "Pengukir Nama Johor". Ertinya, Mat Indera adalah salah seorang dari `Pengukir Nama Johor'. Komuniskah `Pengukir Nama Johor' ini?

Sewajarnya atau paling bijak jika YB Kerdau ini mahu agar nama Mat Indera disenaraikan sebagai Komunis, beliau patut menggesa agar MB Johor mengharamkan buku tersebut dan menarik balik pengiktirafan MB Johor terhadap `Pengukir Nama Johor' itu. Bukannya membuat perbandingan yang jauh lari dari perbahasan.
Jelas pada kita, kebanyakan pemimpin Umno semakin celaru untuk berdepan dengan isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini. Terbaru, seorang Prof bernama Zainal Kling pula menyatakan Mat Indera ini ada dua jiwa, iaitu Pejuang dan Petualang. Lagi berserabut Prof ini punya kenyataan. Seorang lagi Pakar Sejarah yang terkenal dengan sikap `kipas' Umno nya menyebut, sebenarnya negara kita tidak pernah dijajah. Prof Ramlah Adam sebut, “PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British.” Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota." (Free Malaysia Today). Jika tidak pernah dijajah, buang masa sahaja setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan. Ulasan apa yang Prof Ramlah sebut, anda boleh baca di dalam blog ASD di sini.

Begitulah keadaannya apabila Umno sudah semakin pening. Sasaran mereka sering tersasar menjelang PRU ke 13 akan datang. Semua isu mereka gagal bahkan menimpa ke atas batang hidung mereka sendiri, apatah lagi muncul orang seperti YB Kerdau ini yang langsung tidak tahu punca ingin juga mengambil bahagian untuk mengulas./wfauzdin.blogspot.com

JAMUAN RAYA&CERAMAH PERDANA

MB Johor Contoh Terbaik Talibarut British? (Wajib Baca!!)


Perdebatan sejarah kemerdekaan kembali panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?

Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam portal bernama;

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Sebelum diulas dengan lebih lanjut, mari kita renung apakah tindak tanduk penjajah British (atau boleh saya kata pengganas British?) ketika Mat Indera melancarkan gerakan kemerdekaan. British melabelkan Mat Indera sebagai pengganas komunis lalu meletakkan $75 000 untuk kepala Mat Indera. Keluarga Mat Indera juga diseksa dan dibuang daerah oleh British. Apabila Mat Indera ditangkap, hukuman untuk beliau adalah penyiksaan untuk berbulan lamanya dan akhirnya beliau dihukum gantung di Taiping.

Hari ini, Menteri Besar Johor membuat kenyataan bahawa Mat Indera seorang pengganas komunis yang kejam dan zalim walaupun dalam buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini jugalah yang menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. Bukankah kenyataan MB Johor ini menyerupai imperialis Inggeris? Apakah kenyataan MB Johor ini melengkapkan kebenaran betapa Umno adalah talibarut British dan meneruskan legasi British?

Mungkin sedikit masa lagi akan ada pemimpin Umno yang tergamak mengatakan Tok Janggut juga sebagai pengganas kerana Tok Janggut juga membunuh polis melayu yang bernama Sarjan Che Wan di Pasir Mas, Kelantan. Tok Janggut yang dibunuh dan gantung secara terbali, kemudian diheret menyeberangi Padang Bank Kota Bharu, tidak pula dianggap pengganas dalam buku teks sejarah. Inikah yang dikatakan sejarah ?

Berbalik kepada kepahlawanan Mat Indera, beliau pada awalnya telah diiktiraf dalam buku Pengukir Nama Johor sebagai antara tokoh negeri Johor yang terbilang. Ironinya, yang mengiktiraf beliau sebagai tokoh terbilang itu adalah MB Johor sendiri, lantas MB Johor menyatakan;

Penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.

Dengan kata-kata di atas, apakah kita juga boleh melebel sejarah kemerdekaan oleh Umno yang tertulis dalam mana-mana buku teks sejarah yang diiktiraf itu adalah semata-mata bahan kajian di atas prinsip 'kebenaran akademik' untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan ?

Kenyataan MB Johor hari ini juga menyebut, apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan. Tetapi MB Johor tidak pula merungkaikan mengapa hanya hanya gerakan melayu Umno sahaja yang tidak diharamkan?

