
(KLIK GAMBAR UTK BESARKAN)
.jpg)
Isu lembu lembu yang dibela oleh keluarga menteri wanita dan ketua wanita UMNO Malaysia Sharizat Jalil dan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta telah mengiyakan watak watak pemimpin umno terserlah bodoh dan pengkhianat yang nyata. Hujah ketua pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin teramat bodoh dan amat dangkal hujahnya. Wang RM250 juta projek bela lembu yang diberi kepada keluarga Shahrizat Jalil melalui Kementerian Asa Tani jelas diselewengkan.
Andaikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) merupakan PRU terakhir yang penuh bermakna kepada golongan warga emas daripada kalangan elit politik seperti bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, maka isu pokok yang wajar ditelusuri bersama oleh rakyat Malaysia ialah, apakah ciri-ciri negara yang telah dicorakkan oleh elit politik selama ini yang telah membawa kepada kemudaratan dari segi kekayaan negara?
Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) yang berdepan dengan desakan dalaman UMNO supaya mengundurkan diri sebelum PRU Ke-13, nampaknya mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelemahan diri yang menyebabkannya kehilangan sokongan sebahagian besar rakyat, justeru wujudnya keperluan untuk program transformasi ekonomi dan seumpamanya.
Tetapi realitinya cukup menyedihkan. Apabila diteliti projek-projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan Negara dan penemuan-penemuan Laporan Ketua Audit Negara, cukup banyak program atau projek yang melibatkan skandal penyelewengan wang rakyat. Pendedahan terbaru ialah bayaran untuk pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang direkodkan sebagai "hutang" National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kalau sebelum PRU ke-12 pada 3 Mac 2008, "sindrom katak dalam air mendidih" merupakan sesuatu yang lumrah dalam kebanyakan negara yang mengangkat wacana "negara pembangunan" (developmental state). Elit politik dalam negara seumpama yang lahir daripada perjuangan nasionalisme dan anti-kolonialisme selepas perang dunia kedua melihat pembangunan ekonomi dan pemodenan masyarakat sebagai agenda terpenting mereka. ![]() |
| Sumber: Laporan Bank Negara Malaysia, dan Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan |
Dalam konteks Malaysia, isu-isu seperti tadbir urus dan ketelusan, ketidakcekapan, rasuah dan kronisme merupakan persoalan pokok yang perlu dijawab oleh elit seperti Najib yang menguar-uarkan segala program transformasi.
Walau bagaimanapun, rakyat di kebanyakan negara di dunia ini kini bangkit daripada "sindrom katak dalam air mendidih". Kekuatan rakyat di negara-negara Timur Tengah contohnya telah berjaya menumpaskan pemerintah yang meragut kekayaan negara atas nama pembangunan dan transformasi. Begitu juga di Malaysia, kebangkitan rakyat terserlah semasa perhimpunan BERSIH 2.0.
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut sedar bahawa selama ini pun prinsip hormat menghormati sebenarnya telah lenyap daripada Umno BN.Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, ini berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total. Menurutnya, Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama lain. Sebagai contoh, katanya hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri itu seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa kepada Najib. “Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahanda sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, lalu bagaimana dan dimanakah rasionalnya tindakan serta ungkapan Najib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegitu tidak masuk akal dan tidak rasional. Menurutnya, hormat menghormati sesama komponen BN sahaja bukanlah tarsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut. Baginya, parti tua yang kolot seperti BN saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya. “Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS, PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi. “Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong |