Para ilmuan Islam mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w : "Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat.”
Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan.
Tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat. Sejajar itu, golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat.
Pada masa yang sama, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya.
Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil.
Ulama' atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya.
Permudahkan tauliah, sirami umat dengan ilmu
Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Hampir semua negeri mempunyai mekanisme tauliah ini. Ianya sangat baik selagi mana ia berjalan di atas landasan yang bertepatan dengan syarak.
Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat. Akibat kekurangan siraman ilmu yang mengekalkan kejahilan inilah, berlakunya pelbagai gejala sosial, soal murtad, rasuah, berkembangnya ajaran sesat dan sebagainya.
Lebih malang kini, mereka yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum dengan kelulusan ilmu agama, jawatan yang disandang seperti pensyarah, mufti, qadhi, guru agama sekolah-sekolah bahkan ulama' yang disegani juga terikat dengan sistem tauliah.
Jika pihak berkuasa agama bimbang mereka ini menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, bagaimana pula dengan kuliah mereka di universiti dan tempat lain?
Bahkan, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tawa orang jahil, dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat. Itulah juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat.
Bagi mengatasi masalah ini, jabatan agama Islam negeri-negeri mesti memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang ingin membantu mendidik masyarakat ini. Lebih-lebih lagi dengan hakikat bahawa mereka yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya.
Bersangka baiklah terhadap golongan ilmuan agama, dan bertindak adillah dengan kuasa di dalam tangan dalam pemberian tauliah, dan dengan ini diharap kejahilan masyarakat dapat di atasi dan pemimpin akan dirahmati Allah.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 September 2011

Tiada ulasan:
Catat Ulasan