Ternyata pihak British tidak memberi ruang kepada semua gerakan kemerdekaan apabila mengharamkan PKMM, AWAS, API dan PKM. Semua nasionalis yang menuntut kemerdekaan tidak diberi pilihan. Hanya dengan menyertai kumpulan bangsawan elit Umno untuk kemerdekaan acuan British, atau berdepan dengan risiko merengkok dalam penjara atau lebih buruk, dibunuh menjadi pejuang tidak bernama.

Walaupun kenyataan MB Johor hari ini bersifat dangkal dan bodoh sombong, tetapi kita harus bersyukur kerana ia secara tidak langsung memberi petunjuk jelas betapa kemerdekaan yang dituntut Umno diberi laluan mudah oleh British dengan satu keraguan - Benarkah Umno talibarut British? Ia juga secara langsung membangkitkan ghairah lebih ramai anak muda untuk mengetahui sejarah sebenar kemerdekaan di sebalik sejarah doktrin penutup minda.

Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah buat MB Johor yang serba flip-flop. Moga lebih ramai pemimpin Umno yang bersuara sepertimana kenyataan MB Johor hari ini. Keraguan sejarah kemerdekaan semakin terserlah dan memasuki era perdebatan terbuka. Benarlah kata orang, Umno akan dimakan sejarah, Umno sejarah...
Edyes @ edyesdotocom

Ada Berani : Blogger cabar Jais siasat tazkirah Satim Diman

 KUALA LUMPUR, 8 Sept: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dicabar supaya menyiasat Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim yang memberikan tazkirah di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang.
Cabaran tersebut dibuat oleh blogger Tulang Besi berdasarkan berita Sinar Harian pada 22 Ogos 2011 melaporkan Ketua Pembangkan Selangor, Satim Diman, telah memberi tazkirah di dalam sebuah masjid di Kampung Melayu Subang.

Mengikut laporan Sinar Harian itu:


PUCHONG - “Kalau dia tidak suka orang Melayu di Malaysia, dia boleh pindah ke negara lain,” kata Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman mengenai tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan, memperlekehkan institusi istana serta mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh dalam takzirahnya di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, minggu lalu.


Blogger itu menyebut bahawa laporan tersebut tidak dinafikan ataupun ditolak oleh Satim.
“Dan saya yakin Satim Diman tidak pernah mendapat tauliah untuk memberi ceramah agama ataupun khutbah.
“Yang hairannya, mengapa Satim Diman tidak disiasat Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor?

“Mengapa hanya Khalid Samad yang disiasat dan didakwa?  Mengapa tauliah yang diberikan kepada Dr Rani Othman ditarik balik?” soalnya.
Justeru, beliau merasakan janganlah diharapkan Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bebas daripada politik.
“Saya rasa janganlah kita nak harap Jais dan Mais ni bebas dari politik.
“Saya yakin pernyataan YB Khalid Samad bahawa MaisS dan Jais adalah kubu terakhir Umno di Selangor adalah benar dan sangat benar,” tulisnya.

Tambahnya, teori Jais/Mais mahu membalas dendam terhadap Khalid Samad kerana mengagalkan perancangan Umno di dalam serbuan gereja (DUMC) semakin jelas kebenarannya.

Katanya, mungkin juga ini tindakan balas dendam kerana Khalid Samad antara yang lantang mendedahkan kelemahan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menyebabkan beberapa orang Islam terpaksa mengemis bantuan dari gereja.

Baginya, tidak seharusnya badan yang menjaga hal ehwal Islam di Selangor menggunakan kuasa mereka untuk membalas dendam sebegini.

“Mais dan Jais harus ingat hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kita takut kepada doa orang yang dizalimi.
“Dalam keadaan sekarang ini, Khalid Samad adalah dizalimi,” ujarnya.

Kenyataan Bercanggah, Siapa Yang Berdusta, Najib Atau Ketua Hakim?

Najib: Saya dijemput Ketua Hakim lawat Istana Keadilan

Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentadbirannya komited untuk mempertahankan kebebasan kehakiman sambil menjelaskan, beliau hanya bersetuju untuk melawat Istana Keadilan hari ini selepas diberi jaminan isu campur tangan oleh eksekutif tidak timbul sama sekali.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, “saya terpaksa berfikir dengan mendalam” sama ada perlu mengadakan lawatan kerja ke Istana Keadilan hari ini kerana bimbang tentang persepsi negatif yang mungkin timbul.
“Saya hanya bersetuju untuk lawat selepas ketua hakim menjemput saya< dan memberi jaminan kepada saya bahawa tiada masalah,” kata Najib.

Najib berkata, pentadbirannya komited kepada kebebasan kehakiman yang sangat penting sebagai ramuan penting dalam mana-mana usaha membina negara yang berjaya.

“Hubungan tidak semestinya baik, ia harus dilihat baik,” kata beliau petang ini. -TMI

Ketua hakim pertahan pertemuan hakim - PM

Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan para hakim hari ini tidak akan menjejaskan kebebasan badan kehakiman, kata Ketua Hakim yang akan bersara, Tun Zaki Azmi.

Tujuan pertemuan tersebut, katanya kepada pemberita, adalah untuk memberi taklimat kepada perdana menteri mengenai bagaimana dana kerajaan persekutuan digunakan untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.

Zaki, 66, yang akan bersara Isnin ini, berkata pertemuan tersebut tidak akan mengganggu pentadbiran keadilan seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau juga berkata, pertemuan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru, tetapi juga pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

Badan kehakiman telah memohon peruntukan sebanyak RM130 juta untuk mahkamah bagi rakaman transkripsi dan sistem e-filing.

"Tiada apa yang luar biasa seperti yang didakwa (oleh pihak-pihak tertentu) kerana persidangan hakim-hakim telah dirancang enam bulan lalu dan perdana menteri memaklumkan kepada kami hendak melawat mahkamah, hanya minggu lepas," tegasnya.

Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman petang ini.

Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat.

Bagaimanakah hakim-hakim boleh bertindak dengan adil dan saksama jika mereka kini sedang tidak dapat membebaskan diri dari rasa "terhutang budi" kepada Perdana Menteri dengan menjemputnya untuk bersama-sama di dalam satu pertemuan di Istana Keadilan?

Muslihat apa yang ada disebaliknya? Malah rakyat berpendapat lawatan Najib dilihat cuba untuk memanipulasi institusi kehakiman. Hakim-hakim hendak dijadikan pak angguk-pak angguk kepada kehendak PM? Kedatangan Najib ke Istana Keadilan dilihat untuk "membeli" minda para hakim supaya mudah untuk diperlembukan.

Sementelah lagi kita lihat di atas bahawa terdapat percanggahan teramat nyata dmana Najib menyatakan beliau dijemput Oleh Ketua Hakim Negara untuk melawat istana Keadilan sementara kenyataan Ketua Hakim pula adalah bertentangan iaitu beliau menyatakan "perdana menteri memaklumkan kepada kami hendak melawat mahkamah, hanya minggu lepas".

Salah seorangnya adalah PENDUSTA.

Istana Keadilan tidak wajar dicemari dengan campurtangan eksekutif. Ia adalah tempat rakyat mengharapkan pengadilan yang adil, bersih dan telus. Tetapi dengan senario yang ada, ia telah pun tercemar.

Institusi kehakiman bukan hanya perlu berlaku adil tetapi ia juga perlu dilihat berlaku adil dan berkecuali kerana ia menjadi benteng terakhir rakyat dalam mendapatkan keadilan menerusi sistem perundangan yang dijamin oleh Perlembagaan. -GB

Mat Sabu: Kalau referendum, Tunku tak jadi PM

mat indera forum 070911Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu.

“Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

“Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan,” katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai “merdeka in bracket”.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan.

“Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.

mat indera forum 070911“Ini Umno saja raya,” katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut terlibat sebagai pemforum kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

'Chin Peng atau Henry Gurney baik?'

Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali.

NONE“Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand.

“Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno),” katanya.

Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas.

sir henry gurney 240609Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.

“Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?

“Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri,” katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.

Estet, lombong British

Terus mempertahankan kenyataan kontroversinya – bahawa Mat Indera yang penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan “polis British” – Mohamad berkata, beliau kini menemui buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.

NONEDalam buku itu, tambahnya, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

“Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku,” katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.

Setelah diserang bertubu-tubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu semalam. -M'kini

Umno tercedera dengan senjatanya sendiri

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapakah Mat Indera sebenarnya)
Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya.

"Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan.

Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain,  nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno.

Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor.
Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara.

"Malang dalam situai ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah.

Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan.

Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang.

"Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0,  kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly.

Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan.

Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58).

Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.

"Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya.

Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu. -Hrkh

Video : Mat Indera bukan anggota PKM - Adik